Mahathir suruh Saleh said keruak roboh juga KLIA, Cyberjaya, Putrajaya

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salled Said Keruak kerana mencadangkan jika kerajaan mahu memusnahkan legasi bekas perdana menteri, mereka akan meruntuhkan bangunan ikonik KLCC.

"Apalah salah saya? Saya angkat dia jadi Ketua Menteri Sabah dulu masa saya perdana menteri. Tetapi sekarang dia marah kepada saya. Dia nasihatkan kerajaan supaya jangan ada legasi Dr Mahathir. Kita hapuskan, cara nak hapus, kita rebankan KLCC.

"Pasal apa KLCC sahaja? Jabatan Perdana Menteri pun dulu saya buat, rumah perdana menteri pun saya buat juga. Rebanlah semua itu, buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA semuanya.

“Takut orang ingat saya, saya tak suruh orang ingat saya,” kata Dr Mahathir semasa ceramah mega Amanah di Shah Alam malam semalam.

Video ucapan beliau dimuat naik di laman Facebook AMANAH GHB Media TV.

Mahathir berkata mereka yang berkuasa takut bahawa rakyat akan mengenang segala sumbangannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

"Tetapi saya tak pernah minta orang ramai untuk ingat saya

"Adakah mana-mana tempat yang ada nama saya? Tak ada, satu pun tak ada.

"Saya tegah. Sebaliknya dulu, kalau jadi menteri pelajaran, sekolah-sekolah dulu semua nama menteri pelajaran,” katanya.

Dr Mahathir berkata semasa tempoh beliau memegang jawatan, beliau melarang sekolah, jalan dan bangunan dinamakan atas nama menteri dan pegawai yang masih hidup.

“Nama menteri tak boleh dipasang di mana-mana sekolah. Dah jadi perdana menteri, nama jalan pun tak boleh.

“Kalau nak nama awak dikenakan (diletakkan) pada apa-apa bangunan, mati dulu,” katanya sambil disambut dengan gelakan hadirin
-malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan