Peng'koreaan' gadis Melayu bertudung yg memalukan: Mereka perlu taubat

ustaznik

Saya tak kenal langsung dengan artis Korea, K-Pop, dan tak minat langsung. Tapi bila isu gadis Melayu bertudung dipeluk, dicium dan melalak seperti dirasuk syaitan serta membiarkan tubuh mereka disentuh oleh artis Korea sehari dua ini, saya juga merasai seolah-olah maruah anak bangsa sendiri seperti dirobek-robek. Saya ringkaskan komen saya seperti di bawah:

-Anak siapakah itu? Diajarkah tentang adab dengan bukan mahram oleh ibubapanya? Bukan salah ibu mengandung tetapi salah didikan ibubapa yang membesarkan tanpa memperkenalkan mereka dengan syariat.

-Anak gadis itu pula, kamu bertudung tetapi kamu membiarkan tubuh kamu dipeluk lelaki bukan mahram? Kalau sudah terlalu terujapun dengan artis, janganlah gadaikan maruah diri walaupun hanya dipeluk. Atau yang kamu faham 'menggadai maruah' itu hanya apabila diserahkan 'mahkota'?

-Melalak seperti dirasuk syaitan bukan budaya anak gadis Melayu yang lemah lembut, beradab Islam dan timur, atau kamu sudah dihisteriakan oleh artis kesayangan kamu?

-Kerajaan bersekongkol kerana menggalakkkan budaya 'kurang ajar syariat' ini. Konon bercakap tentang 'patuh syariah' tetapi menyuburkan budaya engkar syariah.

-Wahai ibubapa, anda tersilap mendidik anak anda kerana mereka jauh dengan hukum dan akhlak Islam

-Wahai guru, anda tidak mendidik murid anda dengan akhlak islam dan sensitif dengan hukum syarak.

-Wahai media, anda yang menanam budaya tak kisah syariat ini kepada anak gadis ini.

ia juga memberi persepsi kepada artis Korea bahawa perempuan bertudung di Malaysia rupanya senang dipeluk dan dicium walaupun di tengah khalayak ramai. Dan alangkah ramainya mereka yang seperti ini rupanya di atas motosikal di bonceng oleh lelaki bukan mahram sambil memeluk erat. Bukankah itu juga aksi peluk?

Saya hanya menunaikan sebahagian dari tanggungjawab amar makruf nahi mungkar dengan tulisan ini. Yang lain terserah kepada pihak berwajib yang lain.

La Haula wa la quwwata illa billah

------------------------------------------
Mereka perlu taubat
SHAH ALAM: Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia, Dr Zaharuddin Abdul Rahman melahirkan rasa terkejut adegan kumpulan K-Pop terdiri daripada anggota lelaki memeluk dan mencium gadis bertudung dalam satu persembahan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurutnya, adegan seperti itu 'benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk daripada liberal' dan 'jauh lebih teruk daripada memeluk anjing', merujuk kepada program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya, tahun lalu, yang mencetuskan kontroversi hebat.

Menurutnya, penyebaran video itu tidak dianggap membuka aib kerana gadis dalam rakaman itu sudah tahu bahawa program itu disiarkan secara langsung di media.

"Taubat wajib bagi mereka yang terlibat, namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud YouTube," katanya.

Zaharuddin turut mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan kenyataan kesat atau maki hamun terhadap individu dalam video tersebut, sebaliknya menasihati mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan