Kemunculan tentera AS di Kelantan dipertikai

Ahmad Marzuk ShaaryBACHOK: Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary meminta penjelasan daripada kerajaan mengenai dakwaan kemunculan tentera Amerika Syarikat di Kelantan.
Beliau berkata, kemunculan tentera Amerika Syarikat di Kelantan mendatangkan curiga dalam kalangan rakyat Kelantan.

Beliau mendakwa, gambar kemunculan tentera itu di Kelantan telah dirakam oleh aktivis di salah sebuah hotel di Kota Bharu dan gerombolan tentera itu menuju ke Hutan Simpan Sokor, Tanah Merah.

“Dalam ucapan saya di parlimen ketika membahaskan perbahasan titah ucapan Yang DiPertuan Agong, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas baru-baru ini, saya menyatakan bahawa dokumen oleh Arkib Negara Malaysia bertajuk Documents On Malacca From 1509-1511, mendedahkan bagaimana Kota A famosa dibina oleh Portugis dari batu nisan orang Muslim dan serpihan batu masjid yang runtuh akibat serangan Portugis.

“Dokumen tersebut juga mendedahkan surat Alfonso De Albuquerque kepada King D Manuel tentang tekadnya untuk menghancurkan Makkah dan kota Muslim yang lain, yang perlu dibaca sebagai sebahagian strategi perang salib,” katanya.

Beliau yang juga AJK Pemuda Pas Pusat mengingatkan kerajaan mengenai dakwaan konspirasi barat dalam beberapa tragedi termasuk pencerobohan ke atas Iraq, Afghanistan dan pendedahan intipan oleh bekas agen Central Intelligence Agency (CIA), Edward Snowden.

Ahmad Marzuk juga meminta kerajaan menyiasat kes pesawat MH370 bersama dengan hubung kait kes kehadiran dua perisik Israel di Bukit Aman dan penglibatan APCO.

Sementara itu, melalui beberapa laman blog kelmarin menyiarkan artikel Dewan Rakyat yang dimaklumkan mengenai kehadiran tentera Amerika Syarikat ke Kelantan pada awal bulan ini.

Melalui artikel itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kehadiran mereka selama dua minggu dari 18 hingga 21 Mac untuk latihan tahunan bersama Markas 8 Briged dan Markas Tentera Darat.

Menurutnya lagi, kehadiran tentera United States Army Pasific (USARPAC) itu juga menjalankan latihan bencana alam seperti banjir dan jungle warfare. Latihan sedemikian juga bakal diadakan lagi pada 17 hingga 29 September 2014.

MH370: Kenapa Perkara Ini Tidak pernah Diajukan Dlm Press Conference

Iqbal
Kehilangan MH370 memang satu misteri. Semua andaian boleh diterima. Ada teori kata jatuh terhempas di Lautan Hindi ( ini telah diumumkan oleh najib). Ada yang kata kena hijack . Ada yang kata kerana masalh teknikal. Ada yang kata semacam bunuh diri. Kesemuanya ada logiknya KERANA tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Oleh itu apa juga andaian boleh diterima . Apapun dalam banyak2 andaian yang betul hanyalah satu. Itu pun jika kotak hitam dapat dijumpai ( itu kalau ianya terhempas). Tapi kalau disembunyikan payah juga nak tahu duduk perkara sebenarnya.

Apa pun kita masih menaruh harapan ( walaupun haRAPAN YANG TIPIS)bahwa MH370 tidak terhempas.

Katalah ianya terhempas ( seperti kata najib) ada kemusykilan kepada kejadian itu.

Tentu sekali diantara para penumpang MH370 bukannya pertama kali pergi ke Beijing. Tentu sebahagian penumpang dah macam rutin turun naik dari KLIA ke Beijing. Bermakna mereka dah familiar dengan laluan antara dua kota itu. Seandainya kapalterbang melalui laluan lain dari kebiasaan tentu sekali mereka sedar . Dalam tempoh 6 jam sejak hilang dari radar pada pukul 2.00 pagi tentu sekali penghujung penerbangan itu dalam keadaan siang . Dah boleh nampak persekitaraan melalui tingkap.

Persoalannya...MENGAPA TIADA SEORANG PUN YANG MEMBUAT PANGGILAN DAN MEMBERI SMS KEPADA AHLI KELUARGA MENGENAI SITUASI YANG SEDANG DILALUI ? AGAK MUSTAHIL DALAM RAMAI2 PENUMPANG ITU TIDAK MENGHUBUNGI AHLI KELUARGA MEREKA DALAM KEADAAN ARAH KAPALTERBANG MELALUI LALUAN GANJIL.

Soalnya apakah kesemua penumpang berada dalam keadaan sedar atau sebaliknya sewaktu meniti saat2 kehabisan minyak (menurut kata najib).Kalau semuanya tidak sedar (termasuk pilot) bermakna ianya bukan angkara pilot . Sebaliknya kalau mereka semua sedar tetapi handphone tidak boleh digunakan , something wrong dengan gelombang hp dikawasan berkenaan, seperti telah diputuskan oleh pihak tertentu.

Mudah-mudahn kesimpulan yg mengatakan MH370 terhempas di lautan Hindi tidak benar. Selagi cebisan kapalterbang tidak dijumpai , kita ( apatah ahli keluarga) menaruh harapan (walaupun tipis) ianya masih selamat .

MH370: Pencarian beralih selepas petunjuk berwibawa

KUALA LUMPUR: Kawasan pencarian bagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang beralih ke kawasan 1,100 kilometer timur laut berdasarkan nasihat terbaharu yang dikemukakan pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Pihak Berkuaasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), agensi siasatan Australia telah memeriksa nasihat itu dan menetapkan ia adalah petunjuk paling kredibel yang serpihan mungkin dapat dikesan.

"Kawasan pencarian baharu ialah 319,000 kilometer persegi dan sekitar 1,850 kilometer barat Perth.

"Maklumat baharu ini berdasarkan analisis berterusan data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum hubungan radar terputus," katanya dalam satu kenyataan.

AMSA berkata analisis juga menunjukkan persawat terbang lebih laju daripada yang dianggarakan sebelum ini, menyebabkan pertambahan penggunaan minyak dan mengurangkan kemungkinan jarak pesawat terbang ke selatan ke dalam Lautan Hindi.

"ATSB menasihati kemungkinan laluan pesawat menjadi perkara yang perlu diperhalusi lagi kerana pasukan penyiasat antarabangsa menyokong pencarian meneruskan analisis mereka," katanya.

Ia berkata Pertubuhan Perisikan-Geospatial Australia menumpukan semula satelit untuk merakam kawasan baharu.

AMSA berkata keadaan cuaca telah bertambah baik dan 10 pesawat ditugaskan untuk pencarian hari ini, termasuk dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat pengawal pantai Jepun, sebuah pesawat P3 Orion Jepun, sebuah pesawat P3 Orion Republik Korea dan sebuah C130 Hercules Republik Korea.

Termasuk juga sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, sebuah pesawat P8 Poseidon tentera Laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi, katanya.

"Tambahan pesawat P3 Orion RAAF diletak dalam keadaan bersiap siaga di Pearce (Australia) untuk menyisat sebarang penemuan.

Kini terdapat enam kapal di kawasan pencarian baharu termasuk HMAS Success dan lima kapal China," kata kenyataan itu. 
-Bernama-

MH370: Kesahihan terhempas semakin diragui dengan tersiarnya masej Philip Wood Penumpang MH370 minta tolong dari Diego Garcia??

Tempayan Retak
Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370. Saya tak pasti kesahihan maklumat dan artikel ini, tetapi rasa dalam keadaan kita misteri dengan kehilangan MH370 dengan pelbagai teori ada baiknya artikel ini dikongsikan bersama.

Antaranya masej berbunyi

"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."

Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
Profil Philip Wood: http://www.nydailynews.com/news/worl...icle-1.1723968
Di forum berkenaan Philip sempat memuat naik gambar hitam sebagai picture profilenya : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg
Dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisis data exit dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )

Spoiler for Hangar Diego Garcia
Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH370
Spoiler for saksi mata

Di akhir posting forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "

Menurut seorang forumer daripada forum Kaskus Indonasia TehGanteng dan kimbo555 telah membuat analisis maklumat ini adalah seperti di bawah:-

Saya jadi iseng2 kutak katik "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.

Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para pembajak

Quote:Original Posted By kimbo555
terjemahan postingan philip wood :

postingan : http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)

photo profile (avatar) : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg
(tanggal dibuatnya photo profile : 18 Maret 2014)
kamera yg digunakan :
GPS :



DAFTAR MANIFEST MH-370 :

http://www.malaysiaairlines.com/cont...20Manifest.pdf
NOTE : PHOTO PROFILE MASIH ORIGINAL KELIATANNYA

low batt mungkin gan, batrenya gak ngangkat kalo buat flash..

GPS di hp udah kebaca tuh..

yg jd pertanyaan tinggal kenapa gak sms, padahal utk internetan bisa.

ya kalo gak ada sinyal selular disana, ngapain mesti bikin pangkalan udara disana ??? Hammer

ente tau, christmast island, kepulauan fiji ???
di google maps hampir gak keliatan.
tp fasilitas disana kalo ama kampung lu sih kayanya jauh banget..
Ngakak

Walahualam hanya Allah mengetahui kebenarannya. Saya tak berhasrat untuk bahas logik atau tak masej berkenaan. MH370 makin menjadi tanda tanya selagi serpihan tidak dijumpai, selagi mayat tak timbul dan selagi kotak hitam masih tercari-cari!!

Berbogel untuk melepaskan diri (Gambar)

Bogel selepas kantoi
Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.
SELAYANG - Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.

Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.

“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.

“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.

Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah.
-sinarharian-

MH370: Dunia kini sedang kejar masa untuk cari kotak hitam

DUNIA kini sedang mengejar masa untuk mencari kotak hitam yang menjadi satu-satunya sumber yang dapat merungkai misteri bagaimana dan apakah punca yang menyebabkan pesawat Boeing 777 Penerbangan Malaysia MH370 melencong daripada laluan asalnya ke Beijing 8 Mac lalu dan berakhir terhempas di selatan Lautan Hindi.

Kotak itu yang mengikut prosedurnya hanya mampu bertahan menghantar isyarat dalam tempoh 30 hari selepas pesawat terhempas kini telah memasuki hari ke-17 di dasar lautan yang dalam jika mengambil kira logik dan kini menjadi satu fakta yang ia sudah pun terhempas di hari pertama hilang dari pandangan radar.

Apa yang terkandung di dalam kotak hitam itu adalah penting kerana di situlah terletaknya satu-satunya harapan yang boleh memberi pencerahan kepada kita tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam pesawat berkenaan pada saat ia membuat keputusan untuk berpatah balik sebelum memasuki ruang udara Vietnam.

Ia mengandungi rakaman segala perbualan di dalam kokpit pesawat berkenaan sepanjang perjalanannya yang malang itu. Apa yang terkandung di dalamnya tidak boleh dipadam secara manual oleh juruterbang atau pembantu juruterbang atau sesiapa sahaja yang menguasai ruang kokpit pesawat berkenaan.

Tanpa kotak hitam itu, para penyiasat tidak akan mengetahui dengan pasti apakah yang sebenarnya terjadi di dalam pesawat berkenaan kerana tidak ada yang terselamat di dalam tragedi ini untuk tampil sebagai saksi.

Oleh yang demikian, misi utama pencarian kini bukan sahaja serpihan atau bangkai pesawat ataupun mangsa yang terkorban tetapi sama pentingnya ialah untuk menemui kotak hitam pesawat dengan seberapa segera yang boleh.

Menurut para pakar, kotak itu seharusnya berkemampuan untuk terus menghantar isyarat dalam tempoh 30 hari selepas pesawat terhempas tetapi pada masa yang sama, jika bernasib baik, kotak itu mungkin mampu meneruskan fungsinya selama lebih kurang 15 hari lagi.Untuk rekod, walaupun ia dinamakan kotak hitam tetapi sebenarnya kotak itu adalah berwarna oren cerah agar mudah dikesan dan dilihat sewaktu operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Hakikatnya, lokasi sebenar atau tepat di manakah pesawat itu menjunam masih belum diketahui walaupun Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan membuat kesimpulan yang penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi yang terpencil.

Kini pasukan penyiasat dan pencari bukan lagi bergantung kepada satelit berteknologi tinggi untuk merakamkan gambar serpihan tetapi mereka sebaliknya memerlukan panduan dan bimbingan pakar-pakar lautan, arus dan juga kajicuaca untuk memberikan jangkaan yang tepat di titik manakah kebarangkalian yang paling hampir pesawat ini terhempas dalam lautan yang luas itu.

Mereka juga barangkali memerlukan bantuan dan nasihat pakar-pakar teknologi laut dalam untuk menyediakan apa jua teknologi yang mampu bertahan tekanan laut dalam kerana rata-rata kedalaman Lautan Hindi khususnya di selatan boleh mencecah antara tiga hingga enam ribu meter.

John Goglia, bekas anggota Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB) berkata, pasukan mencari dan menyelamat akan mendapati yang mereka akan banyak bergantung kepada nasib.

“Mereka perlu mengejar masa sementara isyarat kotak hitam itu masih berfungsi tetapi sekali lagi mereka perlu tahu di mana hendak mencarinya,” ujar Goglia.Tentera Laut Amerika telah pun meminjamkan peralatan canggihnya yang dapat menangkap isyarat tersebut walau dalam situasi yang paling lemah sekali pun.

Alat itu boleh menangkap isyarat yang dipancarkan dari kotak hitam sejauh satu batu tetapi jika ia tidak tertimbus oleh lumpur atau pasir di dasar laut, isyaratnya boleh dikesan sejauh dua batu.

Di samping itu, Tentera Laut Diraja Australia juga dilengkapi dengan peralatan menangkap isyarat sonar yang boleh mengesan kotak hitam tersebut. Tetapi kapal itu hanya dijangka tiba di zon pencarian dalam tempoh tiga atau empat hari lagi.Tetapi bagaimana jika isyarat dari kotak hitam itu tidak dapat dikesan atau jangka hayat pancaran isyaratnya mati.
Jika ini berlaku pasukan mencari dan menyelamat tidak mempunyai pilihan melainkan harus mengimbas lantai lautan yang luas untuk dengan harapan isyarat yang dipancarkan ke dasar lautan itu akan memantulkan semula gema atau gaung yang kemudiannya boleh dianalisis untuk mengesahkan sama ada isyarat yang dipantulkan semula itu memiliki tanda-tanda yang tidak normal atau luar biasa yang boleh ditafsirkan sebagai bangkai pesawat.

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan kapal selam tanpa manusia yang dikawal menggunakan alat kawalan jauh dari atas kapal sepertimana yang kita pernah saksikan dalam filem Titanic.

Kapal selam ini mampu menyelam selama 20 jam pada satu-satu masa, membuat imbasan di dasar lautan membuat pemetaan dan mencari serpihan pesawat menggunakan kamera kawalan jauh.

Cara inilah yang digunakan untuk mencari bangkai pesawat Air France 447, yang terhempas di dasar Lautan Atlantik di antara Brazil dan Afrika Barat pada 2009.
Selepas sebulan memeta dan mengimbas dasar lautan Atlantik yang bergunung-ganang itu akhirnya mereka mengesan satu objek yang besar yang dipercayai bangkai pesawat tersebut.

Pasukan mencari dan menyelamat menghantar kapal selam yang lebih canggih dengan kamera berresolusi tinggi untuk merakamkan gambar objek yang ditemui itu dan apa yang akhirnya mereka saksikan ialah badan pesawat termasuk roda dan sayapnya yang masih kekal.

Dalam kes kemalangan pesawat Air France itu, ia memakan kos mencari dan menyelamat sehingga AS$40 juta, empat kawasan pencarian yang luas dan hampir dua tahun sebelum badan pesawat dan kotak hitam itu akhirnya ditemui.

Dalam kes MH370, kita hanya boleh mengharapkan yang nasib akan menyebelahi kita. Tapi jika pasukan mencari dan menyelamat Air France tidak putus asa mencari dan terus mencari sehingga jumpa, kita juga boleh mengharapkan keajaiban yang sama akan berulang.

Kesimpulannya, kotak hitam itu mesti ditemui walau bertahun sekalipun masa yang diperlukan untuk mencarinya.

Ia sangat penting untuk kita dan juga seluruh dunia. Hanya kandungan di dalamnya boleh memecahkan misteri mengapa ia berakhir di dasar Lautan Hindi yang dalam itu, lapor mStar.

Rayuan kes perceraian pelik bekas Sultanah Johor dijalankan di mahkamah tertutup


Mahkamah Rayuan Syariah Johor hari ini mengarahkan prosiding rayuan perceraian bekas Sultanah Johor Tuanku Zanariah Tuanku Ahmad dijalankan di mahkamah tertutup.

Keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mahkamah juga tidak membenarkan putera dan puteri almarhum sultan Johor Mahmud Iskandar, sebagai contoh Tuanku Masera dan saudaranya, hadir dalam mahkamah.

Tuanku Zanariah, yang memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Johor yang mengesahkan perceraian itu, tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan mahu diwakili puterinya.

Malah, peguam yang membantu peguam utama untuk Tuanku Zanariah turut diminta berada di luar mahkamah.

Kamar Ainiah Kamaruzaman, salah seorang peguam Tuanku Zanariah mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Pas yakin MH370 dirampas

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
YAN: Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.

Berhibur berselawat ramai-ramai itu sesat?

DINSMAN
Malam Jumaat lalu saya menonton siaran langsung konsert Malam Cinta Rasul oleh Habib Syech (dari Indonesia) dan kumpulannya yang disiarkan oleh beberapa saluran televisyen. Habib Syech dengan lagu ‘Ya Hanana’ itu, kata orang, sudah menjadi fenomena di negara ini sejak ... tak pasti saya sejak bila, agak lama jugalah.

Pernah dibuat di Dataran Merdeka juga tak lama dulu. Dan baru-baru ini di Stadium Melawati, Shah Alam. Dan malam Jumaat lalu di Dataran Masjid Putrajaya. Saya belum berkesempatan hadir menontonnya di tempat berlangsungnya konsert qasidah dan selawat itu. Hanya menonton di televisyen saja.

Dan sedang saya menonton Jumaat lalu ada mesej masuk di telefon saya mengatakan televisyen kita sedang menyiarkan perbuatan bidaah dholalah dengan berselawat dan berdoa beramai-ramai, yang tak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w.

Saya tersentak dan membalas: “Ya ke? Salahkah mengajak orang beramai-ramai mengingati Allah dan Rasul dan berdoa kepada Allah begitu?” Dan seterusnya dia pun memperkuatkan kenyataannya itu dengan beberapa hujah dan dalil daripada ayat al-Quran dan Hadis, yang tak perlulah saya salinkan di sini.

Terima kasihlah kepada beliau, kerana membuat saya berfikir semula mengenai perkara hiburan – yang mana yang sesat dan berdosa, dan yang mana pula yang sihat dan tidak melanggar syariat?

Berhibur dengan konsert muzik besar-besaran hingga 12 jam (pukul 3 ptg hingga 3 pagi) selama tiga hari, seperti yang dibuat di Bukit Jalil pada 13-15 Mac sambil mengambil dadah supaya lebih bertenaga dan melekakan hingga mengakibatkan enam remaja maut pada 14 Mac (maka program pada 15 Mac terpaksa dibatalkan), itu tentulah sesat dan berdosa, 'kan?

Tetapi apakah berhimpun beramai-ramai untuk menikmati alunan qasidah dan selawat seperti di Putrajaya itupun sesat dan berdosa juga?

Kalau begitu, bagaimanalah pula caranya kita nak berhibur? Leka tak ingat pada Allah pun salah, berhibur dengan mengingat Allah dalam acara beramai-ramai itu pun salah.

Memanglah, cara berhibur begitu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Malah hiburan begitu pun (atau seperti yang diperlukan oleh masyarakat hari ini) tidak diperlukan oleh masyarakat di zaman Rasulullah. Tetapi apakah setiap apa saja yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu kalau kita lakukannya di zaman kita ini maka ia automatik jadi bidaah dholalah (salah dan sesat)?

Ada hadis Nabi yang melarang kita melakukan ibadat apa-apa pun yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. Memang. Tetapi bukankah hadis itu ditujukan kepada perkara 'ibadat khusus’ sahaja, manakala perkara yang bukan ‘ibadat khusus’ tidak termasuk dalam maksud hadis itu?

Dan konsert qasidah dan selawat oleh kumpulan Habib Syech itu apakah ia satu perkara ibadat? Tidak! Itu bukan perkara ibadat. Itu satu peristiwa hiburan, tetapi hiburan yang mengandungi unsur-unsur ibadat (zikir dan selawat) dengan tujuan untuk menghidupkan ingatan dan meningkatkan rasa kasih kita kepada Allah dan Rasul, dan supaya hiburan itu tidak menjadi lagha (melekakan dan menghanyutkan).

Jangan kita jadi keliru, tak dapat membezakan mana ibadat dan mana hiburan, (dan mana pula majlis ilmu). Ada orang menganggap himpunan mendengar qasidah dan selawat Habib Syech itu sebagai ibadat. Itulah masalahnya.

Maka saya menulis wacana ini bukan semata kerana tidak bersetuju dengan mesej yang dihantar ke telefon saya itu. Saya menulis ini kerana saya tahu ramai orang kita yang masih terkeliru dalam perkara ini, yakni perkara yang dikatakan bidaah ini.

Hari ini ada perkara yang bukan bidaah telah dikatakan bidaah, manakala banyak pula perkara yang sebenarnya bidaah tetapi diamalkan dan dibiarkan sahaja oleh mereka yang sepatutnya menegurnya.

Saya bukanlah orang yang alim (pakar) dalam perkara bidaah dan bukan bidaah ini. Tetapi apabila menyentuh soal seni-budaya, saya berasa perlu bersuara kerana saya tahu tidak ramai orang yang berminat untuk menyelami dan mengkaji dengan agak mendalam sedikit mengenainya.

Bukan sahaja tidak ramai orang yang berminat untuk mengkajinya dengan agak mendalam, tetapi orang yang sebenarnya tahu apakah sumber sesuatu hukum yang sudah popular disebut-sebut oleh ramai orang itu pula – tersangatlah sedikit.

Kebanyakan kita membuat kenyataan yang menghukum itu bukanlah kerana ilmu yang dimiliki, tetapi hanya kerana dia mendengar seseorang yang dianggapnya berilmu pernah berkata demikian. Padahal orang yang dianggapnya berilmu itupun bukanlah sebenarnya orang berilmu pun. (Keliru lagi!)

Itulah peliknya masyarakat kita. Dengan ilmu yang sedikit diketahui itu, diheboh- hebohkan hingga menjadi riuh-rendah masyarakat. Padahal semua orang tahu al-Quran, dan al-Quran itu adalah buku panduan wajib yang semua orang Islam wajib membaca dan memahaminya, supaya tidak terus menjadi jahil dan mudah terkeliru dan tertipu.

Peliknya, kebanyakan kita malas hendak membaca untuk memahami kata-kata Allah yang sangat berhikmah itu. Bukannya susah pun! Semua orang tahu membaca dan memahami al-Quran itu banyak faedahnya, tetapi tak ramai orang mahu buat. Mengapa?

Kembali kepada persoalan di atas – mana yang ibadat dan mana yang hiburan? Mana yang bidaah dan mana yang bukan bidaah? Cubalah rujuk kepada sumber hukumnya. Dan dalam hal ini ada satu perkara yang kita perlu berhati-hati – iaitu jangan sampai kita mempermain-main dan mempersenda serta memperalatkan ibadat, kerana hendak menghibur!

--------
Penulis boleh juga dihubungi dengan SMS 019-7172408)

MH370:122 petunjuk baru dari satelit Perancis

Kuala Lumpur: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan satu lagi petunjuk baru untuk mengesan MH370 berdasarkan kepada imej satelit daripada Airbus Defence and Space dari Perancis yang berjaya mengesan 122 objek di selatan Lautan Hindi.

Menurut beliau, imej satelit bertarikh 23 Mac itu sudah dianalisis oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dan 122 objek dikesan di kawasan seluas kira-kira 400 kilometer persegi yang terletak 2,557 kilometer dari Perth.

Penemuan MRSA sudah diberi kepada Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth, semalam, katanya.

Katanya, sebahagian daripada objek yang dikesan satelit Airbus UK itu berukuran sehingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar, kemungkinan milik pesawat MH370.
Foto
122 objek dikesan MRSA 2,557 kilometer dari Perth.

"Maklumat ini sangat berguna dan sekiranya semua objek ini jelas milik MH370, kita akan beralih ke fasa baru dalam pencarian iaitu untuk mencari kotak hitam," tegas Hishammuddin.
-hmetro-

Adoii!! Dia buat lagi pulak dahhh!! Kali ni teropong tepi laut 'seru mayat' (Gambar)

Pemuda PAS Perak kecewa terhadap aktiviti 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang menurut mereka masih berleluasa dengan perbuatan “khurafat dan syirik”, terbaru di negeri itu.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob berkata, perbuatan itu masih diamalkan walaupun mufti Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria sendiri sudah memintanya bertaubat.


Justeru Raja Ahmad (kanan) mempersoalkan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dalam mencegah dan menghalang amalan itu.


“Kami mendesak agar JAIPk bertindak dan menghentikan perbuatan yang jelas bercanggah dengan Islam tersebut.

“Jika Ibrahim tidak diambil tindakan, ia seolah-oleh Ibrahim 'amat kebal' dan tidak 'boleh disentuh'!” katanya.

Ibrahim sebelum ini mencuri perhatian ekoran gaya tersendirinya bagi merungkai kehilangan pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Aktiviti itu mengundang kecaman meluas pelbagai pihak termasuk menteri dan mufti. Beliau juga menjadi bahan lawak jenaka di Internet.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad berkata, Ibrahim yang didakwanya mempunyai ramai kenalan daripada "pembesar negeri" tidak harus terlepas.

Azan di pinggir laut

Sementara itu, sebuah saluran di laman perkongsian video Youtube dikesan memuat naik aktiviti yang dirujuk itu, kononnya untuk 'menyeru mayat' MH370 di Pulau Sembilan, Perak.
Ditonton lebih 75,000 kali, video itu antaranya memaparkan Ibrahim dan empat lagi lelaki menaiki bot sambil seorang daripadanya membuat gaya meneropong.

Sedutan video Suara.TV itu juga memaparkan aksi menguis kayu berbentuk seperti tongkat ke dalam air seolah-olah mencari sesuatu.

Dalam babak yang lain, dipaparkan pula dua lelaki merentang buluh panjang yang digantung dengan beduk dan diketuk berapa kali sebelum diikuti Azan di pinggir laut.

MH370: Inilah punca tragedi pesawat MH370 - Daily Mail

Analisis yang dibuat terhadap data satelit mendapati pesawat MH370 mengambil masa selama 23 minit pada ketinggian sehingga 45,000 kaki - di atas dari ketinggian maksimum biasa - dan ini mungkin menyebabkan semua orang di atasnya tidak sedarkan diri kerana kekurangan oksigen, lapor tabloid British Daily Mail.

Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir juruterbang dari kokpit pesawat.

"Ia dikesan terbang selama 23 minit pada ketinggian itu sebelum menjunam. Oksigen akan habis selepas 12 minit (dalam kabin) dan menyebabkan penumpang tidak sedarkan diri," kata sumber.

Pakar berkata, walaupun Boeing 777-200ER boleh terbang setinggi 43,000 kaki maksimum, ia mungkin terbang dengan selamat untuk ketinggian yang lebih lagi.

Tetapi pada ketinggian itu, apabila atmosfera menjadi nipis secara drastik, ia akan mengambil masa seminit sahaja kalau bukan satu saat untuk hipoksia - kekurangan oksigen berlaku, kata Daily Mail.

Corong oksigen akan jatuh dengan sendiri, tetapi ia boleh membekalkan antara lima ke 10 minit gas sahaja.

Profesor Aerodinamik Gunaan dan Eksperimen Universiti Highlands and Islands, Andrew Rae memberitahu Daily Mail: "Letupan tekanan dalam kabin akan menjadi masalah pada ketinggian 10,000 kaki, 30,000 kaki atau 43,000 kaki, tetapi ketinggian yang lebih mungkin menyebabkan perkara itu berlaku lebih cepat.

“Fakta pesawat itu terbang pada ketinggian 43,000 kaki tidak sepatutnya menggerakkan bekalan oksigen kecemasan pesawat,” katanya.

Udara yang menyebabkan tekanan kepada pesawat datang daripada enjin dan sayap dan ia ditapis sebelum memasuki persekitaran penumpang.

Sistem tekanan mungkin perlu ditutup jika pesawat itu memasuki udara kotor, tetapi penyiasat melihat kepada kemungkinan ia dipadam kerana sebab jahat, kata laporan Daily Mail.

Sementara itu, seorang juruterbang Kanada dengan 20 tahun pengalaman, Ch.ris Goodfellow, berkata dalam satu posting di Google Plus, beliau percaya berlaku kebakaran dalam pesawat itu.

Dalam posting itu yang turut disiarkan di Reddit dan dilaporkan secara meluas, beliau mendakwa juruterbang pesawat itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan pada waktu kecemasan – cuba untuk mendaratkan pesawat di lapangan terbang terhampir.

Goodfellow berkata, dalam kes ini, ia adalah 13,000 kaki di atas Pulau Langkawi, dan ia adalah di mana pesawat itu sedang tuju ketika ia kali terakhir dikesan.

Beliau percaya anak kapal terhidu asap dan pesawat itu terbang seperti “pesawat hantu” untuk beberapa jam melepasi lapangan terbang yang dipilih itu sebelum terhempas ke dalam Lautan Hindi berhampiran Maldives.

“Kami juruterbang tua dilatih untuk selalu tahu lapangan terbang yang paling hampir ketika ia terbang. Selalu.

“Gerak hati saya, saya tahu ia menuju ke lapangan terbang apabila pesawat itu pusing ke kiri,” kata Goodfellow.

Katanya, beliau kemudian terus membuka Google Earth dan menemui landasan, yang mempunyai kurang rintangan yang menghalang pendaratan pesawat itu berbanding jika Zaharie cuba kembali ke Kuala Lumpur.

“Juruterbang itu melakukan segalanya dengan betul. Beliau dimaklumkan mengenai kejadian besar yang berlaku di atas pesawat yang menyebabkan beliau patah balik secara serta merta untuk ke lapangan terbang terdekat,” katanya.

Juruterbang bersara, Eric Moody yang mengetuai kejadian pada 1982 membabitkan pesawat British Airways 9 yang mengalami kegagalan enjin ketika ia terbang merentasi awan dengan abu gunung berapi berkata, jika ada kebakaran, juruterbang pasti mahu mendaratkan pesawat secepat mungkin berbanding terbang untuk tujuh jam lagi.

Beliau berkata, ia kelihatan komunikasi dipadamkan secara sengaja dan keadaan itu tidak berlaku ketika kecemasan.

Pada 1982, semua empat enjin British Airways pesawat 9 yang dipandunya dari London ke Auckland, New Zealand gagal ketika ia terbang menembusi awan dengan abu gunung berapi.

Awan itu datang daripada letusan Gunung Galunggung di Jawa Barat, Indonesia.

Moody terpaksa mengambil tindakan kecemasan dan berjaya menyelamatkan semua 248 penumpang dan 15 anak kapal dengan jatuh dari ketinggian 37,000 kaki kepada 12,000 kaki untuk menghidupkan enjin.

Pesawat itu membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta, Indonesia.

Walaupun dia mengawal, beliau masih tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku sehingga laporan didedahkan 11 tahun kemudian.

Moody yang tinggal di Chilworth berhampiran Southampton, Hants, percaya orang awam tidak diberitahu cerita penuh.

"Apa yang saya dapat katakan adalah beberapa agensi tahu sesuatu yang lebih daripada apa yang diberitahu dan saya mempunyai pengalaman dalam hal ini.

"Ia mengambil masa 11 tahun untuk mengetahui bagaimana Boeing dapat menghubungi seorang jurutera di Jakarta yang datang kepada kami selepas kira-kira 15 hingga 20 minit mendarat.

"Satu panggilan telefon dibuat apabila enjin saya mula berhadapan dengan masalah. Ini bermakna mereka tahu apa yang berlaku kerana mereka memantau kami menerusi satelit.

"Stesen pemantauan satelit oleh Alice Springs dan Guam mengekori kami apabila kami mengetahuinya daripada fail yang didedahkan beberapa tahun kemudian.

"Walaupun sekarang banyak perkara yang tidak diketahui tetapi seseorang akan mengetahuinya dengan lebih terperinci dan ia boleh jadi pada mana-mana negara.

"Kita tidak tahu apa yang mereka saksikan," kata beliau seperti yang dilapor Daily Mail.

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac dan walaupun operasi pencarian secara besar-besaran dilakukan oleh banyak negara, tiada tanda ia dijumpai.

Analisis data satelit oleh Inmarsat Britain memberi pengesahan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam Isnin.

Ia didedahkan semalam bahawa isyarat elektronik akhir daripada pesawat itu diterima pada 08:19 (waktu Malaysia) pada 8 Mac.

"Terdapat bukti yang agak bercanggah antara pesawat dan menara kawalan pada 0019 UTC (GMT)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada media semalam.

"Pada masa ini, transmisi ini tidak difahami dan tertakluk kepada kajian lanjut yang berterusan," kata beliau sambil menambah selagi serpihan tidak ditemui, tidak akan ada pengakhiran bagi semua keluarga terlibat.
 -TMI 

Tiga perempuan bogel ganggu forum Islam

Berlin: Satu forum agama bertukar menjadi kecoh apabila tiga penunjuk perasaan separuh bogel dari kumpulan Femen terpaksa diheret keluar dari bangunan tempat forum itu diadakan.

Majlis Minggu Islam Berlin yang diadakan di sebuah dewan di bandar raya itu dihentikan selepas anggota kumpulan pelampau berkenaan menyerbu masuk ke dewan itu dengan slogan menghina Islam pada tubuh mereka.

Tiga wanita berkenaan turut menaiki pentas di tempat beberapa penceramah berbincang mengenai Islam.

Selain slogan mencaci Islam, mereka turut mengibarkan sepanduk sambil menjerit.

Femen yang diasaskan di Ukraine terkenal kerana berbogel untuk mempromosikan mesej perjuangan hak wanita dan membantah kerajaan dan pertubuhan yang tidak sehaluan dengan mereka.

Minggu Islam Berlin terbuka kepada golongan atheis dan penganut agama lain serta Islam.

Dalam kenyataannya menerusi Internet, kumpulan pelampau berkenaan menyelar sistem perundangan Islam dan mendakwa agama itu punca kepada banyak jenayah.

Ia mengecam pihak berkuasa bandar raya Berlin kerana menawarkan platform dan menyokong masyarakat Islam.

Kumpulan berkenaan menjadi terkenal sejak beberapa tahun lalu selepas menghantar aktivis bogel mereka untuk mengganggu acara berprofil tinggi dan pemimpin politik.

Tahun lalu, Presiden Russia Vladimir Putin dan Canselor Jerman Angela Merkel diganggu oleh penunjuk perasaan separuh bogel kumpulan itu di festival perdagangan di Hanover, Jerman.

Pada September, anggota Femen mencetuskan kontroversi apabila menyerbu Minggu Fesyen Paris ketika pertunjukan oleh pereka fesyen Nina Ricci.

Baru-baru ini, kumpulan itu menunjuk perasaan di luar Parlimen Crimea di Simferopol selepas pungutan suara yang menyaksikan wilayah itu menyertai Russia.- Daily Mail

Remaja ditikam 57 kali, ditanam hidup-hidup

Dublin: Seorang remaja Chechnya berdepan dengan maut apabila diserang dan ditanam hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki tempatan, lapor media semalam.

Adam Labazanov berkata, dia diculik kumpulan terbabit sebelum dibogelkan.

Mereka juga, kata remaja berusia 19 tahun itu, bertanya latar belakangnya.

“Selepas saya mengaku berasal dari Chechnya dan beragama Islam, mereka menikam kemaluan serta seluruh badan saya,” katanya. Pemeriksaan perubatan mendapati secara keseluruhan Adam mengalami 57 tikaman.
Menurut Adam, disebabkan tidak mampu melawan, dia terpaksa berpura-pura mati. Keadaan itu mendorong kumpulan lelaki terbabit menanamnya tanpa menyedari dia sebenarnya masih hidup. Kata Adam, dia dalam perjalanan ke tempat kerja bersama bapa tirinya, Alikhan Bakaev, kira-kira jam 5.15 pagi apabila laluan mereka dihalang sekumpulan lelaki kononnya pengawal keselamatan tempatan di Jalan Bohernabreena, Tallaght, Dublin Selatan Katanya, dia dan Alikhan menaiki kereta untuk ke tempat kerja mereka di sebuah ladang.

Tiba di Jalan Bohernabreena, sebuah kereta lain memotong dan mengarahkan mereka berhenti. “Lelaki dalam kereta berkenaan mengancam menahan bapa tiri saya tetapi kami mengesan pembohongan kumpulan terbabit dan cuba melarikan diri,” katanya. Walaupun Alikhan berjaya melarikan diri, Adam tidak bernasib baik dan ditangkap penjenayah terbabit. “Mereka asyik mengulang-ulang ugutan untuk membunuh saya dan membuang mayat saya ke sungai,” katanya. Kereta Alikhan juga dibakar. “Apabila saya diheret ke dalam kereta mereka, saya ditikam berkali-kali di kaki, bahu, belakang, muka dan perut,” katanya. Selepas kira-kira tiga kilometer, penjenayah itu berhenti dan menariknya keluar. 
-Mymetro-

Apa punya celaka pulak ni: Ustaz Liwat Anak Murid Ditahan Polis

TERENGGANU: Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.

Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di rumahnya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata penahanan suspek dilakukan ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, di Balai Polis Batu Rakit petang semalam yang mendakwa telah diliwat oleh ustaz terbabit.

"Guru berusia 42 tahun itu telah berkahwin, dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lepas di kuarters perguruan sekolah berkenaan yang bersebelahan dengan asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurut Manoharan polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru tersebut.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Rosila Nik membenarkan guru berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

MH370: Ini lagi Petunjuk baru: Lebih 100 objek dicerap

Malaysiakini
Pasukan penyiasat Malaysia mengumumkan imej satelit baru menunjukkan sebanyak 122 objek di dikesan di permukaan selatan Lautan Hindi dalam kawasan operasi pencarian.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, objek berkenaan – ada diantaranya sebesar 23 meter panjang berwarna cerah – kini sedang diteliti.
Bagaimanapun, buat masa ini belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berpunca daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu, katanya.

“Namun, kita berharap petunjuk baru ini akan membantu operasi pencarian,” katanya dalam sidang media dipancarkan secara langsung di TV hari ini.

Katanya, imej yang dirakam pada 23 Mac itu diterima oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dari Airbus Defence dan Space semalam.
"MRSA menganalisis imej tersebut - dalam satu kawasan lautan seluas 400 kilometer persegi - dan berjaya mengenalpasti 122 objek berpotensi.

"Ada di antaranya sepanjang satu meter, yang lain ada yang sepanjang 23 meter.

"Ada di antaranya kelihatan berkilat, mungkin menunjukkan objek pejal," kata Hishammuddin yang membaca satu kenyataan.

Tambahnya, objek berkenaan dikesan pada kedudukan kira-kira 2,557 kilomter dari Perth.

Kesemua imej berkenaan dihantar serta merta kepada Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth semalam, katanya.
Hishamuddin berkata kesemua petunjuk itu bakal membantu pasukan penyelamat dari 26 negara yang kini menumpu perhatian di selatan Lautan Hindi itu.

"Kita sudah mempunyai empat petunjuk satelit berbeza, termasuk dari Australia, China dan Perancis yang menunjukkan kemungkinan objek.

"Paling penting sekarang kita cuba padankan objek itu dengan MH370.

"Ini akan membantu mengecilkan kawasan carian dan mengesan lebih banyak objek dari pesawat itu," kata beliau.

Menurut beliau lagi Australia kini mengetuai usaha mencari dan menyelamat di selatan lautan itu, dan membahagikan kawasan pencarian kepada sektor timur dan barat.

Sementara itu Malaysia menyelia kerjasama antara negara dan agensi dalam membantu usaha mencari ini, katanya.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.