Ini jadinya apabila pemimpin umno sendiri dah bosan dengan umno

“Saya sudah tidak kisah dengan kedudukan politik saya lagi.”
Itulah jawapan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed apabila ditanya mengenai kehadirannya pada forum “Kebebasan Berekspresi Diancam” yang diadakan semalam.

Nur Jazlan yang dipetik Sinar Online berkata, dia mahu menggunakan peluang ada untuk menyuarakan pendapatnya.

“Persoalan mengenai karier politik saya, sudah tidak saya fikirkan lagi. Saya tidak kisah mengenai kedudukan saya dalam parti, kerana saya sudah tiba di satu peringkat, di mana saya sudah tidak mengejar kedudukan dalam parti.

“Tetapi, saya mahu menggunakan platform ini untuk menyesuaikan politik lebih sepersetujuan daripada bertengkar setiap masa,” katanya.

Turut hadir aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim dan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S Ambiga.

Nur Jazlan berkata, tindakannya untuk berdepan pencabar atau mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan adalah perubahan yang mahu dicipta untuk partinya.

“Saya tidak akan menyertai pembangkang, kerana saya tidak percaya dalam perjuangan mereka, tetapi saya akan berusaha untuk membuat sedikit perubahan dalam parti.

“Sekiranya, ada orang pertama yang berani membuat perubahan dalam parti, saya mahu orang itu adalah saya,” katanya.

Jelasnya, dia akan menerima, sekiranya itu menyebabkan karier politiknya berakhir.

“Sekiranya, ini adalah pengorbanan yang perlu saya lakukan, tak apa. Berapa ramai yang berani mengambil risiko ini? Saya terima cabaran ini,” katanya.

Menurut Nur Jazlan, keadaan politik di negara ini perlu berubah, kerana rakyat semakin matang dalam pemikiran mereka.

“Rakyat mahukan kerajaan yang boleh mendengar buah fikiran semua orang.
“Sekiranya kita terus berperang dengan pembangkang, ia hanya akan menyusahkan negara,” katanya.

Nur Jazlan sebelum ini dilaporkan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih agresif membuat perubahan dalam parti.

Malah, Nur Jazlan turut memuji Adam Adli, kerana berani menjadi lain daripada yang lain, dan menyatakan dengan jelas pendapatnya seperti Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim ketika dia menjadi ketua pelajar dahulu.

Bulan lalu, portal berita The Star melaporkan, Nur Jazlan memberi pendapat sama apabila beliau berkata: “UMNO sudah tidak sukakan saya lagi. Saya kalah untuk merebut kerusi majlis tertinggi.

Mereka melihat saya sebagai seorang yang tidak mahu meneruskan cara lama UMNO.”
Katanya, dia mahu kerajaan meningkatkan lagi kebertanggungjawaban dan disiplin kewangan, dengan menubuhkan satu sistem yang boleh diaudit.

Nur Jazlan turut mengkritik partinya, kerana tidak memberi peluang kepada pemimpin muda dengan berkata:

“Persidangan UMNO semakin membosankan setiap tahun, kerana mereka bercakap perkara sama.”

Sehubungan itu, beliau menggesa UMNO berubah, kerana jika dibandingkan dengan DAP, parti itu mempunyai ramai pemimpin muda, seperti Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming yang baru berusia 32 tahun dan Dyana Sofya Mohd Daud, 24.
-The Rakyat Post-

Kecoh!! Penumpang mengamuk simbah air panas kepada pramugari AirAsia (Gambar)

Suasana kecoh dalam pesawat AirAsia akibat tindakan dari dua orang penumpang pesawat berkenaan.
Suasana kecoh dalam pesawat AirAsia akibat tindakan dari dua orang penumpang pesawat berkenaan.
BANGKOK - THAILAND. Penerbangan Thai ke China terpaksa berpatah balik ke Bangkok setelah seorang penumpang menyerang seorang pramugari dengan menyimbah air panas, menurut syarikat penerbangan itu hari ini.

Menurut kenyataan penerbangan tambang murah AirAsia Thai, penumpang dari China menyewa penerbangan ke Nanjing memarahi kru pesawat sebelum menyimbahnya dengan air panas.

Kapten dan anak kapal kemudiannya memujuk penumpang berkenaan untuk berbincang di pejabat lapangan terbang selepas mendapati perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat.

Media China melaporkan mi segera turut dilempar bersama air panas tersebut.

Dalam satu klip video kelihatan seorang lelaki mengancam untuk meletupkan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun kenyataan syarikat penerbangan tidak menyatakan ancaman berkenaan. - Bangkok Post/sinarharian

Skandal 1MDB dalam bahaya - A Kadir Yasin. Najib bakal tersungkur?

Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan laporan polis yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh seorang pemimpin Umno menyebabkan skandal itu kini berubah kepada satu "isu sensasi dan berbahaya".

Beliau mengulas laporan polis yang dibuat timbalan ketua bahagian Umno Batu Kawan Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan terhadap 1MDB atas salah urus yang dikatakan dalam aspek kewangan.

"Laporan polis ini merupakan kemuncak kepada kontroversi seminggu sekitar dana yang dipanggil berdaulat," kata Kadir, bekas ketua pengarang New Straits Times, dalam satu catatan di blognya hari ini.

Terdahulu, ahli parlimen DAP Tony Pua berkata, tindakan Khairuddin membuat laporan terhadap para pemimpin partinya sendiri termasuk Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi 1MDB adalah bukti kewangan syarikat itu adalah tenat.


'Sebenarnya, saya bukan lelaki sejati'

MUHAMAD MAT YAKIM
SEMALAMAN saya tidak dapat tidur. Fikiran terganggu. Saya tiba-tiba berasa curiga sama ada diri saya ini boleh dikira lelaki sejati.

Persoalan ini bukan kerana ada perubahan drastik berlaku ke atas fizikal saya. Satu-satunya harta persendirian yang saya ada itu tidak pernah berubah rupa. Ia masih kekal begitu sama seperti ketika saya dilahirkan 43 tahun dahulu.

Satu lagi, jangan menyangka apa yang berlaku ini ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memutuskan bahawa tidak salah bagi lelaki untuk berpakaian perempuan.

Hakikatnya, saya tidak pernah ada keinginan untuk memakai pakaian perempuan, malah membayangkan sahaja pun boleh buat saya pitam!

Sebenarnya, perasaan berbolak-balik yang saya alami berpunca daripada pembacaan. Saya baru terbaca satu artikel mengenai siapa sebenarnya lelaki sejati?

Apakah kelelakian semata-mata ditunjukkan oleh ciri-ciri fizikal bahawa penandanya itu harus berbentuk silinder dan yang rupanya bukan silinder itu adalah perempuan?

Merujuk pada hal itu, saya sememangnya lelaki. Tidak ada keraguan. Ditanya lagi dalam artikel itu, apakah kelelakian seseorang diukur dengan keupayaannya menghamilkan wanita?

Jawapannya, tidak. Dikatakan remaja 16 atau 17 tahun pun boleh menghamilkan orang, dan itu masih belum cukup untuk mengiktiraf dirinya sebagai lelaki sejati.

Turut dijelaskan, lelaki sejati bukan semestinya hebat di ranjang sebagaimana yang selalu dianggap. Lelaki yang bodoh atau tidak sempurna akal pun sesetengahnya boleh beraksi dengan cukup hebat.

Lalu siapa yang sebenarnya layak digelar lelaki sejati di dunia ini?

Takrifan tidak, tidak dan tidak yang diberikan oleh penulis artikel itu seolah-olahnya mahu semua lelaki, termasuk saya memeriksa semula ‘kelelakian’ mereka. Dan itulah yang sedang berlaku pada diri saya.

Sebenarnya, tidaklah susah mana pun untuk kita menilai diri apa kita ini sebenarnya lelaki sejati.

Apa yang perlu cuma muhasabah diri masing-masing, apakah kita tergolong dalam jenis kaki pukul pasangan?

Lelaki yang memukul wanita, tunjuk kuat dengan wanita, bahawasanya itu bukanlah jenis lelaki sejati.

Wanita yang selalunya dianggap lemah fizikal sudah tentu bukan tandingan seorang lelaki yang gagah perkasa. Maka apa perlu tunjuk kuat dengan mereka?

Yang panas baran juga tidak dianggap lelaki sejati kerana lelaki sejati, menurut penulis artikel itu adalah mereka yang tahu bertolak ansur dan mampu menahan sabar, lebih-lebih lagi dengan wanita terutama yang jadi pasangan mereka.

Lelaki sejati seharusnya bijak mengawal kemarahan dan sama sekali tidak akan menggunakan kekerasan.

Walaupun penulis itu tidak menyatakan tetapi pada pandangan saya, apa yang dikatakan itu selari dengan pesanan agama, baik dalam hadis mahupun kitab suci al-Quran. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW mengingatkan:

“Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah.” (HR Bukhari & Muslim).

Bersifat sabar dan tenang adalah jalan mudah untuk meningkatkan keyakinan orang di sekeliling termasuk pasangan.

Seseorang wanita akan berasa lebih selamat dengan lelaki yang seperti ini, walaupun dia mungkin tidak punya banyak kelebihan lain.

Lelaki yang sejati akan selalu ambil berat dan menunjukkan kasih sayangnya terhadap pasangan.

Dia juga akan menunjukkan kematangan dan kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi jauh sekali mahu menuding jari menyalahkan pasangan.

Saya percaya, ini kelemahan paling ketara kebanyakan kita (lelaki).

Lelaki sejati juga dikatakan tidak kisah akan kekurangan pasangannya. Apa yang penting baginya ialah membetulkan atau memperbaiki kekurangan itu dengan kasih sayang.

Membuatkan mereka (pasangan) menyedari kesilapan tanpa sebarang rasa tersinggung atau berkecil hati, itu tanda kelebihan dan kekuatan seorang lelaki sejati.

Lantaran itu, jika anda sedang memilih pasangan, carilah lelaki sejati. Hanya lelaki sejati akan memberikan cinta yang sejati.

Saya akui daripada ciri-ciri ini, banyak yang tidak saya miliki. Dalam usia 43 tahun, baru hari ini saya tersedar apa yang sebenarnya sangat penting bagi saya, juga isteri.

Kasihan dia kerana selama ini, suaminya bukanlah lelaki sejati.
-sinarharian-

Tolong Berhati-Hati Jika Ingin Membeli Ketam ,Jangan Tersalah Pilih

Tranungkite
Berhati-hati ketika anda membeli ketam pada sekarang ini kerana dipercayai terdapat laporan yang mengatakan terdapat lubang jarum di abdomen ketam kerana di khuatiri telah disuntik dan dicucuk dengan air untuk mengekalkan kesegaran dan meningkatkan berat ketam. Hai macam-macam teknik nak menipu sekarang ini ye...!!!
SUMBER : suarashiro.com

Beginikah cara Pusat Dakwah Islamiah Paroi bekerja? Sangat memalukan

Muallaf kesal
SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 10 keluarga saudara baru sekitar Seremban melahirkan rasa kesal dengan pentadbiran Unit Ukhuwah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi yang mereka sifatkan sebagai lemah.

Mereka mendakwa Unit Ukhuwah di Pusat Dakwah Islamiah tersebut tidak proaktif dalam membantu menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Bercakap kepada Free Malaysia Today pada sidang media, aktivis mualaf, Mohd Suhib Mohan Abdullah, 49, berkata, unit itu tidak dapat memberikan bantuan segera ketika keadaan amat mendesak.

Jelasnya, kebelakangan ini pentadbiran unit semakin tidak proaktif dan terlalu terikat dengan kerenah birokrasi sehingga tidak cekap.

“Permasalahan utama yang sering dihadapi oleh golongan mualaf ini ialah apabila memohon bantuan kewangan. Mereka yang datang memohon bantuan segera atau kecemasan adalah mereka yang menghadapi masalah kewangan yang tenat sekali.

“Malangnya ada masanya pemohon terpaksa menunggu dari pagi hingga ke petang dan adakalanya kena datang lagi pada esok hari, untuk mengetahui status kelulusan permohonan mereka,” keluhnya.

Mohd Suhib memberitahu, antara masalah yang dihadapinya ialah ketiadaan kakitangan pada waktu bertugas dengan pelbagai alsan seperti cuti dan berkursus.

“Jika ada pegawai bercuti atau berkursus, sepatutnya tempatkanlah pegawai lain untuk memproses permohonan bantuan kecemasan itu. Sikap Unit Ukhuwah yang tidak proaktif ini benar-benar menyulitkan golongan mualaf yang datang memohon bantuan kecemasan,” kata beliau.

Pesakit Jantung, Jamaludin Abdullah, 61, mendakwa kebanyakkan golongan saudara baru bukan sahaja menghadapi masalah kewangan tetapi juga tekanan mental.

“Kebanyakkan dari kami telah dipulaukan oleh keluarga kami selepas kami memeluk agama Islam. Keluarga dah buang. Sanak-saudara sudah tidak melayan lagi. Kami tidak ada pilihan melainkan memohon bantuan daripada Unit Ukhuwah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi,” jelas beliau.

Beliau menambah: “Jika Unit Ukhuwah dan Pusat Dakwah tidak buat sesuatu untuk tolong kami, siapa lagi nak tolong?”
-fmt-

Lapor polis: Bagaimana Kementerian Kemajuan boleh bertukar Kementerian KEMALUAN


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membuat laporan polis berhubung sepucuk surat rasmi kementerian itu di mana pihak ketiga didakwa sengaja meminda perkataan 'kemajuan' menjadi 'kemaluan'.

Laporan itu dibuat di balai polis Seremban 2 semalam.

Kementerian itu juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pengedaran keratan surat itu.

Surat itu ditandatangani oleh Mohd Alfian Alwi bagi pihak pengarah Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Pejabat Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka.

"Hasil semakan kementerian mendapati salinan surat asal yang ditandatangani oleh pegawai tersebut telah sengaja dipinda.

'Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan salah faham sekaligus menjejaskan nama baik dan imej kementerian," kenyataan kementerian itu dipetik.

Surat yang disunting itu beredar di media sosial minggu ini.
-malaysiakini-

Pengalaman ngeri di pelantar minyak (12 Gambar)

http://kachipemas.blogspot.com/  
12 Gambar Pengalaman Ngeri Yang Terpaksa Dilalui Ketika Bekerja Di Pelantar Minyak Perairan Sabah
Ramai yang sangka kerja "offshore" atau kerja oil and gas (minyak dan gas) di tengah-tengah laut adalah suatu yang menyeronokkan...tambahan lagi gaji yang diterima adalah sangat lumayan....difahamkan paling minima pun hampir RM50,000 setahun atau lebih kurang RM4,000 sebulan...

Dan ada juga yang pernah kata menerima gaji sebanyak hampir RM30,000 sebulan. Lumayan bukan? Tetapi setiap yang indah pasti ada risikonya. Dan di bawah merupakan gambar-gambar ngeri pengalaman seorang kawan admin yang bekerja "offshore". Anytime je nyawa boleh melayang.....!!!

Pembunuh upahan jelita miliki AK47 merah jambu (Gambar)

Pembunuh upahan jelita miliki AK47 merah jambu
Pembunuh upahan jelita miliki AK47 merah jambu
MEXICO CITY - MEXICO. Berbekalkan wajah jelita, siapa sangka wanita muda yang merupakan ibu kepada tiga anak ini sebenarnya ketua kepada kumpulan pembunuh upahan profesional yang dinamakan Los Antrax yang terkenal di Mexico.

Claudia Ochoa Felix, 27, mempunyai kehidupan glamor yang serba mewah hasil ‘titik peluhnya’ itu.

Gengster wanita yang dikatakan mirip dengan selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian sering diiring oleh sekumpulan lelaki bersenjata bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Felix atau gelarannya ‘The Empress of Antrax’ pernah berkahwin dengan seorang ketua sindiket dadah, Sinaloa atau lebih dikenali sebagai 'El Chavo' Felix dan dikurnia tiga orang anak.

Bagaimanapun pasangan tersebut dilaporkan bercerai beberapa tahun kemudian.

Memetik laporan Mail.Online, khidmat skuad itu sering digunakan oleh kartel dadah paling berpengaruh di negara tersebut.

Penahanan kekasihnya ketua kumpulan Los Antrax, Jose Rodrigo Arechiga Gamboa, 33, oleh pihak berkuasa pada Januari lalu membolehkan Felix mengambil alih kedudukan sebagai ketua, sekali gus menjadikan kumpulan terbabit di bawah naungannya.

Felix sering mendedahkan diri dan kehidupannya sebagai seorang pembunuh upahan menerusi laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

The Empress of Antrax ini turut dikatakan memiliki laras automatik AK47 berwarna merah jambu yang dibuat khas untuknya.
-sinarharian-

Anwar mahu Chegubard berhenti kritik Azmin

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menghentikan kritikan ke atas Azmin Ali dan membiarkan menteri besar itu menjalankan tugasnya.
Katanya, Badrul Hisham yang digantung keahliannya dalam PKR perlu mengemukakan aduan kepada jawatankuasa disiplin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Badrul bahawa lima orang ADUN Selangor menarik balik sokongan ke atas presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa hari sebelum Azmin dilantik sebagai menteri besar.

“Jika ada aduan, mereka boleh rujuk kepada jawatankuasa disiplin.

"(Badrul, yang juga dikenali dengan nama Chegubard) berhak untuk mengadu, tapi bagi kes ini, beliau perlu beri ruang kepada Azmin untuk jalankan tugas sebagai MB,” katanya.
-malaysiakini-

Saintis Sahkan Kebenaran Al-Quran: Semut Pun Bercakap (video)

Selatanonline

Antara kisah-kisah yang menarik dalam al-Quran ialah kisah Nabi Sulaiman dengan semut. Kisah ini direkodkan pada surah al-Naml, ayat 15-19.

[27:15]
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".

[27:16]
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".

[27:17]
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

[27:18]
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

[27:19]
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Selama ini, saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi dengan menggunakan signal-signal berbentuk kimia dan tidak menggunakan bunyi sebagai bentuk komunikasi mereka. Pendapat saintis ini adalah bercanggah sama sekali dengan ayat al-Quran seperti yang saya tunjukkan diatas kerana dalam ayat 16:18 dan 16:19, didapati bahawa semut bercakap (berkomunikasi dengan bunyi). Dan bunyi ini pula didengari oleh Nabi Sulaiman A.S. serta difahaminya dengan ilmu yang dikurniakan Allah S.W.T.

The Ants Are Talking
If you want to survive as an ant, you'd better get ready to make some noise. A new study shows that even ant pupae—a stage between larvae and adult—can communicate via sound, and that this communication can be crucial to their survival.

"What's very cool about this paper is that researchers have shown for the first time that pupae do, in fact, make some sort of a sound," says Phil DeVries, an entomologist at the University of New Orleans in Louisiana who was not involved in the study. "This was a very clever piece of natural history and science."

Scientists have known for decades that ants use a variety of small chemicals known as pheromones to communicate. Perhaps the most classic example is the trail of pheromones the insects place as they walk. Those behind them follow this trail, leading to long lines of ants marching one by one. However, the insects also use pheromones to identify which nest an ant is from and its social status in that nest. Because this chemical communication is so prevalent and complex, researchers long believed that this was the primary way ants shared information.

However, several years ago, researchers began to notice that adults in some ant genuses, such as Myrmica, which contains more than 200 diverse species found across Europe and Asia, made noise. These types of ants have a specialized spike along their abdomen that they stroke with one of their hind legs, similar to dragging the teeth of a comb along the edge of a table. Preliminary studies seemed to indicate that this noise served primarily as an emergency beacon, allowing the ants to shout for help when being threatened by a predator.

Larvae and young pupae have soft outer skeletons, which means their specialized spikes haven't yet formed and they can't make noise. However, as the pupae mature, their covering hardens into a tough exoskeleton like that found in adult ants. These older pupae do have fully functional spikes but were generally thought to be silent. -sciencemag.prg

Pancung kepala Yahudi itu!

Abd Razak Muthalib
TIDAK ada lagi keraguan pada kenyataan Tuhan yang Maha Benar ini. Bangsa Yahudi dan Nasrani dari dulu, kini dan sehingga ke hari kiamat tidak akan pernah berasa senang dengan Islam dan penganutnya. 
Mereka berasakan merekalah yang berada atas petunjuk hidayah, sedangkan petunjuk itu rupa-rupanya adalah kesesatan yang nyata. Mereka hanya mengikut hawa nafsu yang membawa kepada kehancuran.

Bangsa Yahudi sememangnya bangsa angkuh dan biadab. Antara yang tercatat dan tidak mungkin dapat dihapuskan dalam lipatan sejarah kejahatan Yahudi ialah nama Kaa’b al-Ashraf.

Kaab al-Ashraf adalah antara tokoh bangsa Yahudi yang paling dengki terhadap Islam dan umat Islam. Beliau sering menyakiti Rasulullah SAW, terang-terang mengajak orang lain memerangi Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW memberi tawaran kepada sahabatnya dengan bersabda: "Siapa antara kalian yang boleh selesaikan urusan Kaa’b bin al-Ashraf? Sesungguhnya dia telah menyakiti ALLAH dan RasulNya." Lantas bangun Muhammad bin Maslamah sambil berkata: “Akulah, wahai Rasulullah, adakah engkau suka aku membunuhnya?”

Baginda SAW menjawab: "Ya". Muhammad bin Maslamah berkata: “Izinkan aku untuk mengatakan sesuatu tentang engkau (perkara yang tidak elok)”. Rasulullah menjawab: "Ya."

Turut bersama dengan Muhammad bin Maslamah ialah Ubbad bin Bisyr, Abu Naelah (saudara susuan Kaa’b), al-Harith bin Aus dan Abu Abbas bin Hibr. Kumpulan ini diketuai Muhammad bin Maslamah. Berlakulah dialog seperti berikut:

Muhammad bin Maslamah pergi menemui Kaa’b lalu berkata: “Orang ini (iaitu Rasulullah SAW) meminta dari kami sedekah, sememangnya dia telah menyusahkan kami”. Kaa’b berkata: “Demi ALLAH, kami boleh usirkan dia”.

Muhammad bin Maslamah menjawab: “Kami telah pun mengikuti dan patuh kepadanya. Kami tidak mahu tinggalkan dia begitu saja, kerana kami mahu memerhatikan sampai ke tahap mana dia akan pergi dan apa akan terjadi. Jadi kalau boleh kami mahu engkau pinjamkan kami satu atau dua guni tamar.”

Kaa’b membalas: “Boleh, tapi perlu ada cagarannya.”

Lantas Muhammad bin Maslamah bertanya: “Apa yang engkau mahu?”

Kaa’b menjelaskan keinginannya: “Cagarkan kepadaku perempuan-perempuan kamu.”

Mendengar sahaja kemahuan Kaa’b itu, Muhammad bin Maslamah terus berkata: “Bagaimana kami hendak cagarkan perempuan-perempuan kami, sedangkan engkau adalah orang Arab yang paling kacak.”

Memikirkan jawapan Muhammad tersebut, lalu Kaa’b memberikan pilihan kedua: “Kalau begitu, cagarkan saja anak-anak kamu.”

Lagi sekali Muhammad bin Maslamah cuba untuk mengelak daripada memenuhi permintaan Kaa’b ini, katanya: “Bagaimana mungkin kami cagarkan anak-anak kami?

Nanti akan ada dalam kalangan mereka yang mencela: Apakah kami ini menjadi barang tawaran dengan seguni dua tamar?. Ini suatu yang memalukan kami. Tidak mengapa, bagaimana jika kami cagarkan kepada kamu senjata-senjata.”

Mendengar tawaran yan diberikan oleh Muhammad bin Maslamah ini, Kaa’b terus bersetuju untuk menerima cagaran senjata tersebut.

Abu Naelah juga melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan Muhammad bin Maslamah. Dia datang menemui Kaa’b dan berpura-pura mengadu kepada Kaa’b yang dia tidak puas hati dengan Rasulullah SAW. Abu Naelah berkata: “Masih ramai lagi yang sependapat dengan aku. Aku ingin membawa mereka untuk menghadap engkau dengan harapan engkau boleh lakukan sesuatu yang baik terhadap mereka.”

Akhirnya, dengan kebijaksanaan Muhamad bin Maslamah dan Abu Naelah ini, mereka berjaya memikat hati Kaa’b dan mencapai matlamat yang disasarkan. Hasilnya, persetujuan yang berjaya dicapai ini akan membuatkan Kaa’b tidak akan lagi curiga apabila mereka datang membawa senjata dan beberapa orang yang lain.

Tibalah hari yang ditunggu. Pada malam 14 Rabiulawal, tahun ke-3 hijrah, kumpulan Muhamad bin Maslamah ini datang menemui Rasulullah SAW untuk memohon restu. Malam ini rombongan bertolak menuju ke kota yang didiami Kaa’b al-Ashraf. Malam inilah segala misi dan perancangan akan dilaksanakan.

Setelah sampai di kota Kaa’b, Abu Naelah memanggil nama Kaa’b. Lalu Kaa’b menyahut panggilan tersebut lantas bangun untuk pergi menemui Abu Naelah. Tetapi, Kaa’b dihalang isterinya: “Ke mana kekanda hendak keluar di waktu sebegini?

Dinda dengar suara yang memanggil kekanda itu bagaikan suara titisan darah.” Lalu Kaa’b berkata: “Itu adalah saudaraku Muhammad bin Maslamah dan yang seorang lagi Abu Naelah, saudara susuanku”.

Kaa’b menyambung lagi: “Orang yang mulia, kalau dijemput kepada tikaman sekalipun, pasti akan disahutnya.” Kemudian, Kaa’b memakai minyak wangi hingga ke hujung rambut lalu keluar menuju kepada Muhammad bin Maslamah dan Abu Naelah.

Apabila Kaa’b keluar dan bertemu dengan Abu Naelah, Abu Naelah mengajaknya berjalan-jalan sambil berbual. Abu Naelah berkata: “Aku tidak pernah mencium minyak wangi yang begitu harum seperti ini.” Kaa’b berasa bangga dan seronok dengan pujian tersebut. Abu Naelah meminta izin untuk mencium kepalanya.

Tanpa berfikir panjang, dengan rasa bangga, Kaa’b membenarkannya.

Kemudian, mereka terus berjalan-jalan di kawasan luar kota Kaa’b tersebut. Abu Naelah berkata lagi: “Boleh aku cium sekali lagi?”

“Silakanlah”, Kaa’b menjawab. Kemudian mereka menyambung lagi perbualan sambil berjalan-jalan. Lalu Abu Naelah berkata: “Boleh aku cium lagi?”. Kaa’b berkata: “Boleh, silakanlah”.

Kali ini, Abu Naelah memegang kepala Kaa’b dengan begitu kemas, seolah-olah ingin mencium. Tiba saat yang dinantikan. Abu Naelah terus menjerit: “Ini dia musuh ALLAHJ!”

Mendengar jeritan tersebut, sahabat lain yang turut sama dalam kumpulan Muhamad bin Maslamah ini terus menghunuskan pedang silih berganti untuk membunuh Kaa’b. Namun, tikaman mereka masih belum berkesan.

Melihat keadaan cemas itu, Muhammad bin Maslamah lantas menarik pedangnya lalu menikam perut Kaa’b. Kaa’b jatuh terkulai-kulai. Akhirnya, tamatlah riwayat seorang manusia yang memusuhi ALLAH dan RasulNya. Kaa’b al-Ashraf mati di kotanya sendiri.

Kemudian, setelah berjaya melaksanakan misi yang dirancang, kumpulan Muhammad bin Maslamah ini pun pulang. Sebaik sahaja mereka bertemu dengan Rasulullah SAW, laporan perlaksanaan misi disampaikan.

Mendengar khabar gembira yang diberikan, Rasulullah SAW melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan tersebut.

Berita kematian Kaa’b tersebar dalam kalangan orang Yahudi. Mereka terkejut dengan berita tersebut. Bagaimana Kaa’b yang dilihat berkuasa dan gagah itu boleh dibunuh. Ketakutan pun mula menyelubungi perasaan dan hati-hati mereka.

Barulah mereka tahu yang Rasulullah SAW tidak akan berlengah untuk menggunakan kekerasan apabila nasihat tidak memberi kesan kepada mereka yang cuba mencabar keamanan, menimbulkan kekacauan dan tidak menghormati perjanjian. (Rujuk: Al-Mubarakfuri, Safiy al-Rahman, al-Rahiq al-Makhtum (Makkah:Rabitah al-Alam islami, 2005), m/s 307)

Bilakah sejarah kehebatan umat Islam ini akan berulang lagi? Sungguh hati ini tidak tahan lagi melihat penderitaan umat Islam di bumi Palestin. Sungguh hati ini tidak mampu lagi menahan kemarahan melihat pencerobohan Yahudi terhadap Masjid al-Aqsa.

Namun, hati ini masih menaruh harapan untuk menyaksikan puak yang sombong lagi hina ini akan menerima nasib yang sama seperti Kaab al-Ashraf. Bagaimana? Bila? Siapa?....

*Penulis adalah perunding latihan dan motivasi di Amin Idris Training Consultant"

Guru Wanita Trauma Apabila Terima Mesej lucah Dari Seorang Murid !!

Selatanonline
GuRu WaNita TrauMa ApabiLa TerimA MeSej Tuttttttt DaRi SeoraNg MuRid !!! | "Rindu t***k cikgu" ....Itulah mesej yang diterima oleh seorang guru wanita dari pelajar lelaki yang viral di laman Facebook hari ini. Gambar yang dimuat naik oleh seorang rakan kepada guru terbabit di laman Facebook tersebar dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang terkejut dengan mesej pelajar tersebut.
Namun, rata-rata netizen juga menunding jari terhadap sesetengah guru wanita yang dilihat gemar berpakaian mencolok mata sehingga menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini terutamanya di kalangan pelajar lelaki. Menurut Reza Shamsudin, “Kalau umurnya darjah 1, 2, 3, 4 bagi mesej macam ini, saya rasa bukan salah pelajar ini.

Sememangnya cikgu dia ‘menjamu’ bentuk badannya yang menggiurkan bagi pelajar-pelajarnya,” katanya. Tidak kurang juga ada yang mendakwa, sesetengah guru wanita terlalu bergaya sehingga melanggar etika pakaian penjawat awam. via aans1.

Kedua-dua pergelangan tangan dan kaki seorang wanita hampir putus ditetak suaminya

JOHOR BAHRU: Seorang wanita cedera parah ditetak suaminya selepas satu pertengkaran di rumah mereka di Taman Suria, Kluang, pada Khamis, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Roze Shaari berkata, kedua-dua pergelangan tangan dan kaki K. Menaga, 44, hampir putus akibat ditetak suaminya N. Marimuthu, 47, di tempat letak kereta rumah mereka dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 11 pagi.

Katanya, Marimuthu kemudiannya ditemui mati tergantung di balkoni tingkat atas rumah dipercayai membunuh diri.

"Hasil siasatan awal, kita percaya motif kejadian adalah berpunca daripada perasaan cemburu suami yang mengesyaki mangsa yang bekerja di Singapura mempunyai 'skandal'," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Mangsa yang kritikal dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Mohd Roze berkata sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah hotel di Singapura, baru sampai di rumah dari tempat kerjanya pada pukul 10.30 pagi telah bergaduh dengan suaminya di ruang tamu dan didengari anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun dan ibu Marimuthu yang berada di dapur ketika itu.

"Mangsa kemudian telah mengajak mereka untuk keluar membeli barang keperluan sekolah namun semasa mereka bergerak keluar, si suami secara tiba-tiba datang dari belakang dan menetak lengan kirinya sambil menyuruhnya agar jangan bekerja di Singapura lagi.

"Wanita itu yang ketakutan melarikan diri, namun terjatuh di tempat letak kereta rumah, di mana suaminya menetak kedua-dua pergelangan tangan dan kakinya," katanya dan menurutnya Marimuthu kemudiannya naik ke bahagian atas rumah dan mengunci pintu pagar balkoni.

Katanya, anak lelaki pasangan itu telah menghubungi bapa saudaranya yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Mohd Roze berkata, pihaknya menemui sebilah pisau pemotong daging, sebilah parang panjang dan satu tong racun berwarna putih di tempat kejadian.

Kematian Marimuthu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.
-mstar-

Gambar IS Campak Gay Dari Bumbung Bangunan

Lelaki gay diheret ke bumbung bangunan sebelum maut akibat dicampak anggota kumpulan IS itu.
LONDON: Anggota kumpulan Negara Islam (IS) didakwa membunuh seorang lelaki dengan mencampaknya dari atas bangunan sebelum direjam sehingga mati kerana dia seorang gay.

Melalui gambar dimuat naik di laman sesawang pertubuhan berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata dilihat berdiri di atas bumbung bangunan bersama lelaki terbabit yang didakwa disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Kejadian itu didakwa berlaku di wilayah al-Furat, utara Iraq.

Satu daripada gambar itu menunjukkan mayat lelaki terbabit terkapar berhampiran batu bata bertaburan, dipercayai digunakan untuk merejamnya.

Melalui laporan Daily Mail, sebelum dijatuhi hukuman itu ‘pegawai mahkamah’ membacakan ‘penghakiman’ yang dibuat oleh mahkamah syariah.

Ketetapan itu menyatakan, tertuduh dihukum mati dengan dicampak dari tempat paling tinggi di bandar berkenaan kerana mengamalkan seks songsang.

“Kamu juga mesti direjam sehingga mati,” katanya.

IS didakwa menggunakan kaedah sama untuk menghukum mati ‘pesalah’ dalam sekurang-kurangnya tiga kejadian berasingan dalam tempoh kurang dari sebulan.

Satu daripadanya membabitkan seorang pemuda berusia 20 tahun yang didakwa memiliki gambar homoseksual di dalam telefon bimbitnya di Syria bulan lalu.
-mstar-

Pemilik Toyota Yaris berterima kasih kepada pencuri keretanya

Kemarahan seorang pemilik kereta, Prayoon Sudcha, 56, langsung hilang apabila kereta Toyota Yaris miliknya yang dicuri telah kembali dipulangkan kepadanya dalam keadaan lebih baik daripada asal.

Pichet Prompakdee, 25, yang berasal dari Chaiyaphum, telah ditangkap di sebuah restoran makanan Korea di Kalapreuk Road di daerah Muang, Khon Kaen. Di situ dia bekerja sebagai pelayan.
Polis telah merampas kereta curi itu daripadanya bersama telefon bimbit, tangkal Buddha dan nombor plet kenderaan Khon Kaen.

Ketua Polis Khon Kaen, Kolonel Supakorn Khamsingnok memberitahu,Prayoon melaporkan tentang kehilangan keretanya bulan lalu ketika dia sedang minum bersama teman-temannya di pusat bandar.

Dia yang terlalu mabuk malam itu mengambil keputusan untuk tidak memandu pulang lalu tidur di dalam keretanya di pinggir jalan.

Keesokannya, dia terjaga dan terkejut apabila dia berada di sebuah taman awam dengan seorang lelaki muda berada di tempat pemandu. Lelaki tersebut kemudian meninggalkannya sendirian di tepi jalan dan membawa lari keretanya.

Menurut Supakorn, pihak polis telah meneliti kamera litar tertutup di sekitar taman awam tersebut dan akhirnya mengesan kereta itu berdekatan sebuah restoran, tempat Pichet bekerja.

Pichet ketika mula-mula disoal siasat mendakwa kereta itu miliknya tetapi gagal menunjukkan dokumen pemilikan. Akhirnya dia mengaku mencurinya.

Suspek seterusnya memberitahu polis bahawa dia kereta Prayoon telah menghalang laluannya sewaktu menunggang motosikal ke asrama tempat tinggalnya.

Dia melihat pemilik kereta itu dalam keadaan mabuk dan berdengkur terlalu kuat di tempat duduk belakang kereta dengan enjin hidup dan pintu yang tidak berkunci.

Pichet berkata, dia telah cuba mengejutkan Prayoon namun gagal lalu memandu kereta itu ke sebuah taman awam.

Akhirnya Prayoon tersedar dan Pichet menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah. Namun, melihatkan Prayoon yang masih mabuk dan bingung, Pichet mengambil keputusan untuk meninggalkannya lalu memandu kereta itu ke asramanya.

Pichet telah mengecat semula kereta tersebut, menghiasnya dengan pelekat hiasan dan menukar plet kenderaan itu dengan nombor daftar kereta lamanya yang telah ditarik pihak bank kerana dia gagal membayar ansuran bulanan.

Pencuri itu kini dalam tahanan pihak polis untuk dikenakan tindakan undang-undang, sementara Prayoon pula berkata dia tidak marah lagi kerana keretanya dijaga dengan sangat baik./astroawani

Adakah benar wujud 'rundingan damai antara PKR dengan UMNO' seperti apa yang ditulis Zainuddin Maidin dalam blognya

Zainuddin Maidin
Zainuddin MaidinKetua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar telah membuat kenyataan mesra dan menyegarkan kepada Dr. Mahathir dengan meanggap Mantan Perdana Menteri itu bersuara berani semata mata untuk melihat masa depan negara mempunyai hala tuju yang betul bila beliau mengatakan ramai yang layak untuk ganti Najib sebagai Perdana Menteri.
Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai orang Pas yang paling keras dan lantang mengkritik Mahathir dalam banyak hal.

Bagaimanapun yang lebih penting untuk ditanya adakah kenyataan Mahfuz itu kerana beliau telah mendengar desas desus mengatakan ada rundingan damai sedang berlaku antara PKR dengan UMNO atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali sebagai berpotensi untuk calun PM yang perlu kembali kepada UMNO?.

Jika desas desus itu benar maka mungkin Mahfuz memperhetongkan di manakah kedudukan Pas kelak.

Mahathir tidak melihat hanya orang dari dalam UMNO sahaja boleh menggantikan Najib setelah keangganan Muhyuddin mengambil tanggungjawab ini tetapi siapakah Mahathir untuk menentukan Perdana Menteri dan beliau sendiri menerima realiti bahawa UMNO sendiri adalah menjadi penghalang besar untuk gantikan Najib.

Dalam pada itu tidak ada sesiapapun yang meanggap Mahathir tidak relevan lagi dalam usahanya untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri . Pengistiharan penarikan sokongannya kepada Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca,gerakannya diperhatikan,senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan.

Najib tidak mengeluarkannya dari senarai musuh politiknya yang paling merbahaya sekarang dan dia akan melakukan apa sahaja untuk survivalnya. Dan dalam hal ini tidak mungkin tunggol di sangka hantu. Kuasa adalah kuasa.

Yang menjadi teka teki siapakah calun dari dalam dan siapakah calun dari luar yang Mahfuz mahu tahu dari Mahathir untuk dibincang dan dipertimbangkan bersama.

GAMBAR SERIBU MAKNA,SEJUTA TAFSIRAN
Sekalipun Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin menyingkirkan saya dari kedudukan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu pada akhir tahun 1992 dengan mempengaruhi Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak pernah menyimpan rasa dendam dan marah pada Daim kerana jasanya kepada UMNO dan negara adalah lebih besar disamping kesilapan dan kelemahannya.

Saya anggap apa yang berlaku adalah sebagai suatu keharusan dalam pehetongan politik masing-masing termasuk Mahathir sendiri untuk masa depan mereka dan negara.

Maka itu bila saya dijemput bersama bloggers lain untuk makan pagi di sebuah restoran India di Damansara baru -baru ini,saya tidak menolaknya kerana dari dulu hingga sekarang saya tidak pernah meanggap Daim sebagai musuh saya.

Gambar di atas telah disiarkan dalam portal berita UMNO dengan tajuk Gambar Seribu Makna,Sejuta Tafsiran. Yang pasti gambar ini menolak saya dari tafsiran bloggers bangang

Tuduhan Dr Maza terhadap PAS: Ada agenda tersirat?

MUHAMMAD SYAFIQ JAMADUDIN 
1. Setelah membaca pandangan peribadi Dr Asri Zainal Abidin (Dr. Maza) baru-baru ini mengenai PAS yang digambarkan seolah-olah tidak boleh ditegur dan dikaitkan pula dengan "Wilayatul Faqeh" dari Syiah. Maka izinkan untuk saya menjawab beberapa salah faham yang ditimbulkan oleh Dr Maza kepada pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

2. Digambarkan seolah-olah jika PAS memerintah Malaysia maka demokrasi di Malaysia akan hancur - kerana digambarkan PAS seolah-olah tidak boleh ditegur. Namun, hakikat yang berlaku jauh daripada tuduhan yang dilemparkan. Sejarah tidak menipu, ketika PAS menjadi kerajaan di Terengganu sebelum ini, telah ditubuhkan badan Hisbah yang bertindak sebagai saluran rakyat menegur kerajaan negeri.

3. Malah PAS ketika itu juga telah mengadakan majlis muhasabah terbuka bersama rakyat di negeri terbabit. Kerajaan negeri memberi kebebasan kepada rakyat untuk memberi pandangan dan kritikan kepada pemerintahan kerajaan negeri ketika itu. Justeru, di manakah yang dikatakan demokrasi akan hancur sepertimana yang digembar-gemburkan seolah-olah PAS ini ekstrem. Yang dikatakan PAS tidak boleh ditegur sangat berlawanan dengan fakta sejarah.

4. PAS sangat menerima konsep perbezaan pendapat namun perbezaan pendapat yang dituntut dalam Islam mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Apabila prinsip dan dasar Islam dijulang, maka perbezaan pendapat dalam perkara cabang dan kaedah pada suasana politik di Malaysia juga mampu diraikan.

5. Namun jika kritikan dan perbezaan pendapat itu tidak menghormati prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan parti maka disinilah titik had suatu kritikan dan perbezaan pendapat itu boleh dibincangkan secara bersama. Tambahan pula, mengatakan PAS menerima konsep "Wilayatul Faqeh" dalam Syiah. Buat pengetahuan, Syiah pada peringkat awal tidak mewujudkan "Wilayatul Faqeh" sebaliknya mereka menggunakan sistem imamah yakni imam adalah berkuasa mutlak dalam menentukan segala polisi dalam pemerintahan.

6. Namun, bagi mendepani cabaran rencah politik pada zaman sekarang, mereka mengadaptasi sistem syura yang lebih awal lagi diamalkan oleh ahli sunnah wal jamaah sejak turun temurun lagi malah ia juga merupakan salah satu sunnah yang diamalkan sendiri oleh para sahabat ketika pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin yang mewarisi sunnah Nabi Muhammad SAW, iaitu berbincang sebelum menentukan polisi dan strategi.

7. Berbeza dengan konsep imamah yang memberi kuasa mutlak kepada imam dan "Wilayatul Faqeh", versi syiah yang menuntut penganut syiah untuk mentaati Ulama Syiah secara membabi buta, malangnya ia dikaitkan dengan PAS tanpa asas yang kukuh.

8. Majlis Syura Ulamak PAS dikendalikan oleh Ulama yang pakar dalam hukum-hakam agama Islam dan dalam masa yang sama juga mahir dalam selok-belok politik. Sebagai satu-satunya parti Islam di Malaysia, Majlis Syura Ulamak PAS menjadi panduan rasmi dan arah pandu kepada ahli PAS dalam mendepani pelbagai isu di Malaysia supaya prinsip dan dasar Islam dapat ditegakkan.

9. Dr. Maza juga menambah, konsep yang dibawa oleh PAS ini mengulangi kesilapan Pope di Vatican yang mencetuskan perang saudara antara Katolik dan Protestan. Sekali lagi Dr. Maza gagal dalam memahami konteks kedua-dua perkara. Amalan teokrasi mendewakan Pendeta seolah-olah segala kata-kata Pendeta adalah kata-kata tuhan yang tidak boleh disangkal langsung.

10. Kesilapan yang sama diulangi oleh golongan syiah yang mengangkat imam mereka ke darjat maksum dan tidak boleh dibantah dalam menentukan polisi pemerintahan. PAS sebuah parti yang matang dan sentiasa peka mengambil iktibar daripada kesilapan kaum terdahulu. PAS menolak konsep teokrasi yang enggan memberikan ruang kritikan dan perbezaan pendapat kepada semua ahli selagi mana ia tidak melanggar prinsip dan dasar Islam.

11. Tanpa segan dan silu Dr. Maza juga menyatakan bahawa beliau tidak mampu untuk mengundi PAS dalam pilihan raya kelak. Adakah Dr. Maza ingin membawa mesej secara diam kepada umat Islam supaya mengundi Parti Sekular yang lain?

12. Kenyataan beliau secara diam membawa mesej bahawa Parti Islam sudah tidak relevan dan perlu meninggalkan dasar Islam di mana PAS hanya akan menjadi relevan jika mengikut kaedah Parti Sekular seperti di negara-negara Eropah dan Amerika iaitu masyarakat bebas mengkritik dan berbeza pendapat sekalipun dalam hal dasar Islam.

13. Dan jika terhapusnya Majlis Syura Ulamak, maka PAS tidak ada beza dengan parti-parti sekular lain yang bergerak hanya atas dasar kepentingan (interest) umum semata-mata dan bukannya untuk menjunjung perintah Allah. Oleh sebab Dr. Maza adalah seorang yang mempunyai reputasi dan dipandang tinggi oleh sesetengah masyarakat di Malaysia, maka segala kata-kata beliau akan senang diterima oleh awam tanpa berfikir panjang.

14 - Adatnya memang begitu, suatu perkara yang asalnya tiada nilai tetapi jika ia diberi label akademik maka awam senang untuk menerimanya. Tidak hairanlah kenapa kenyataan beliau berkenaan Majlis Syura dan Ulamak sering digunakan oleh golongan Sekular dan Modernis bagi menggambarkan bahawa PAS ketinggalan zaman dan ekstrem di mata orang awam terutamanya golongan mahasiswa.