Iqbal
Apa yang nak dikatakan rasanya ramai yang pernah melihat dan menyaksikan. Tak tahu apa perasaan mereka yang melihat fenomena ini . Bagi aku...sangat geram dan marah melihat gelagat ini .
Yang buat perangai bodoh ini MAJORITINYA remaja-remaja melayu . Tak kira lelaki perempuan , sama aje.
Fenomena yang nak aku sentuh adalah gelagat MEMBACA SMS sambil menunggang motorsikal dan memandu.
Memang gila budak-budak sekarang. Boleh dikatakan dah jadi lumrah kita jumpa sambil tunggang motor atau memandu , baca sms .
Pernah depan mata aku yang sedang memandu , budak perempuan naik motor ( main road) agak laju , tapi ditangannya HP yang diangkat depan muka dia . Rupa2nya dia sedang membaca sms . Tidak mustahil sambil menunggang dia membalas sms.
Kita hairan kenapa mereka tidak berhenti seketika untuk membaca dan membalas sms.
Perbuatan mereka sebenarnya merbahayakan orang lain. Kalau dia sendiri yang tersumbat dalam parit ,lantak lah . Tapi seandainya sambil membaca sms di sondol orang kereta orang atau sebagainya , ni namanya sengaja cari nahas.
Hari ni tadi , aku dibelakang sebuah kereta myvi. Kereta tak laju walaupun diatas jalan main road. Semasa aku potong aku nampak budak perempuan , tangannya pegang HP atas stering.
Memang gila budak2 sekarang. Buat kerja tanpa fikir panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan