Kerana doa seorang banduan

“SETIAP kali saya naik pangkat saya akan terkenang dekat dia,” demikian imbasan kenangan Timbalan Penguasa Penjara Kajang, Mohd Noor Abu Bakar, 55, ketika berbicara mengenai kenangannya sepanjang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia.

Dia yang dimaksudkan oleh Mohd Noor ialah seorang bekas banduan lelaki yang pernah mendapat 'didikan' olehnya sekitar tahun 1990-an.

"Saya ketika itu bertugas sebagai wadar penjara di Kuantan, Pahang. Apa yang begitu terkesan kepada ‎saya ialah pada satu hari guru saya telah mendapat satu surat daripada seorang banduan.

"Catatan surat itu begitu menyentuh hati. Catatan itu tertulis: ‘Cikgu menerangi hidup saya, saya akan kenang jasa cikgu sampai bila-bila dan akan saya titipkan doa setiap hari buatmu cikgu.’

“Saya ingat sampai bila-bila catatan ini," katanya kepada Sinar Online baru-baru ini ketika ditemui di Penjara Kajang.

Jelas Mohd Noor mungkin doa daripada banduan itu beliau membolehkan beliau meniti dari satu kejayaan ke satu kejayaan.

"Dia ini masuk penjara oleh sebab kerana menagih dan merupakan seorang banduan yang seringkali kali masuk penjara. Namun, atas kerana dasar kerja, saya selalu menasihatkan dia supaya jangan lagi ulangi kesilapan lalu.

"Alhamdulillah, selepas dia bebas, saya dimaklumkan bekas banduan itu telah berjaya mengusahakan sebuah gerai sate. Apa yang membanggakan lagi, dia kemudiannya berjaya membuka restoran," katanya.

Namun ujar Mohd Noor, dia tidak dapat berhubung lagi dengan bekas banduan itu lagi kerana sudah bertukar tempat kerja.

"Saya harap dia berjaya dunia akhirat," katanya mengenang banduan itu antara mereka yang kembali ke pangkal jalan selepas menamatkan hukuman penjara.

Mohd Noor yang juga sudah 25 tahun berkhidmat dalam kerjaya di sebalik tirai besi ini berkata, kehidupan banduan banyak mengajar erti hidup dalam dirinya.

"Kisah hidup mereka sebenarnya banyak mengajar saya tentang erti sebenar kehidupan, mereka juga banyak menyedarkan saya tentang apa itu kenikmatan kebebasan, cabaran dan katanya yang mana penjara Kajang adalah penjara kedua selepas beliau berkhidmat di penjara Kuantan, Pahang.

Penjara ini mempunyai sistem kawalan keselamatan yang maksima, di mana ia dikelilingi dinding tembok. Menurut Mohd Noor sepanjang beliau berkhidmat di penjara
-sinarharian-

Bukan Islam mana bakal bertanding untuk PAS, soal Mujahid

Bekas ketua biro perpaduan nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan keraguannya mengenai rancangan parti Islam itu untuk meletakkan calon bukan Islam bagi menentang DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, sayap penyokong bukan Islam PAS tidak yakin mengenai kedudukan mereka dalam parti Islam itu berikutan terputusnya hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR).

"Siapakah calon-calon ini? Setahu saya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga tidak pasti sama ada kewujudannya dalam parti terjamin.

"Dewan ini sekarang memikirkan kedudukannya dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengarah pilihan raya baharu PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berkata mereka mungkin meletakkan calon bukan Islam di beberapa kerusi menentang DAP pada pilihan raya akan datang selepas putus hubungan dengan bekas sekutunya.

Beliau berkata, PAS akan memberi kuasa kepada sayap penyokong bukan Islam dan akan terdapat ramai calon bukan Islam diletakkan pada pilihan raya nanti.

Mujahid berkata, kewujudan DHPP itu sendiri adalah hasil usaha daripada pemimpin-pemimpin progresif, yang membawa sayap itu ke dalam struktur parti.

"Pemimpin-pemimpin progresif parti itulah yang menggalakkan dan mendesak interaksi antara masyarakat yang pelbagai. Sekarang kita keluar, siapa yang melakukan kerja-kerja tersebut?

"Inilah sebabnya mengapa DHPP berasa tidak selamat dengan kedudukan mereka," kata Mujahid, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan sayap itu apabila beliau bertanggungjawab mengetuai biro perpaduan nasional PAS.

Pemimpin PAS dari puak progresif yang disingkirkan dalam pemilihan parti baru-baru ini, termasuk Mujahid, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dan bekas ahli jawatankuasa Dr Dzulkefly Ahmad, membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB).

GHB yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada hari Isnin, diterajui oleh pengerusi sementara, Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PAS lain yang tewas.

Gerakan yang berkembang dengan sokongan kumpulan masyarakat awam dan badan bukan kerajaan (NGO), dilihat sebagai pelopor kepada parti Islam baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS.

Mujahid berkata DHPP pada pelbagai peringkat di beberapa negeri sudah menyuarakan minat mereka terhadap GHB.

"Hari ini kita mempunyai DHPP Tasek Gelugor di sini dengan kami. Mereka ingin tahu mengenai kita dengan lebih lanjut," katanya selepas mengumumkan jawatankuasa sementara GHB Pulau Pinang GHB di Butterworth semalam.

"Kita boleh berkongsi dengan mereka mengenai aspirasi pergerakan kita. Keputusan muktamad (sama ada untuk menyokong gerakan tersebut) terpulang kepada mereka," katanya.
-malaysianinsider-

Anak babi aneh ada objek misteri di dahi (Gambar)

HAIWAN ganjil ini mati selepas enggan minum susu dari botol.
Beijing: Seorang petani terkejut apabila babi peliharaannya melahirkan anak ‘mutan’ dengan wajah seakan manusia serta kemaluan lelaki pada dahinya.

Tao Lu, 40, berkata, anak babi itu dilahirkan hidup, tetapi tidak diterima ibunya. Haiwan ganjil itu mati selepas enggan minum susu dari botol.

Tao kemudian memuat naik gambar haiwan malang itu ke Internet sebelum menjadi viral dan dibeli agensi berita China.

Katanya, sebaik gambar itu viral dia mendapat pelbagai tawaran wang yang tinggi daripada pihak yang mahu membeli haiwan itu kerana disangka masih hidup.

“Sayang anak babi itu mati, jika tidak pasti kami sekeluarga dapat merasa habuannya,” katanya.

Sebanyak 18 lagi anak babi dilahirkan tidak menunjukkan sebarang kecacatan.

Berikutan itu, Tao berkata dia akan mempamerkan bangkai babi itu untuk mereka yang berminat melihatnya. - Agensi
-hmetro-

Rafizi kurang ajar, kata menantu presiden PAS

ZULKIFLI SULONG
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli disifatkan sebagai kurang ajar kerana mencampuri urusan dalaman PAS.
Jawatankuasa PAS Zaharudin Mohamad menyifatkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai kurang ajar kerana mencampuri urusan dalaman parti Islam itu.

Menantu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu marah kerana Rafizi menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) walaupun majoritinya masih ahli parti Islam itu.

"Rafizi jangan campur urusan PAS. Nampak Rafizi ni gelojoh seperti orang terkencing sebelum sampai tandas,” katanya.

“Selagi Gerakan Harapan Baru belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar," kata Zaharudin.

Menantu kepada Hadi itu juga merupakan ketua unit hal ehwal agama Kumpulan Perangsang Selangor, sebuah syarikat kerajaan negeri.

Menurutnya, jika GHB sedang tarik ahli PKR menyertainya, tiada masalah untuk Rafizi membuat kenyataan terbuka seperti itu.

"Tetapi sekarang GHB sedang giat tarik ahli PAS menyertainya bukan PKR atau Umno," kata Zaharudin melalui Facebook beliau.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menyokong GHB dan akan menyertai jelajah seluruh negara.

Zaharudin juga cuba memecahkan PKR dengan berkata pandangan Rafizi itu berbeza dengan pandangan timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

"Berdasarkan Kajang Move, saya tidak nampak ini keputusan PKR atau Rafizi sendiri kerana itu adalah game kumpulan Rafizi yang di’mastermind’kan dan diwarnai Rahim Ghouse, seorang tegar IRC.

"Sebab itu kenyataan mereka sering tidak sehaluan dengan Azmin dan lain-lain," tulis Zaharudin.

Selepas ini, katanya, beliau akan mengulas beberapa isu lagi berkenaan grand design IRC dan modus operandi mereka.

IRC adalah merujuk kepada kumpulan Islamic Representative Council (IRC) yang ditubuhkan di United Kingdom oleh pelajar Malaysia di sana yang berbeza pandangan dengan PAS.

Ia dilabelkan sebagai kumpulan yang cuba memasuki PAS dan lain-lain pertubuhan politik termasuk Umno dan menguasainya dari dalam.

Teori ini menjadi pegangan sesetengah pihak sehingga ketengangan sentiasa berlaku dalam parti itu apabila wujudnya 'siege mentaliti' seolah-olah kumpulan Islam lain cuba menguasai PAS di kalangan mereka.

Menjelang pemilihan lalu, ramai pemimpin PAS dilabelkan sebagai 'orang IRC' dan meminta perwakilan 'menghalau' mereka termasuklah Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mohd Hatta Ramli dan ramai lagi pemimpin kumpulan progresif.

"Saya sedang cari kenyataan rasmi Hasanudin (timbalan presiden Ikram) atas nama Ikram yang senada dengan Rafizi," kata Zaharudin lagi cuba mengaitkan Rafizi dan Rahim sebagai kader IRC untuk menghancurkan PAS.

Ikram adalah kesinambungan dari IRC yang ditubuhkan selepas Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebelum ini.
-malaysianinsider-


Mejar Zaidi: Dari PAS ke Harapan Baru

Bekas tentera udara Zaidi Ahmad, yang dipecat berkaitan isu dakwat kekal dalam pilihan raya, kini memilih Gerakan Harapan Baru (GHB) selepas percaya PAS menyimpang daripada prinsipnya.

Zaidi yang baru setahun menyertai PAS berkata, PAS kini mundur ke belakang dalam perjuangannya, terutama selepas muktamarnya bulan lalu.

Dalam muktamar itu, PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP selepas tidak sehaluan dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Zaidi berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini selepas pelancaran jawatankuasa penaja GBH oleh ketuanya di peringkat negeri Mujahid Yusof Rawa di Butterworth.

Zaidi turut menjadi salah seorang anggota jawatankuasa penaja GBH Pulau Pinang.

Beliau juga berkata PAS kini lebih berminat mempromosikan kumpulan tertentu sahaja dan justeru menjadikannya tidak inklusif lagi.

Katanya, kesemua kumpulan sama ada ulama atau progresif patut bekerjasama dalam PAS tetapi muktamar lepas menamatkan semua itu.
-malaysiakini-

Tendang isteri kerana minta wang beli lampin (Gambar)

Pergaduhan suami isteri yang menjadi ‘viral’ sebelum si suami ditahan polis malam tadi.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan polis selepas menampar dan menendang isterinya hanya kerana wanita itu meminta wang untuk membeli lampin bayi lelaki mereka berusia 10 bulan di kawasan Kompleks Sinsuran, di sini, 8 malam tadi.

Kejadian itu dirakam penghuni di sekitar Kompleks Sinsuran, di sini, sehingga ia menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, sebelum kejadian, isteri suspek berusia 15 tahun dikatakan meminta wang daripada suaminya untuk membeli lampin bayi, semalam namun tidak diendahkan oleh suspek.

"Sebaik selesai mandi, suspek keluar rumah untuk menemui rakannya menyebabkan mangsa (isteri) tidak puas hati lalu bertindak mengejar sambil membawa sebilah pisau pemotong daging bertujuan mempertahankan diri kerana bimbang suspek akan memukulnya disebabkan panas baran.

"Mangsa melihat suaminya di dalam kereta lalu bertindak mengejar dan meminta suspek keluar untuk berbincang masalah rumah tangga mereka dan mahu ke jabatan agama namun suspek enggan," katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Chandra berkata, isteri suspek kemudian menunjukan pisau kepadanya dengan harapan suaminya akan takut namun suspek keluar untuk merampas pisau berkenaan sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

"Pisau berkenaan terjatuh lalu suspek bertindak menampar dan menendang isterinya sehingga jatuh sebelum beredar menaiki kereta itu.

"Mangsa seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing pada 11.48 pagi semalam sebelum suspek ditahan pada 8 malam hari yang sama," katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu mangsa dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, selepas mengalami cedera luka tapak tangan dan calar dilahar.

"Siasatan awal mendapati pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 bulan dan mereka sudah lama berdepan masalah rumah tangga kerana suaminya sentiasa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga bapa.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.

Terdahulu, kejadian pergaduhan pasangan berkenaan dirakam penghuni di sekitar Kompleks Sinsuran, di sini, sehingga ia menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
-hmetro-

Harapan Baru tak akan lebih 2 tahun: Hadi sudah jadi ahli nujum?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak melihat parti Islam baru yang sedang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya akan mempunyai hayat panjang.
“Pengalaman kami, semua kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.

Sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini mengumumkan menggerakkan sebuah kumpalan dinamakan Gerakan Harapan Baru Baru.

Ia antaranya bertujuan merintis usaha penubuhan parti Islam baru yang lebih terbuka serta membentuk gabungan pembangkang Pakatan Rakyat 2.0.

Pakatan Rakyat kini berpecah susulan pertelingkahan berterusan PAS-DAP, terutamanya dalam isu hudud.

Muktamar PAS sebelum ini membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, sebuah parti berasaskan fahaman sekular.

Hadi bagaimanapun tidak melihat gerakan baru itu sebagai ancaman.

Katanya, berdasarkan sokongan dalam pemilihan lalu, mereka cuma disokong oleh 20 peratus perwakilan.

“Mereka telah ditolak oleh parti dan akan juga hilang sokongan rakyat,” kata Hadi.
-malaysiakini-

Tindakan disiplin akan ambil keatas Mat Sabu, Salahuddin kerana mengkhianat

Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap 2 bekas pemimpin yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Julai, 2015.Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap 2 bekas pemimpin yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Julai, 2015.

Tindakan disiplin bakal dikenakan terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Naib Presiden Salahuddin Ayub kerana melanggar perlembagaan parti dengan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GBH), kata Nasruddin Hassan.

Ketua Penerangan PAS itu dipetik akhbar Sinar Harian berkata, tindakan 2 bekas pemimpin yang tewas semasa pemilihan parti Jun lalu mengetuai GHB atau dahulunya dikenali G18 dianggap satu kesalahan besar dan tidak bermaruah.

Katanya, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Salahuddin juga masih terikat dengan peraturan parti kerana belum mengisytiharkan diri sebagai bebas.

"Sementara mereka berstatus ahli PAS, mereka merosakkan PAS dari dalam. Layaknya tindakan mereka itu adalah satu pengkhianatan kepada jemaah atau parti.

"Ia kesalahan besar dan pasti mereka akan dirujuk kepada tindakan disiplin parti berasaskan peruntukan perlembagaan PAS," katanya dipetik akhbar harian itu.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, mereka juga mengadakan jelajah seluruh negara bagi menghasut ahli PAS meninggalkan parti dan mempunyai agenda terpesong daripada prinsip perjuangan Islam.

"Tindakan sebegitu bukan sekadar pengkhianatan malah satu kejahatan," katanya.

Beliau juga mengesyaki Mat Sabu dan Salahudin mempunyai niat tersembunyi dari awal dan situasi pasca muktamar PAS ke-61 hanya batu loncatan untuk mereka meninggalkan parti.

"Saya yakin golongan ini sejak hari pertama menyertai PAS tersemat dalam diri mereka rancangan seperti ini.

"Ia pelan B mereka setelah gagal menguasai PAS dengan agenda mereka," katanya.

Mat Sabu pada 13 Julai lalu melancarkan GHB secara rasmi di Kuala Lumpur, bermatlamat mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat.

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Salahudin.
-malaysianinsider-

Ustaz Haarizal Abdul Jamil (Saiful Islam) dedah sejak bila PAS mula rosak, 2014 koyakkan sijil keahlian PAS seumur hidup miliknya dan kini sokong Harapan Baru

Ust Saiful Islam
Bismillah.

Saya bukan ahli politik. Pembabitan saya di dalam PAS banyak berkisar di daerah perkaderan. Saya memilih untuk berada di ruang perkaderan kerana saya suka dengan anak muda. Bagi saya, untuk melihat perubahan, ia boleh dibuat di semua peringkat, tetapi mengusahakannya di peringkat anak muda adalah yang terbaik.

Namun usaha ini kena sabar sebab hasilnya perlu menunggu mungkin sekitar 5 ke 10 tahun. Saya memilih untuk berada di perkaderan supaya kedudukan saya di dalam PAS tidak terlalu bawah sehingga pendapat saya tidak berharga, dan tidak naik ke atas sehingga saya perlu berpolitik. Saya tiada bakat politik, dan sentiasa mengelak daripada sampai ke daerah PAS sebagai parti politik.

Namun itu tidak bermakna saya naif dengan politik.

Dalam urusan perkaderan, subjek paling berharga ialah (i) pemikiran (ii) karakter (iii) wacana bersifat futuristik

Ketika memegang jawatan kecil di dalam sebuah unit di bawah DPPP bermula daripada sekitar tahun 2005, agenda saya dan rakan-rakan ketika itu adalah menyuntik perubahan kepada pemikiran dan pendekatan dakwah PAS, khususnya di peringkat kampus. Dari segi pemikiran, agenda ketika itu ialah menautkan kembali Sunnatullah dan Syariatullah. Ia akan menyentuh tentang sinergi antara sains dan agama, 'profesional' dan agamawan, kepentingan asbab dan ketinggian tawakkal dan doa, yang menjadikan siapa sahaja di dalam PAS sama penting kerana saling lengkap melengkapkan.

Wacana "Apa Erti Saya Menganut Islam" versi 'segar' digerakkan di seluruh negara, malah di luar negara juga. Hasratnya, adalah supaya aktivis PAS mempunyai minda yang dinamik, boleh melakukan integrasi disiplin ilmu tanpa sebarang sumbatan kognitif disebabkan oleh 'sekularisme versi ambil sains tolak agama', mahu pun 'sekularisme versi ambil agama tolak sains'.

Pada masa itu juga, saya tekankan bahawa gerakan Islam mempunyai dua agenda. Agenda pertamanya adalah untuk bertindak balas terhadap kehilangan kuasa politik pasca kejatuhan Dawlah Uthmaniyyah 1924. Manakala agenda keduanya pula adalah untuk bertindak belas terhadap Barat. Mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti wacana saya di blog saifulislam.com ketika itu tentu tidak lupa, bagaimana banyaknya saya tekankan, pentingnya bagi amilin gerakan Islam belajar tentang sejarah Eropah Moden, agar mereka menguasai latar belakang kepada ideologi dan sistem semasa, yang akar umbinya adalah di dalam sejarah era tersebut.

Tetapi pada masa itu, saya dan tim di dalam unit berkenaan perlu banyak bersabar sebab mahasiswa mahasiswi pro PAS ramai yang lemah dari segi pembacaan, malas dan banyak beralasan, tidak kurang yang lemah akademik dan karenah-karenah itu banyak yang mengesahkan dakwaan Fathi Aris Omar dalam wacana Di Bawah Mendung Usrah, bahawa usrah adalah agenda pembodohan. Memang ia berlaku, sebab yang datang usrah malas baca buku, malas berfikir, namun berkeinginan tinggi untuk bercakap benda-benda besar. Semua itu tidak kami nafikan, tetapi kami mengambilnya sebagai tugas untuk membetulkan keadaan.

Agenda memperbaiki PAS dan membawa gelombang pemikiran baru di kalangan anak muda berjalan lancar. Kemuncaknya ialah apabila Ustaz Nasruddin Tantawi dan Ustaz Nik Abduh menjemput saya dan beberapa rakan untuk hadir ke sebuah mesyuarat dengan agenda menyemak Tarbiah, tetapi pada masa yang sama, mengusulkan pembentukan Ulama Pelapis PAS! Jika tidak silap saya, mesyuarat itu adalah sekitar Disember 2007. Wah, ini sudah luar biasa. Saya hanya berharap agar anak muda yang berubah. Tetapi jika ulama pun mahu berubah, ia seperti pucuk dicita ulam mendatang.

Tetapi perubahannya terjadi bermula pada sekitar tahun 2008. Kepulangan ustaz-ustaz muda dari luar negara, membawa idea yang berbeza. Saya mengambil beban kesalahan kerana pada sekitar tahun itu saya amat sibuk dengan kerja, dan dengan rela hati mengundurkan dari daripada unit yang didiami selama ini. Laluan diberikan kepada ustaz-ustaz muda ini tanpa sebarang prasangka.

Akan tetapi sedikit demi sedikit, saya semakin tidak berkenan dengan wacana yang dibawa. Kupasan saya tentang konsep Kepimpinan Ulama dibalas dengan sanggahan yang membimbangkan. Tidak mengapa jika pandangan saya tidak ditanggap dengan tepat lalu saya dituduh cuba menyamakan ulama Islam dengan paderi gereja zaman gelap Eropah.

Tetapi yang lebih saya khuatirkan ialah apabila logik yang dibawa untuk mempertahankan Kepimpinan Ulama ketika itu ialah, "jika ulama memimpin, ulama merujuk kepada Allah dan Rasul, dan kepimpinannya Allah bantu. Tetapi jika profesional memimpin, mereka hanya menggunakan logik akal. Justeru kamu mahu kepimpinan yang bagaimana?"

Soalan ini sangat berbahaya.

Saya bertengkar dengan rakan-rakan profesional kerana mereka 'buy' idea ini. Saya dukacita sebab graduan-graduan UK yang pro PAS, mereka ini di kaca mata negara adalah aset. Tetapi apabila mereka berada di dalam PAS, mereka berada di kedudukan yang mensesiakan kepintaran dan profesionalisme masing.

Pada masa itu, di dalam pertengkaran saya dengan golongan profesional ini, saya yang sedang marah menyebut, "jika dahulu, ana rasa masalah dalam PAS ini adalah ustaz-ustaz yang jumud. Tetapi sekarang ini ana tambah di hujungnya bahawa masalah dalam PAS ialah ustaz-ustaz jumud yang dilindungi oleh para profesional yang bengap!"

Kenyataan saya ini dibalas oleh S/U MSU bahawa bai'ah saya terbatal sebab saya menyanggah keputusan syura. Saya berkeras bahawa bai'ah saya bukan dengan 'ustaz', tetapi dengan Allah dan Rasul.

Saya mewacanakan idea Kepimpinan Ulama bukan kerana saya ada apa-apa kepentingan tentang siapa yang nak memimpin PAS. Saya tiada masalah dengan siapa nak jadi pemimpin. Sejak awal pembabitan saya dengan PAS, saya sentiasa jauh daripada hal ehwal kepimpinan di atas, apatah lagi untuk berpihak kepada mana-mana kem, di zaman yang ada kem-kem tertentu.

Tetapi saya menyanggah idea Kepimpinan Ulama ini sebab ia merosakkan kognitif anak muda melalui wacana yang pelik. Semenjak 2008 ke 2010, saya sudah sangat khuatir kerana di peringkat perkaderan, yang dominan adalah pembulian pemikiran, dengan jargon-jargon wala, bai'ah, tsiqah tidak tsiqah.

Apabila saya hadir ke kampus-kampus untuk berceramah tentang cinta, selepas habis program, ada ahli Jemaah Islam Kampus meminta bertemu dengan saya di tengah malam untuk meluahkan rasa bimbang dan sedih mereka tentang pembulian fikrah, label melabel, dan penyenaraian hitam ustaz yang berfikrah seperti saya.

Saya hanya mengangguk, memberi semangat, namun menyalahkan mahasiswa itu sendiri. Sebabnya, di zaman saya, kalau ada ustaz ceramah merepek, kami akan tanya, bantah, tegur, dan sesekali melawan. Tetapi kalian hanya mengeluh di belakang. Maka saya hulurkan rasa faham, tetapi saya tidak simpati. Jika kalian nampak masalah ini, kalian wajib menyuarakannya. Sok sek di belakang, ia tidak ke mana.

Bagi sahabat-sahabat yang akrab, mereka tahu yang saya sudah pun hilang kepercayaan tentang keupayaan PAS untuk berubah, seawal 2008. Biar pun ketika itu politik PAS berada di tahap yang amat memberangsangkan, namun di peringkat perkaderan ia penuh kebimbangan.

Desakan demi desakan yang diajukan kepada pimpinan Pusat bahawa mahasiswa mahasiswi pro PAS ada banyak masalah tidak diendahkan mereka. Apa yang penting bagi pimpinan ketika itu ialah meminta laporan setakat mana mahasiswa pro PAS atau tidak. Apabila masalah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi ini dibiarkan, saya menjangkakan masa depan PAS akan ada banyak masalah.

Menuju usia 40, saya tidak mahu hidup saya dibelenggu konflik dan masalah. Biar pun sudah tiada apa-apa jawatan di dalam PAS, saya tidaklah pula mengisi hari dengan aktiviti jahiliah atau tak tahu nak buat apa. Malah kehidupan selepas tiada jawatan di dalam PAS adalah lebih sibuk. Sesekali ada kawan menjenguk ke rumah, bertanya khabar. Semuanya saya raikan.

Namun di hujung pertemuan, mereka akur bahawa saya sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan PAS untuk berubah. Politik itu seperti buih. Ia boleh ditiup menjadi besar dan cantik. Tetapi perkaderan itu 'real'. Jika perkaderan sudah dimakan anai-anai, rumah yang teguh menunggu rebah.

Kemuncaknya, apabila Muktamar PAS 2014 berlangsung di Johor, saya sudah membulatkan hati. Sepanjang muktamar, dunia menyaksikan sebuah parti Islam bersorak sorai, boo, label melabel, dari atas hingga ke bawah, dan doa dipakai untuk menyindir sesama ahli. PAS sudah tidak lagi komited dengan identiti Islam.

Pada tahun itu, saya koyak sijil keahlian PAS seumur hidup saya dan saya hanya simpan cebisan bertulis Bismillah, ayat 7 Surah Muhammad dan tandatangan al-Marhum Ustaz Fadzil Noor kerana itu sahaja yang bagi saya masih berharga untuk disimpan, dan dikenang dalam kesedihan.
Saya menyokong penubuhan Gerakan Harapan Baru, bukan kerana saya mahu menjadi aktivisnya. Saya hanya berharap agar dengan adanya parti baru itu, pimpinan-pimpinan yang tersingkir itu tidak membuang masa bertikam lidah, duduk dalam dilema, dan mensesiakan ilmu, pengalaman dan bakat kepimpinan mereka.

Mereka tersingkir bukan atas kapasiti individu. Sebaliknya mereka tersingkir hasil strategi terancang, bukan sekadar di peringkat mesyuarat bahagian memilih perwakilan, tetapi lama sebelumnya melalui aktiviti melabel, memburuk-burukkan, menyenarai hitam, di luar bayangan saya ia boleh berlaku kepada sebuah gerakan Islam.

Mengundurkan diri daripada PAS terjadi dalam keadaan yang sangat perit dan melukakan hati sendiri. Biar pun netizens secara semberono melabel jebon, ular daun, penjilat DAP, dan terkini Dr. Zuhdi menuduh golongan 'progresif' ini mahu membawa Islam Amerika yang direstui oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP, semua itu jika ditimbang dengan neraca dunia, ia bagai tanah yang menambus jasad di dalam kubur. Sempit dada dibuat.

Tetapi dengan mengembalikan semuanya kepada Allah dan Rasul SAW, iman kepada Akhirat dan pautan kepada rahmat-Nya, saya yakin, Gerakan Harapan Baru itu biar pun akan bermula dengan seribu satu keperitan, Allah tidak akan mensesiakan keikhlasan hati untuk membantu agama-Nya.

Sudah lama suara Islam berhenti daripada bercakap tentang masalah masyarakat Malaysia, susah payah mereka, dan sibuk dengan politik rumahtangga. Yang kekal dalam PAS teruskan beramal, kerana kelompok bermasalah sudah tersingkir. Yang memilih untuk bersama GHB, berhati-hati mengatur langkah. Fokus kepada kerja, jauhi perangkap sengketa.

وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". [al-Tawbah 9: 105]

Dalam hening malam-malam akhir Ramadan ini, semoga Allah ampunkan kekurangan saya, membantu saya untuk melihat yang benar itu sebagai benar, dan direzekikan untuk menurutinya. Tiada yang kupinta, melainkan kaki kekal melangkah di sirat mustaqim, menagih husn al-khatimah, diredhai Allah dan didamaikan di Syurga bersama Anbiya', Siddiqin, Syuhada' dan Solihin. -Ustaz Haarizal Abdul Jamil (Saiful Islam)

Dengan laungan Takbir mereka merusuh memukul dan mencuri barangan mangsa?

Kami dilayan seperti binatang, kata mangsa belasah rusuhan Low Yat
MD IZWAN
Kereta Proton Wira dinaiki 3 sekawan yang dibelasah dalam rusuhan di depan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, Ahad lalu, remuk teruk. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 15 Julai, 2015.
Kereta Proton Wira dinaiki 3 sekawan yang dibelasah dalam rusuhan di depan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, Ahad lalu, remuk teruk. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 15 Julai, 2015.

Tiga sekawan yang dibelasah dalam kereta Proton Wira berhampiran Plaza Low Yat pada malam Isnin baru-baru ini mendakwa mereka diperlakukan seperti binatang tanpa dapat peluang untuk mempertahankan diri.

Pengalaman diheret keluar daripada kereta dan dibelasah adalah pengalaman hitam yang sukar dilupakan Patrick Lim, 21, salah seorang daripada mangsa dalam video kereta yang remuk semasa rusuhan tersebut.

"Kami diperlakukan seperti binatang," kata Lim pada sidang media di sebuah bengkel kereta di Gombak, Selangor.

Lim bersama dua lagi rakan sebayanya, Ah Peng dan Vincent ketika itu dalam perjalanan pulang selepas makan malam sebelum mereka dihentikan sekumpulan pemuda Melayu.

Kereta Lim rosak teruk, semua cermin keretanya pecah dan remuk bahagian depan hingga ke belakang bonet.

Rakannya, Vincent ketika ini masih lagi dirawat di Hospital Tawakal di Kuala Lumpur akibat kecederaan serius yang dialaminya, sementara beliau dan Ah Peng baru keluar hospital semalam.

"Kami mula-mula dihantar ke HKL (Hospital Kuala Lumpur), tetapi rakan saya (Vincent) cedera parah di bahagian perut dan perlu dibedah.

"Ibu bapanya mahu beliau dihantar ke Tawakal untuk dibedah," kata Lim.

Lim berkata, mereka tidak mengetahui tentang rusuhan di Plaza Low Yat dan tersekat di Jalan Imbi akibat jalan dihalang perusuh yang kebanyakannya pemuda Melayu.

"Bila kami tiba di jalan itu yang terletak antara Times Square dan Sungei Wang jalan itu sudah sesak dan kami tidak dapat patah balik.

"Ketika kami melepasi sekumpulan pemuda Melayu, tiba-tiba mereka menjerit 'itu Cina' yang menuding jaring kepada kereta kami," katanya.

Lim menafikan ada mengeluarkan kata provokasi kepada kumpulan Melayu tersebut seperti didakwa dan tidak mengambil sebarang alkohol pada malam itu.

"Cuba fikir secara logik, kalau kamu dikepung oleh orang ramai sebegitu adakah kamu akan mengeluarkan kata-kata melawan mereka?

"Saya tidak bercakap apa-apa, saya cuma menjawab mengatakan saya tinggal di Ampang," katanya.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng melawat mangsa yang dibelasah dalam rusuhan Low Yat Ahad lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 15 Julai, 2015.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng melawat mangsa yang dibelasah dalam rusuhan Low Yat Ahad lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 15 Julai, 2015.

Satu laporan polis juga dibuat oleh Lim bersama rakannya Ah Peng semalam di balai polis Jalan Bandar (HS Lee) semalam.

Lim memberitahu wang tunai kira-kira RM700 yang disimpan dalam dompetnya juga hilang, telefon bimbit, jam tangan dan aksesori komputer.

"Semua barang peribadi saya hilang selepas dibelasah," kata Lim yang bekerja secara sambilan dalam bidang pemasaran.

Lebih malang lagi, pihak insurans juga tidak akan menanggung kos kerugian keretanya kerana ia diakibatkan rusuhan, kata Lim.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang bertemu dengan Lim di bengkel sama pagi tadi menyifatkan tindakan samseng tersebut sebagai memalukan kaum Melayu.

"Sudah lah mereka pukul, kemudiaan mencuri pula," katanya pada sidang media sama.

Zulpuri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab juga melihat kejadian di Low Yat sebagai percubaan untuk mengalihkan pandangan umum daripada isu besar dihadapi negara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun insiden tersebut meninggalkan kesan mendalam kepada Lim, beliau tidak menyimpan perasaan dendam malah memberitahu ramai rakannya terdiri daripada orang Melayu.

"Saya tidak berdendam, buat apa saya nak berdendam. Lagipun banyak kawan-kawan saya juga orang Melayu," katanya.
-malaysianinsider-

Kita Tahu Apa Najib Buat Minggu Lalu

sakmongkol AK47
Saya bercadang bercakap mengenai Najib, Felda dan FGV. Sesudah memusnahkan Felda, Najib mahu terus memperlekehkan warga Felda.Sebelum itu, izinkan saya komen sedikit mengenai siasatan pasukan khas keatas skendel akaun Najib di Ambank.

Saya harap pasukan khas ini lakukan apa terbaik untuk kepentingan negara- bukan kepentingan Najib. Objektif kita ialah selamatkan negara- bukan selamatkan Najib dan UMNO.

Negara tidak hancur lebur jika Najib tidak lagi PM. Yang menghancur leburkan negara ialah kepimpinan yang korap dan incompetent.Kita tidak boleh biarkan negara ditadbir oleh crooks. Najib boleh lari, tapi dia tidak boleh sembunyi selamanya.

Para pembaca budiman tentu sudah membaca kenyataan Najib bahawa dia yakin pasukan penyiasat khas akan membersihkan nama nya. Ini diikuti oleh kenyataan sokongan dari TPM dan beberapa menteri lain.

Kita semua tahu, ini semua kenyataan untuk menghiburkan diri sendiri. Jika pasukan penyiasat khas terdiri dari 4 Tan Sri yang duduk dibawah Najib membersihkan nama Najib, rakyat akan menghukum Najib dan 4 orang ini.

Sehingga hari ni- majority rakyat percaya itu adalah akaun Najib. Najib pun tidak menafikan nya- dia hanya kata duit itu tidak digunakan untuk dirinya. Lain disebut, lain dijawab. Ini tipikal Najib. Orang ini tidak pernah boleh menjawab terus terang.

Jika demikian, nyatakan bagaimana duit itu digunakan?

Tapi bagaimana jumlah wang yang begitu besar boleh masuk kedalam akaun tanpa pengesanan dari bnm menjadi tanda tanya. Adakah Zeti Akhtar Aziz sudah di compromise?

Jika dapat clearance dari BNM , bererti Zeti bersubahat dalam suatu kes money laundering yang melibatkan PM Malaysia. The most honourable thing yang Zeti boleh buat ialah meletakkan jawatan sebagai Gabenor bank negara.

Mungkin juga membisu Zeti disebabkan khabar2 angin bahawa suami nya bawah siasatan. Ia berkaitan dengan kontrak mencitak note Ringgit Malaysia. Kedua, ada khabar angin yang menyatakan bahawa suami Zeti ada business deals dengan Jho Low.

Namapaknya, si Jho Low ini mengikat satu rangkaian tokoh2 dalam negara ini untuk memastikan scam untuk curi wang tidak di apa2kan.

Mengenai aliran keluar masuk wang, Najib memang boleh berdiam diri. Jelas sikap demikian kurang cerdik, sebab pembisuan itu tidak lagi dilihat sebagai elegant silence. Malah tokoh yang mempopuarkan frasa elegant silence itu sendiri, sekarang meminta Najib menjawab ya atau tidak. Tun Musa Hitam pun tidak lagi yakin dengan Najib.

Dia tidak perlu jawab, maka rakyat berhak membuat konklusi mereka sendiri. Konklusi nya ialah Najib seorang crook dan negara kita diperintah oleh crooks yang berusaha mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekali pun.

Mengenai wang RM2.6 billion dan RM42 million dari SRC- sama ada ianya digunakan untuk tujuan peribadi, ianya hanya memerlukan pihak bank dan Bank negara mengesahkan perkara tersebut. Butiran transaski dan aliran keluar masuk wang dari akaun tidak dapat disorok. Najib hendak lari mana? Jadi buat sementara waktu, dia menghiburan diri yang sedang gundah gulana.

Najib dengan warga Felda.

Hujung minggu yang baru ini, Najib berbuka dengan peneroka felda Chini 5. Bulan puasa pun mahu kelentong. menipu peneroka yang berminda lurus bendul, bukan sesuatu yang sukar. ia hanya memerlukan sedikit lakunan dan pemberian buah tangan.

bab itu Najib memang terror. Itu cara tipikal Najib. Semua masalah selesai dengan bayaran wang. Mungkin ini sebab Najib ada keinginan kuat mesti banyak wang.

Jawapan nya sudah pun di jangka orang- duit itu digunakan untuk membeli kemenangan untuk UMNO dan BN. Ini menerangkan kenapa seorang pun menteri dan MP UMNO tidak berbunyi mengenai perara ini. MCA dan MIC dan parti komponen lain pun membisu.

Ini bererti kerajaan yang dibangunkan sekarang ialah sebuah kerajaan yang menang atas membayar dan merasuah pengundi.

Maka objektf kita lebih melaus- kita bukan sahaja melihat kepada usaha untuk dismiss Najib seorang, malahan keseluruhan cabinet nya. Kita mahu kerajaan baru. Di Felda Chini 5, Pekan Pahang, Najib sekali lagi berbohong kepada warga Felda. Syarikat milik felda, FGV yang disenaraikan, dan sekarang telah digantung/keluar dari penyeneraian, dikatakan masih ada prospeks.

Tolong aok beritau kawan prospeks apa?

Dan Najib mengaku bahawa jika EPF dan peneroka membantah, maka Felda tidak akan beli 37% kepentingan dalam syarikat Eagle High. Mari kita analisa satu persatu.

Apalah luar biasa nya FGV hendak memperluaskan bisnes perladangan? Bukan kah Felda Holdings buat kerja itu dahulu?

Kita expect FGV buatlah sesuatu yang luar biasa daripada yang tradisinya dilakukan oleh Felda Holdings. Jika FGV meniru apa yang Felda Holdings lakukan, apa special nya apungan FGV? Special nya ialah apungan itu menghasilkan RM10 billion untuk diagihkan.

Kita tak tahu apa KPF dapat bila dia setuju pindahkan 51% kepentingan dalam FH kepada FGV? Dengan pemindahan itu, Felda memiliki 100% saham Felda Holdings yang diserapkan kedalam FGV.

Bila saham dilanggani pada hari pertama atau bilamana semua saham dijual, yang dapat duit itu Felda. Ada Felda beri sebahagian kepada KPF?

FGV ialah 100% milik Felda. FGV pula memegang 49% dalam Felda Holdings yang ada banyak bisnes dan syarikat. Felda hendak senaraikan FGV. Tak bolehlah senarai jika pemilikan separuh separuh. Jadi kena paksa peneroka melepaskan 51% dalam Felda Holdings kepada FGV. Barulah FGV ada assets yang disatukan disamping bisnes dan asset nya yang berasingan.

Cuba peneroka tanya, bila lepaskan 51% dalam FH, apa mereka dapat? Adakah ketika itu mereka ada tempat dalam FGV? Kita hanya diberitahu, ketika itu, setelah diasak dan ditanya, mana kepentingan peneroka, Isa Samad kata ada peruntukan special 20% dari hasil apungan. Dividend dari apungan saya baca sebagai share dari hasil pengapungan lah. Susah nak baca otak Isa Samad.

Setelah di apung, Felda kutip RM10 billion, berapa peneroka dapat? Kalau 20% mesti ada RM2 billion. Mana RM2 billion itu? Ada dalam akaun KPF? Kalua ada, peneroka terima imbuhan atau tidak.

Kalau RM1 billion di bahagikan kepada 112,000 peneroka, setiap peneroka sepatutnya dapat RM9000 seorang. Saya tak dengar pun peneroka dapat RM9000 seorang jika RM1 billion diagihkan dalam bentuk bonus.

Baru2 ini peneroka yang sokong FGV dapat bonus raya RM900. Jumlah mereka 98,000 orang. Ertinya sekitar 14,000 peneroka tidak dapat. Sudah tentu mereka ini golongan haramjadah. Ini bahasa Najib Tun Razak.

Jadi apa special sangat dan apa prospeks FGV?

Yang melakukan bisnes perladangan dan perniagaan bersangkutan ladang sawit, selama nya dahulu ialah Felda Holdings. Mereka ada 360,000 lebih hektar ladang sawit, ada kilang perahan, ada kilang penapis, ada bisnes lojistiks, dan sebagainya. Dan mereka mengurus lebih 400,000 hektar ladang sawit milik peneroka.

Yang tidak pernah buat bisnes tersebut ialah FGV. Tapi FGV , 100% milik Felda ada 49% dalam Felda Holdings. Isa Samad berjaya auta peneroka supaya memindahkan kepentingan 51% kepada FGV. Apa mereka dapat dari penyerahan tersebut? Kata nya ada 20% dividen dari hasil apungan. Jika 20%, dan hasil apungan ialah RM10 billion, KPF sepatutnya ada wang tunai sebanyak RM2 bilion. Ada atau tidak? 112, 635 peneroka diseluruh negara mesti taanya perkara ini.

Dosa yang paling besar Najib dan Isa Samad lakukan ialah membenarkan FGV ambil alih bisnes asas Felda Holidngs. Masa depan felda holdings dan peneroka diserahkan kepada FGV. Sebagai imbuhan apa Felda dapat?

Felda dapat mengutip sewa sebanyak RM250 juta setahun untuk 99 tahun. Itu pun kadar sewa yang amat murah iaitu sekitar RM700/hektar. Secara bandingan Boustead sewa RM3000/hektar. Dan suatu peratusan dari bisnes perladangan FGV. Kalau FGV kerugian sepanjang zaman- apa macam? Yang tak pernah buat perladangan ialah FGV. FGV diujudkan untuk melabur dalam bisnes teknoloji dan di luar negara. Yang berladang ialah Felda Holdings dan Felda Plantations. Itu biasa kepada mereka. Luar biasa hanya kepada FGV.

Kalau saya seorang peneroka, saya bengang dengan Najib. Menipu dan pedaah tak habis2. Kata Najib: Walaupun saham FGV susut nilai, tapi FGV masih ada projek lagi. Kita tidak akan beli 37% kepentingan dalam syarikat kawan saya Peter Sondakh jika EPF dan peneroka bantah. Kita tak akan belanja RM 2.5 billion sebab kalau kita keluar wang banyak itu, kantong Felda hampir kering kontang.

Nilai permodalan pasaran atau market capitalisation felda/fgv hanya 34% sahaja berbanding dengan nilai ketika apungan 3 tahun dahulu. Ini bukan susut nilai yang sedikit. Ini kejatuhan yang besar. Susut nilai sebanyak 66% bukan kecil kecuali Najib ingat peneroka Chini 5 bodoh belaka. Kita tidak hendak dengar alasan tok nenek mengenai pasaran itu dan ini. Semua faktor ini diambil kira dengan analisa yang canggih semasa hendak pengapungan dahulu. Pembeli potential bukan main lagi dinyanyikan lagu yang muluk2. Akhirnya yang membeli ialah pembeli institusi dan pembeli runcit.

Apungan fgv menghasilkan RM10 bilion untuk felda. Daripada jumlah ini berapa Felda dapat, berapa KPF dapat? Setelah apungan , kepentingan peneroka melalui ejen2 mereka berapa? Berapa KPF dapat? Free atau kena beli? Berapa FAHC dapat- ini suatu entity pasca apungan yang dicipta khas untuk menjaga kepentingan peneroka.

Bolehkah mereka menguasai felda dan FGV.

Saya tanya soalan ini ialah kerana jika jawapan nya boleh, maka peneroka mesti mengambil langkah membeli kesemua saham termasuk yang tidak dijual oleh FGV kepada awam iaitu 40%.

Dengan felda2 sekali beli dan letakkan sumber pengkayaan iaitu bisnes felda dalam tangan peneroka.

Inilah cara mengukuhkan ekonomi bangsa Melayu.

Tips Hafal A-Quran Dari Ibu Bapa Kepada Tiga Hafizh Termuda Di Dunia

Salah satu keluhan ramai orang yang berusaha menghafal Al Qur'an adalah mudah lupa. Malam hari hafal, besuk siangnya sudah lupa. Hari ini hafal, pekan depan lupa. Bagaimana agar tidak lupa hafalan Al Quran, berikut ini tips dari Dr. Kamil el Laboody dan Dr. Rasya Abdul Mun'im el Ghayyar, ibu bapa dari 3 hafizh termuda di dunia:

Membiasakan solat tahajud

Apabila seseorang mengeluh mengapa ia mudah lupa hafalan Al Quran, Dr. Kamil el Laboody menyarankan agar orang tersebut membiasakan solat tahajud. Solat tahajud merupakan satu cara mendekat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang dahsyat dan memberi kesan pada bersihnya hati sehingga mudah mengingat Al Quran. Sebaliknya, hafalan Al Quran sukar bersatu dengan hati yang kotor.

Memperbanyakkan doa

Sebab Allah-lah yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak 114 surat. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya di sepertiga malam yang terakhir setelah solat tahajud agar Allah berkenan menjadikan kita penghafal Al Quran.

Mengulang hafalan dalam solat sunnah

Surat atau ayat yang telah dihafal hendaknya dibiasakan dibaca semasa solat sunnah. Dengan demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam masa yang lama.

Wirid harian

Ketika diwawancara oleh penulis buku Rahsia Kejayaan 3 Hafizh Qur'an Cilik Mengguncang Dunia, Dr. Rasya Abdul Mun'im el Ghayyar menyarankan agar penghafal Al Quran merutinkan wirid harian. Setelah ketiga anaknya hafal 30 juz, mereka bertiga rutin membaca tiga juz Al Quran setiap hari. Wirid harian dengan membaca tiga juz inilah yang menjadi muraja'ah mereka. Untuk menyelesaikan wirid harian tiga juz ini, mereka rata-rata memerlukan masa 2.5 jam.

Dengan empat tips ini, terbukti Tabarak, Yazid dan Ziinah bukan hanya hafal Al Quran di usia 4.5 tahun sehingga menjadi 3 hafizh termuda di dunia, namun Allah juga menjaga hafalan mereka. (Baca juga: Ini yang dilakukan Ibu 3 Hafizh Termuda di Dunia Saat Hamil)

Semoga kita dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Semoga anak keturunan kita juga dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Dan kita semua dijaga oleh Allah sehingga tidak lupa hafalan Al Quran.

*sumber bersamadakwah.net

Ibu lebih sayangkan BMW daripada nyawa anak berusia 3 tahun yang pengsan kepanasan

sayang-BMW
PETALING JAYA: Seorang ibu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas enggan membenarkan anggota bomba memecahkan tingkap kereta untuk menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam kenderaan itu.

Dalam kejadian dekat bandar Yiwu, China, si ibu dikatakan tidak mempedulikan anaknya yang meraung dan kepanasan selepas kunci kereta tidak berfungsi.

Bagaimanapun selepas kanak-kanak berusia tiga tahun itu pengsan, pasukan penyelamat mengambil tindakan nekad dengan memecahkan tingkap.

Menurut Yahoo News, bayi berkenaan dilaporkan selamat.

Berikutan sikap si ibu yang mementingkan kereta berbanding nyawa anak, dia menjadi bahan kutukan di laman sosial.
-fmt-

Surat terbuka buat Mat Sabu, Harapan Baru

Saudara Mohamad Sabu,

Terlebih dahulu, izinkan saya gunakan gelaran Mat Sabu untuk berinteraksi sepanjang surat terbuka ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin yang menjayakan pembentukan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kami di badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyanjung tinggi keazaman saudara dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan yang dapat membawa perubahan baru dalam konteks negara, masyarakat dan politik semasa Malaysia.

Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk menarik perhatian saudara dan pimpinan GHB supaya mempertimbangkan cadangan peribadi seorang penyelidik yang selama ini mengikuti secara dekat perkembangan politik dan ekonomi Malaysia termasuk dinamik PAS dan gerak-geri masyarakat madani.

Malaysia sedang bergelumang dengan skandal dan krisis yang membimbangkan segenap rakyat Malaysia dan pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan semasa secara dekat. Perkembangan semasa melibatkan dinamik politik, kewangan negara, tekanan hidup masyarakat secara umum dan ekonomi yang tidak menentu, telah mencorakkan topik perbualan rakyat pelbagai lapisan.

Dalam konteks semasa, 52 peratus rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU-13 pada 5 Mei 2013, merasa terkilan dengan perbezaan dan perkembangan sebelum dan selepas 5 Mei 2013.

Pertama sekali, rakyat-52 terkilan kerana setelah beberapa gerakan BERSIH dan gerakan massa lain berjaya diadakan, keputusan pada 5 Mei 2013 tidak membuahkan hasil yang sepenuhnya.

Rakyat terkilan

Kedua, rakyat terkilan kerana perkembangan Pakatan Rakyat khususnya masalah antara PAS dan DAP yang membawa kepada DAP mengumumkan kematian Pakatan Rakyat.

Ketiga, rakyat-52 terkilan kerana perkembangan semasa yang menghakis keyakinan rakyat terhadap tadbir urus negara khususnya kejatuhan nilai ringgit dan skandal 1MDB, tidak memperlihatkan tindakan segera diambil oleh pemimpin-pemimpin yang selama ini berbicara mengenai bagaimana tadbir urus negara yang baik harus mendahului "isu hudud".

Perkembangan isu 1MDB kini berada pada tahap di mana wujud beberapa persepsi. Salah satu persepsi melihat pihak yang membongkar dan pihak yang terlibat dengan isu 1MDB berkait rapat dengan rejim pemerintah. Maka isu 1MDB juga merupakan isu satu-satu parti yang memerintah selama ini, dan jika berjaya ditukar pemimpin parti berkaitan, maka dianggap selesai isu 1MDB.

Adakah saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB setuju dengan persepsi sedemikian? Apakah kita biarkan seorang individu bernama Tun Mahathir Mohamad menangani pembongkaran dan penyelesaian satu skandal besar dengan batasan-batasannya dalam konteks satu-satu parti pemerintah?

Jika tidak, maka saya dengan rendah dirinya mencadangkan, soal tadbir urus negara yang baik harus mendahului soal hudud wajar diterjemah dalam tindakan segera oleh saudara Mat Sabu dan GHB sebelum terlambat.

Saya ingin mencadangkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin GHB, supaya menjadikan gerakan massa menuntut pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri atau dibawa ke muka pengadilan sebagai keutamaan semasa.

Rakyat perlu pengupayaan yang dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap perjuangan yang ingin membawa perubahan dan pembaharuan bermakna kepada negara.

Rakyat juga harus diyakinkan melalui tindakan masyarakat madani dan pemimpin-pemimpin yang sebelum ini mendapat mandat rakyat atas gabungan parti bernama Pakatan bahawa isu 1MDB bukan isu satu-satu parti dan penyelesaiannya hanya melibatkan individu tertentu.

Krisis Malaysia vs krisis PAS

Hal ini bermaksud, rakyat perlu diyakinkan dengan tindakan masyarakat madani dan pemimpin-pemimpin seperti saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB, bukan tindakan seorang individu bernama Tun Mahathir.

Selepas Aidilfitri, dipercayai masyarakat madani akan cuba membentuk gerakan massa yang dapat mengembalikan keyakinan rakyat. Di mana persiapan pemimpin-pemimpin seperti saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB pada saat-saat genting sedemikian?

Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun berada di penjara, beliau tetap memikirkan masa depan negara yang membimbangkan. Tanggal 14 Julai 2015, beliau telah membawa mesej penting berbunyi seperti di bawah:

"Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah. Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah."

Malaysia sedang dilanda krisis. Krisis ini lebih serius daripada krisis yang melanda PAS. Saya ingin menekankan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin GHB, supaya menjadikan gerakan massa berkenaan skandal 1MDB dan tuntutan pembaharuan berkenaan skandal 1MDB sebagai keutamaan semasa.

Menurut liputan berita, kumpulan progresif dalam PAS atau GHB mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Liputan berita juga mengatakan bahawa saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

Biarpun saya mendukung usaha saudara Mat Sabu dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan dalam bentuk berlainan, tetapi izinkan saya mengutarakan sedikit kelainan dari segi pendapat.

Saya berpendapat, realiti semasa menunjukkan, hasrat GHB mungkin tidak dapat memenuhi harapan semasa rakyat sepenuhnya. Sebelum GHB bergerak membentuk realiti baru, sewajarnya GHB bergerak memimpin gerakan massa mengenai tuntutan berkaitan skandal 1MDB dengan kadar segera selepas Adilfitri.

Sesungguhnya, dalam jelajah ke setiap negeri, saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB wajar menjadikan keutamaan menjelaskan kepada rakyat mengapa gerakan massa menuntut pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri atau dibawa ke muka pengadilan sebagai keutamaan utama, seterusnya mengemukakan tuntutan pembaharuan pasca skandal 1MDB.

Saya berpendapat, jelajah berkaitan gerakan massa berkenaan skandal 1MDB dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pemimpin-pemimpin GHB terus menerus berpegang kepada prinsip mengangkat isu tadbir urus negara dan mendahulukan isu kepedulian rakyat.

Hal ini bermaksud, biarpun tewas dalam pilihan raya parti PAS, pemimpin-pemimpin GHB tidak tersimpang daripada keutamaan selama ini yang menjadi harapan rakyat.

Malahan, sokongan yang ditunjukkan semasa gerakan massa yang dipimpin oleh pemimpin seperti saudara Mat Sabu dapat diterjemah sebagai kekuatan yang diperlihatkan dalam usaha GHB menunjangi perjuangan seterusnya.

Sesungguhnya, kekuatan begini bukan sahaja lebih bermakna dalam usaha mengisi kekuatan perjuangan bentuk baru, juga dapat mengelakkan tindakan diri daripada menghampakan rakyat ekoran keutamaan semasa yang tidak memenuhi tuntutan semasa.

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat berjuang.

ONG OOI HENG pengarah eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
-malaysiakini-