Najib ada hubungan peribadi dengan Anwar?

anaabdullah
Ada satu cerita. Mungkin ada yang tahu. Tetapi ada juga yang tak percaya dengan cerita ini yang semacam tak masuk akal. Sukacita di maklumkan bahawa cerita yang saya dengar ini boleh dikongsikan bersama.

Apakah cerita itu. Menarik atau tidak. Ianya pasti menarik perhatian semua pihak. ceritanya, mengapa Tun Mahathir Mohamad marah marah dengan Datuk Seri Najib Razak sedang dialah yang bertungkus lumus untuk naikkan sebagai perdana menteri.

Sekarang bukan sahaja telah melakukan geraklaku serangan peribadi mengatakan Najib bukan seorang yang layak jadi perdana menteri.

melihat geraklaku Tun Mahathir sejak akhir akhir ini dapat kita gambaran pasti ada benda yang tak kena, macam dia marah marah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini sehingga sanggup keluar umno. Marah sungguh sungguh.

Mengapa? kerana Tun Abdullah Ahmad Badawi membebaskan Anwar yang dibunuhnya. Hal ini semacam ada persamaan dengan kes sebelum ini. Marah Tun Mahathir Mohammed terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi tak berbeza dengan marahnya terhadap Najib.

Tun Mahahtir Muhammad marah Tun Abdullah atas membebaskan Anwar. Marah Tun M kepada Najib atas sebab Najib ada hubungan peribadi dengan Anwar. Semacam betul. Betul ke.

Mungkin ada yang berkata tak munasabah. Macam mana musuh politiknya boleh ada hubungn baik secara peribadi. Betul jugak tu.

Tun Mahathir Mohammed marah marah dengan Tun Abdullah dulu atas sebab Tun Abdullah Ahmad Badawi bebaskan Anwar Ibrahim yang telah dijatuhkan hukuman penjara dalam kes liwat satu.

Bayangkan orang yang telah Tun Mahathir Mohammed bunuh dalam dunia politik telah dihidup semula oleh Tun Abdullah Ahmad badawi yang tidak mustahil boleh memnggugat kedudukannya apabila Anwar mendapat ruang semula dalam arena politik Negara.

Bayangkan, siapa yang tak marah jika orang yang telah dia bunuh dihidupkan semula. Ini yang membimbangkan Tun Mahathir Mohammad membuat dia sangat tidak senang hati dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini hanya sekadar cerita sensasi sahaja dan mungkin kebanyakan antara kita sudah sedia maklum bahawa ada kebenaran ia suatu cerita sepertimana yang penulis dengar ini.

Penulis mahu supaya kebanyakan kita jadilah lidah yang sememangnya tidak pernah berbohong dan menipu apabila memakan gula, rasanya manis dan mata melihat gula berkata gula itu putih.jagnan sekali menjadi hati orang politik yang sentiasa berbohong dan menipu.

Dalam politik tidak dapat dinafikan bahawa musuh kadang kadang jadi kawan dan kawankarib kadang kadang jadi musuh. Rupa rupanya demikian politik sejak dahulu hingga kini.

Penulis setakat hari tidak pernah lupa bahawa pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai menteri Belia merupakan punca sebenar Tun Mahamthir Mohamed marah marah pada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Mungkin ada yang berkata, tiada sebab Tun Mahathir Mohammed marah marah dengan Najib, kerana dia sangat bersetuju dan yakin bahawa inilah perdana menteri yang boleh buat yang terbaik dalam menerajui Malaysia berbanding dengan tokoh tokoh lain.

Peliknya, setelah menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi orang yang sangat marah dilantik Najib sebagai menteri Belia Tun Mahathir Mohammed kelihatan mula tidak senanghati dan berkata serba serbi tidak bagus dengan tranformasi tranformasi yang dilaksanakan.

Bukan setakat itu sahaja malah telah menyerang Najib bertubi tubi dan mengatakan perdana menteri (Najib) bukanlah seorang yang layak mentadbir negara satu Malaysia.

Cerita terkini, mungkin ini merupakan data data persepsi yang mengatakan gerakan pemuda umno disamping berada dibelakang Datuk Seri Najib Razak juga berada dibelakang Anwar Ibrahim yang barangkali akan menjadi reality.

Bayangkan 500 ratus ribu keahlian parti keadilan rakyat adalah kebanyakannya masih ahli umno dan dicerita mereka itu mempunyai dua keahlian parti malah ada yang mempunyai tiga keahlian parti. Merekalah ahli umno, merekalah ahli keadilan. Merekalah ahli PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan