Senarai pemimpin dan jawatan Parti Amanah


KUALA LUMPUR: Keahlian tujuh Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS tergugur secara automatik selepas mereka secara rasmi diisytiharkan sebagai pimpinan Parti Amanah Negara, parti baru yang ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB).

"Bila sertai parti baru, mengikut perlembagaan (PAS), secara automatik beliau akan terkeluar dari parti asal," demikian menurut Pengerusi GHB, Mohamad Sabu.

Kesemua dua belas wakil rakyat berkenaan adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud ( Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin ( Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).

Lima lagi adalah ADUN termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Mujahid dilantik sebagai naib pengerusi, Siti Mariah sebagai ketua wanita, manakala baki lapan yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara

Penasihat Umum : Ustaz Ahmad Awang

Pengerusi : Hj Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub

Naib Pengerusi :
Dato' Dr Mujahid Yusof
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir
Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari : Hj Asmuni Awi
Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa :

Dr Mohd Hatta Ramli
Ir Khalid Samad
Ir Izham Jashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato' Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungib
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Dato Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin

1 ulasan:

  1. Pengkhianat pas, parti pekerja laa plak..demi elaun mereka ini tak nak letak jwtn..mkn duit haram bohh..memalukan, join dap shj..jd ahli biasa jgn amik jwtn.binawe.

    BalasPadam