Muazin digantung tugas kerana ubah azan Solat Subuh, “solat lebih baik daripada menghabiskan masa dengan Facebook”

ubah-azanSeorang muazin atau tukang azan di Mesir digantung tugas selepas bertindak sengaja mengubah suai laungan azan subuh.
Tindakan diambil ke atas ulamak Mahmoud al-Moghazi selepas dia menggantikan seruan azan “solat lebih baik daripada tidur” kepada “solat lebih baik daripada menghabiskan masa dengan Facebook”.

Menurut laporan BBC, jemaah di bandar Kafr al-Dawar yang marah dengan perbuatannya kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Ekoran itu, dia digantung tugas sementara siasatan dilakukan.

Dia bagaimanapun mengancam akan melakukan mogok lapar dan merayu Presiden Abdel Fattah al Sisi menarik balik keputusan yang dibuat ke atasnya

Dalam sebuah rancangan televisyen pada Ahad, salah seorang jemaah menuduh al Moghozi sebagai mengamalkan ajaran yang menyeleweng.
-fmt-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan