Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak melihat parti Islam baru yang sedang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya akan mempunyai hayat panjang.
“Pengalaman kami, semua kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.
Sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini mengumumkan menggerakkan sebuah kumpalan dinamakan Gerakan Harapan Baru Baru.
Ia antaranya bertujuan merintis usaha penubuhan parti Islam baru yang lebih terbuka serta membentuk gabungan pembangkang Pakatan Rakyat 2.0.
Pakatan Rakyat kini berpecah susulan pertelingkahan berterusan PAS-DAP, terutamanya dalam isu hudud.
Muktamar PAS sebelum ini membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, sebuah parti berasaskan fahaman sekular.
Hadi bagaimanapun tidak melihat gerakan baru itu sebagai ancaman.
Katanya, berdasarkan sokongan dalam pemilihan lalu, mereka cuma disokong oleh 20 peratus perwakilan.
“Mereka telah ditolak oleh parti dan akan juga hilang sokongan rakyat,” kata Hadi.
-malaysiakini-
Rupanya Hj Hadi tak nampak sbb. apa punca parti serpihan yg lepas2 tak boleh bertahan lama; iaitu sbb. parti2 tersebut berpeluk dengan UMNO.
BalasPadamHarapan Baru adalah dari desakan rakyat terbanyak terutamanya org Melayu Islam yang tidak manu PAS memberi tongkat dan berpeluk dengan UMNO, dari hasil perjumpaan didalam gelap denga UMNO itu sendiri.
Apa2 pun...kita tengok nanti apakah benar telahan Hj Hadi ttg. perkara tersebut. Adalah diingatkan pada para kabinet PAS 2015, supaya berhenti condemn Harapan Baru, dan fokus kepada Negeri Kelantan, di mana potensi PAS kehilangan Kelantan adalah amat besar. Pendapat peribadi saya, Kabinet PAS 2015 syok sendiri tanpa melihat jauh kebawah terutama kemahuan akar umbi, yg mana tanpa kami semua, apakah pembesar2 PAS mampu berada di Parlimen dan kerusi ADUN?
Woit!! Sedap mulut tuang presideng cakap!!
BalasPadamEntah entah PRU14 parti tuang presideng sendiri balik awal di seluruh Malaysia