Zainuddin Maidin
Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar telah membuat kenyataan mesra dan menyegarkan kepada Dr. Mahathir dengan meanggap Mantan Perdana Menteri itu bersuara berani semata mata untuk melihat masa depan negara mempunyai hala tuju yang betul bila beliau mengatakan ramai yang layak untuk ganti Najib sebagai Perdana Menteri.
Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai orang Pas yang paling keras dan lantang mengkritik Mahathir dalam banyak hal.
Bagaimanapun yang lebih penting untuk ditanya adakah kenyataan Mahfuz itu kerana beliau telah mendengar desas desus mengatakan ada rundingan damai sedang berlaku antara PKR dengan UMNO atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali sebagai berpotensi untuk calun PM yang perlu kembali kepada UMNO?.
Jika desas desus itu benar maka mungkin Mahfuz memperhetongkan di manakah kedudukan Pas kelak.
Mahathir tidak melihat hanya orang dari dalam UMNO sahaja boleh menggantikan Najib setelah keangganan Muhyuddin mengambil tanggungjawab ini tetapi siapakah Mahathir untuk menentukan Perdana Menteri dan beliau sendiri menerima realiti bahawa UMNO sendiri adalah menjadi penghalang besar untuk gantikan Najib.
Dalam pada itu tidak ada sesiapapun yang meanggap Mahathir tidak relevan lagi dalam usahanya untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri . Pengistiharan penarikan sokongannya kepada Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca,gerakannya diperhatikan,senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan.
Najib tidak mengeluarkannya dari senarai musuh politiknya yang paling merbahaya sekarang dan dia akan melakukan apa sahaja untuk survivalnya. Dan dalam hal ini tidak mungkin tunggol di sangka hantu. Kuasa adalah kuasa.
Yang menjadi teka teki siapakah calun dari dalam dan siapakah calun dari luar yang Mahfuz mahu tahu dari Mahathir untuk dibincang dan dipertimbangkan bersama.
GAMBAR SERIBU MAKNA,SEJUTA TAFSIRAN
Sekalipun Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin menyingkirkan saya dari kedudukan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu pada akhir tahun 1992 dengan mempengaruhi Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak pernah menyimpan rasa dendam dan marah pada Daim kerana jasanya kepada UMNO dan negara adalah lebih besar disamping kesilapan dan kelemahannya.
Saya anggap apa yang berlaku adalah sebagai suatu keharusan dalam pehetongan politik masing-masing termasuk Mahathir sendiri untuk masa depan mereka dan negara.
Maka itu bila saya dijemput bersama bloggers lain untuk makan pagi di sebuah restoran India di Damansara baru -baru ini,saya tidak menolaknya kerana dari dulu hingga sekarang saya tidak pernah meanggap Daim sebagai musuh saya.
Gambar di atas telah disiarkan dalam portal berita UMNO dengan tajuk Gambar Seribu Makna,Sejuta Tafsiran. Yang pasti gambar ini menolak saya dari tafsiran bloggers bangang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan