Lelaki lebih suka janda berbanding anak dara

Tranungkite
Nak nikah dengan anak dara sampaikan hantaran 12 ribu, pui!!! Baik aku menikah dengan janda lagi bagus, paling mahal pun 4 ribu je. Masak pandai, jahit baju pandai, pagi2 buat nasi goreng untuk suami sarapan sebelum pergi kerja, lepas tu buat bekal sandwich lagi buat suami untuk makan pada jam 10 pagi. Balik dari kerja ada nasi kerabu bawah saji untuk suami makan. Malam2 boleh jimak dengan bini pulak, bangun subuh pun bini gerak.
Kalau dengan anak dara, pukul 11 pagi tak bangun tidur lagi. Suami balik kerja petang dia pergi jalan dengan kawan2 dia di pantai. Selfie siap masuk dalam FB. Masak tak pandai, lipat baju tak pandai. Harapkan ada diploma dengan ijazah je boleh jadi mahal, buat jadi apa.

Luahan hati lelaki Kelantan di atas ni aku dapat dari group Whatsapp, aku dah translate ke Bahasa Melayu biasa, yang kat bawah tu yang originalnya dalam dialek Kelate. Mungkin dia kecewa sebab kahwin dengan anak dara tapi tak seperti yang diharapkan, maka dia merasakan lebih baik kawin dengan janda.
Dipetik dari blog Pensel Rajin ni pula:
Kita banyak mendengar tentang ramai lelaki sekarang berkahwin dengan janda-janda malah sering juga dengar ramai lelaki berkahwin dengan perempuan tua daripadanya dan perempuan itu bekas isteri orang. kenapa perkara macam ini terjadi?? Apa kelebihan janda dimata lelaki? Admin pun hairan kenapa perkara ini boleh terjadi. Padahal ramai je perempuan muda dan cantik-cantik. Korang boleh tengok sendiri lakan perempuan sekarang cantik. So, admin nak bagitau apakah keistimewaan janda dimata lelaki. Kalau betul bagus la, kalau salah sorry...

10 Sebab Mengapa Lelaki Sukakan Janda

1. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menggoda

2. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda sudah sedia

3. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda senang kira

4. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda mudah mesra

5. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menggula

6. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menjaga

7. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai bekerja

8. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda tahu semua benda

9. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda senyumnya manja

10. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda kurang belanja

Namun hakikatnya, yang sebenarnya kebanyakan orang lelaki kalau diberi pilihan antara anak dara dan janda, pasti majoriti akan memilih nak anak dara. Tak dinafikan semua orang mahukan benda yang baru dan yang belum pernah disentuh (mudah mudahan), sebab orang lelaki ni first yang dalam kepala hotak dia bila kahwin adalah seks, so kalau boleh mestilah nak yang baru yang belum disentuh lagi. Bagi perempuan pula seks tu bukan keutamaan, sebab yang lebih utama bagi diorang adalah cinta, kasih sayang, wang, harta dan lain2, sebab tu diorang tak kisah kahwin dengan duda, orang tua, atau lelaki gemuk tak hensem.

Yang kata kenapa lelaki sukakan janda tu, sebenarnya dia bukannya sukakan janda sangat pun, cuma mungkin sebelum ini dia pernah mempunyai pengalaman buruk berkahwin dengan anak dara, dan dia sebenarnya masih suka kepada anak dara kalau anak dara tu bersikap seperti janda, anak dara yang baru kahwin sudah pandai menggoda, sudah sedia, senang kira, mudah mesra, pandai menggula, pandai menjaga, pandai bekerja, tahu semua benda, senyumannya manja, kurang belanja dan lain2 seperti yang disebutkan oleh lelaki Kelantan kat atas tu, cuma mungkin kebanyakan sikap janda tiada dalam anak dara kerana tiada pengalaman.

Cuma satu yang kena ingat, seorang janda juga sebelum menjadi janda, mereka juga adalah anak dara ketika baru berkahwin sebelum itu. Mungkin kerana pengalaman mereka dalam perkahwinan sebelum itu yang mematangkan mereka justeru mereka lebih tahu dan mengambil pengajaran lantas memiliki sifat seorang janda yang disebutkan di atas dan menjadi isteri impian para lelaki.

Apa2pun, dalam perkahwinan sebenarnya bukan status bujang, anak dara, duda dan janda yang menjadi kunci kebahagiaan sesebuah rumahtangga, sebaliknya sikap, perangai, tolak ansur, hormat menghormati, tanggungjawab dan sebagainya.

- Buasir Otak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan