Air Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun, Dr Masaru Emoto

Molekul air zam-zam
KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.

Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.

Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.
Dr Masaru Emoto.
Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air.

Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.

"Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa," katanya.

Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air.

Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan 'kehebatannya'.

Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti.

Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.

Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.

Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.
Telaga air zam-zam.
Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit.

Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit.

Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.

Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran.

Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.
-mstar-

Ketua parti berhak putus lantikan MB - Presiden PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan haknya untuk mengemukakan nama calon kepada Sultan Selangor tanpa merujuk kepada jawatankuasa PAS pusat.
Katanya, ia sememangnya hak beliau sebagai ketua parti untuk memutuskan pelantikan jawatan penting seperti itu, mengikut amalan sebelum ini.

Ia boleh dilihat ketika PAS berjaya menguasai Terengganu dan Kelantan dalam pilihan raya sebelum ini, katanya lagi.

Jelaskan keputusan berhubung calon MB Kelantan dan Terengganu sebelum ini hanya dibuat di antara presiden parti dengan beberapa pemimpin lain.

Bercakap dalam satu program taklimat kepada penyokong parti di Marang semalam, Hadi berkata ketetapan seperti itu dibuat memandangkan parti berkenaan perlu membuat keputusan segera.

Video ucapannya itu dimuatkan di Youtube.
-malaysiakini-

Hangat!! PKR, DAP Jalin Kerjasama Dengan PasMA Selepas Hadi Buat Pusingan U?

Abdul Hadi dikatakan menghantar senarai nama baharu untuk jawatan Menteri Besar Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
PETALING JAYA: Tindakan dramatik yang menyaksikan PAS menghantar tiga nama dan menolak mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor membawa kepada satu ancaman untuk memecah-belahkan parti Islam itu.

Cakap-cakap mengenai kemungkinan PKR dan DAP menarik masuk sebuah parti baharu alternatif kepada PAS berikutan kemunculan sebuah organisasi baharu dikenali sebagai PasMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, mulai tersebar.

PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.

Dan mereka mungkin berusaha mengubah haluan PasMA yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan, bulan lalu ke dalam parti politik.

Pada Khamis, muka depan The Star melaporkan PAS menghantar senarai nama kepada Sultan Selangor dengan menamakan ahli exco PAS untuk mengisi jawatan tertinggi itu.

Senarai nama pemegang jawatan PasMA yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kalangan PAS, tersebar melalui media sosial.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata, PasMA ditubuhkan oleh sekumpulan invidivu yang terlibat dalam usaha mempengaruhi kepimpinan PAS sejak 1990.

Dr Zuhdi, yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, berkata kumpulan tersebut cuba untuk menentukan siapa yang patut memegang portfolio penting dalam parti, termasuk kedudukan ketua-ketua sayap dan jawatan tertinggi dalam parti.

"Tetapi kali ini, kita melihat satu langkah terdesak untuk mencabar Presiden PAS.

"Sekiranya mereka gagal untuk memaksa perubahan, saya tidak terkejut jika PasMA ditransformasikan sebagai sebuah parti politik," katanya.

Dr Zuhdi merupakan pemimpin PAS pertama menyerang Anwar berhubung agenda Langkah Kajang.

Presiden PasMA, Datuk Phahrol­razi Mohd Zawawi terkejut apabila mengetahui senarai nama pemegang jawatan dalam NGO itu yang berbeza, tersebar di media sosial.

"Saya tidak tahu jika ada sesiapa merampas pertubuhan kami. PasMA adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).

"Mungkin terdapat entiti lain yang menggunakan nama yang sama tetapi berfungsi sebagai parti politik tanpa saya sedari," katanya.

Phahrolrazi, yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata, beliau merupakan Presiden PasMA dan Timbalannya adalah Ahmad Husin (Kelantan), manakala Taib Ahmad (Kedah) adalah setiausaha agung dan bendahari dipegang oleh Ismail Abdul Rahman.

"Kami ada kira-kira enam ahli jawatankuasa dan wakil dari setiap negeri," katanya.

Namun, di media sosial, nama pemegang jawatan yang tersebar berbeza dengan nama yang dinyatakan Phahrolrazi.

Dalam senarai tersebut, Ahmad Awang (Perak) dinamakan sebagai Mursyidul Am PasMa, Muhammad Husin (Kelantan) timbalan, manakala Datuk Husam Musa sebagai presiden, Timbalan Presiden Dr Hatta Ramli, Naib Presiden Dr Dzulkifli Ahmad, Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ketua Pemuda adalah Sheikh Omar, Ustaz Mohamad Nor sebagai ketua ulama dan ketua muslimat adalah Aiman Athirah.

Antara, ahli Jawatankuasa PasMA adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Phahrolrazi berkata semasa Dr Hatta membantu penubuhan NGO itu, Husam tidak terlibat secara aktif.

"Husam mengadakan jamuan makan malam untuk kami apabila kami mengadakan forum di Kelantan pada minggu lalu. Tetapi Husam tidak menghadiri forum tersebut," katanya.

Phahrolrazi berkata, mereka merancang untuk mengadakan forum di Lembah Klang pada minggu lalu untuk membincangkan mengenai PAS dan Umno.
Katanya, antara penceramah jemputan untuk forum tersebut termasuk Ahmad Awang, Husam dan Dr Mujahid.

“PasMA ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk perbincangan," katanya.
-mstar-

Hadiah paling bermakna selepas bersara jadi tetamu Allah

HAFIZAH KAMARUDDIN 
MAKKAH: Bagi Abu Bakar Mohd Yusoff, hadiah paling bermakna selepas bersara dua tahun lepas ialah menerima khabar gembira menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
Abu Bakar, 59, bersama isteri Kalsom Ibrahim, 56, dua anak perempuan - anak sulung Khairunnisa, 27, dan anak kedua, I'ffah, 26, gembira kerana dapat bersama-sama keluarga mengerjakan haji pada tahun ini.

Kalsom, pesara pembantu tadbir Jabatan Agama Islam Melaka berkata ketika suaminya bekerja di Jabatan Kerja Raya mereka tidak pernah merasai pengalaman bercuti bersama keluarga tetapi sebaik suaminya bersara, mereka enam beranak memilih mengerjakan umrah pada tahun lepas.

"Seminggu sebelum mengerjakan umrah pada 30 Dis tahun lepas, kami mendapat tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kami bersyukur kerana ikut giliran sepatutnya pada 2017," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Bagaimanapun beliau terkilan kerana terpaksa meninggalkan dua lagi anaknya, iaitu anak tunggal lelaki berusia 25 dan anak bongsu berusia 20 tahun kerana tidak mendaftar sekali kedua-dua anaknya untuk haji pada masa itu.

Namun Kalsom tetap bersyukur kerana Khairunnisa, penolong tadbir Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu dan I'ffah, juru ukur bahan syarikat swasta, dapat mengerjakan haji kerana sejak kecil anaknya mengimpikan untuk menjejak kaki di Tanah Suci apabila melihat nenek mereka mengerjakan haji pada 1996.

"Saya telah membuka akaun Tabung Haji untuk anak-anak secara potongan gaji sejak mereka di tadika lagi," katanya.

Sementara itu, Hanif Mohd Nosruddin, 23, yang mengiringi ibunya Solhah Mat Sarin, 52, jururawat yang bertugas di Hospital Teluk Intan melahirkan rasa bertuah kerana pada usia muda dijemput sebagai tetamu Allah.

Anak tunggal lelaki daripada tiga beradik, Hanif yang kematian bapanya sejak berusia tujuh tahun, merasakan generasi muda perlu menjadikan ibadah haji sebagai prioriti yang perlu dilakukan ketika usia muda kerana ibadah haji memerlukan tenaga dan kekuatan.

Lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pengangkutan dan kini bekerja sebagai penyelia khidmat pelanggan di sebuah syarikat swasta itu, melahirkan rasa seronok dapat beribadah di Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Hanif yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Nornazatul Shima Halili, 23, pada Julai lepas menganggap tahun ini tahun yang amat bertuah baginya.

"Saya amat berharap dapat kembali lagi menjadi tetamu Allah dengan membawa isteri dan adik-beradik perempuan saya," katanya.

Bagi Tokimin Karso, 68, dari Sepang, Selangor berkata hatinya tiba-tiba menjadi sebak dan airmatanya terus mengalir dengan deras apabila pertama kali terpandang Kaabah yang selama ini dilihatnya melalui kaca televisyen.

"Sebaik melihat Kaabah, pak cik terus menitiskan airmata semasa mengerjakan tawaf dan saie awal pagi semalam," katanya.

Warga emas itu yang ditemani isteri Siti Rahmah Musdi bersyukur kerana dapat mengerjakan haji tahun ini memandangkan giliran mereka sepatutnya pada 2016 selepas mendaftar pada 2006.

Tokimin amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak menjejak kaki di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, di Petaling Jaya pada 27 Ogos sehingga melakukan ibadah umrah.

Malah, ibadah tawaf dan saie pagi semalam, turut berjalan lancar dengan Mutawif, atau orang yang membawa tawaf di Masjidil Haram, telah membawa mereka mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, dan bersaie dari Bukit Safa dan Marwah tujuh kali dengan teratur serta turut membaca doa untuk mereka ikuti, katanya.

"Pak cik bersyukur di bawah pimpinan mutawif Masjidilharam dapat bersolat di belakang Makam Nabi Ibrahim berhadapan pintu Kaabah," katanya yang mempunyai penyakit lelah dan gout.

Kesemua 412 jemaah haji kumpulan pertama yang tiba dari Madinah pada Khamis malam, melakukan umrah pada pagi Jumaat dengan dibawa berjalan dari maktab penginapan mereka di Abraj Al Janadiriyyah kira-kira 750 meter oleh petugas Muassasah Asia Tenggara ke Masjidilharam.

Sementara itu, jemaah haji kumpulan kedua (KT2) sebanyak 254 orang dari Madinah tiba di Makkah pada 2 petang Jumaat (7 malam waktu Malaysia), dan KT3 sebanyak 266 jemaah tiba pada 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

KT4 pula dengan 433 jemaah haji tiba pada 7.50 malam waktu tempatan (12.50 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang berada di Makkah adalah 1,365 orang.

Tiga lagi kapal terbang iaitu KT20, KT21 dan KT22 yang membawa 1,000 penumpang tiba di Madinah pada Jumaat.

KT20 yang membawa 450 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 5.34 pagi Jumaat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 9 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia).

Sementara K21 yang membawa 279 penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 1.20 tengah hari Jumaat, tiba 4.50 petang waktu tempatan (8.50 malam waktu Malaysia) dan KT22 yang membawa 271 penumpang berlepas dari KLIA pada 4.50 petang tiba di Madinah pada 8.35 malam waktu tempatan (12.35 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang berada di Tanah Suci, iaitu di Makkah dan Madinah, adalah seramai 7,010 orang. - Bernama

Penggal leher sendiri

Bronx (Amerika Syarikat): Seorang lelaki memenggal kepalanya dalam satu tindakan membunuh diri apabila mengikat kepalanya pada sebatang tiang sebelum memecut keretanya.

Polis berkata, lelaki berkenaan, Tomas Rivera, 51, dari Port Jervis, mengikat hujung rantai pada tiang lampu dan satu lagi pada lehernya sebelum memecut kereta Honda CRV.

Apabila kereta bergerak, besi berkenaan “mengoyakkan” kepalanya dari badannya hingga kereta itu terhenti selepas merempuh beberapa kenderaan di tepi jalan.

Badan tidak berkepala itu tercampak keluar dari kereta Honda terbabit dan jatuh di atas jalan raya.

Saksi yang ketakutan melihat kejadian segera menghubungi polis.

Sumber jabatan polis New York berkata: “Kejadian amat mengerikan. Lelaki terbabit benar-benar memastikan perbuatannya berjaya.

Siasatan mengesahkan lelaki yang tidak diketahui identitinya itu mencabut nyawanya sendiri.

Kejadian berlaku jam 9.35 pagi Isnin di Hunts Point. 

Sumber polis berkata: “Ia sungguh mengerikan. Dia mahu memastikan tindakannya berjaya.”

Siasatan awal menunjukkan lelaki itu membunuh diri dan polis tidak mengesyaki ada orang lain terbabit. - Agensi

Transkrip penuh temubual dengan Presiden PAS

Soalan (S): Sekarang ini, PAS telah hantar tiga nama yang ditandatangani oleh Datuk Seri (Abdul Hadi) sendiri. Jadi, Datuk Seri nak sahkan?

Jawapan (J): Saya mengikut budi bicara Presiden PAS sejak tahun 1959, saya ikut Presiden PAS dulu yang pernah memerintah Terengganu, Kelantan. Pernah memerintah Kedah dan pernah memerintah Terengganu lagi. Pernah kita (PAS) sendiri. Pernah dalam BarisanNasional (BN). Pernah Pakatan Rakyat, Dr Burhanuddin, Dr Asri dan zaman Almarhum Ustaz Mohd Fadzil Noor. Saya ikut budi bicara Presiden PAS ini. Saya berpegang kepada prinsip dan konsep Perlembagaan iaitu “Raja Berperlembagaan”.

S: Tiga orang yang dicalonkan oleh PAS (jawatan MB) itu boleh…

J: Saya tak boleh beritahu, tak boleh mendahului Istana.

S: Yang (dikatakan) seorang dari PAS dan dua PKR itu?

J: Itu, kita (PAS) serah kepada Istana… itusahaja.

S: Tapi Datuk Seri, sumber yang sebelum ini memang telah dinafikan tapi yang pastinya antara tiga daripada nama itu memang tidak ada Datin Seri Wan Azizah?

J: Itu saya tidak mahu serkap jarang. Saya tidak mahu bagi media serkap jarang, setelah saya serah kepada Istana dan Istana ‘berpijak’ diatas konsep Raja Berperlembagaan.

S: Datuk Seri, adakah keputusan ini pendirian PAS sendiri atau menggambarkan PAS telah mengalah kepada parti lain?

J: Tidak mengalah, kita (PAS) berpegang kepada konvensyen Pakatan Rakyat yang meletakkan Islam agama Persekutuan, Raja Perperlembagaan. Itu dalamPakatan Rakyat.

S: Datuk Seri, satu lagi ini ada penubuhan parti baru iaitu Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan ‘top leader’ ialah Fakhrolrazi… macam mana tu?

J: Saya tak tahu… saya tak tahu tu.

S: Adakah ini boleh memberi saingan kepada PAS?

J: Negara kita demokrasi dan pernah dulu parti Islah, parti suara Islam dan sebagainya pernah ditubuhkan itu biasalah dalam negara demokrasi.

S: Jadi Datuk Seri, memang benarlah tidak ada nama Datin Seri Wan Azizah yang dihantar ke Istana?

J: Itu saya tak boleh sebut… tak boleh sebut. Ini setelah saya serah kepada Sultan (SharafuddinIdris Shah) saya tak boleh lagi sebut apa-apa.

S: Terima kasih, Datuk Seri (Abdul Hadi).
-harakahdaily-

Kalau Betul Anda Sayangkan Pakatan Rakyat Baca Ulasan Ini Tanpa Prejudis...

Subky Abdul Latif
Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.

Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dengan musyrikin Quraisy, ada yang mereka setuju dan tidak setuju. Pertama mereka setuju untuk mengadakan perjanjian. Bila setuju mereka merangka perjanjian. Pertama mereka tidak setuju ialah tajuk perjanjian. Saidina Ali yang merangka menyebut ia adalah Perjanjian Antara Nabi Muhammad dan Quraisy.

Musyrikin menolak tajuk rangka itu menggunakan kalimah Nabi Muhammad. Mereka mahu disebut antara Muhammad dan mereka saja. Nabi pun bertanya, apa beza antara Muhammad dan Nabi Muhammad? Kedua-duanya adalah orang yang sama.

Jawab mereka, mereka tidak menerima Muhammad itu Nabi. Kalau mereka setuju Muhammad itu Nabi dan Rasul, tidak mereka berada di sebelah menentang Nabi, tentulah mereka bersamanya. Nabi setuju padam kalimah yang dipersetujui itu. Saidina Ali enggan memadamnya, lalu baginda sendiri mengambil rangka itu dan memadam kalimah yang tidak disetujui.

Demikian juga DAP tidak setuju dengan konsep negara Islam dan hudud yang dirangka PAS sebelum kewujudan Pakatan Rakyat maka tiada ia disebut dalam perkara yang disepakati setakat ini. Daripada segi logiknya, jika mereka setuju dengan perjuangan PAS tentulah mereka menyertai PAS dan bersama dengan agamanya.

Jika demikian apa yang PAS tunggu? Maka teruskan dengan program dan strategi dakwah, bukan saja terhadap orang bukan Islam bahkan juga terhadap yang lahir sebagai Islam yang belum terbuka hatinya untuk beriman kepada perrintah itu.

Apa pun yang paling penting tentang muafakaat yang ada ialah bersetuju mengadakan muafakat bagi mengambil alih Putrajaya dan melakukan perubahan ke arah keadilan dan kebenaran dalam kerangka yang dipersetujui kita banyak perbezaan dan jangan perbezaan itu menghalang untuk mencari kebaikan.

Sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit, maka kita tetap setuju gigi dan lidah tidak terpisah. Janganlah kerana takut lidah tergigit kita cabut semua gigi atau kita potong lidah.

Apabila kita tahu kita ada perbezaan, maka jangan kita fikir kitalah raja, kemahuan kita yang mesti diikut, kemahuan orang tidak diambil kira. Sedang sekarang raja pun mendengar rakyat, maka janganlah sesama rakyat hendak jadi macam raja zaman dulu. – 5 September, 2014.

3 soalan yang perlu Mustafa Ali jawab

NIK NAZMI NIK AHMAD
Ada beberapa persoalan yang timbul berkaitan pencalonan PAS untuk jawatan Menteri Besar Selangor selepas perkembangan-perkembangan terkini.

Saya maklum bahawa ada pimpinan PAS yang berbeza sikap dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor. Atas sebab itu, pimpinan pusat parti itu telah bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 untuk menentukan pendirian yang mahu diambil.

Umum maklum bahawa PAS mengekalkan pendirian yang telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, iaitu pada 23 Julai 2014, bahawa hak untuk menamakan calon Menteri Besar ada pada KEADILAN, dengan PAS mendakwa lebih daripada satu nama perlu dihantar seraya telah memberi cadangan dua nama, iaitu Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN yang kini merupakan Ahli Dewan Negeri Kajang dan juga Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN yang kini merupakan Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa.

Hasil daripada keputusan tersebut, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah diadakan pada hari yang sama, iaitu pada 17 Ogos 2014, dengan keputusan untuk menamakan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baru. Keputusan ini juga diperakui oleh Azmin Ali selaku calon kedua yang dicadangkan oleh PAS.

Bagaimanapun, beberapa kenyataan media yang dibuat pimpinan PAS kemudiannya, menunjukkan bahawa PAS mahu menghantar lebih daripada satu nama dan PAS akan mencadangkan nama-nama daripada kalangan Ahli Dewan Negeri yang mewakili KEADILAN.

Lebih mengelirukan adalah beberapa pendedahan terkini. Saya ingin bertanya:
a) Mengapakah wujud surat awal yang diakui oleh Setiausaha Agung PAS di mana tiga nama pimpinan PAS yang dicalonkan?

b) Mengapakah dalam kenyataan terkini dikatakan satu nama PAS dan dua nama KEADILAN pula yang dihantar? Bukankah ini melanggar persefahaman bahawa calon Menteri Besar Selangor adalah Ahli Dewan Negeri KEADILAN?

c) Mengapakah Setiausaha Agung PAS tidak mahu mengesahkan siapa nama calon-calon yang dihantar? Adakah nama-nama calon KEADILAN yang dihantar di dalam surat kali ini berlainan dengan keputusan PAS pada 17 Ogos 2014?

Penting untuk rakyat Selangor mendapat penjelasan segera agar segala kekeliruan dan tanda tanya dapat dijawab.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Mat Sabu tak tahu nama tiga ADUN ini yang dikatakan senarai calon MB PAS sebab tak diputuskan dalam mesyuarat

Jawatankuasa Pusat PAS tidak mengetahui senarai nama calon menteri besar Selangor lain yang telah dihantar kepada pihak Istana.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau dan ahli jawatankuasa pusat lain tidak mengetahui laporan bahawa nama yang dihantar kepada Istana bukan sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiausaha Agong (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon MB.
"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-malaysiakini-

Kenapa lelaki lebih suka melakukan hubungan seks dalam gelap!

article-2121681-0023F71200000258-406_468x379Pernah cuba untuk memahami mengapa kebanyakan manusia lebih suka melakukan seks dalam suasana yang gelap? Mereka malu dengan tubuh badan mereka - terutamanya makan dgn rakus mereka - dan tidak mahu ia dilihat oleh rakan-rakan mereka ketika sedang beraksi, ianya merupakan dapatan dari satu kajian menarik. 
Menurut kaji selidik daripada 1,077 lelaki British berusia antara 20 dan 30, keyakinan badan lelaki adalah pada semua-masa yang rendah apabila ia datang kepada seks di bawah lampu. 

"Satu perempat daripada lelaki British lebih suka untuk mempunyai hubungan seks dengan lampu luar kerana mereka tidak selesa dan malu dengan tubuh badan mereka," kata kajian yang dilakukan oleh 'Diet Chef' diet rumah penyampaian perkhidmatan dan dilaporkan oleh The Independent. 

Perut adalah kawasan masalah utama. Secara mengejutkan 64 peratus lelaki Britain berkata ia menjadi sebahagian kegemaran kurangnya badan mereka. 

Walaupun 45 peratus daripada lelaki yang ditinjau menganggap diri mereka sebagai berat badan berlebihan, 16 peratus berkata mereka klinikal gemuk. 
-Agensi-

Senarai PAS tidak terdapat nama Wan Azizah dan Azmin Ali

PAS membuat gempar apabila tidak menamakan dua calon menteri besar Selangor daripada PKR yang dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya sebelum ini.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberitahu, bukan sahaja presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Ismail, malah timbalannya Azmin Ali juga tidak dihantar PAS kepada pihak istana.

Perkara itu dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini petang ini.

Seorang sumber yang enggan dinamakan menganggap tindakan itu "mempermain-mainkan PKR" dan mereka akan bertemu dengan PAS bagi mendapatkan penjelasannya sebelum ini.

Pertemuan itu dikatakan akan berlangsung sama ada malam ini atau esok.

Biro politik PKR hari ini mengambil masa hampir empat jam untuk membincangkan isu itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution turut ditanya pemberita berhubung kemungkinan nama Azizah dan Azmin tidak dikemukakan kepada istana oleh PAS.

Saifuddin mengakui PKR terpaksa membuat perancangan semula berkenaan isu itu jika ia berlaku.

"Kami bincang semua sekali. Kami kembali ke drawing board," kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan menghantar dua nama ADUN PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebuah portal melaporkan hari ini, sumber rapat dengan PAS Selangor menghantar nama tiga exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Ini bertentangan dengan pendirian PAS pada 17 Ogos lalu yang memutuskan menyokong Azizah di samping Azmin sebagai calon menteri besar.
-malaysiakini-

Batal niat perkosa setelah di'tazkirah’ oleh mangsa yang telah dibogelkannya

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang sudah membogelkan rakan sekelasnya membatalkan niat memperkosa mangsa sejurus diberikan ‘tazkirah’ berhubung dosa besar bakal ditanggung.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek yang berusia 20-an sebaliknya meminta maaf, selain membantu mangsa memakai semula jubah yang sebelum itu ditanggalkan.
Sumber polis berkata, kejadian bermula apabila mangsa tertinggal Mykad di dalam kereta suspek yang dinaiki sebaik mangsa pulang dari menghadiri kelas di sebuah kolej swasta di Cheras.

Menurutnya, mangsa yang berusia 23 tahun itu kemudian menghubungi suspek dan meminta Mykad itu dihantar kembali kepadanya.

“Bagaimanapun, mangsa diminta berjumpa di restoran berdekatan untuk mengambil semula Mykad itu sejam kemudian.

“Sebaik berjumpa dengan lelaki itu, suspek memberi alasan Mykad mangsa tertinggal di dalam bilik hotel. Dia kemudian meminta mangsa mengikutnya hingga bilik hotel berkenaan,” katanya.

Dia berkata, mangsa bagaimanapun ditolak ke atas katil sebelum cuba diperkosa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Norizan Salleh dibayar RM 300,000 sebagai ganti rugi setelah ditembak polis, persoalannya bayar guna duit siapa


KUALA LUMPUR: Setelah menunggu hampir lima tahun, Norizan Salleh,34 akhirnya memenangi tuntutan samannya terhadap tiga anggota polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan dia terkena beberapa das tembakan pada Oktober 2009.

Beliau yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa memperolehi kemenangan tersebut apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng telah memerintahkan supaya ganti rugi RM318,326 dibayar kepada Norizan atas dakwaan kecuaian.


Norizan yang juga ibu kepada dua orang anak diwakili oleh peguam bela N.Surendran dan juga Latheefa Koya.


“Kes Norizan adalah kes yang pertama membabitkan pihak yang ditembak polis berjaya mendapatlkan pembelaan dan kemenangan di mahkamah.


“Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan sebanyak RM200,000 perlu dibayar sebagai ganti rugi teladan, RM50,000 untuk kerosakan umum, RM50,000 lagi untuk serangan dan keganasan, serta biaya perubatan sebanyak RM18,260,” kata N. Surendran sewaktu ditemui pemberita di luar kamar Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, hari ini.


Menurutnya, pihak Mahkamah telah menghantar mesej jelas kepada pihak polis agar tidak bertindak semberono terhadap orang awam.

suri rumah
Bahkan Hakim Hue Siew Kheng turut menegur pihak polis kerana tidak mematuhi perintah tetap Ketua Polis Negara kerana menembak terlebih dahulu dan tidak cuba menghentikan kenderaan yang dinaiki Norizan dalam kejadian tersebut.


Bagi Norizan, beliau sangat bersyukur bahawa selama ini beliau tidak bersalah.
Turut hadir menemani Norizan di Mahkamah adalah suami, ibu serta dua orang anaknya.


“Walaupun saya nak polis yang pijak dan tendang saya itu dimasukkan ke dalam penjara, tetapi dengan adanya keputusan ini telah membuktikan bahawa mereka bersalah atas tindakan mereka terhadap saya,” katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa kesan daripada tembakan itu menyebabkan beliau kini tidak lagi berupaya untuk bekerja dan kadang-kala menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk bernafas.


“Kadang-kadang saya mudah mengah dan kesakitan tersebut mencucuk-cucuk saya,” ujarnya.


Manakala N. Surendran turut menjelaskan ia terpulang kepada pihak polis dan jabatan peguam negara untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap defenden yang terlibat


Pada 30 Oktober 2009, sekitar jam 4 pagi, sewaktu berada di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), kereta yang dinaikinya bersama tiga kenalan diekori kereta peronda polis.


Pada waktu kejadian, ibu kepada seorang anak itu mendakwa melihat seorang anggota polis mengacu senjata ke arah kereta dinaikinya serta mendengar bunyi tembakan bertubi-tubi yang menyebabkan dia turut terkena beberapa tembakan.


Selepas kereta yang dinaikinya berhenti, dia yang merupakan plaintif dalam kes ini cuba keluar dari kereta dan meminta pertolongan, namun seorang anggota polis menendangnya di dada dan menyebabkan dia rebah semula.


Wanita itu mendakwa, anggota polis iaitu defendan pertama turut memijak badannya ketika dia cuba keluar dari kereta dalam keadaan merangkak sambil menahan kesakitan.


Norizan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan menjalani pembedahan selama empat hari serta dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) selama sembilan hari.


Plaintif yang ketika itu adalah peniaga nasi lemak menamakan seorang anggota polis yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul, Mohd Firdaus sebagai defendan pertama telah membuat laporan polis di Balai Polis Kepong.


Selain seorang anggota polis bernama Mohd Firdaus, tiga defendan lain termasuk Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua Polis Negara, dan Kerajaan Malaysia.


Akibat kejadian itu, Norizan sukar membuat kerja berat untuk tempoh masa lama, serta hilang peluang mendapat pekerjaan bagi menyara kehidupannya.

-freemalaysiatoday-

'Betapa Biadapnya Seorang Melayu bernama Anwar Ibrahim' - Felicia Ling

alt
KLANG 30 Ogos:Pengamal Undang-Undang, Felicia Ling menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin Melayu pada nama semata-mata kerana tidak pernah kenal akan istiadat, undang-undang dan adat resam Melayu sehingga menyebabkan parti pimpinannya mencabar kedaulatan Sultan Selangor.

Beliau berkata, PKR turut mencabar rakyat di negeri itu yang tidak pernah bersikap biadap sehingga sanggup melanggar titah Baginda.

"Kemelut Menteri Besar di Selangor secara tidak langsung telah menampakkan betapa biadapnya seorang bergelar Melayu yang bernama Anwar Ibrahim.

"Kalau dia hari ini hendak langgar pagar SUK, kita mampu tahan.

"Tapi kali ini kamu hendak langgar pagar istana, kamu telah langgar adat istiadat orang Melayu. Orang Selangor bukan orang biadap macam orang Pulau Pinang yang bernama Anwar Ibrahim," katanya ketika berucap pada Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' di Padang Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Himpunan itu disertai beberapa buah NGO termasuk Angkatan Rakyat Sedar (Aras), Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Beliau menegaskan, rakyat Selangor tidak mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan politik boneka dan memohon perkenan Sultan Selangor untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar kepada anak Selangor.

"Saya bantah, saya bangkang. Kalau seorang boneka diletakkan sebagai calon Menteri Besar. Kita berpolitik bukannya megamalkan sebuah politik yang berlandaskan hanya sebagai boneka.

"Kita memohon pekenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk mempertahankan anak jati Selangor sebagai Menteri Besar.

"Selangor mempunyai Sultan dan undang-undang tubuh negeri. Tolong baca dan patuh pada undang-undang terbabit," katanya.

Felicia turut mempersoalkan tindakan Anwar yang mengambil ketetapan menunggu perkenan Sultan untuk mengadap sedangkan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu menjadi punca kedaulatan undang-undang tubuh negeri dicabul gara-gara agenda politiknya semata-mata.

"Kalau hari ini kamu kata kamu tidak percaya pada Sultan, mengapa perlu sibuk menghantar surat perkenan kepada Sultan untuk mengadap. Baik langgar terus tidak perlu tunggu pekenan Sultan," ujarnya lagi.

Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' diadakan bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor.

Sebelum ini, Anwar menegaskan, keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor adalah muktamad walaupun Sultan Selangor menitahkan agar DAP, PKR dan PAS menghantar lebih dari dua calon kepada pihak istana.--rakyatnews.my

PAS hantar tiga nama calon MB?

PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.
Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini.

Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

"Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya.

Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.

PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.
-mstar-

Dr. Agus Yusoff dah tak mahu menulis takut didakwa di bawah akta hasutan?

Mohammad Agus Yusoff
Apabila rakan akademik saya didakwa, saya menjadi takut untuk menulis. Saya perlu takut kerana saya tidak mahu didakwa seperti beliau.
Tetapi, sebagai guru politik apakah wajar jika saya mendiamkan diri sahaja tanpa berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain jika saya mempunyai idea dan pendapat politik yang hendak disampaikan?

Saya fikir jika diam, saya tidak adil kepada amanah yang saya pegang. Amanah saya ialah untuk menyampaikan ilmu dan memberi pandangan balas kepada sesuatu isu politik yang saya fikir perlu diperbetulkan. Bukan untuk mencabar sesiapa atau membenci atau menyukai sesiapa, tetapi untuk kita saling menegur bagi mendapatkan yang terbaik antara yang baik.

**************************

Saya tidak mengenali Azmi Sharom secara rapat. Saya pernah menemu bual beliau sekali dalam Rancangan Hujah dalam TV9 yang saya kendalikan suatu waktu dulu. Selepas itu, saya mengenali beliau melalui tulisan beliau dan melalui perbincangan dengan kawan rakan.

Satu yang dapat saya katakan dari pengamatan saya, Azmi seorang yang tenang dan mempunyai pandangan politik dan undang-undang yang jujur. Beliau tidak mengata orang dan menulis berdasarkan pandangan ilmu yang ada pada beliau.

Jadi apabila beliau didakwa, saya berasa terkilan jika saya tidak menulis pandangan saya tentang beliau. Pandangan saya tentang Azmi ialah beliau seorang yang berotak dingin (baca: tenang), menulis dalam keadan yang terkawal dan paling penting memberikan pandangan berdasarkan ilmu yang beliau yakini benar.

Pandangan beliau mungkin salah dan mungkin betul. Ilmu undang-undang dan politik adalah begitu. Ia banyak bergantung kepada tafsiran seseorang. Dan janganlah kerana kita mempunyai perbezaan tafsiran, maka kita tidak boleh menerima kelainan tafsiran kita dengan beliau.

***************************

Saya menulis tentang Azmi ini kerana satu lagi sebab yang paling penting, yakni kebebasan akademik. Saya tahu kebebasan akademik mesti ada batasannya. Tidak ada kebebasan mutlak. Itu saya tahu.

Tetapi dalam dunia akademik, janganlah kebebasan untuk mempunyai pandangan berbeza itu disekat. Jangan takutkan golongan cendikiawan. Mereka adalah harta negara yang kita perlu jaga.

Yakinilah kehebatan sesebuah universiti itu bukan terletak pada bangunannya yang cantik tetapi terletak kepada keupayaan mahasiswa dan pensyarahnya untuk berbincang, mengkaji dan menulis dalam suasana yang mempunyai ruang untuk meraikan persamaan dan juga perbezaan.

Doa saya untuk Azmi Sharom.

Seekor lagi bapa binatang jadikan anak sebagai pemuas nafsu

JERTIH: Harapkan pegar, pegar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.

Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.

Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.

Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.

“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya.

Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.

Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.

Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
-sinarharian-

Gambar Roh Kanak-Kanak Perempuan Dirakam Di Rumah Agam

SEORANG pelancong yang mengunjungi sebuah rumah agam berhantu yang terkenal di Ireland percaya dia mungkin merakamkan gambar roh seorang kanak-kanak perempuan.
Thomas Beavis, 21, dari Lewisham, mengesan bayangan tersebut menerusi melihat gambar di dalam kameranya sewaktu dalam perjalanan balik dari Loftus Hall di Wexford.

Dia mengambil gambar ibunya bersama rakan-rakan semasa kunjungan itu tetapi terakam roh seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Anne Tottenham dan wajah menakutkan seorang perempuan tua berhampiran tingkap.

"Saya terkejut apabila terlihat gambar bayangan itu. Kami merasa sedikit gelisah sepanjang lawatan itu tetapi apabila saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan saya mereka tergamam.

"Saya juga memfokuskan di bahagian tingkap untuk melihat gambar kanak-kanak perempuan itu. Saya mengambil sedikit masa untuk menunjukkan gambar itu kepada yang lain kerana tidak pasti dengan apa yang saya lihat," katanya.

Beberapa laporan mendakwa keluarga Tottenham berpindah ke rumah agam itu sekitar tahun 1766.

Namun, anak bongsunya, Anne, jatuh sakit selepas terkena gangguan makhluk halus.

Dia dipulaukan keluarga dan dikunci di dalam sebuah bilik di rumah agam itu sehingga meninggal dunia.
-mstar-

Video: Seorang lagi Wartawan AS Dipancung?




Laporan agensi berita CNN berhubung dakwaan Isis memancung seorang lagi wartawan Amerika Syarikat.
SEBUAH lagi video menunjukkan seorang wartawan dibunuh dengan kejam oleh Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) tersebar di Internet.

Video yang mula dimuat naik pada Selasa itu menunjukkan anggota Isis memancung Steven Joel Sotloff, wartawan warga Amerika Syarikat (AS).

Sotloff, 31, merupakan menulis mengenai konflik di Timur Tengah untuk majalah Time dan penerbitan lain.

Dia dibesarkan di Miami dan belajar di Universiti of Central Florida pada awal tahun 2000.

Sotloff dilaporkan hilang pada Ogos 2013 di Syria.

Ini merupakan kejadian kedua yang dilaporkan media barat membabitkan dakwaan pembunuhan kejam oleh Isis terhadap wartawan.

Pada 19 Ogos lalu, media barat melaporkan Isis memancung seorang wartawan sambilan yang juga warga AS, James Wright Foley selepas dia dilaporkan hilang sejak November 2012 di Syria.
-mstar-

Apabila Atuk 71 tahun bercinta dengan gadis bawah umur

Sepatutnya pada usia begitu, dia perlu lebih mendekatkan diri dengan Allah, bukannya melakukan perbuatan yang boleh merosakkan masa depan remaja berkenaan yang masih mentah untuk membuat penilaian hidup.

“Jika mereka dikahwinkan pun, ia bukan jalan penyelesaian dan belum tentu kedua-duanya bahagia kerana perbezaan umur yang terlalu jauh boleh menyebabkan berlakunya konflik sosial yang mungkin menyebabkan mereka bercerai.”

Demikian reaksi pakar sosiologi, Prof Dr Mohammad Shatar Sabran mengenai laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai warga emas lelaki berusia 71 tahun ditangkap khalwat bersama remaja berusia 14 tahun.

Laporan itu menyebut remaja berkenaan datang ke rumah kekasihnya yang layak digelar datuk untuk memadu kasih selepas menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

Mengulas lanjut, Dr Mohammad Shatar yang juga Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, perbezaan umur 57 tahun adalah terlalu jauh untuk mereka mencapai keharmonian hidup bersama kerana jangkaan mereka saling berbeza.

“Kedua-duanya lahir pada zaman yang terlalu jauh, ibarat mengambil orang yang lahir pada zaman sebelum merdeka untuk hidup di zaman ini tanpa melalui peringkat kehidupan.

“Sepatutnya lelaki warga emas itu menjadi pelindung kepada remaja berkenaan bukannya mengambil kesempatan, sekalipun mungkin remaja terbabit memberi alasan sunyi dan mahu disayangi,” katanya semalam.

Katanya, kes itu mungkin dipengaruhi trend remaja hari ini yang lebih gemar memilih lelaki berusia sebagai pasangan kekasih.

“Berdasarkan kajian membuktikan, kebanyakan remaja perempuan memilih lelaki lebih 40 tahun atas tiga sebab utama iaitu lebih romantik, bertanggungjawab dan kukuh dari sudut ekonomi.

“Malah, faktor paling utama ialah romantik kerana lelaki berusia lebih menonjolkan kasih sayang sepanjang proses perkenalan walaupun sudah mendapat apa yang dihajati berbanding lelaki muda yang gelojoh untuk sampai ke kemuncak hubungan,” katanya. 
- HM