PANAS!!! Timbalan Pendakwa Raya yang dilapor hilang, keretanya dijumpai rentung (Gambar)

Kereta ditemui rentung, spekulasi mulai timbul
Kereta ditemui rentung, spekulasi mulai timbul Kereta rentung yang ditemui di Hutan Melintang, Perak hari ini. - Foto ihsan Astro Awani
HUTAN MELINTANG: Polis menemui sebuah kereta dipercayai digunakan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kelvin Anthony Morais yang hilang sejak Jumaat lalu, di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, ‎di sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, jenis kereta yang ditemui itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.

Katanya, kereta berkenaan ditemui di dalam ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan besar dan terletak jauh dari rumah penduduk.

Menurutnya, tiada mangsa yang ditemui di dalam kereta berkenaan dan polis sedang menunggu pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan.

"Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana dan sesekali nampak seperti Honda Accord. Disebabkan itu kita memerlukan pakar untuk mengesahkannya," katanya yang ditemui di Jeti Ladang Sungai Bernam di sini, hari ini.

Difahamkan, kali terakhir Kevin dilihat pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang sehingga kini.

Berita kehilangan Kevin juga menjadi ‘viral’di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya.

Kevin sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara 15 Julai lalu.
-sinarharian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan