Pasukan Yaman, suku Sunni dan sekutu Arab serbu ibukota Sana'a yang diduduki Syiah Houthi


Pasukan pro kerajaan sah (foto), pasukan kerajaan sah Yaman, Presiden Mansour Hadi, Melun ...

Pasukan kerajaan sah Yaman, Presiden Mansour Hadi, melancarkan serangan terbaru dari sisi timur ibukota Sana'a, hari Sabtu (6/8), kata sebuah sumber komando tentera.

Operasi ini muncul setelah gagalnya rundingan damai yang ditaja oleh PBB di Kuwait. Serangan juga akan disokong oleh back up udara koalisi pimpinan Saudi.

Berikutan keputusan sepihak pemberontak Syiah Houthi dan penyokong setia bekas diktator Abdullah Saleh atas kuasa Yaman, dengan mengumumkan 10 anggota dewan gabenor. Hal ini melanggar resolusi Majlis Keselamatan dan rencana perdamaian.

Houthi dan sebuah kumpulan pro Saleh yang menamakan diri General People 's Congress (GPC), masih menguasai lebih daripada setengah wilayah di Yaman utara, sementara pasukan pemerintah Hadi bersama suku-suku tempatan (Sunni) mengawal sebahagian besar negara itu.

Pejabat berita pro kerajaan, sabanew.net, mengatakan bahawa tentera Yaman dan sekutunya dari suku tempatan, serta disokong serangan udara koalisi Arab, memulakan operasi besar untuk "membebaskan daerah Nehem timur".

Rantau ini adalah laluan bekalan utama ke arah ibu negara, yang masih berada di bawah kawalan Houthi sejak mendudukinya secara paksa pada September 2014, dibantu tentera pengikut setia Abdullah Saleh.

"Tentera dan pejuang Hamas telah berjaya membebaskan sejumlah pos tentera strategik yang dikuasai oleh militia pemberontak (Houthi), yang paling penting adalah gunung Manara yang menghadap ke pusat daerah Nehem", menurut seorang jurucakap tentera.

Pertempuran juga dilaporkan meletus di sempadan Yaman-Saudi. Pasukan pengawal sempadan Saudi dilaporkan telah terbunuh oleh serangan dari sisi Yaman, kata agensi berita SPA.

Jurucakap parti Saudi, Ahmed Asseri, menuduh Houthi telah meningkatkan serangannya di sepanjang sempadan, meski pihak pakatan sudah menurunkan operasi ketenteraan sejak perundingan politik di Kuwait.

"Milisi (Syiah Houthi) memulakan operasi ketenteraan di sepanjang sempadan selepas pembekuan perundingan Yaman. Milisi Houthi cuba meraih keuntungan di lapangan untuk menutupi kerugian politik", kata Brigadier Jeneral Ahmed al-Asseri, kepada televisyen al-Hadath milik Saudi.

Komen Asseri muncul setelah utusan khas PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed, mengumumkan penangguhan rundingan damai Kuwait.

Sebelumnya, proposal perdamaian sesuai resolusi PBB ditolak oleh pemberontak Syiah dan sekutunya.

Cheikh Ahmed menjanjikan bahawa perundingan akan kembali dihidupkan sebulan mendatang, namun di lokasi yang belum ditentukan.

"Kami akan meninggalkan Kuwait hari ini, tetapi rundingan untuk perdamaian akan terus berlanjut. Kami akan membiarkan tiap delegasi berunding dengan pemimpin mereka", katanya dalam satu sidang akhbar.

Pejabat berita sabanews.net menyebut jika Houthi dan Saleh secara sepihak telah mengumumkan nama-nama 10 pejabat yang akan berada di jawatankuasa politik untuk menjalankan negara.

Para pihak akan saling bertukar posisi presiden dan wakil presiden, dengan dipilih panitia pemilihan, kata laporan itu. (Reuters)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan