Tiga lelaki dipenjara kerana merogol guru kepada anak mereka

Korea Selatan: Tiga lelaki dijatuhkan hukuman penjara sehingga 18 tahun kerana merogol guru kepada anak mereka.

Tiga lelaki itu masing-masing dijatuhkan hukuman 12, 13 dan 18 tahun penjara kerana merogol guru wanita berusia 20 tahun di sebuah kepulauan kecil Heuksan.

Memetik AFP, dua daripada lelaki itu adalah bapa pelajar kepada guru tersebut.

Mahkamah diberitahu, kesemua tertuduh memaksa wanita itu minum bersama mereka selepas melihat dia berseorangan di sebuah restoran.

Mereka kemudiannya menghantar pulang mangsa dan merogolnya di rumah wanita itu.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan