Anwar main kayu tiga dengan Saifuddin?

Lisa Adam 
Anwar Azmin SaifuddinAdakah Anwar Ibrahim akan menyatakan sokongan secara terbuka kepada salah seorang calon Timbalan Presiden parti seperti pemilihan-pemilihan yang sebelumnya?

Mungkin persoalan lebih tepat kali ini adalah siapa? Antara Azmin Ali, Khalid Ibrahim atau Saifuddin Nasution?

Bertahun memegang gelaran orang kesayangan Anwar, ini kali pertama Azmin bertanding bagi mengekalkan jawatan kedua tertinggi parti ini tanpa ‘restu’ dan ‘sokongan’ Ketua Umum PKR.

Menjadi antara tulang belakang yang memastikan kelangsungan PKR dalam politik Malaysia, Azmin memang cukup sinonim dengan parti dan diketahui memiliki tapak kukuh serta sokongan kuat dari ramai ahli parti.

Bukan itu sahaja, kebanyakkan wakil rakyat PKR pasti merasa terhutang budi dengan Azmin, kerana Azmin adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi memilih calon -calon PKR dalam pilihanraya umum yang lepas.

Apakah mungkin wakil-wakil ini mahu menjadi kacang lupakan kulit dan mengkhianati Azmin?

Mungkin inilah yang menjadi sumber keyakinan Azmin bagi mempertahankan jawatan yang sekian lama disandangnya meskipun bakal berdepan dengan Khalid dan kuda baru Anwar, Saifuddin.

Belum terpadam rajuknya pada Anwar berkenaan isu Menteri Besar Selangor, kini Anwar pula main kayu tiga dengan Saifuddin.

Walau ramai yang berpendapat bahawa Azmin masih layak berada dalam pimpinan tertinggi parti, namun perjalanannya kali ini mungkin sedikit sukar terutama sekali dengan kemelutnya dengan Anwar.

Apatah lagi dengan kebarangkalian Anwar terheret dalam proses mahkamah yang panjang, Puan Presiden mungkin akan ‘menasihatkan’ ahli parti untuk memilih selain daripada Azmin.

Adakah Keadilan Raya milik Azmin yang menolak factionalisme, gabungan atau kumpulan di dalam parti akan membawa kejayaan kepadanya?

Klise kerana Keadilan Raya sendiri mendapat sokongan dari gabungan calon Naib Presiden Shamsul Iskandar Md Akin, calon Ketua AMK Aminuddin Shaari dan juga calon Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

Tindakan Azmin mengenengahkan Keadilan Raya juga umpama mencabar gabungan Izzah, Rafizi dan Saifuddin.

Ia mungkin langkah bijak atau bakal jadi senjata makan tuan sekiranya akar umbi merasakan bahawa Keadilan Raya adalah kesinambungan kekecewaan Azmin terhadap Anwar, dan satu bentuk revolusi dalaman parti yang cuba memulakan ‘era’ Azmin.

Kurang wow factor

Berbanding Azmin, Saifuddin adalah seorang yang setia dan kurang menonjol dalam bab memperjuangkan agenda peribadinya.

Saifuddin punya peluang untuk pergi lebih jauh bersama PKR namun memilih untuk menunggu dan tidak begitu agresif membentuk blok ‘Saifuddin Clan’ seperti yang dilakukan Azmin.

Bagaimanapun, Saifuddin punya banyak kekurangan terutamanya dalam hal-hal mentadbir serta tiada ‘wow factor’ yang boleh menarik sokongan terhadap dirinya. Mungkin inilah yang menarik di mata Anwar.

Saifuddin adalah pilihan yang lebih selamat bagi Anwar kerana berbanding Azmin yang sudah liar dan tidak lagi menari mengikut rentaknya, Saifuddin adalah seorang loyalist yang membolehkan Anwar terus memastikan parti berada dibawah telunjuknya meski dari Sungai Buloh.

Khalid pula yang kebelakangan ini acapkali mengundang rasa tidak puas hati pada Anwar bukanlah pilihan terbaik bagi menggantikan Azmin.

Anwar tahu sekiranya Khalid berjaya, legasi Anwar dalam PKR akan terpadam sedikit demi sedikit. Jika Khalid enggan tunduk pada permintaan dan kehendak Anwar di Selangor, kebarangkalian besar perkara yang sama akan terjadi dalam parti juga besar.

Mungkin umum sudah dapat meneka ke mana dan pada siapa sokongan Anwar kini tertumpu.

Melihat Anwar didampingi calon-calon yang menyokong ‘Masa Depan Bersama’ pada siri jelajah Reformasi 2.0 rasanya sudah cukup untuk menyatakan restu Anwar adalah bersama Saifuddin.

Adakah ini pengakhiran buat Azmin? Barangkali. Mengekalkan Azmin sebagai Timbalan Presiden bererti bertindak membelakangi kemahuan Anwar dan samaada suka atau tidak, PKR adalah parti untuk Anwar, demi Anwar.

Adakah akar umbi mahu menidakkan kehendak Anwar? Mungkin tidak.

Walau yang demikian Azmin masih punya kelebihan untuk kekal sebagai Timbalan Presiden kerana kehadiran Saifuddin dan Khalid hanya akan memecah undi antara kedua mereka tanpa peluang mendapat majoriti.

Lisa Adam adalah pemerhati politik tempatan

Siapa punya kerja kafankan Wan Azizah pulak ni? (Gambar)

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.


Gambar yang tersebar di Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army' itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.

"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily.

Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

"Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.

"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya. - HARAKAHDAILY 26/4/2014

Nampak hantu naik bas

Nampak hantu naik bas
Nampak hantu naik bas Seorang mangsa memuntahkan sesuatu ketika menerima rawatan daripada pengamal perubatan Islam.
KUALA KANGSAR - Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting.

Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja.

“Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam).

“Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula,” katanya.

Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria.

“Sebaik saja dia habis cakap, dia terus menjegilkan matanya dan mula meracau. Keadaan masa itu memang menakutkan sebab pertama kali saya mengalami situasi seperti ini.

“Bila sampai saja di kawasan R&R Sungai Perak, kami membawa mereka turun dari bas. Kawan-kawan lelaki penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri,” ujarnya.

Sempat hantar SMS

Dalam pada itu, salah seorang ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya yang berusia 18 tahun sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Menurutnya, anaknya pernah mengalami gangguan sama ketika pulang dari kerja, kelmarin, namun gangguan tersebut tidak begitu teruk seperti semalam.

Malah, katanya, gangguan itu sudah bermula sejak Rabu lalu, namun pada hari tersebut, hanya seorang pekerja yang mengalami histeria.

“Dia ada hantar mesej pada kakaknya beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan mengatakan berasa sakit kepala, mata tidak boleh buka dan bahu terasa berat. Kakak dia hantar mesej pada saya dan saya terus ke sini (R&R Sungai Perak) bila dapat tahu anak saya berada di sini,” ujarnya.

Tindakan pantas pemandu

Menurut pemandu bas yang dikenali sebagai Tan, 60, dia terkejut melihat salah seorang daripada penumpang tiba-tiba menjerit dengan kuat seolah-olah dirasuk sebaik tiba di persimpangan jalan Kuala Kangsar.

Katanya, gangguan tersebut merebak kepada beberapa penumpang lain selang beberapa minit kemudian dan menyebabkan suasana dalam bas menjadi kelam-kabut.

“Kalau ikutkan saya ingin berhenti di tepi lebuh raya sebaik saja mereka menjerit, namun bila difikirkan semula, berhenti di tepi jalan mungkin mengundang lebih banyak bahaya.

“Jadi, saya membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat berhampiran. Sepanjang 30 tahun saya membawa bas, kejadian ini pertama kali terjadi pada saya. Tidak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya pada waktu itu,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa yang membantu merawat mangsa berkata, dia mendapat panggilan mengatakan ada beberapa orang mengalami histeria di kawasan itu.

“Sebaik saja saya tahu berita tersebut, saya bergegas menuju ke tempat kejadian. Bila saya sampai, saya lihat beberapa mangsa menjerit-jerit dan meracau.

“Saya tidak pasti gangguan tersebut berpunca daripada mana tapi bolehlah dikatakan mereka diganggu makhluk halus,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang daripada mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan dan selebihnya dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

Pengasas Sendayu Tinggi Dedahkan Punca Beliau Tanggal Purdah

Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.

 berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam, Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik.

Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!

Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi. Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah
  • Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
  • Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..
  • Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..

Masalah saya semasa berpurdah,
  • Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.
  • Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.

Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”
Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??

Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam” itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..

Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas. Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..

Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka.. Terpaksa.. Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..

Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.

Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan fitnah.-rozitaibrahim.com

Sicelaka ini hina hudud!!

Ini gambar celaka yang hina hudud!!
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud.

Presiden MMA, Datuk Dr NKS Tharmaseelan, berkata petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.

"Prosedur (potong tangan) sangat rumit.

"Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan campur tangan jika ada mana-mana pihak tidak bertauliah melakukan prosedur pembedahan terbabit.

"Kalau ada yang buat kita tidak boleh buat apa-apa cuma boleh buat laporan polis mengatakan individu itu tidak mendapat pentauliahan yang sah," katanya.

Tharmaseelan berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah di negeri tersebut.

Katanya, doktor dan jururawat bertauliah terikat di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan tidak perlu patuh kepada arahan kerajaan negeri.

"Semua hospital di Kelantan hanya menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan pusat," katanya.

Tharmaseelan berkata, MMA akan mengambil tindakan saman dan membatalkan kelayakan tauliah jika mendapati ada doktor yang melakukan perkara tersebut.

Beliau berkata, MMA juga sedang mengkaji untuk meminda undang-undang bagi membolehkan pihak yang tidak ada tauliah perubatan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas kerana melanggar etika perubatan.

Kelmarin, Kelantan merancang menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun depan.

Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, apabila selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, pertimbangan akan diambil sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya pesalah mencuri atas sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa.

"Hukum hudud ini agak berbeza di mana pesalah yang dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara," katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia. – 25 April, 2014.

Note: Biasanya jenis perompak harta rakyat takut hudud - PK

Atuk bunuh gadis bimbang hubungan seks didedah

Maha Sarakham (Thailand): Seorang lelaki berusia 71 tahun yang mendakwa diugut remaja perempuan, ditahan atas tuduhan membunuh, Sabtu lalu.

Daeng Kothana dari daerah Chaing Yuen didakwa membunuh remaja terbabit kerana berselisih pendapat.

Mayat remaja berusia 17 tahun itu ditemui dalam keadaan hanya berbaju dan dengan dua kesan luka di leher serta belakang kepala, dipercayai akibat dihentak dengan objek tumpul.

Polis berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan hutan berhampiran pagar Universiti Maha Sarakham pada tengahari Ahad lalu.

Sebuah motosikal juga ditemui di tempat kejadian.

Ketua polis Maha Sarakham, Mejar Jeneral Chitcharoon Srivanitch berkata, anggotanya mengesahkan suspek berada di tempat kejadian berdasarkan siasatan terhadap isyarat satu daripada dua telefon bimbit lelaki warga emas itu.

Siasatan awal menunjukkan mangsa keluar dengan seorang teman lelaki menaiki motosikal dan berhenti di universiti itu kerana kononnya mahu mengambil duit daripada bapanya.

Chitcharoon berkata, mangsa meminta rakannya menunggu di pintu universiti berkenaan sementara dia menggunakan motosikal itu, namun kerana terlalu lama menunggu rakannya memutuskan untuk pulang ke rumah.

Daeng mengaku membunuh remaja itu kerana marah dengan ugutannya untuk mendedahkan hubungan seks mereka kepada polis.

Menurut Chitcharoon, Daeng bimbang dikenakan tindakan kerana mengadakan seks dengan remaja bawah umur adalah kesalahan besar di Thailand.

“Mangsa meminta wang sebanyak 5,000 baht (RM500) daripada Daeng dan dia bersetuju memberikannya dengan syarat mereka mengadakan hubungan seks terlebih dulu.

“Daeng mengaku memukul kepala remaja itu dengan kayu sehingga mati dan kemudiannya melarikan diri,” katanya.
-Agensi/hmetro-

Bertenang, Anwar. Rakyat Malaysia bukannya bodoh!

Ng Kee Seng
Bertenanglah Datuk Seri Anwar Ibrahim! Bertenang, kurangkan stres dan berhenti melakukan perkara yang membodohkan diri anda sendiri?

Orang yang paling berkuasa di dunia hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak boleh ditekan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak bertemu dengan anda.

Malaysia dan Najib adalah terlalu kerdil – untuk menekan Obama dan Amerika Syarikat.
Jika Obama telah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan anda secara peribadi, beliau akan berbuat demikian. Obama tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa; bukankah ini dunia bebas?

Jangan meninggi diri, Anwar.

Perjuangan anda dan Pakatan Rakyat bagi keadilan dan kebebasan untuk rakyat Malaysia, anda tidak memerlukan AS atau Obama. Anda hanya perlu majoriti besar (majoriti sahaja tidak mencukupi, seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13) sokongan rakyat untuk mengatasi rejim Barisan Nasional (BN) yang kejam dan korup.

Jadi Anwar, jangan menipu diri sendiri. Jangan berkelakuan seperti pemimpin BN, yang mengambil mudah dan menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Ketua tidak rasmi PKR itu dilaporkan berkata: "Saya percaya beliau (Obama) ditekan Najib untuk tidak berjumpa dengan say,a apabila Presiden Amerika Syarikat itu melawat Malaysia untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (pada Saturday 26 April)."

Pilihan raya umum selepas ini akan berlaku pada tahun 2018 tetapi Najib, selagi beliau kekal sebagai Perdana Menteri, boleh menjalankan pilihanraya mengejut jika beliau mahu, selepas tempoh dua tahun dari tarikh 5 Mei 2013 .

Daripada membuang masa bermain politik tanpa adanya keuntungan jelas, Anwar dan pemimpin Pakatan harus menguruskan kelemahan mereka dalam 13.

Jelas sekali bahawa kelemahan terbesar Pakatan adalah kekurangan sokongan daripada pengundi luar bandar.

Berhenti membuang masa, bertemu dengan akar umbi dan berinteraksi dengan golongan miskin luar bandar, didik mereka tentang demokrasi dan bagi memahami keperluan sosio-ekonomi dan kecekapan negara.

Itulah satu-satunya cara dan harapan bagi memenangi sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat, supaya adanya peluang yang sebenar mendapatkan sokongan besar-besaran dalam PRU14 dan menawan Putrajaya.

“Dia memandang tepat ke arah saya lalu tersenyum sebelum terjun dari atas bangunan itu” - saksi

Senyum sebelum jatuh
SEREMBAN: “Dia memandang tepat ke arah saya lalu tersenyum sebelum dia bertindak terjun dari atas bangunan itu,” kata saksi kejadian, Mohd Sofian Roslan, 22.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 petang semalam, mangsa, Loh Kwee Moi, 43, ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat atas bangunan enam tingkat kawasan tempat letak kereta di Perhentian Bas Terminal One.

Sofian berkata, sebelum kejadian, dia dan isterinya baharu selesai membeli-belah di Kompleks Beli Belah Terminal One.

“Saya dan isteri kemudiannya ingin menuju ke tempat letak kereta tetapi sempat berhenti seketika di jambatan penghubung antara Perhentian Bas Terminal One dan kompleks terbabit di tingkat dua.

“Waktu itu saya sedang membelek telefon bimbit dan secara tiba-tiba saya terpandang ke arah atas bangunan. Saya nampak seorang wanita dengan kedua-dua tangannya sedang memegang pengadang di tingkat atas seolah-olah mahu terjun.

“Saya cuba menjerit ke arah wanita itu dan menyuruhnya tunggu bagi membolehkan saya menyelamatkannya. Dia mungkin mendengar jeritan saya dan kemudiannya dia sempat memandang tepat ke arah saya lalu tersenyum.

“Saya menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan namun saya tidak sempat menyelamatkannya, mangsa bertindak terjun bersama beg tangannya,” katanya.

Katanya, wanita itu dilihatnya seperti mengandung dan berambut pendek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Abuya Ashaari Muhammad -Putera Bani Tamim & Justice For Wardina

HishamAhmad
Isu Selesai, Wardina Minta Maaf Pada Ustaz Don Daniyal. Begitulah dikatakan berakhirnya kontroversi di antara Wardina dan Ustaz Don Daniyal. Inilah posting terbaru tentang mereka. Cuma apa bila saya baca apa yang diulas tidaklah sepenuhnya sama apa yang ditulis Wardina.

Namun Fakta: Wardina telah minta maaf kepada Ustaz Don. Cuma apabila dibaca keseluruhan ayat yang ditulis Wardina, boleh mendorong pembaca2 cuba untuk menginterpretasi apa yang tersirat disebalik yang tersurat. Setuju?

Pengulas menyatakan lagi dlm posting itu: Isu ini tidak sepatutnya timbul sekiranya Wardina meminta penjelasan secara peribadi dari Ustaz Don sendiri tanpa membuat sebarang tuduhan melulu di media social.

Di sini timbul beberapa isu:-

(1. Mungkin ada berpendapat cara Wardina menegur dianggap tidak betul. Jika begitu selesailah apabila dia meminta maaf. Tetapi, persoalan syaraknya, (1) adakah cara dia menegur itu salah kerana cara yang dgunakan sahaja? Jika salahpun, apakah darjah kesalahannya (2) atau kerana dia org awam bukan ilmuan agama? (3) walaupun cara tegurannya salah, adakah merit/isi tegurannya tidak diambilkira? (4) jika isi teguran itu mempunyai kepentingan dan ada asas kebenaran pada apa yang ditegur, maka adakah cara tegurannya itu boleh diterima? Perlu difaham bahawa ada pihak pertubuhan agama yang menyokong Wardina dan fakta bahawa Wardina belum menuduh tetapi meminta pihak tertentu membuat semakan? Atas itu… wajarlah penjelasan diberi oleh ilmuan agama akan kaedah bagaimana org awam dapat ‘menegur’ seorang ilmuan yang menyebarkan sesuatu di kalangan masyarakat yang dipercaya sebagai suatu tidak betul pada agama.

2. Persoalan kedua penting ialah adakah Wardina telah membuat tuduhan melulu? Maka kajian harus dilakukan secara adil kepada isi ceramah/kompilasi ceramah yang dikatakan mengandungi fakta tidak betul atau hadith palsu.

-fakta pertama: apabila isu bani tamim yang dibangkitkan oleh Ustaz Don telah dkritik hebat oleh beberapa ilmuan agama lain yang hebat dengan hujah yang bermerit. (Bahkan Prof Ridhuan Tee juga ada menyebut keraguannya pada isu ini).

Maka ia membuktikan bahawa terdapat merit pada teguran Wardina pada salah satu isu pada isi kompilasi ceramah itu. Itu baru satu isu. Belum lain isu-isu yang didakwa terdapat pada kompilasi ceramah itu.

Justeru atas satu isu sahaja membuktikan bahawa teguran Wardina ada asasnya. Maka sesiapa yang kata tiada asas atau melulu, mungkin perlu tarik balik dan minta maaf?

Untuk isu-isu lain yang serius yang terdapat pada kompilasi itu, kajian adil perlu dilakukan demi kesahihan fakta agama. Pun begitu saya dapati ada isu lain yang dijawab oleh ilmuan agama dengan hujah baik yang serius.

Secara hipotesisnya, sekiranyalah jika selepas kajian, terbukti benar-benar terdapat isu-isu serius pada sesuatu ceramah atau kompilasi ceramah itu kerana terkandung kisah agama tidak sahih atau hadith palsu, sehingga menyebabkan ilmuan-ilmuan lain terpaksa memberi penjelasan kepada masyarakat bagi membetulkan kefahaman yang silap, maka ketika itu , mungkin masyarakat berterima kasih kepada orang yang membangkit isu itu. Mungkin ketika itu, apalah salahnya kalau ustaz yang tersilap itu pula meminta maaf, sekalipun dia dia dibela oleh ramai peminatnya dan sekalipun pihak yang membangkit isu itu di kondem habis-habisan.

Saya tidak mendakwa atau membela sesiapa tetapi mengharapkan kita melakukan analisa secara ulul albab kepada sesuatu isu berbangkit.

Sekali lagi, saya menerima dahulu hujah2 ilmuan-ilmuan yang mengkritik keras dakwaan ustaz Don yang mengaitkan ‘bani tamim dan melayu’. Saya berharap Ustaz Don atau ilmuan yang sependapat dapat menjawab secara berhujah.

Berikut- untuk membuktikan betapa isu – ‘bani tamim & melayu’ adalah serius , bacalah penulisan dibawah yang pernah saya tulis beberapa tahun lalu:- (Untuk versi lengkap, visit blog saya)

Hisham-ahmad.blogspot.com

Pelik Lagi Ajaib

Kisah Abuya dan al-Arqam

Aku sekadar ingin merujuk kepada sebuah buku yang diberikan kepada aku beberapa tahun lalu. Buku bertajuk “Abuya Hj Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim. Susunan oleh Mohd Nizamuddin Hj. Ashaari , Laila Ahmad. Kalau buku lain pasti ada kritikan. Buku ini setebal 92 mukasurat boleh dikatakan secara 100% pro-Abuya dan al-Arqam atau Rufaqa Corporation.

Sekarang aku hanya ambil beberapa bahagian daripada isi buku itu sekadar untuk tatapan dan santapan fikiran. Tiada tambahan, original version. :-

· Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agamaNya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Inilah kerana seperti yang kita tahu,orang-orang arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis arabnya. Rasulullah s.a.w. tidak menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tenyang ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya,bukan salasilahnya.

· Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau Jemaah atau toifahnya kemudian membesar. Sifat toifahnya mirip kepada Jemaah Rasulullah s.a.w. kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-gagak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau mereka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat mereka lakukan.

· Ketika Abuya ditahan oleh kerajaan menggunakan ISA, Abuya Ashaari Muhammad tidak melawan bahkan memberi kerjasama. Beliau amat yakin bahawa Allah pasti menguji pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian itu pula adalah penghapusan dosa, manakala penentang akan terhukum dengan sendirinya. Setelah dibebaskan dari lokap, Abuya menubuhkan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd sebagai wadah baru perjuangannya sedangkan Abuya masih dalam tahanan ISA (RO). Akhirnya dalam masa 10 tahun,Rufaqa’ Corporation menjadi jauh lebih gagah daripada Arqam yang telah dihancurkan itu. Walhal sepatutnya jemaahnya tidak mungkin hidup kembali. Namun melalui proses ISA, Allah menjadikan perjuangan Abuya lebih laju dari sebelumnya.

· Selepas ISA, Allah takdirkan Abuya Ashaari Muhammad sakit kuat. Dalam keadaan dirinya yang terlantar sakit itu lebih-lebih lagilah tidak mungkin pengaruhnya membesar. Namun kenyataannya Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam dan di luar Negara, sama ada dari kalangan orang biasa mahupun tokoh-tokoh kenamaan, tokoh-tokoh korporat, golongan professional, pemimpin masyarakat, artis dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas, tapi kuasa Tuhanlah yang mampu memberi kesan.Kalaulah tokoh-tokoh lain sama ada pemimpin,usahawan,ilmuan,karyawan,budayawan,atau lain-lain,di tangan mereka terjadinya pembangunan dan kemajuan material yang luar biasa namun belum ada di antara mereka yang mampu membina kemajuan sepertimana yang dibangunkan oleh Abuya. Sebagai contoh,Abuya Berjaya membangunkan ‘bandar’ yang lain dari yang lain iaitu sebuah Bandar dengan system hidup yang memasukkan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal. Yakni Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi sistem bermodalkan Tuhan menjadi model yang boleh ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan. Abuya umpama tafsiran Al-Quran dan Sunnah bergerak

Bab 6. Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim

Berikut ialah apa yang Abuya faham tentang Imam Mahdi dan perjuangannya dengan merujuk kepada Hadis-Hadis akhir zaman serta ilham yang Abuya dapat dari masa ke semasa, sejak 40 tahun yang lalu:

1. Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang masih hidup dan sedang dighaibkan oleh Allah. Dia akan zahir ke dunia nyata pada waktu yang Allah kehendaki untuk melakukan kebangkitan Islam.

2. Di hari kezahirannya, iaitu hari Jumaat bulan haji, ketika khatib sedang membaca khutbah di mimbar Masjidil Haram di Mekah, hidung khatib tersebut berdarah kerana cuaca terlalu panas. Maka khatib itu turun dari mimbar dan digantikan oleh khatib yang kedua. Hal yang sama berulang sehingga khatib yang keenam. Khatib yang ketujuh tidak berdarah hidungnya maka dia menjadi imam sembahyang jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia Imam Mahdi yang dizahirkan buat pertama kali setelah dighaibkan Tuhan selama lebih 80 tahun.

3. Nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah, keturunan Bani Hasyim iaitu Arab Quraisy dan merupakan ahlul bait.

4. Imam Mahdi akan zahir tidak lama lagi iaitu selepas terjadinya daulah Islamiah di Malaysia iaitu sekitar 3 hingga 4 Tahun lagi.

5. Dari Mekah, dia akan ke Malaysia untuk menerima serahan kuasa dari Putera Bani Tamim. Hal ini berlaku setelah 6 bulan kezahirannya di mimbar Masjidil Haram itu.

6. Dalam tempoh 6 bulan itu, Imam Mahdi belum isytihar dirinya. Dia hanya berhubungan dengan para wazirnya untuk melengkapkan persiapan sebelum pengisytiharan. Namun umat Islam yang sudah tahu tentang keberadaannya mahu berbaiah padanya. Mereka disyaratkan untuk berbaiah terlebih dahulu dengan Putera Bani Tamim yang berada di Malaysia.

7. Program penyerahan kuasa berlangsung hanya satu malam, sebab kerja-kerja menyiapkannya sudah dibuat oleh Putera Bani Tamim selama 40 tahun. Imam Mahdi hakikatnya telah memimpin kerja-kerja itu dari balik tabir.

8. Dengan kuasa daulah yang ada, dengan system pemerintahan khalifah yang sudah wujud dan dengan pengaruh yang sudah bertaraf dunia, Imam Mahdi akan memulakan operasi memerangi Amerika (Sufyani). Beliau akan menang dan dapat menguasai dunia.

9. Imam Mahdi memerintah dunia selama lebih kurang tujuh tahun. Bila Dajjal datang, Nabi Isa turun untuk membunuhnya. Nabi Isa akan membenarkan Imam Mahdi, hasilnya seluruh penghuni dunia akan jadi pengikut Imam Mahdi.

Begitulah kefahaman Abuya tentang Imam Mahdi dan jadual yang akan terjadi. Abuya bukan sahaja mempromosikan Imam Mahdi bahkan Abuya sedang mempersiapkan jemaahnya dan team perjuangannya untuk diserahkan kepada Imam Mahdi.

Bab 7. Kesimpulan

…apa yang sedang terjadi di Malaysia oleh jemaah Arqam dan kini Rufaqa ialah jadual Allah untuk akhir zaman…

(Para akhir) Pemimpin sebenar kepada kebangkitan itu ialah Imam Mahdi yang aktif berperanan dibelakang tabir dan akan Allah zahirkan semula ke dunia sepertimana nabi Isa a.s. Imam Mahdi melantik pemimpin Arqam atau Rufaqa’ iaitu Abuya Ashaari Muhammad sebagai wazir kanan kepada Imam Mahdi yang membuat tapak perjuangan Imam Mahdi. Ertinya Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim. Perjuangan mereka akan mendapat sebuah Negara Islam iaitu Malaysia secara aman, damai dan harmoni. Abuya Ashaari sedang berusaha menagih janji Tuhan agar jadual kebangkitan yang Allah dan Rasul sebutkan di dalam hadis-hadisnya benar-benar akan berlaku tidak lama lagi!

Begitulah hebat sekali kisah Abuya, Sebahagian kedengaran macam fiksyen tapi sebahagian mengandungi fakta.

- Malangnya Abuya, yang dikatakan Putera Bani Tamim, yang berperanan menyambut dan membantu Imam Mahdi bagi kebangkitan Islam akhir zaman telah pun meninggal dunia …sedangkan Imam Mahdi belum menzahirkan dirinya….

Ahmad Said akan berhenti pada 11 Mei ini?

Zabidi Saidi
Blogger Sayuti Omar menyifatkan Ahmad Said akan jadi macam David Moyes.
ANALYSIS
ahmad said najibPETALING JAYA: Dahulu heboh kononnya Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu ditukar apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ bagi membolehkan beliau dilantik sebagai MB yang baharu.
Tetapi perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah. Anwar beriya benar mahu menjadi MB Selangor tetapi akhirnya beliau tidak dapat bertanding apabila pada 7 Mac lalu beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Maka berita pertukaran Khalid dari jawatan MB menjadi senyap selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi DUN Kajang menggantikan suaminya.

Ahad lalu Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia membangkitkan isu pertukaran dua MB di kalangan MB Barisan Nasional (BN). BN berkuasa di Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah (Ketua Menteri). Siapa yang akan digugurkan? Tidak mungkin Perlis, Kedah, Melaka dan Johor kerana mereka masih baru menjadi MB pada Mei 2013 selepas pilihanraya umum (PRU).

Adakah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Musa Aman? Mohamad Hassan paling ‘gentleman’ antara mereka berlima. Beliau berkata kuasa melantik MB adalah kuasa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau PM suruh bersara, kita kena terima dengan lapang dada,” kata beliau. Setakat ini Zambry, Adnan dan Musa tidak bersuara. Sebaliknya yang banyak menjadi tumpuan ialah Ahmad Said.

Ahmad Said kata beliau enggan mengulas spekulasi dalam blog dan Facebook. Sebenarnya bukan blog dan Facebook yang memulakannya tetapi Mingguan Malaysia akhbar milik Umno. Apabila akhbar milik Umno yang mainkan isu ini, maka orang lebih percaya Ahmad Said akan ditukar walaupun Awang Selamat tidak menyebut nama dua MB yang terbabit.

Benarkah ada perjanjian di antara Najib dengan Ahmad Said bahawa beliau jadi MB Terengganu untuk satu tahun sahaja selepas PRU ke 13? Itu yang diperkatakan orang. Malah beliau dikatakan mengugut PM akan menarik dua ADUN BN keluar dari BN yang menyebabkan BN akan tumbang di Terengganu pada tahun lepas sekiranya PM tidak lantiknya semula sebagai MB.

Jika benar Najib mahu gugurkan Ahmad Said, adakah ugutan Ahmad Said akan terlaksana? Tergamakkah Ahmad Said melihat BN jatuh di Terengganu? Ini yang sedang difikirkan oleh Najib buruk dan baik menggantikan Ahmad Said dengan orang lain.

Blogger Sayuti Omar menyifatkan Ahmad Said akan jadi macam David Moyes, Pengurus Manchester United.

Katanya, semalam Ahmad Said enggan ulas. Manakala orang yang diheret akan mengganti beliau menafikan. Orang yang dijaja ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia bernama Rozi Mamat. Sebelum ini orang tidak kenal siapa dia Rozi Mamat. Dia bukan tokoh yang disebut-sebut sebelum ini. Tetapi tiba-tiba namanya tersembur ke atas hari ini.

Sayuti menulis, Rozi Mamat pun sudah menggeletar bila mana namanya disebut malahan marah kepada orang yang mengheret namanya.

Tambahnya lagi, tidak mengapa, Rozi tidak perlu menggeletar dan marah-marah, orang yang bakal mengganti Ahmad Said kalau MB itu terpaksa disenjah turun, bukan Rozi Mamat, tetapi ada nama lain.

“Nama itu sudah pun dimaklumkan kepada Sultan Terengganu. Sebelum itu saya nak tanya beranikah Najib Razak tukar MB Terengganu itu? Macam mana dengan Sultan, perkenankah tidak?” soal Sayuti dalam blognya.

MstarOnline menulis keputusan pihak istana yang bakal menentukan sama ada akan berlaku pertukaran MB di beberapa buah negeri menjadi kenyataan sebagaimana yang disebut-sebut sekarang.

Walaupun PM berhak membuat perubahan ke atas kerusi tersebut tetapi kata putus istana tetap memainkan peranan dan tidak dapat diketepikan begitu sahaja.

Beberapa sumber yang dihubungi mStar Online memaklumkan, suka atau tidak, kata putus istana dalam soal kerusi MB harus diterima sebagai salah satu pra-syarat pelantikan mana-mana MB yang baharu.

“Lambat atau cepat proses pertukaran (MB) itu bergantung kepada kata putus pihak istana,” katanya lagi.

Sumber mStar Online turut mendedahkan bahawa isu mengenai pertukaran MB di beberapa buah negeri ini timbul kerana wujudnya perjanjian bersama antara MB terbabit, Barisan Nasional (BN) dan istana negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang lalu.

“Menerusi gentleman agrement itu, beberapa orang MB telah diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab mereka seperti biasa selepas memenangi PRU lalu, dengan syarat mereka perlu berundur selepas tempoh tertentu dan inilah yang akan berlaku sekarang,” kata sumber berkenaan.

Bilakah perubahan ini akan berlaku hanya PM sahaja yang ada jawapannya. Dua buah negeri yang disebut-sebut terikat dengan persefahaman ini ialah Terengganu dan Pahang kata mStar Online lagi.

Hanya seorang anggota Exco Terengganu, Nawi Mohamad tampil mempertahankan Ahmad Said. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Besut menyokong kewibawaan Ahmad Said untuk terus mengetuai pentadbiran Terengganu. Nawi adalah orang Ahmad Said yang menentang penyandang jawatan Ketua Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh dalam pertandingan Ketua Bahagian pada tahun lepas.

Sebalik-baik sahaja Idris dapat tahu Nawi mahu tanding jawatan Ketua Bahagian, beliau yang juga bekas MB bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian sahaja. Beliau buat alasan sibuk di pusat sebagai Menteri Pendidikan II dan ahli majlis tertinggi Umno yang menyebabkan beliau beri laluan kepada orang muda menjadi Ketua Bahagian.

“Pertukaran berkenaan tidak perlu dilakukan buat masa ini,” kata Nawi dalam sms kepada sebuah portal berita.

Minggu lepas sebelum Mingguan Malaysia menyiarkan pojok Awang Selamat, Ketua Umno Bahagian Marang, Latif Awang membuat pengumuman berdiri teguh di belakang Ahmad Said. Justru itu sama ada benar atau tidak Ahmad Said akan berhenti pada 11 Mei ini, sama-samalah kita tunggu.

Masjid Negara dahulu dibina dengan wang judi?

Masjid Negara yang merupakan mercu Kuala Lumpur sejak 50 tahun lalu mula dibina pada tahun 1963 dan siap dibina pada 1965. Ianya dibina di atas tanah seluas 13 ekar yang dahulu menempatkan sebuah gereja iaitu The Venning Road Brethren Gospel Hall. Menurut rekod masjid ini yang telah melalui berbagai ubah-suai sejak ia dibina ketika Almarhum YTM Tunku merupakan PM Malaysia kini boleh meneptakan 15,000 orang jemaah.
Saya sengaja membangkitkan isu Masjid Negara ini kerana sewaktu kecil-kecil dahulu saya masih ingat mendengar orang-orang tua bercerita bahawa masjid ini dibina oleh kerajaan bersekali dengan duit judi iaitu dari Loteri Kebajikan Masyarakat (yang kini telah tiada).

Lalu sempatlah saya menelaah rekod hansard Dewan Rakyat, dan ditakdirkan hari ini saya sempat membaca laporan dewan itu bertarikh 7 Disember 1959 iaitu Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Pertama 1959-64.

Menurut laporan pada persidangan berkenaan Kerajaan Persekutuan yang di ketuai Almarhum YTM Tunku Abd Rahman, Perdana Menteri Malaya pertama telah memohon untuk membelanjakan RM2juta dari wang kerajaan bagi menampung sebahagian perbelanjaan membina dan menyiapkan Masjid Negara. Adapun bakinya akan disumbang dari hasil lain. Dan disinilah isu penggunaan wang hasil judi iaitu wang dari Loteri Kebajikan Masyarakat iaitu loteri yang dikendalikan oleh kerajaan Persekutuan ketika itu dibincangkan.

Bayangkan pembinaan masjid bertaraf masjid Negara, mahu ditampung dengan wang judi! Ramai yang mungkin tidak tahu perkara ini kecuali yang berumur 70 ke 80an hari ini. Mereka yang lain mungkin tidak maklum atau tidak tahu menahu langsung.

Perkara ini dibangkitkan oleh PAS ketika itu dikenali sebagai Persatuan Islam Se Tanah Melayu dalam perbahasan di Dewan Rakyat. YB wakil Bachok iaitu Almarhum Prof Zulkiflee Muhammad yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS (ataupun Timbalan Presiden sekarang) telah bangkit dan menyatakan (sebagaimana terkandung dalam Hansard):

Enche' Zulkiflee bin Muhammad: Tuan Yang di-Pertua, Head 101-Government Contribution to National Mosque. Saya, Tuan Yang di-Pertua.bagi pehak Persatuan Islam di-sini,tentu-lah amat sukachita bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memperuntokan $2,000,000 bagi membenasa-buah Mesjid Negara dan berapa hendak di-bayar mengikut ansoran itu,ada-lah perkara pentadbiran. Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah di-dengar berkenaan dengan pembenaan Mesjid Kebangsaan atau Masjid Negara ini, ia-lah sa-bahagian daripada-nya akan di-belanjakan dari wang loteri. Ini yang saya berkehendakan supaya Dewan ini memikirkan Iebeh lanjut berkenaan dengan peruntokan Mesjid ini.

Belum lagi selesai soal loteri dalam Dewan ini, saya tahu Kerajaan akan menggunakan undi2 yang ada pada-nya untok mengalakkan Persatuan Islam. Tetapi, satu soalnya, Tuan Yang di-Pertua, ia-lah kedudokan kita sa-bagai hendak membena sa-buah Mesjid Negara 'dengan menggunakan wang loteri, kalau-lah mustahak; dan perkataan mustahak ini saya akan bahathkan kemudian,kalau-lah mustahak bahawa Mesjid Negara ini dengan membelanjakan $5,000,000 umpama-nya. maka pada fikiran saya tidak-1ah salah bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memikul belanja ini semua sa-kali.

Sebab kita pada hari ini telah melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menambah $500,000 kerana Sports Stadium dengan bagitu senang.

Saya berasa kalau-lah Yang Berhormat itu dapat mendengar expert2-pakar2 daripada ahli soal membuat Mesjid dan soal bagaimana patut-nya berseh Mesjid itu daripada wang loteri, saya berasa tidak-lah salah pula wang itu di-tambah $5,000,000.

Soal-nya. Tuan Yang di-Pertua, ialah saya berharap supaya Kerajaan Persekutuan, kalau hendak membena sa-buah Mesjid Negara, pikul-lah ia dengan wang Kerajaan itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua. pada fikiran saya bahawa Mesjid Negara ini walau pun akan menjadi simbol bagi sa-buah Kerajaan dan simbol orang2 Islam dalam negeri ini tidak mustahak-lah di-besar2kan sangat. Kita telah melihat banyak negeri yang Mesjid-nya besar' tapi orang2-nya kechi12 di-dalam Islam. Maka pada fikiran saya hendaklah di-sesuaikan perbelanjaan Mesjid ini dengan kewangan kita sendiri. Dan kalau mustahak, berbalek saya kapada perkara2 itu, chara hendak di-besarkan sangat Mesjid itu supaya kalau tidak ada apa benda yang hendak di-tunjokkan kapada negeri luar maka jaga-lah Mesjid kita itu dan $5,000,000 itu tertanggong-lah oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Berdasarkan ucapan di atas PAS secara rasminya menyatakan bantahan terhadap penglibatan wang judi dalam pembinaan Masjid Negara. Dan dalam penggulungannya Perdana Menteri mengesahkan bahawa Loteri Kebajikan akan menyumbang dana bagi membiayai sebahagian kos pembinaan masjid berkenaan selain peruntukkan kerajaaan sendiri.
Almarhum YTM Tunku telah menjawab:

Berkenaan dengan Masjid, ini-lah yang saya hendak chakapkan. Perkara ini bukan-lah baharu kita dengar, katanya duit lottery ini haram, ta' patut kita gunakan bagi Masjid kita, bagi Masjid mana pun. Tetapi saya ini bukan-lah sa-orang yang jahil, tetapi sa-orang yang memandangkan apa yang patut di-kehendaki. Kalau benar2 di-kehendak itu benda mustahak bagi bangsa dan ugama, kalau wang kita tak chukup, kita tahu apa yang kita berkehendakan itu, kita chari-lah wangnya. Jadi saya sendiri, kalau-lah kawan2 kita di-sini berkata, membuat Masjid dengan wang lottery ini haram, saya sendiri berani berkata biar-lah saya tanggong dosa-nya itu jikalau negeri ini boleh dapat kebajikan dari pada wang itu, saya tanggong-lah segala2- nya.

Dan berkenaan dengan lottery itu,bukan-lah negeri kita ini tak boleh beri wang sampai $6 million, boleh beri, tetapi ra'ayat jelata kita ini daripada segala lapisan, segala gulongan, semuanya suka hendak membantu sa-banyak sadikit. Sampaikan Lottry Board pun suka juga hendak membantu. Jadi, benda itu saya ingat, tidak-lah patut kita tolak. Ada juga satu pendapat bahawa Masjid ini ada-lah sa-bagai satu tanda bahawa negeri kita merasmikan Ugama Islam sa-bagai Ugama negeri ini. Saya ingat tak patut kita hendak membena sa-buah Masjid yang berharga kurang. sa-kurang2-nya samalah mana2 Masjid yang ada di-Tanah Melayu ini.

Perdana Menteri bukan sekadar mengiakan sumbangan dari wang judi malah dengan berani menyatakan:
Jadi saya sendiri, kalau-lah kawan2 kita di-sini berkata, membuat Masjid dengan wang lottery ini haram, saya sendiri berani berkata biar-lah saya tanggong dosa-nya itu jikalau negeri ini boleh dapat kebajikan dari pada wang itu, saya tanggong-lah segala2- nya.

Apa berlaku selepas itu saya tidak pasti. Tetapi berdasarkan rekod di atas Kerajaan ketika itu memberikan persetujuan pembinaan Masjid Negara yang ada sekarang dengan peruntukkan darinya selain sumbangan wang judi Loterry Board Malaya.

Jika ini benar, hari ini bagaimana dengan ini, apakah langkah yang boleh diambil untuk membersihkan Masjid Negara?!

Lintah Berjaya Cantum Telinga Remaja Yang Putus

Tranungkite

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan telinganya yang putus selepas diserang seekor anjing, dengan bantuan lintah.

Pakar bedah berjaya menyambung semula telinga yang putus itu menggunakan lintah, yang bertindak menghisap darah ketika proses penyambungan dilakukan.

Dia dirawat oleh Dr Stephen Sullivan, yang menggunakan kaedah berkenaan selepas beliau gagal mencari arteri halus di telinga yang bertindak untuk memberikan oksigen kepada darah, sekali gus memastikan telinga itu `hidup’.

Selepas dua minggu, lintah itu telah digunakan dan ia melekat di telinganya .

Remaja itu kini telah pulih sepenuhnya dan kejadian itu hanya meninggalkan parut yang kecil di telinganya.

Pendengarannya juga tidak terjejas dan dia perlu menjalani rawatan selama dua minggu di hospital itu.

“Penggunaan lintah itu adalah sementara, ketika badan bertindak balas dengan arteri baru.

“Alam semula jadi memang berkesan sejak lama dulu dan tiada kaedah lain yang dicipta oleh saintis, jurutera atau doktor yang boleh mengatasi kejadian semula jadi ini,’’ kata Dr. Sullivan yang mengakui ada pesakit yang terkejut dengan rawatan menggunakan lintah ini.