PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan wanita dikejutkan dengan tindakan pembantu rumah warga Indonesianya yang didakwa mungkin memberi makan najis kepada cucu lelakinya berusia dua tahun selepas menyedari bau busuk dari mulut kanak-kanak itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua berkata, ahli perniagaan wanita berusia 48 tahun itu baharu sahaja tiba di rumah teres dua tingkat di USJ pada pukul 8 malam Khamis lalu apabila mengesan bau busuk yang mencurigakan dari cucu lelakinya.
"Dia kesan terdapat bau busuk di sebalik mulut cucu lelakinya.
"Kemudiannya dia mendapati terdapat serpihan menyerupai najis terlekat di antara gigi kanak-kanak itu," katanya pada Isnin.
Tan berkata, wanita itu bertanyakan kepada kanak-kanak berkenaan mengenai serpihan tersebut dan terkejut apabila diberitahu bahawa pembantu rumah yang dipanggil "bibik" telah memberinya makan najis.
"Kanak-kanak itu diberi najis untuk makan di tandas di tingkat atas.
"Wanita turut berkata bahawa cucunya itu telah muntah kerana baunya seperti najis," katanya.
Tan berkata, polis sedang menahan pembantu rumah itu, yang telah dihantar kembali ke agensinya, untuk membantu siasatan.
Menurutnya, pembantu rumah telah bekerja dengan keluarga tersebut selama tiga bulan.
Kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan kanak-kanak di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000.
-mstar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan