Tak Sangka Bakal Suami Sanggup Tikam Abang - Adik Mangsa (3 Gambar)

KUALA TERENGGANU: "Saya tidak sangka bakal suami saya yang selama ini berperwatakan lembut sanggup bertindak agresif dan menikam abang saya," kata Azlina Husin, 27, adik kepada kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibunuh di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam), di sini pagi Ahad.

Beliau bersama enam anggota keluarganya termasuk abangnya bertolak dari Kelantan kira-kira pukul 10 pagi Sabtu dan tiba di Pejabat Maidam pada pukul 10.30 pagi Ahas bagi mengesahkan status bakal suaminya itu.

Azlina berkata, beliau terkejut apabila diberitahu pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu bahawa suspek yang berumur 29 tahun itu pernah berkahwin, sedangkan dia sebelum ini mempertahankan bahawa dia masih bujang.

"Selepas dimaklumkan dia telah berkahwin, saya terus berkata cukup setakat ini sahaja, kerana saya telah berjanji dengan keluarga saya untuk tidak bersamanya jika dia suami orang. Dia dengan tenang menerimanya (keputusan).

"Sejurus itu abang saya mengajak dia pergi minum. Namun tiba-tiba kami terkejut, bila diberitahu abang saya telah ditikam," katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Azlina berkata, dia mula mengenali lelaki tersebut enam tahun lalu menerusi telefon, namun hubungan mereka terputus seketika ekoran kekangan kerja dan kembali berhubung rapat dua tahun lepas.

Beliau berkata, hasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berkenaan dibuat tahun ini selepas beberapa kali lelaki itu menangguh perkara tersebut apabila diajak berkahwin sejak tahun lepas.

"Abang saya sebelum ini ada memaklumkan bahawa bakal suami itu telah berkahwin, namun saya enggan mempercayainya lantas saya membuat keputusan untuk menyemak statusnya," katanya.

Anak keenam daripada sembilan adik beradik ini berkata bakal suaminya itu adalah seorang yang berperwatakan lembut dan sentiasa prihatin, namun tidak menyangka dia bersikap seperti itu.

"Saya harap dia ditangkap segera sebab jika dia boleh lakukan perkara itu pada abang saya, mungkin juga dia boleh lakukan benda yang sama pada saya dan ahli keluarga saya yang lain.

"Sebelum ini abang saya selalu menasihatinya dan meminta saya agar membuat keputusan yang tepat. Abang juga seorang yang sangat bertanggungjawab. Saya sangat terkilan disebabkan saya, abang saya yang menjadi mangsa," katanya.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa ditikam sebanyak enam kali dengan pisau.

Suspek kemudian melarikan diri bersama seorang rakannya dengan kereta. 
-Bernama


---------------------

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berusia 34 tahun maut ditikam bakal adik iparnya ketika selesai melakukan pengesahan status perkahwinan di tempat parkir Kompleks Sri Iman, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Mangsa yang berasal dari Kelantan itu maut di tempat kejadian akibat ditikam sebanyak enam kali termasuk di dada kiri dan leher.

Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri dengan menaiki kereta jenis Honda Civic berwarna merah, walaupun usaha menutup pintu pagar kompleks itu telah dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, ekoran itu, pihak polis telah membuat hebahan dan melakukan Ops Tutup serta merta.

............

Kronologi kes bunuh di hadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu

- Sepasang kekasih dan abg si perempuan pergi ke pejabat agama. Ini kerana abg kandung wanita tersebut mengesyaki yg lelaki itu sudah berkahwin.(kasihnya seorang abang kepada seorang adik perempuan ingin memberikan jodoh terbaik untuk si adik).

- si wanita tidak mempercayai kata2 abangnya yang lelaki tersebut sudah berlahwin (adik lebih percayakan org lain berbanding abg sendiri kerana ..)

-pejabat agama sah kan lelaki tersebut sudah mempunyai 2 bini..berlaku lah perang mulut dalam bilik kaunseling.

-sampai tempat parking, si kekasih adik telah menikam abg kandung wanita itu sehingga mati dan melarikan diri kerana tidak berpuas hati. Inikah yg yg dinginkan wanita itu?lelaki seperti ini ingin dijadikan suami

Kepada wanita diluar sana, dengar dan percaya dahulu la pendapat ahli keluarga kita dahulu berbanding org luar kalau hadapi kes mcm ni.. kerana syaitan banyak berupa manusia sekarang ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan