10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t

Tranungkite
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

“ 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t,

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.
7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.

Badan perisikan Britain, Amerika Syarikat dan Israel terlibat dengan penubuhan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) ?

Washington: Bekas kakitangan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat, Edward Snowden berkata, Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) adalah kumpulan yang dibentuk hasil kerjasama perisikan tiga negara.

Global Research, pertubuhan penyelidikan bebas yang berpejabat di Kanada memetik Snowden berkata, badan perisikan Britain, Amerika Syarikat dan Israel bekerjasama untuk membentuk sebuah negara khalifah baru yang dinamakan ISIS.

Menurut Snowden, badan perisikan ketiga-tiga negara itu bekerjasama menghasilkan kumpulan berkenaan bagi menarik semua ekstremis di seluruh dunia menerusi cara yang digelar ‘sarang lebah.’ Dokumen NSA didedah Snowden menunjukkan strategi sarang lebah dilaksanakan untuk melindungi kepentingan Zionis dengan menciptakan slogan agama dana Islam. 
-Agensi-

Siapa dalang yang sudah dua kali sabotaj bekalan air di Selangor ni? Takkan polis tak boleh tangkap

SELANGOR KINI 
BESTARI JAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan meminta bantuan daripada polis dan Rela untuk ditempatkan di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya ekoran terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Yunus Hairi berkata langkah itu akan diambil kira ekoran sudah dua kali berlaku sabotaj itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab bertindak memotong sistem pendawaian di enam pam di kolam Hang Tuah itu.

Bagaimanapun, Dr Yunus berkata pemotongan itu tidak menggugat pengaliran air kepada penduduk ekoran pendawaian yang dipotong itu adalah dari sungai ke kolam.

“Tiada barang bernilai selain sistem pendawaian dan tidak memberi kesan kepada pengepaman ekoran paip yang dipotong adalah dari sungai ke kolam.

“Jadi ia tidak mengganggu. Bagaimanapun kita melihat perkara ini secara serius kerana operasi ini sangat penting kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di kolam terbabit.

Dr Yunus berkata dalam pengurusan negeri menuju ke kelas pertama, namun disebabkan pemikiran pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan pengurusan negeri terjejas.

“Pengeluaran air ini sangat penting terutama musim kering bagi sesebuah empangan.

“Namun terdapat segelintir pemikiran kelas ketiga menyebabkan ia berlaku,” katanya.

Beliau berharap semua pihak dan masyarakat yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu kerajaan negeri.

“Saya akan arahkan pihak Lembaga Urus Air Selangor untuk membuat laporan polis seterusnya memperbaiki kerosakan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan membawa masalah itu ke dalam mesyuarat jawatankuasa air bagi mencari penyelesaian.

“Kita akan menambah anggota keselamatan supaya mengawal di semua pam-pam ini.

“Malah, kebajikan petugas juga akan diambil kira bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sebelum ini, sekitar jam 3 pagi, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata supaya meninggalkan kawasan itu.

Tangan kanak-kanak putus dibaham harimau

Cascavel (Brazil): Seorang kanak-kanak putus sebelah tangan selepas dibaham seekor harimau setelah dia memanjat masuk ke kawasan larangan untuk mengusap haiwan berkenaan.

Saksi berkata, kanak-kanak berusia 11 tahun itu meraung: “Saya akan mati, tangan saya putus” selepas dia dibaham ketika dikatakan cuba menghulurkan daging menerusi kandang itu.

Sementara itu, adik mangsa berusia tiga tahun dipercayai menyaksikan kejadian di zoo di Cascavel itu.

Rakaman video yang dimuat naik melalui laman Liveleak menunjukkan mangsa dipapah melintasi sekatan keselamatan. Bapanya dikatakan membenarkannya memasuki kawasan larangan itu walaupun terdapat tanda amaran.

Guru muzik, Ricardo Espindola yang turut berada di tempat kejadian berusaha membantu bapa mangsa sementara menunggu ambulans tib
“Dia memberi makanan kepada harimau itu dan bergurau dengan binatang itu sambil mengusap haiwan itu dengan tangannya,” kata Espindola.
Foto
PARAMEDIK merawat mangsa di tempat kejadian sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Menurutnya, selepas melihat harimau itu, Espindola beredar dan kemudian terdengar kanak-kanak itu meraung. “Saya berlari semula ke situ dan melihat bapa mangsa mendukungnya dengan tangan kanak-kanak itu terkulai. Saya segera menelefon ambulans.

“Kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terkejut dan merapu dengan meraung yang dia akan mati selepas dibaham,” kata Espindola, semalam.

Mangsa dirawat oleh paramedik di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dan doktor dipercayai terpaksa memotong tangan mangsa. Menurut seorang pekerja, harimau yang diberi nama Hu itu adalah antara haiwan yang paling ‘comel’ di zoo itu. 
-Agensi-

Belasah abang ipar selepas minta maaf

Seorang lelaki memukul dan menendang abang iparnya kerana tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang tidak memandang mukanya ketika dia meminta maaf di rumah bapanya di Kampung Atas Tol di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun, cedera di muka dan mulut.

Makan di dapur

Sebelum kejadian itu, mangsa bersama isteri dan bapa mentuanya sedang makan di dapur rumah itu sebelum dihampiri adik iparnya. Suspek yang bekerja sebagai pemandu teksi kemudian ingin meminta maaf kepada mangsa.

Bagaimanapun, mangsa tidak memandang muka adik iparnya hingga menyebabkan lelaki itu naik angin, lalu memukulnya.

Bayi kembar empat ini termasuk antara 1,400 kelahiran dalam 23 hari serangan Israel di Gaza

http://www.ustazcyber.com
Gambar bayi kembar empat yang lahir dari rahim seorang ibu Gaza pada Khamis, 4 Syawal 1435 H/31 Julai 2014
GAZA CITY (SOL): Pepatah ini sangat tepat untuk Gaza saat ini: ‘mati satu tumbuh seribu’. Ternyata benar, Allah subhanahu wa ta’ala akan memperbaharui dan selalu menambahkan jumlah generasi Palestin dengan jumlah yang sangat signifikan.

Tak dapat dinalar oleh akal sehat manusia, tetapi ini benar-benar kenyataan. Saat perang baru berlangsung 23 hari (hingga hari ini perang sudah berlangsung 26 hari), pihak Kementerian Kesehatan Palestin merilis laporan yang sangat mencengangkan.

Pada saat perang berlangsung 23 hari dengan korban jiwa lebih 1400 orang warga Gaza, namun dalam waktu yang sama juga telah lahir lebih 1400 bayi di Gaza. Allahu Akbar!

Dan, ini bukan pertama kalinya. Pada perang-perang sebelumnya juga terjadi hal serupa. Dari detik ke detik korban jiwa bertambah, tetapi dari detik ke detik juga generasi Palestin selalu bertambah. Subhanallah. Allahu Akbar! (Abdillah Onim melaporkan dari Gaza)

Apabila Orang Minyak Tersilap Jampi, Inilah Jadinya

Tranungkite
Sepandai tupai melompatt.. akhirnyee.. tumpas jgak! org minyak intai perempuan kt toilet

Ramai yang tertanya-tanya siapa Dr Zuhdi

Dr Riduan Mohamad Nor
Gambar: DR ZUHDI, PERMATA MEMERCIK SINAR.  Oleh:Dr Riduan Mohamad Nor.  Aku menyandar dibahu temanku Nordin Sakke saat anak muda pemimpin pelajar itu memuntahkan idea-idea dengan luncuran kata-kata yang cerdas. Kuliah maghrib di surau Kolej Pertama UM adalah rutin setiap malam dimana tokoh-tokoh pelajar daripada PMIUM, PMAIUM dijemput menyampaikan tazkirah. Aku ditahun pertama, manakala Zuhdi ditahun kedua pengajian, anak muda yang kelihatan serius ini adalah anak kelahiran Behrang Perak, sekampung dengan almarhum Ahmad Boestaman, tokoh pejuang kemerdekaan.  Bermula dengan kuliah-kuliah Zuhdi yang cuba mengajak warga kampus untuk menghayati cara hidup Islam, aku mula tertarik untuk mengenali Timbalan Presiden PMIUM ini. Bermula dengan kepelikan yang luarbiasa bagaimana pelajar Fakulti Sains ini boleh mengupas tasawwur Islam dengan begitu baik, menghafal al Quran dan dihormati oleh pelajar-pelajar Pengajian Islam. Dia menjadi titik pesona bila berhimpun dalam khalayak anak-anak muda kampus dan juga menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden GAMIS, sebuah ormas mahasiswa Islam peringkat nasional.  Zuhdi adalah ulat buku tegar, sentiasa mendampingi ulama-ulama yang aktif berkuliah , menceduk ilmu diluar disiplin ilmu Sains dan ini akhirnya menghantar beliau menjadi tokoh ilmuan sehingga meraih kedoktoran dalam bidang Falsafah Sains Islam. Bahkan sekaligus mengusai bahasa Arab dan menghafal lebih separuh kandungan al Quran saat bermukim ilmu di bumi England. Aku masih terbayang sifat tegas Zuhdi semasa memimpin pelajar di kampus, beliau dikenakan tindakan oleh Universiti Malaya, apabila menjadi perancang bantahan konsert Sheila Majid. Beliau menghantar kertas isyarat berhenti berucap kepada TNC UM ketika tokoh itu merasmikan ucapan perasmian Muktamar PMIUM, sehingga TNC segera duduk tanpa menghabiskan ucapan. Zuhdi tegas kepada sesiapa pun , masa wajib ditepati hatta oleh sosok besar kampus sendiri.  Aku semakin kagum kepada anak muda pemberani ini, di asrama Pantai Puri UM pula aku tinggal sekolej dengan beliau , juga isteri beliau , Sri yang terlibat sebagai pimpinan Siswi kolej Pantai Puri. Usai bergraduat , Zuhdi menjadi Pegawai di ILHAM yang berpusat di Markas Tarbiah Taman Melewar. Bekerja dengan Jamaah Islam sepenuh masa dengan gaji dibawah tahap kemiskinan bukanlah pilihan ribuan anak muda terpelajar. Zuhdi tega dengan kemiskinan saat rakan lain memacu laju kereta import, beliau menghirup mee segera dengan penuh nikmat saat rakan lain makan dengan selesa. Beliau disamping mengendalikan pengurusan ILHAM Pusat, terus menyambung belajar diperingkat Sarjana, juga dilantik sebagai Exco DPPP di zaman Dato Mahfuz Omar menjadi ketua Pemuda. Di alam kerjaya juga, beliau terus menjadi pemain utama DPPP, merasai jerih payah membangunkan jamaah Islam tercinta ini. Zuhdi adalah antara yang terawal terlibat dengan NGO bantuan tanpa sempadan, iaitu Muslim Care, aku bersamanya, saat Acheh di badai tsunami sehingga menewaskan 161 000 manusia. Kami bertugas di Meulaboh Acheh dan Muslim Care terus menabur bakti dan dikenali sehingga hari ini.  Aku turut menziarahinya saat beliau bermukim di UK, beliau menggerakkan pelajar-pelajar Islam disana walaupun begitu sibuk dengan desertasi kedoktoran. Aku tak malu untuk mengaku bahawa  beliau juga antara inspirator untuk aku terus belajar, Zuhdi menunjukkan bahawa akal manusia tidak pernah lelah untuk menerima pelbagai bentuk disiplin ilmu, bersinergi antara ilmu Diniah dan ilmu konvensional. Apabila beliau pulang ke tanahair terus dilantik sebagai Pengarah Institut Polisi Studi DPPP, sehinggalah jawatannya kini Pengarah Operasi PPP.  Khidmat Zuhdi kepada jemaah Islam ini tak terbilang, membuat kajian lapangan,menganalisa senario politik, membaca unjuran strategik , memberikan pencerahan kepada ahli-ahli tentang pelbagai isu, menggerakkan budaya intelektual dalam gerakan Islam. Beliau pendebat yang baik, berkolaborasi antara pemikiran kritis dan analitis, pernah berdebat dengan pelbagai kumpulan sivil seperti SIS, Isma, Hizbut Tahrir, dan sebagainya, termasuk adu hujjah dengan UMNO. Aku mencadangkan supaya pihak yang meremehkan tahap intelektual Zuhdi untuk memanggil  beliau ke program wacana ilmu, debat , syarahan dan sebagainya.  Maaf teman, aku mengenali Zuhdi selama 25 tahun sebagai rakan baik yang hidupnya gemar membaca buku dan menghafal al Quran. Hari ini beliau menjadi Aku menyandar dibahu temanku Nordin Sakke saat anak muda pemimpin pelajar itu memuntahkan idea-idea dengan luncuran kata-kata yang cerdas. Kuliah maghrib di surau Kolej Pertama UM adalah rutin setiap malam dimana tokoh-tokoh pelajar daripada PMIUM, PMAIUM dijemput menyampaikan tazkirah. Aku ditahun pertama, manakala Zuhdi ditahun kedua pengajian, anak muda yang kelihatan serius ini adalah anak kelahiran Behrang Perak, sekampung dengan almarhum Ahmad Boestaman, tokoh pejuang kemerdekaan.
Bermula dengan kuliah-kuliah Zuhdi yang cuba mengajak warga kampus untuk menghayati cara hidup Islam, aku mula tertarik untuk mengenali Timbalan Presiden PMIUM ini. Bermula dengan kepelikan yang luarbiasa bagaimana pelajar Fakulti Sains ini boleh mengupas tasawwur Islam dengan begitu baik, menghafal al Quran dan dihormati oleh pelajar-pelajar Pengajian Islam. Dia menjadi titik pesona bila berhimpun dalam khalayak anak-anak muda kampus dan juga menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden GAMIS, sebuah ormas mahasiswa Islam peringkat nasional.

Zuhdi adalah ulat buku tegar, sentiasa mendampingi ulama-ulama yang aktif berkuliah , menceduk ilmu diluar disiplin ilmu Sains dan ini akhirnya menghantar beliau menjadi tokoh ilmuan sehingga meraih kedoktoran dalam bidang Falsafah Sains Islam. Bahkan sekaligus mengusai bahasa Arab dan menghafal lebih separuh kandungan al Quran saat bermukim ilmu di bumi England. Aku masih terbayang sifat tegas Zuhdi semasa memimpin pelajar di kampus, beliau dikenakan tindakan oleh Universiti Malaya, apabila menjadi perancang bantahan konsert Sheila Majid. Beliau menghantar kertas isyarat berhenti berucap kepada TNC UM ketika tokoh itu merasmikan ucapan perasmian Muktamar PMIUM, sehingga TNC segera duduk tanpa menghabiskan ucapan. Zuhdi tegas kepada sesiapa pun , masa wajib ditepati hatta oleh sosok besar kampus sendiri.

Aku semakin kagum kepada anak muda pemberani ini, di asrama Pantai Puri UM pula aku tinggal sekolej dengan beliau , juga isteri beliau , Sri yang terlibat sebagai pimpinan Siswi kolej Pantai Puri. Usai bergraduat , Zuhdi menjadi Pegawai di ILHAM yang berpusat di Markas Tarbiah Taman Melewar. Bekerja dengan Jamaah Islam sepenuh masa dengan gaji dibawah tahap kemiskinan bukanlah pilihan ribuan anak muda terpelajar. Zuhdi tega dengan kemiskinan saat rakan lain memacu laju kereta import, beliau menghirup mee segera dengan penuh nikmat saat rakan lain makan dengan selesa.
Beliau disamping mengendalikan pengurusan ILHAM Pusat, terus menyambung belajar diperingkat Sarjana, juga dilantik sebagai Exco DPPP di zaman Dato Mahfuz Omar menjadi ketua Pemuda. Di alam kerjaya juga, beliau terus menjadi pemain utama DPPP, merasai jerih payah membangunkan jamaah Islam tercinta ini. Zuhdi adalah antara yang terawal terlibat dengan NGO bantuan tanpa sempadan, iaitu Muslim Care, aku bersamanya, saat Acheh di badai tsunami sehingga menewaskan 161 000 manusia. Kami bertugas di Meulaboh Acheh dan Muslim Care terus menabur bakti dan dikenali sehingga hari ini.

Aku turut menziarahinya saat beliau bermukim di UK, beliau menggerakkan pelajar-pelajar Islam disana walaupun begitu sibuk dengan desertasi kedoktoran. Aku tak malu untuk mengaku bahawa beliau juga antara inspirator untuk aku terus belajar, Zuhdi menunjukkan bahawa akal manusia tidak pernah lelah untuk menerima pelbagai bentuk disiplin ilmu, bersinergi antara ilmu Diniah dan ilmu konvensional. Apabila beliau pulang ke tanahair terus dilantik sebagai Pengarah Institut Polisi Studi DPPP, sehinggalah jawatannya kini Pengarah Operasi PPP.

Khidmat Zuhdi kepada jemaah Islam ini tak terbilang, membuat kajian lapangan,menganalisa senario politik, membaca unjuran strategik , memberikan pencerahan kepada ahli-ahli tentang pelbagai isu, menggerakkan budaya intelektual dalam gerakan Islam. Beliau pendebat yang baik, berkolaborasi antara pemikiran kritis dan analitis, pernah berdebat dengan pelbagai kumpulan sivil seperti SIS, Isma, Hizbut Tahrir, dan sebagainya, termasuk adu hujjah dengan UMNO. Aku mencadangkan supaya pihak yang meremehkan tahap intelektual Zuhdi untuk memanggil beliau ke program wacana ilmu, debat , syarahan dan sebagainya.

Maaf teman, aku mengenali Zuhdi selama 25 tahun sebagai rakan baik yang hidupnya gemar membaca buku dan menghafal al Quran. Hari ini beliau menjadi "kambing hitam" media siber dan media perdana kerana "pengkhianatan tangan" insan yang khianat, juga ketololan figura PKR untuk mengalih isu MB selangor. Maaf sekali lagi teman, aku tak mampu berpeluk tubuh melihat Zuhdi dibunuh karektor dengan begitu kejam dan aku tahu sikap degil beliau bila berumah di tepi pantai. Percayalah, permata tetap permata walau diletak dalam loji kumbahan, permata tetap bersinar walau tak disuluh gelita. 

Anwar akan terperangkap dalam permainannya?

Anwar akan terperangkap dengan mainan kotornya,” Itu reaksi bekas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berhubung kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di laman sosial yang sedang hangat diperkatakan.
Beliau berkata, kenyataan Mohd Zuhdi itu secara tidak langsung mula menampakkan kebenaran yang selama ini tidak diketahui umum termasuk permainan politik cuba diaplikasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamaluddin turut mengakui kenyataan berkenaan menceritakan mengenai perkara sebenar yang berlaku khususnya di Perak, lima tahun lalu termasuk berhubung ‘Behrang Move’ yang terkandung dalam kenyataan berkenaan.

“Kenyataan itu sebenarnya menceritakan perkara sebenar, lagipun pada ketika itu saya dan rakan lain tiada pilihan. Sebagai Adun bebas, sudah tentulah kami akan lebih berpihak kepada pihak yang mahukan kami, bukannya pihak yang dah ‘tak nak’ kita, kan?

“Keseluruhannya, betullah, apa yang Zuhdi kata tu dan kalau dia (Zuhdi) nak tahu lebih lanjut, dia boleh datang berjumpa dengan saya selepas ini,” katanya mengulas mengenai status Facebook Mohd Zuhdi yang dimuat naik pada 27 Julai lalu yang turut mengaitkan ‘Kajang Move’ dan ‘Behrang Move.

Jamaluddin berkata, Pas adalah pihak yang merampas kuasa di Perak, biarpun hanya memenangi enam kerusi berbanding PKR yang memenangi tujuh kerusi.
Malah dakwanya, Anwar juga pernah menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepadanya.

“Ramai tak tahu, rampasan kuasa sebenarnya dilaksanakan oleh Pas walaupun mereka (Pas) hanya memenangi enam kerusi berbanding tujuh dimenangi PKR. Oleh itu, bagaimana Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai menteri besar?

“Saya sendiri pernah ditawarkan jawatan berkenaan, tetapi saya tahu saya tidak layak, tambahan pula dalam PKR sendiri wujud macam-macam team. Team atau puak-puak ini memang tidak sukakan saya.

“Sekarang, Anwar cuba nak buat benda sama di Selangor. Bagi saya, dia pencatur yang anggap dirinya bijak. Saya rasa dia akan terperangkap juga nanti,” katanya yang juga bekas Bendahari PKR Perak.

Ketua Penerangan PAS Kedah Dicabar Dedahkan Butiran Penyelewengan Bekas Adun PKR


KULIM: Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dicabar supaya mendedahkan butiran terperinci salah guna kuasa dan pecah amanah yang didakwa melibatkan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kerajaan negeri Kedah dikuasai pakatan pembangkang.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli berkata tindakan tersebut penting kerana rakyat khususnya di Kedah perlu mengetahui salah laku berkenaan memandangkan ia melibatkan harta awam.

"Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah memandang serius dakwaan yang dikemukakan (Muhammad Sanusi) itu dan mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Malah, lebih baik jika Sanusi sendiri mengemukakan butiran terperinci," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Muhammad Sanusi menerusi Facebook mendedahkan kemelut kerajaan Kedah sebelum ini yang diketuai PAS, yang didakwanya banyak disebabkan oleh Adun daripada PKR.

Khairul Anuar berkata antara pendedahan yang dibuat Muhammad Sanusi, yang merupakan setiausaha politik bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, melalui media sosial dan blog adalah dakwaan berhubung perbelanjaan bagi menampung perbelanjaan seorang Adun PKR yang dilanda masalah kewangan.

Katanya selain itu, Sanusi turut menyebut tentang penyelewengan melibatkan seorang Exco Kerajaan Negeri yang membuat tuntutan perjalanan mencecah RM23,000 iaitu melebihi daripada elaun bulanan Exco iaitu RM17,000.

"Di samping itu, ia juga disebut bahawa bekas Menteri Besar (Azizan) secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu syarikat yang didaftarkan melalui proksi (disebabkan desakan Adun PKR)," katanya.

Sehubungan itu, Khairul Anuar berkata pihaknya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini bagi mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan.

"Saya juga berharap Sanusi benar-benar telus. Jika mahu membersihkan nama PAS Kedah, beliau harus tampil segera memberikan butiran terperinci," katanya.
-mstar-

Berita tangan pelajar tahfiz dipotong adalah palsu

Polis nafi berita potong tangan pelajar tahfiz
SHAH ALAM: Polis Selangor menafikan penyebaran berita yang mendakwa enam pelajar tahfiz dipotong tangan di kawasan Pandamaran Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abdul Rahim Jaafar menyifatkan penyebaran itu sebagai cubaan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Penyebaran maklumat melalui medium media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat satu kejadian di mana orang India telah memotong tangan enam orang Melayu (tabligh) yang berumur lima tahun hingga belasan tahun yang mana mereka dikatakan pulang daripada tahfiz di kawasan Pandamaran Klang adalah tidak benar dan palsu semata-mata

“Ia dilihat cuba menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran maklumat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Polis Selangor, hari ini.

Wanita dibelasah, dibogel depan orang ramai

Yulin: Seorang perempuan diserang, dibelasah dan dibogelkan beberapa gadis lain di khalayak umum selepas dia disyaki menjadi perempuan simpanan.

Dalam kejadian terbaru menunjukkan orang awam lebih gemar mencari keadilan sendiri itu, anggota polis didakwa tidak mengendahkan kejadian berkenaan.

Media semalam melaporkan, pergaduhan itu berlaku di depan sebuah kedai menjual barangan elektronik di bandar ini.

Tidak dinyatakan apa yang menyebabkan serangan ganas berkenaan berlaku namun saksi berkata, mereka mengesyaki ia ada kaitan dengan hubungan sulit mangsa dengan lelaki lain.

Selepas dibelasah, pakaian mangsa dikoyakkan dan dibiar dalam keadaan separuh bogel.

Saksi berkata, jeritan mangsa meminta perbuatan itu dihentikan tidak dipeduli penyerang.
- Agensi-

6 Lelaki Melayu Ditetak Di Klang Selangor !!! (Gambar)

Tranungkite
Enam lelaki melayu telah di tetak oleh seorang lelaki yang di percayai berbangsa India dengan kejam nya menyebabkan kecederaan parah

Kejadian dipercayai berlaku di Pandamaran Klang, mangsa di tetak bertubi-tubi yang menyebabkan ada di antara mereka putus pergelangan tangan dan luka yang parah di badan dan tangan.

Punca sebenar kejadian masih di siasat oleh pihak berwajib kesemua mereka yang cedera parah di hantar ke Hospital untuk menerima rawatan.
Credit : AAKJ

PAS Perlu Uruskan Krisis Segera

SUHAIZAN KAIAT
Merujuk kepada isu-isu yang melanda PAS sekarang, saya berpendirian bahawa perbezaan pendapat adalah perkara biasa bahkan ia turut berlaku dalam rakaman sejarah perjuangan Islam sejak dahulu lagi. Yusuf Qardhawi turut ada mengarang sebuah penulisan ilmiah bertajuk Adaab al-ikhtilaf (Adab berbeza pendapat).

Pepatah Inggeris ada menyebut "Two heads are better than one". Kerana itu saya yakin perbezaan pandangan yang sedang berlaku dalam PAS mutakhir ini adalah bertujuan demi melihat PAS lebih berjaya.

Walaubagaimanapun perbezaan akan bertukar kepada krisis jika tidak diurus dengan betul. PAS tidak boleh berselindung dan berada dalam sindrom penafian. Hakikatnya PAS sedang berada dalam keadaan krisis yang meruncing sekarang.

Justeru, PAS perlu mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menguruskan konflik atau krisis khususnya yang terhasil daripada kepelbagaian yang wujud. Kegagalan menguruskan krisis dengan berkesan sehingga ke akar umbi parti, akan menyebabkan isu ini terus berulang-ulang. Lebih malang lagi, imej serta kepercayaan rakyat terhadap PAS akan terhakis sebelum PAS dan Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya lagi.

Pemuda juga amat bimbang jika krisis atau konflik ini tidak diurus dengan baik, ia akan memberi ruang kepada musuh-musuh PAS khususnya UMNO menggagalkan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya dalam PRU ke-14 bagi meneruskan agenda perubahan dalam urustadbir dan tatakelola Malaysia.

Akhirnya, Pemuda mendesak supaya mesyuarat PAS Pusat diadakan segera. Tarikh 10hb Ogos terlalu lewat untuk mengurus krisis yang sedang berlaku. Rakyat Malaysia sedang memerhatikan PAS menguruskan masalah dalamannya. Saya yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan PAS mampu mendepani masalah yang sedang berlaku.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Apa tindakan kita terhadap AS yang terus membekalkan Israel senjata

Washington: Amerika Syarikat semalam mengesahkan ia membekalkan senjata tambahan kepada Israel untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza.

Pengesahan itu dibuat selepas ia menyelar serangan terhadap sebuah sekolah yang ditadbir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kem pelarian Jabaliya di utara Gaza yang menyebabkan sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin yang berlindung di situ terbunuh.

Washington bagaimanapun enggan menerima hakikat bahawa rejim Zionis yang mengebom sekolah itu walaupun ia disahkan oleh agensi bantuan untuk Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Ketika menjawab soalan wartawan di Washington, timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Marie Harf berkata: “Kami tidak tahu siapa yang mengebom sekolah berkenaan. Pada masa sama kita perlu mengumpulkan fakta mengenai serangan itu.” Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika, Bernadette Meehan pula menyalahkan penduduk Palestin kerana berlindung di sekolah berkenaan yang didakwanya menjadi tempat simpanan senjata Hamas.

Dalam pada itu, Pentagon mengesahkan Israel memohon bekalan senjata baru bagi meningkatkan simpanan yang semakin merosot selepas ia digunakan untuk membunuh rakyat Palestin dan memusnahkan Gaza.

Jurucakap Pentagon Laksamana Muda John Kirby berkata, pihaknya menerima permohonan itu 20 Julai lalu dan kelulusan untuk memenuhi permintaan itu dibuat tiga hari kemudian.
Foto
ANTARA kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam kekejaman Israel dikebumikan semalam.

“Amerika Syarikat komited dengan keselamatan Israel. Ia amat penting bagi Amerika Syarikat membantu Israel dalam usaha meningkat dan mengekalkan pertahanannya,” kata Kirby.

Selepas 23 hari melancarkan keganasan, Israel dengan bantuan senjata Amerika Syarikat membunuh lebih 1,360 rakyat Palestin.

Washington sejak dulu lagi membekalkan senjata kepada negara Zionis itu, termasuk membiayai Kubah Besi, sistem pertahanan peluru berpandu yang bertujuan melindungi Israel daripada serangan roket Hamas.

Anggota Dewan Senat negara itu kini berusaha menyediakan pakej sokongan tambahan ketenteraan berjumlah AS$225 juta (RM720.5 juta) kepada Israel walaupun kumpulan hak asasi manusia Amnesty International menggesa Washington menghentikan bantuan itu. - AFP

Al-Qaradhawi peringat negara Arab tipu helah Yahudi

TUNIS: Pendakwah terkemuka, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan negara-negara Arab agar sedar dan serik dengan tipu helah Yahudi terutama terhadap isu Palestin yang sudah memakan masa tempoh yang berpanjangan, begitu juga apa yang berlaku di Syria yang merupakan penjajahan Israel nombor dua.
Golongan Yahudi ini katanya, sudah menipu umat Islam khususnya rakyat Palestin kerana masih tidak mahu berganjak dari bumi Palestin sampai ke hari ini, malah menyusahkan rakyat negara itu dengan membina tembok pemisah yang disifatkan tidak sah oleh PBB dan masyarakat antarabangsa dan inilah juga tindakan yang dilakukan oleh rejim Basyar al-Assad.

Beliau bercakap dalam satu persidangan anjuran Yayasan al-Quds di Tunisia dan beliau juga merupakan pengerusinya sambil memberi teguran agar persidangan kemuncak Arab yang berlangsung di Arab Saudi barubaru ini lebih waspada agar tidak memberi kelonggaran dan bersekongkol dengan Israel dalam apa jua hubungan yang menguntungkan negara Zionis itu.

Secara tegas beliau menyebut, pihaknya tidak dapat menerima apa jua alasan terdapat negara Arab yang masih mahu berbaik-baik dengan Israel.

“Ini kerana kita tidak mahu masuk lubang biawak dua kali seperti mana yang pernah diingatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadisnya,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Ulama Islam Antarabangsa yang beribu pejabat di London, selanjutnya menegaskan bahawa beliau rasa kecewa yang amat sangat kerana Jordan mengadakan rundingan damai dengan Israel sementara itu terdapat pula negara-negara Arab yang masih meneruskan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan pada masa yang sama, Israel mencabuli hak rakyat Palestin dengan pelbagai bentuk perlakuan yang boleh disifatkan sebagai biadap.

Beliau berterima kasih kepada pihak berkuasa Tunisia pimpinan Dr Rasyed Ganushi kerana sudi menjadi tuan rumah persidangan penting itu bagi mengingatkan negara-negara Arab agar meletakkan Islam lebih penting daripada habuan dunia yang melalaikan. – islamonline.net

Pas disaran amal puasa Maryam

Dr Maszlee MalikSHAH ALAM: Selepas percanggahan demi percanggahan kenyataan dalam kalangan pemimpin Pas berhubung isu jawatan menteri besar dan kedudukan Pas dalam PR, parti itu disaran mengamalkan puasa Maryam.
Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyuarakan pandangan itu selepas melihat Pas terlalu ghairah membuka aib sendiri dan pihak lain.

Malah beliau menasihatkan agar parti itu lebih berdisiplin dalam menggunakan media umum ekoran dibimbangi Pas bakal berdepan krisis dalaman yang lebih kronik pada masa hadapan.

“Kekalutan yang berlaku adalah disebabkan perlakuan-perlakuan tidak profesional di kalangan pimpinan yang terlalu ghairah mendedahkan aib sendiri dan pihak lain di media umum untuk tujuan yang hanya mereka ketahui sebabnya.

“Jika berterusan sikap seperti ini, Pas berkemungkinan besar akan dilanda krisis dalaman yang lebih kronik di masa hadapan. Mungkin pemimpin Pas perlu banyak mengamalkan puasa Maryam, ibu Nabi Isa di dalam hal-hal dalaman parti dan PR,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang didakwa hanya pandangan peribadi, Maszlee menyifatkan masalah itu perlu diselesaikan secara dalaman.

“...Jangan sampai dunia nampak kelemahan mereka,” katanya.

Katanya, tindakan membuka aib masing-masing itu menyebabkan ramai pihak berasa sangsi kemampuan parti itu menjadi alternatif untuk BN.

“Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya Pas dan PKR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh melondehkan dan juga telanjang menelanjangkan di antara satu sama lain di dalam kes di Selangor telah membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN?,” tambahnya.

Ketika diminta mengulas mengenai situasi Selangor yang paling bergolak berbanding negeri lain di bawah pentadbiran PR, beliau menyifatkan negeri itu tidak mempunyai sebarang parti yang dominan seperti Pulau Pinang dan Kelantan.

“Ini hal biasa bagi negeri yang paling kaya di Malaysia. Maka, banyak pihak yang inginkan bahagian masing-masing. Tambahan pula, tiada parti yang paling dominan di Selangor berbanding di Kelantan yang didominasi Pas dan Pulau Pinang pula oleh DAP.

“Selangor juga tiada kepimpinan utama yang kuat dan dihormati semua seumpama 'taiko' di Penang dan Tok Guru di Kelantan,” katanya.

Malaysia 'popular' di Israel

Malaysia 'popular' di Israel
SHAH ALAM: Selepas pertempuran memasuki hari ke-24 semalam, nama Malaysia tiba-tiba muncul di akhbar-akhbar utama dan portal berita di Israel.

Akhbar Jerusalem Post dan Haaretz meletakkan berita ‘Anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan’ di muka hadapan manakala stesen televisyen digital Israel i24news menyenaraikan berita itu sebagai berita utama.

Kesemua akhbar berkenaan melaporkan, Shin Bet menuduh unit komando Hamas menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel dari Malaysia.

Susulan berita itu, jutaan komen diterima dari seluruh dunia hingga wujud perang siber.

Hamas dalam satu kenyataan menyelar berita berkenaan dan menganggap Israel melakukan penipu besar kerana Malaysia sentiasa berdiri kukuh bersama penduduk Palestin.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap laporan itu berniat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia..

Gaza: 23 hari bertempur Briged Al-Qassam berjaya membunuh 110 orang tentera Zionis (Gambar dan video)





Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan kepada gerakan Hamas telah mengisytiharkan bahawa mereka telah berjaya membunuh 110 orang tentera Zionis sejak hari pertama peperangan iaitu sejak 7 Julai yang lalu.

Mereka memberitahu wartawan Anadolu semasa dalam talian telefon pagi tadi : "Sesungguhnya pejuang- pejuang kami meneruskan operasi menggempur pihak musuh di pinggir sempadan Gaza, dan mereka telah membunuh sejak permulaan perang darat lebih dari 110 orang tentera Zionis dan ratusan lagi tercedera" .

Briged Al-Qassam telah menunjukkan kemampuan mereka pada hari ke-22 peperangan mereka di Gaza ( Hari Isnin semalam) dengan membunuh 19 orang tentera Zionis dalam 3 operasi berbeza. Dimana 10 orang daripada mereka dalam operasi penyusupan ke belakang barisan musuh di timur bandar Gaza, 6 yang lain dengan bedilan mortar yang dilancarkan terhadap kumpulan tentera Zionis di timur Khan Younis, selatan Gaza, dan 2 yang terakhir dalam pertempuran yang sengit yang berlaku antara pejuang Al-Qassam dengan tentera Zionis di utara Gaza.

Sumber : Anadolu Agency
...............................................................
Gambar | Gaza 10.06 am | Perang Hari ke-23

Gambar memaparkan tentera ZIonis sedang memindahkan rakan mereka yang tercedera di Gaza semalam.

Sumber : وكالة شهاب



Antara senjata yang berjaya dirampas dan saksikan juga VIDEO operasi komando Hamas yang berjaya membunuh 10 orang tentera Israel



Gambar Ratusan Mat Rempit Di Bandar Kuala Terengganu, Mana Polis Trafik Terengganu - Tidur ke??

Sambutan Beratus & mungkin beribu Buah Motorsikal Mat Rempit Di Hari Raya Pertama Di Bandar Kuala Terengganu. Lokasi-Durian Burung, Wakaf Mempelam

Apa pemimpin trg nk buat kpd pemuda harapan bangsa ni...molek sekat bantuan BR1M kpd mereka yg tlibat ni

Kenangan Aidlfitri jumpa 'kereta hantu'

SHAH ALAM: “Pernah ketika malam raya saya bertugas, sebuah kereta melalui lorong ‘Smart Tag’ yang saya bertugas, tetapi bila saya tengok semula tiada pun kelibat kenderaan itu.”

Demikian kata Nur Syamimi Mohd Nozri, 22, mengenai pengalamannya ketika menjalankan tugas sebagai penjaga tol ketika hari raya.

Nur Syamimi yang berpengalaman selama lebih lima tahun bertugas sebagai penjaga tol berkata, kenangan tersebut antara kenangan ngeri beliau tatkala bertugas pada hari raya.

“Saya bekerja dengan Plus sudah lima tahun...tetapi sudah tiga tahun tak balik kampung beraya dek kerana tugas.

“Sepanjang tiga tahun itu ada satu pengalaman di mana pernah satu malam raya tersebut, saya diganggu...mujurlah saya ‘cool’.

“Dalam keadaan itu saya sempat membaca ayat al-Quran dan seterusnya terus saya hubungi penyelia bertugas mohon bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Syamimi berkata, antara lain beliau juga pernah menyaksikan sebuah lori terlanggar papan tanda menghala ke kaunter tol ketika beliau bertugas .

“Apa apa pun nasib baik semuanya selamat,” katanya.

Sementara itu menurut Muhammad Ruzaini Anuwar, 30, beliau turut mempunyai kenangan unik ketika beraya di kaunter tol.

“Tahun ini saya tidak dapat balik beraya.

“Kenangan hari raya, saya pernah diberi lemang ketika bertugas... Alhamdulilah merasa juga saya suasana hari raya walaupun di kaunter tol,” katanya.


-sinarharian-

Jawab Isu Cukur Kening: Abby Abadi Kini Berpurdah (Gambar)

Tranungkite
Sapa yang tak kenal kak Abby Abadi akan anggap dia jenis yang menyombong dan mulut lepas. Aku dulu pun macam tue juga. Tapi sebenarnya.. hehe.. mana ada mulut lepas beb. Dia jenis jaga mulut lagi ada. Tapi part yang paling best sekali ialah dia sentiasa cari jalan nak perbaiki diri dia. Ko ada? Ada? Aku takde. Ini bukan pujian sebarangan. Aku nampak usaha dia so aku cakap atas apa yang aku nampak.

Gambar terbaru kak Abby Abadi dengan purdahnya.
Siapa sangka artis yang seksi sekarang dah berpurdah, ye tak? Start minggu lepas lagi gambar kak Abby Abadi berpurdah dah viral di media sosial. Bukan baru berpurdah dan berpurdah tiada kaitan dengan kes perceraian. Toksah kait mengait kalau tak berapa tahu jalan citer sebenar.

Penjelasan isu cukur kening pula. Sebijik2 copy paste apa yang Abby Abadi letak di laman instagram dia. So part shortform tue abaikan ye.

“Assalamualaikum… Dah nak titun ka? Hehe.. Sy mata takleh lelap ni… banyak yg nk di kongsi tak kesampaian lagi… tp sblm tu, Sy dengan sukacitanya nk tunjuk kening Sy dgn lebih dekat lagi.. Inilah kening turun temurun dr Makcik Hasnah aka Mak Sy.. (rujuk la gmbr Mak Sy… tenung dalam2 k hehe.. )
“Mak Sy ni anak cina.. Org ISLAM jaga dari kecik. Jadi bila asalnya cina, yg jelas Sy nampak bulu2 nya tak berapa nk ada… lain la mamak ye tak? Hehe.. Dah ulang 888x dah, ada juga lagi yg timbulkan… Bukan kata dalam insta ni je… kt FB, dekat twitter.. kening Sy jadi igauan hehe..
“Ada yg jumpa, sembang baik2 depan mata dekat Masjid pun tanya jugak pasal kening ni.. adehhh! Siap tanya Sy hukum cukur kening lagi……… Tajuk lain buleh tak? Ataupunnnnn.. dari risaukan kening Sy… baik tolong carikan Sy jodoh… Ada gak faedahnyaaa haha… @eveusun @nurdinakamalia @leinsufyana Help! Helpppp! Hehe.. Carikan yg buleh jaga Sy & anak3 sebaiknya k.. Beriman yg paling penting, satu lagi..bertanggungjawab.. ok? Hehe.. Lupakan kening Sy. Usahakan yg ni pulakkkkk..kikiki okbaiiiii….”

Jadi kes cukur kening dah boleh tutup kan bloggers UMNO?

Sudah2 la nak mendengki tue.

HAHAHA.

http://www.ehgosip.com

Israel dapat bantuan Saudi perangi Hamas?

Putera Bandar bin Sultan merupakan pengatur utama paksi perisikan Mesir, Israel dan Saudi

Serangan Israel keatas Gaza mendapat mandat dari Raja Saudi menurut satu lapuran dari Timur Tengah. Mandat ini bukanlah satu rahsia lagi di Israel apabila dua bekas pegawai pertahanan dari kedua belah pihak telah membincangkan tentang kerjasama tersebut. Mantan menteri pertahanan Israel Shaul Mofaz mengejutkan penyampai stesen Channel 10 dengan memberitahu Israel telah menetapkan peranan untuk Saudi Arabia dan UAE tentang pelucutan senjata Hamas. Bila ditanya apakah yang beliau maksudkan, dia menambah bahawa dana Saudi dan UAE akan digunakan untuk pembangunan semula Gaza selepas Hamas dihapuskan.


Amos Gilad seorang pegawai utama pertahanan Israel dalam perhubungan dengan rejim Mubarak Mesir dan sekarang pengarah polisi kementerian pertahanan dan perhubungan ketenteraan memberitahu kerjasama diadakan secara rahsia dan tertutup. Kerjasama dengan Mesir beliau sifatkan adalah istimewa. Akui beliau masa ini merupakan tempoh terbaik dalam hubungan 'keselamatan' dan diplomatik dengan negara Arab.

Kejayaan adalah untuk kepentingan bersama. Raja Abdullah adalah diketahui telah menelefon presiden Abdul Fattah Al Sisi untuk meluluskan inisiatif genjata senjata Mesir tanpa mengira pandangan Hamas. Hinggakan penganalisa di Jerusalem Post sendiri mempertikaikan kewibawaan gencatan senjata itu samada ia benar-benar untuk menamatkan pertempuran tersebut.
Badan perisikan Mossad dan Saudi sentiasa mengadakan perjumpaan tetap. Kedua belah pihak saling bertukar maklumat dan perancangan ketika bekas presiden Mesir Mohamed Morsi hendak digulingkan, mereka juga saling berganding bahu membuat persediaan untuk Israel menggunakan ruang udara Saudi bagi serangan keatas Iran. Terdapat sumber yang kuat mendedahkan pihak Saudi membiayai kebanyakan rancangan kempen yang mahal terhadap Iran.
Dalam serangan Gaza, satu unit perintah tertinggi bersama oleh negara Arab dibentuk untuk menasihati perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi kaedah paling berkesan dalam operasi serangan darat di Gaza, seperti dilapurkan oleh Debka.
Lapuran tersebut juga menyatakan Raja Abdullah dari Saudi dan presiden Mesir al Sisi sentiasa berhubung setiap hari bagi menjayakan rancangan tersebut. Sumber itu lagi menyatakan, Israel telah menyediakan sebuah kapalterbang khas yang berada di lapangan terbang tentera di Kaherah, bersedia untuk menghantar sebarang maklumat rahsia penting antara pesiden Mesir dan Perdana Menteri Israel yang perlu disampaikan secara serahan tangan. Penerbangan itu hanya ambil masa kurang 90 minit. Saudi melalui Putera Bandar yang dilantik sebagai penasihat khas raja, sentiasa mengadakan hubungan langsung dengan ketua Mossad Tamir Pardo. Orang kuat dan penaja utama Al Sisi, ketua badan perisikan Mesir Ahmad Fareed al-Tohami sentiasa mengalu-alukan bantuan dari Amos Gilad, penasihat penting perdana Menteri Israel Netanyahu.

Matlamat utama tiga serangkai (Saudi - Mesir - Israel) seperti dinyatakan Debka ia melumpuhkan sayap tentera Hamas, menjatuhkan pengaruh poliriknya dan membentuk satu kerajaan baru di Gaza sebaik saja Hamas di hancurkan. Sumber tersebut menyatakan lagi bagi mendapakatkan sokongan Saudi dan Mesir, Netanyahu terpaksa mengorbankan perinsip utamanya - iaitu menjadikan Gaza dan Tebing Barat sebagai terpisah. Tetapi hasilnya Netanyahu mendapat ganjaran besar dari segi politik dalam mengurangkan tekanan antarabangsa yang boleh mengagalkan rancangan besar mereka. Operasi Gaza merupakan batu loncatan terhadap pakatan Israel-Saudi-Mesir, yang merangka kerjasama bagi menentang musuh bersama.

Maka terjawablah kenapa negara-negara Arab khususnya Saudi berdiam diri terhadap Israel dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin. Tangan-tangan merekalah yang bersubahat mengkhianati umat Islam kerana ingin terus berada di tampuk kuasa. Pakatan syaitan Najd dengan dajal ini dibuat dengan bermandikan darah umat Islam Palestin.

Sesungguhnya inilah jaminan kehinaan yang dijanjikan oleh Allah terhadap golongan pengkhianat ini;

(Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.)
[Al-Maidah:33]

Keluar PR ini penjelasan Dr.Zuhdi

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
KESYAHDUAN hari terakhir Ramadan telah dicemarkan oleh tindakan segelintir pihak dalam Pas, membocorkan maklumat perbincangan yang sangat sulit dan rahsia dalam kumpulan Whatsapp AJK Pas Pusat.

Tindakan tersebut telah membangkitkan 'fitnah yang sedang tidur' pada hari yang sepatutnya ditumpukan kepada ibadah sebagaimana nasihat Mursyidul Am Pas.

Tindakan membocorkan maklumat perbincangan itu dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli yang ada dalam kumpulan Whatsapp AJK Pas Pusat, sekaligus menunjukkan sikap yang sangat buruk pada individu tersebut.

Ia dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa Pas keluar dari PR, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu MB Selangor.

Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario (scenario analysis) tentang cadangan seorang pimpinan kanan Pas yang mengusulkan Pas keluar dari PR.

Usul Pas keluar dari PR itu telah disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan Whatsapp itu, yang sebahagian besar mereka amat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Mereka menyambut usul keluar PR yang dicadangkan itu, dengan ada yang menambah, mesyuarat Pas Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu MB Selangor.

Terdapat juga yang menyarankan, Pas lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli Pas lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan Pas yang dikenali sebelum ini.

Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika Pas keluar PR dari segi kerajaan negeri yang Pas bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain.

Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

Disebabkan permintaan tersebut sayapun mula melakukan analisis ringkas tersebut dengan mengimaginasi senario yang akan berlaku jika Pas keluar PR.

Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira.

Dalam maklumat perbincangan yang dibocorkan itu, saya memaparkan senario yang akan berlaku sekiranya Pas keluar PR, dari segi kedudukan kerajaan negeri Selangor, dan kebebasan Pas untuk berhadapan dengan DAP dan lain-lain pihak seumpamanya yang boleh dikecapi semula selepas keluar PR.

Saya menggunakan bahasa imaginasi untuk menggambarkan senario tersebut.

Berikutan dengan penjelasan ini, saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.
Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam Pas yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur.

Sekian, salam Eidul Mubarak dan Maaf Zahir Batin.

Dipetik dari Facebok Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi PPP