Kumpulan remaja bergambar seperti bersolat di tengah jalan dikecam

GAMBAR menunjukkan sekumpulan remaja bergambar seperti bersolat di tengah jalan.
Bengkulu: Majlis Ulama Indonesia (MUI) wilayah Bengkulu mengecam sekumpulan remaja bergambar seperti sedang bersolat di tengah jalan di bandar ini.

Wakil MUI Bengkulu, Zulkarnain Dali berkata, tindakan remaja itu dilihat sebagai mempersendakan agama Islam.

“Solat ada rukun dan syarat yang perlu diikuti. Solat juga perlu dilakukan di tempat suci dan menghadap kiblat,” katanya.

Lapan remaja itu mencetuskan kemarahan penduduk Islam di Indonesia selepas merakamkan beberapa gambar seperti sedang solat di lintasan zebra di satu persimpangan lampu isyarat di sini.

Gambar itu kemudian dimuat naik di laman Facebook seorang remaja yang dikenali sebagai Rizqy Zhoon (Bos Boncel).

Kata Zulkarnain, ada remaja dalam gambar itu tidak memakai baju, berseluar pendek, berkasut dan memakai pakaian yang tidak sesuai untuk solat.

“Kami mengecam tindakan ini dan menggesa pihak sekolah dan jabatan pendidikan mengambil tindakan terhadap remaja itu.

“Kami juga mahu pihak polis menyiasat remaja ini kerana ia mencetuskan kemarahan orang Islam,” jelasnya. - Agensi

Ahmad Bashah dijangka angkat sumpah MB Kedah hujung Januari,?

Setakat ini Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan calon utama bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan keputusan akan dilakukan dalam tempoh sehari dua lagi, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.Setakat ini Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan calon utama bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan keputusan akan dilakukan dalam tempoh sehari dua lagi, kata sumber. 
Utusan Malaysia hari ini mendakwa majlis angkat sumpah menteri besar Kedah baharu bakal diadakan pada akhir bulan ini dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dinamakan sebagai calon utama.

Akhbar milik Umno itu yang memetik sumber sebagai berkata, setakat ini Ahmad merupakan calon utama bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan keputusan akan dilakukan dalam tempoh sehari dua lagi.

"Ada pihak yang memaklumkan majlis angkat sumpah dijangka diadakan di penghujung bulan ini di Istana Anak Bukit," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu juga mendedahkan, ini merupakan di antara intipati yang dibincangkan dalam pertemuan di antara pimpinan Umno Kedah dan Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam pertemuan semalam, media melaporkan kesemua pimpinan Umno Kedah yang hadir diarahkan mengunci mulut mereka.

Menurut Utusan Malaysia, sumber itu berkata, Najib dalam pertemuan semalam memberi jaminan meneliti isu yang dibawa 50 pimpinan Umno Kedah dan akan membuat keputusan dalam waktu terdekat.

"Perdana menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa ketua bahagian di Kedah oleh itu beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa jua tindakan perlu mengambil kira kesan kepada Umno Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Selain itu beliau juga menuntut kesetiaan semua pemimpin Umno negeri tersebut terutamanya apabila keputusan dibuat dalam tempoh sehari dua lagi," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu memberitahu Utusan Malaysia, semua pimpinan Umno meminta perdana menteri menyelesaikan isu itu dengan segera menghadap Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

"Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah mewakili kepimpinan Umno Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu perdana menteri membuat perubahan terhadap kepimpinan Umno Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa," katanya.

Sementara itu Utusan Malaysia juga melaporkan sokongan terhadap anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilihat semakin berkurangan.

Menurut Utusan Malaysia, sumber lain mendakwa, Mukhriz juga menghadapi masalah untuk mendapatkan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) jika beliau berhasrat membawa perkara itu ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tetapi majoriti pimpinan Kedah mengharapkan tidak sampai pada tahap itu sebaliknya mereka menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan perdana menteri menyelesaikan kemelut berlaku.

"Tambahan pula kecuali beberapa orang wakil rakyat dan pimpinan Umno lain kesemuanya sudah menyatakan kepada perdana menteri mereka akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menggantikan Mukhriz," katanya
-malaysianinsider-

Suami subahat dengan rakan rogol isteri sendiri? Dah macam khinzir

Mahkamah Tinggi di Kangar hari ini melepas dan membebaskan seorang suami daripada pertuduhan bersubahat merogol isterinya, bagaimanapun tertuduh dikenakan hukuman penjara 4 tahun bagi pertuduhan menakut-nakutkan isterinya.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar melepaskan tertuduh daripada pertuduhan bersubahat merogol isterinya bersama seorang rakan selepas membenarkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 6 tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen pada 29 Jun 2015.

Bagaimanapun mahkamah menaikkan hukuman penjara setahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen kepada 4 tahun terhadap tertuduh berumur 25 tahun itu kerana melakukan ketakutan dan kecederaan ke atas isterinya untuk melakukan persetubuhan.

Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara itu bermula pada tarikh tertuduh ditangkap iaitu 1 Januari 2014.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa bersubahat merogol isterinya bersama seorang rakan di sebuah rumah di Arau mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan ketakutan dan kecederaan ke atas isterinya untuk melakukan persetubuhan di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Fatin Hayati Abdul Rahman.
-Bernama-

Bapa tak mengaku bersalah ajak pelajar lakukan seks

Kuala Lumpur: Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengajak seorang pelajar tingkatan tiga melakukan hubungan seks, empat hari lalu.

Nur Mohd Solehin Rusli, 29, seorang juruteknik, didakwa mengajak remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan hubungan seks dengan cuba memberikan wang RM100 yang mana telah mencemarkan kesucian mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pusat karaoke Just K Brem Mall Jalan Kepong, Sentul, di sini pada pukul 5 petang, 18 Jan lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan dia tidak berkemampuan dan perlu menyara isteri, seorang anak berusia tiga bulan dan ibu bapa yang sudah tua.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes.
-Bernama-

Sirul di video: Ada cuba guna saya jatuhkan seseorang

Sebuah video yang dikatakan adalah rakaman oleh bekas komando polis Sirul Azhar Umar kini muncul di mana dia mendakwa ada pihak tertentu dan media cuba menggunakan dirinya untuk "menjatuhkan dan menfitnah" seorang individu yang tidak dinamakan.

Dalam video itu yang diperolehi oleh Malaysiakini melalui sumber yang enggan dikenali, Sirul mengulangi dakwaan peguamnya sebelum ini bahawa ada pihak yang tidak dinamakan cuba untuk menggunakan dirinya untuk meneruskan agenda mereka.

"Saya ingin jelaskan dan huraikan kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam saya di Kuala Lumpur baru-baru ini," kata bekas anggota polis itu yang kini ditahan di pusat tahanan imigresen di Australia.

"Selepas sahaja kenyataan dibuat beberapa hari selepas itu, masih lagi terdapat sebilangan pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan menghubungi saya di sini," katanya lagi dalam nada yang tenang dalam rakaman itu yang dipercayai dibuat melalui telefon bimbit.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak berminat langsung untuk membuat sebarang kenyataan lagi selepas ini," katanya.

Merujuk kenyataan awal oleh peguamnya bahawa pihak-pihak tertentu cuba untuk menggunakannya untuk melanjutkan agenda mereka, Sirul berkata dia tidak lagi mempunyai masa untuk melayan karenah itu kerana sibuk dengan permohonan suaka di Australia.

"Seperti yang kita tahu, peguam saya Kamarul Hisham Kamaruddin sendiri telah berkata, terdapat beberapa proses tertentu, termasuk imigresen dan undang-undang yang sedang berlangsung di sini yang perlu saya tumpukan.

"Oleh itu, saya berhasrat mahu memberi tumpuan masa dan tenaga saya sepenuhnya supaya dapat menetap di sini, dalam permohonan untuk menetap di sini," katanya.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan menarik balik pembebasannya dan mengarahkannya dan seorang lagi bekas komando polis Azilah Hadri ke tali gantung kerana membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Undang-undang Australia melarang penghantaran mereka yang menghadapi hukuman mati pulang ke negara asal.

Dalam video itu, Sirul juga mendedahkan bahawa beberapa media juga cuba untuk menggunakannya.

"Sebelum ini, kita sedia maklum peranan media telah memainkan peranan masing-masing (untuk membuat liputan kes saya).

“Tidak kurang juga ada media tertentu telah memainkan peranan yang tidak begitu menyenangkan,” katanya.
-malaysiakini-

Polis kesan wanita beraksi melampau ketika menyanyi (Gambar)

Aksi tak senonoh penyanyi disiasat
Polis sedang mengesan seorang wanita dipercayai memakai pakaian menjolok mata dalam sebuah persembahan 'buskers', di salah sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu Sabtu lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata wanita itu melakukan aksi melampau dengan membuat persembahan dalam keadaan payudaranya terdedah.

Katanya persembahan selama empat minit itu dirakam sebahagian penonton semasa menyaksikan persembahan itu.
"Semasa aktiviti 'busking' berlangsung, ada tiga wanita. Seorang daripadanya memakai pakaian menjolok mata mengambil mikrofon daripada kumpulan 'buskers' tersebut sebelum menyanyi.

"Siasatan lanjut mendapati wanita itu bukan anggota kumpulan 'buskers' yang dibenarkan membuat persembahan di situ, tetapi salah seorang pengunjung pusat beli-belah itu yang mengambil peluang untuk menyanyi bersama-sama kumpulan itu," katanya dalam kenyataan semalam.

Justeru, Chandra meminta saksi kejadian Rayndi Jubidi, 24, untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis daerah Kota Kinabalu atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohanandas di talian 016-4414939.

Kelmarin, akhbar tempatan memaparkan aksi wanita itu mengadakan persembahan nyanyian bersama kumpulan 'buskers' dengan menggunakan pakaian yang menjolok mata.

Dalam kenyataan berasingan, pihak pengurusan Suria Sabah kesal atas kejadian itu yang secara tidak langsung mempamerkan imej negatif terhadap kompleks beli-belah itu, kumpulan persembahan itu serta Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

"Tindakan sewajarnya akan diambil bagi mengelakkan kejadian kurang sopan seperti itu mengganggu ketenteraman awam dan suasana di Suria Sabah.

"Kami memohon maaf atas kejadian ini dan akan melakukan yang terbaik bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang," menurut kenyataan itu.
-Bernama-

Kakitangan awam dirakam lakukan seks dalam pejabat

Kakitangan awam dirakam lakukan seks dalam pejabat
Kakitangan awam dirakam lakukan seks dalam pejabat
Bolivia: Seorang kakitangan awam kerajaan bakal didakwa selepas dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam pejabat kerajaan.

Menurut Dailymail, gabenor tempatan, Victor Hugo Vasquez sudah memfailkan pendakwaan untuk digunakan ke atas pasangan terbabit.

Rakaman kejadian yang berlaku pada akhir 2014 tersebut menunjukkan seorang lelaki dipercayai berjawatan tinggi melakukan hubungan seks bersama seorang wanita yang juga bekas kakitangan kerajaan.

Pendakwa raya, Dubeyza Maldonado Palacios mengatakan kes dibuka atas dakwaan menyalahgunakan kemudahan kerajaan.

Dubeyza juga berjanji akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, rakaman melibatkan pasangan terbabit telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook dan menarik kecaman pelayar warga Bolivia.

“Saya pasti sebilangan besar penjawat awam melakukan perkara serupa dengan setiausaha mereka atau sesiapa sahaja. Agak menakutkan apabila mereka juga berpangkat tinggi,” kata seorang pelayar di Facebook.
-kualalumpurpost-

Penyingkiran Mukhriz : Teori RAHMAN Hampir Jadi Kenyataan

Shahbudin Husin
Najib Razak barangkali sudah tidak ada pilihan lain lagi selain mengenepikan Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang sedang disandangnya sekarang.

Dengan 14 Ketua UMNO Bahagian, tiga daripadanya diwakili oleh Timbalan Ketua Bahagian, mendesak pertukaran serta hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, tentu saja agak sukar bagi Najib untuk sekadar berdiam diri dan tidak memberi perhatian terhadap perkara tersebut.

Berbanding Mukhriz yang kini tinggal keseorangan dalam kepimpinan UMNO Kedah, ditambah dengan bapanya, Tun Mahathir Mohamad masih lantang mengkritik dan belum berputus asa mendesaknya berundur, Najib kini hanya ada satu pilihan saja iaitu memenuhi tuntutan kumpulan yang diketahui Ahmad Bashah itu.

Berdiam diri dan tidak memenuhi tuntutan kali ini akan berisiko mengurangkan lagi sokongan UMNO Kedah terhadap Najib kerana beliau akan dicop sebagai pemimpin yang lemah dan tidak memahami kehendak pemimpin bahagian.

Oleh itu, ada kemungkinan majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru akan diadakan seawal hari Ahad ini setelah mendapat perkenan pihak istana.

Sekurang-kurangnya dua nama sedang berebut dan melobi untuk menggantikan Mukhriz iaitu antara Ahmad Bashah Hanipah dan Ahmad Lebai Sudin.

Ahmad Bashah ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilantik ke jawatan itu melalui pemberian kerusi Senator selepas PRU 13 lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar serta Adun Bakar Bata.

Ahmad Lebai Sudin pula hanya berjawatan Adun Bukit Lada, tetapi kalah dalam mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Pokok Sena kepada Said Ali Said Rastan dalam pemilihan UMNO yang lalu. Tetapi, pertukaran Menteri Besar Kedah ini bukan saja menjadikan "perang" antara Najib dengan Tun Mahathir menjadi lebih terbuka dan bertambah parah, malah berkemungkinan menyebabkan BN lebih mudah terlepas penguasaan negeri itu kepada pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Haruslah diingat bahawa faktor terpenting kemenangan BN di Kedah dalam PRU 13 lalu adalah kerana pengaruh Tun Mahathir serta janji menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Besar jika kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditumbangkan.

Disebabkan faktor Tun Mahathir yang ditampilkan melalui pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar beserta pergolakan dalam Pas ketika itulah maka pengundi Kedah sedia kembali memberi mandat kepada BN menerajui negeri itu.

Sebab itu, dalam kempen PRU 13 lalu hanya Kedah yang ditonjol dan dikempenkan nama Menteri Besarnya iaitu Mukhriz oleh UMNO dan BN dan ia tidak berlaku di negeri-negeri lain.

Penyingkiran Mukhriz hanya akan memudahkan pembangkang menawan kembali negeri itu, tambahan pula tiada ternampak "aura atau nilai tambah" untuk menggamit hati pengundi, baik jika Ahmad Bashah mahu pun Ahmad Lebai Sudin dijadikan Menteri Besar.

Bagi Pakatan Harapan dan Pas, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah sedikit berlapang dada untuk berkompromi dan membuang ego masing-masing demi mencapai cita-cita menawan semula negeri itu.

Bagi Najib pula, sengsara politiknya akan bertambah dengan penyingkiran Mukhriz ini. Ia bukan saja membentangkan kepada rakyat sikap pendendamnya terhadap Tun Mahathir, malah yang perlu didepaninya selepas ini serangan yang lebih keras daripada bekas Perdana Menteri itu.

Bermakna dengan pertukaran Menteri Besar Kedah, akan menjadikan tiga "pemimpin terbuang" berada bersama Tun Mahathir iaitu Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz dan jika mereka bergerak dengan tersusun serta terancang selepas ini, Najib bila-bila masa boleh "sesak nafas" dibuatnya.

Bersama isu-isu 1MDB dan wang RM2,600 juta (atau RM4,000 juta?) yang tidak mungkin selesai dan akan terus menghimpit Najib, gelora yang dicipta di Kedah ini akan menjadikan Najib bertambah sengsara dalam penilaian rakyat atau pengundi biasa.

Dengan itu, cerita-cerita bahawa Najib sedang menjadi laluan selesa untuk mengundurkan diri sebelum PRU 14 tidak mungkin berlaku sama sekali.

Tahun-tahun mendatang sehingga PRU 14 pasti akan sarat dengan cerita-cerita politik berkaitan Najib, baik realiti mahu pun persepsi yang akhirnya bukan saja menjadikan teori RAHMAN benar-benar menjadi kenyataan, malah akan membawa UMNO dan BN "berkubur" bersamanya
http://shahbudindotcom.blogspot.my

Maznah, Ketua Wanita Umno Kedah dedah perkara sebenar isu tolak Mukhriz

Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan perkara sebenar disebalik sidang media Umno negeri itu yang menarik sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mendedahkan perkara itu, katanya, sebelum sidang media itu, mereka (kepimpinan Umno Kedah dan bahagian) telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.

"Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.

"Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat mesyuarat taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepimpinan Umno Kedah semalam.

Katanya lagi, tidak semestinya kehadiran beliau di situ menyokong tindakan itu, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar.

"Saya amat berharap kepada kepimpinan Umno agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.

"Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kit sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera," katanya.
-sinarharian-

Umno terus bergolak: 2 ADUN BN Keluar Parti Minggu Depan, Kata PAS Terengganu

Tranungkite
Dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Terengganu akan keluar parti minggu depan, dakwa Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Hanafiah Mat.

Menurut sumber, Hanafiah yang juga ADUN Chukai mendedahkan, alasan tindakan itu akan diberitahu sendiri oleh ADUN-ADUN berkenaan.

“Soal untuk bersama kita (PAS) itu belum pasti, yang kita pasti mereka akan tinggalkan UMNO, tinggalkan BN. Tunggu minggu depan, ada berita baik untuk parti kita (PAS), tapi buruk untuk UMNO” katanya dalam satu program di Pejabat PAS Kemaman, Chukai, Kemaman hari ini.

Sebelum ini, akhbar Sinar Harian melaporkan Hanafiah memberitahu, wujud perbincangan mengenai isu pertukaran kerajaan di Terengganu apabila beberapa ADUN BN akan meninggalkan parti dan bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.

“Mereka datang jumpa saya dan bincang perkara ini (tukar kerajaan) dengan panjang lebar,” ujarnya. 
-terengganudaily-

Video: Alhamdulillah, Juara Kickboxing Dunia Warga Brazil Masuk Islam


AntiLiberalNews: Alex Pereira, bintang kickboxing Brazil telah masuk Islam, demikian pengumuman Sheikh Khalid Taqi Al-Din, ketua Dewan Tertinggi Urusan Islam dan Imam di Brazil, sebagaimana dikutip Kisah Para Mualaf, Jum’at (15/1/2016).

“Dalam mencari ketenangan batin, kepuasan, dan karakter yang sempurna dan setelah membaca tentang Islam secara mendalam,” Pereira, bintang kickboxing pertama di Amerika Latin dan Brasil dan keenam di dunia, “telah menemukan tujuannya”, ujar Sheikh Taqi Al- Din.

“Saat itulah ia memutuskan untuk mengunjungi (FAMBRAS) Federasi Asosiasi Muslim di Brazil untuk mempelajari lebih lanjut tentang pesan sejati Islam, peradaban dan bimbingan untuk kemanusiaan”, katanya dalam pernyataannya kepada salah seorang agen FAMBRAS.

Jenis Kekuatan Baru

“Pereira, yang akan bertanding bulan ini di Dubai Piala Dunia 2015 untuk Kejuaraan Dunia, berbicara tentang kekuatan fisiknya, mengatakan ia siap untuk melawan pertandingan mendatang untuk memenangkan gelar, tapi ia menyatakan bahwa ada kekuatan yang berusaha untuk (bertanding), yaitu kekuatan psikologis dan spiritual, untuk mengisi kekosongan batin yang ia rasakan,” Taqi Al-Din menunjukkan pada medio tahun lalu.

“Kickboxer, yang membaca beberapa buku tentang Islam yang diberikan kepadanya oleh temannya, yang disebut Hamzah, menjadi sering berkunjung ke Federasi Asosiasi Muslim di Brasil untuk bertemu dengan ulama, yang menjelaskan kepadanya prinsip-prinsip Islam. Akibatnya, ia memutuskan untuk masuk Islam,” kata Taqi Al-Din.

Pada FAMBRAS itu, Alex mengucapkan syahadat (Kesaksian Iman):

Asyhadu ana laa ilaha illa Allah wa ashahdu anna Muhammadun rasul Allah (Aku bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah; Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah).

Alexsandro Pereira (27) dikenal sebagai Alex Pereira atau kadang-kadang Alex Sandro bersaing di divisi menengah. Ia berbalik ke kickboxing setelah mengakhiri kariernya sebagai petinju.

Pereira menjadi terkenal ketika ia menjadi juara Wako Pro Panamerican pada tahun 2013. Ia telah berkompetisi di promosi seperti SUPERKOMBAT Fighting Championship, Ini Showtime, Jungle Fight dan WGP Kickboxing, dan ditandatangani dengan Glory pada tahun 2014.

Pada 22 Juni 2014, Pereira berada di peringkat ke 5 untuk tingkat menengah di dunia dengan GLORY, dan ke 6 sedunia, sebagaimana dilaporkan LiverKick.com.

Pelajari lebih lanjut tentang Islam

Dalam upaya untuk mengakrabkan dunia dengan olahraga, intelektual dan elit ilmiah yang memainkan peran penting dalam kehidupan sosial Brasil dan kampanye anti-Muslim yang diluncurkan oleh beberapa media, Federasi Asosiasi Muslim di Brasil telah mengadopsi sebuah proyek baru, dijuluki “Muslim for Peace“, kata Sheikh Khalid.

“Kampanye ini tidak menimbulkan hambatan agar membiasakan masyarakat dengan Islam. Sebaliknya, mereka diminta lebih banyak orang untuk memfasilitasi mereka belajar tentang Islam dan beralih keyakinan sebagai Muslim,” tambahnya.

Berikut video syahadat Alex Pariera yang AntiLiberalNews unggah dari Muslim for Peace.

PAS meroyan, tinggalkan PKR takut hilang jawatan di Selangor

PAS Minta PKR Perjelas Apa Maksud ‘Hubungan Tidak Rasmi’

SHAH ALAM: Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta PKR menjelaskan pendirian mereka berhubung tahaluf siyasi bersama PAS, ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyatakan hubungan PKR dengan PAS hanya atas dasar ‘tidak rasmi’ sahaja.
Beliau membangkitkan persoalan demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul yang menyatakan hubungan PKR dengan PAS hanya atas dasar ‘tidak rasmi’ tanpa ada perkara yang mengikat kedua-dua parti itu.

Ujarnya, sebagaimana yang masih dipegang, hubungan PAS dengan PKR masih lagi berlangsung dalam konteks Pakatan Rakyat (PR), meskipun parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu menjalinkan kerjasama bersama Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP menerusi gabungan baru, Pakatan Harapan (PH).

“Sehingga hari ini, saya masih berpegang bahawa Pakatan Rakyat masih wujud, iaitu gabungan PAS dan PKR, sepertimana Barisan Alternatif antara tahun 2001 sehingga tahun 2008.

“Saya mempersoalkan semula Datuk Johari Abdul, adakah kenyataan beliau tersebut merupakan pendirian rasmi PKR bahawa Pakatan Rakyat sudah terbubar.

“PKR dituntut untuk mengeluar pendirian rasmi mereka, adakah mereka masih bersama PAS dalam Pakatan Rakyat atau gabungan itu telah terbubar?,” katanya dalam aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.

Semalam, Johari dalam sidang media Pakatan Harapan berkata, PKR mempunyai hubungan ‘tidak rasmi’ dengan PAS dan saling menghormati, justeru pemimpin parti itu bebas menghadiri mana-mana program anjuran parti komponen Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata demikian sebagai mengulas ‘kekecewaan’ PAS apabila Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menghadiri program anjuran PAN di Kelantan baru-baru ini.

Kehadiran Rafizi di program anjuran PAN itu membuatkan PAS mengeluarkan surat teguran kepada pemimpin berkenaan, kerana tindakan itu disifatkan menyanggah kepentingan PAS.

Menyifatkan PKR sudah mula mengkhianati kesetiaan PAS berkaitan dengan tahaluf dalam Pakatan Rakyat, Dr Zuhdi tidak menolak bahawa satu ketetapan berhubung perkara itu akan dibuat Majlis Syura Ulama kelak.

“Saya yakin Majlis Syura Ulama PAS akan melihat perkembangan ini dari semasa ke semasa, dan badan ini akan membuat keputusan tentang tahaluf itu bila sampai masanya,” ujarnya
-Antarapos

Spekulasi 3 Ahmad bakal calon ganti Mukhriz

Sebuah portal yang menyokong kuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat spekulasi mengenai calon baru menteri besar Kedah kurang sejam selepas pemimpin Umno secara terbuka mengumumkan pemberontakan mereka terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mykmu.net berkata ketiga-tiga calon itu adalah ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; ADUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Zapar.

Menurut portal itu, Mukhriz mungkin dalam perjalanan keluar pada Ahad ini dan bakal digantikan oleh salah satu daripada ketiga-tiga mereka.

Awal hari ini, Ahmad Bashah, yang juga adalah timbalan pengerusi Umno Kedah mengetuai beberapa pemimpin Umno dan wakil rakyat dalam mengumumkan pemberontakan terbuka mereka terhadap Mukhriz dan menggesa Najib untuk menggantikan menteri besar itu.

Menurut portal itu, Ahmad Lebai Sudin diketahui rapat dengan Najib dan antara terkehadapan mengkritik pentadbiran Mukhriz.

Ahmad Zaini pula dikatakan mempunyai pengaruh dalam gerakan belia sebelum ini mungkin calon “dark horse” yang dilihat boleh menyatukan kem Najib dan Mahathir di Kedah.

Bagaimanapun, Mykmu berkata calon popular masih adalah Ahmad Bashah yang juga adalah pengarah pilihan raya umum BN Kedah pada 2013.

“Ahmad Bashah antara disebut sebagai bakal menteri besar sebelum pilihan raya umum lalu.

“Namun menjelang kempen pilihan raya umum lalu, Najib dan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan Mukhriz sebagai calon menteri besar.

“Apabila BN menawan semula Kedah, Mukhriz dilantik sebagai menteri besar sebagai memenuhi janji pilihan raya,” kata portal itu.

Mykmu juga mendakwa bahawa pertukaran menteri besar dijangka menerima perkenan Istana Kedah dengan baik dan tertib.

Mukhriz yang menjadi sasaran berikutan percubaan terbuka bapanya, Mahathir yang mahu menumbangkan Najib sebagai perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu telah menuduh Najib dengan pelbagai salah laku dan berikrar tidak akan berputus asa sehingga berjaya.
-malaysiakini-

'Gadis fizik' 22 tahun ini dijangka jadi Einstein baru

Tranungkite


Beliau hanya berumur 13 tahun ketika membina enjin tunggal pesawat dalam garaj bapanya di rumah mereka di Chicago, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, sembilan tahun selepas itu, beliau diramal bakal menjadi seperti legenda sains Albert Einstein yang baru, lapor India Times.

Sabrina Gonzalez Pasterski, 22, kini sedang menuntut di peringkat doktor falsafah (PHD) di Havard, salah sebuah universiti terulung di dunia,

Beliau dimasukkan dalam 30 tokoh muda bawah 30 tahunnya “30 under 30” kelolaan Forbes.

Dengan pencapaian akademik amat bagus, beberapa syarikat besar, termasuk Amazon sudah cuba melamarnya menjadi pekerja mereka.

Malah, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) juga telah menyatakan minat terhadapnya.

Sebagai pelajar fizik, Sabrina sedang menekuni fenomena lohong hitam, ruang-masa dan graviti – bidang sama yang dengan Einstein.
Bagaimanapun, genius muda itu bukan penggemar media sosial.

Sabrina tidak mempunyai Facebook, Instagram dan LinkedIn. Bukan itu sahaja, beliau malah tidak mempunyai telefon pintar.

Sabrina lebih berminat mengusahakan laman web sendiri yang dinamakannya PhysicGirl (gadis fizik) bagi mengemas kini pencapaian-pencapaiannya.

“Jawapan MB Pahang kelakar macam badut”

KUALA LUMPUR: Jawapan yang diberikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob kelakar macam badut, kata Ketua Pembangkang Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Beliau mengulas jawapan Adnan dalam wawancara bersama akhbar New Straits Times (NST) pada 18 Januari lalu bahawa Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) tidak mampu membuat penguatkuasaan dengan berkesan kerana hanya memiliki 18 pegawai pemantau.

Adnan dilaporkan berkata, disebabkan kekurangan anggota penguatkuasa, kerajaan negeri gagal membanteras pelombong bauksit haram di negeri itu.

Selain daripada PTG, Tengku Zulpuri berkata, kerajaan negeri sebenarnya boleh mengerahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri dalam menangani isu perlombongan haram yang serius itu.

“Pahang memiliki 11 PBT secara keseluruhan. Katakan setiap PBT ada 11 pegawai penguatkuasa, maka jumlahnya 110 pegawai. Ditambah lagi dengan polis dan RELA.

“Takkan masih tidak dapat membuat operasi besar-besaran untuk menangkap pelombong haram yang banyak cetuskan masalah ini?, katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, penguatkuasa juga boleh menggunakan alat seumpama ‘drone’ bagi mengesan kawasan yang terlibat, seperti yang digunakan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebelum ini.

“Itu semua hanya alasan yang diberikan kerana tidak serius untuk bertindak,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab itu lagi.

Dalam wawancara itu lagi, Adnan juga berkata pihak kerajaan tidak dapat menangkap pelombong haram kerana mereka “telah melarikan diri”.

Ekoran kecaman orang ramai, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memutuskan untuk menghentikan sementara semua aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Kuantan selama tiga bulan bermula 15 Januari lalu.
-fmt-

Dua beradik kebulur sanggup makan bata

Bogota: Seorang wanita merantai dua anak perempuannya yang sudah dewasa di bilik bawah tanah rumahnya sejak beberapa tahun.

Dia juga tidak memberi mereka makan secukupnya sehingga mereka makan bata kerana terlalu lapar.

Pihak berkuasa mendapat panggilan daripada orang tidak dikenali memaklumkan kedua-dua mangsa ditahan di sebuah rumah di Pacora, Caldas, barat laut Colombia.

Ketika polis tiba, mereka mendapati pintu rumah berkunci dan ibu mangsa tiada kerana bercuti.

Hanya datuk mangsa berusia 90 tahun ditinggalkan untuk menjaga mereka.

Polis menemui dua beradik berusia 32 dan 34 tahun itu dalam keadaan comot dan kotor.

Kedua-duanya mempunyai masalah mental serta kognitif selain tidak tahu bercakap.

Pihak berkuasa berkata, seseorang menelefon memberitahu dia sering mendengar orang mengerang dan meraung di bilik bawah tanah rumah itu.

Gambar disiarkan menunjukkan kedua-dua beradik itu dibebaskan pekerja kebajikan dari bilik tempat mereka dikurung dalam keadaan dirantai dan dimangga.

Jurucakap pihak berkuasa Caldas, Jazmin Gomez Agudelo berkata: “Keadaan rumah terlalu buruk, malah hampir roboh.

“Seluruh kehidupan mereka hanya di bilik itu. Mereka tidak ubah seperti haiwan dalam kurungan.

“Paling mengejutkan, apabila memasuki bilik itu, kami melihat seorang daripada mereka dengan bata di dalam mulutnya. Malah mereka kerap makan serpihan bata dan kayu, selain najis sendiri.”

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Doktor dan pendakwa kini menimbang untuk mendakwa ibu mereka yang masih bercuti atas tuduhan membahayakan nyawa anaknya. - Agens
-hmetro-

Isteri potong kemaluan suami sedang tidur

FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang wanita tempatan nekad memotong kemaluan suami, seorang warga Pakistan kerana tidak tahan kerap diperlakukan dengan kasar ketika hubungan seks, awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku jam 1.30 pagi, di Batu Kikir, Jempol, ketika mangsa sedang tidur.

Wanita berusia 51 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 44 tahun pada Mei tahun lalu.

Wanita itu dengan perlahan-lahan menanggalkan seluar suaminya, lalu memotong kemaluan menggunakan sebilah mata pisau cukur menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan, lapor Berita Harian.

Suaminya yang bekerja sebagai peniaga melarikan diri dari rumah dan pergi ke Balai Polis Batu Kikir, kira-kira jam 1.55 pagi.

Anggota polis yang terkejut dengan kedatangan mangsa dalam keadaan berlumuran darah segera menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan. Bahagian kemaluan yang dipotong di tempat kejadian juga diambil dan dibawa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (KHL) untuk menyambungkan semula kemaluannya dan setakat ini, keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata, polis juga menahan isteri mangsa dan menemui pisau cukur yang digunakan dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata bahaya.

Guru tadika terlampau

Guru tadikaRusia:Guru tadika di Rusia ini melakukan dua kerja, namun kerja sampingannya itu adalah tidak bermoral sama sekali iaitu menjadi pelacur.
Aksi Katya Gorlova, 22, yang menerima wang daripada pelanggan bagaimanapun telah dirakamkan dan tersebar.

Dalam rakaman berkenaan, Katya memberitahu pekerjaan sebenarnya adalah mengajar kanak-kanak di sekolah.

Dia kini berdepan dengan siasatan tetapi tidak diketahui sama ada dia masih bekerja sebagai guru tadika di sekolah.

Katya bagaimanapun membantah dengan mendakwa bahawa dia tidak menawarkan perkhidmatan melacur dan pada masa sama menegaskan dia bebas berbuat apa sahaja apatah lagi dia masih bujang.

Dia kini merancang untuk menyaman lelaki yang telah menyebarkan rakaman berkenaan.

Kes berkenaan kini menjadi topik yang hangat diperkatakan. Ramai yang menyifatkan perbuatannya sebagai tidak bermoral sedangkan dia merupakan seorang guru yang mengajar nilai-nilai baik kepada kanak-kanak..

Tidak kurang pula yang membelanya dan menyatakan bahawa kanak-kanak itu berada di tadika dan bukannya menonton apa yang dilakukan Katya.
-kualalumpurpost-

Kunci cawat besi hilang


Gambar Hiasan
Itali – Seorang wanita terpaksa menempuh saat memalukan apabila terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk membuka cawat besi yang dipakainya.

Wanita pertengahan umur itu terpaksa meminta pertolongan selepas kunci cawat besi itu hilang.

Pada mulanya, pegawai bomba menyangka dia kehilangan kunci rumah dan bertanya alamat kediamannya.

Mereka hanya mengetahui dan memahami insiden memalukan itu selepas wanita berkenaan mengangkat baju pinafo untuk menunjukkan cawat berkenaan.


Wanita yang tidak boleh didedahkan namanya itu kerana undang-undang privasi Itali memberitahu bomba: “Saya kehilangan kunci dan tidak boleh membukanya.”

Apabila ditanya sama ada dia dipaksa memakai cawat itu atau dia menjadi mangsa keganasan domestik, wanita berkenaan memberitahu, dia memakainya untuk menghalang dirinya daripada terbabit dalam hubungan seks.

Cawat besi popular ketika era Renaissance dan sejarah menunjukkan ia digunakan untuk menahan si pemakai melakukan seks atau melindungi diri daripada diperkosa.

Cawat besi dipercayai pertama kali digunakan ketika Perang Salib apabila suami yang keluar berperang mengarahkan isteri mereka memakainya untuk menghalang mereka curang.
-kualalumpurpost-

Wartawan Bangang Duduk Atas Bahu Mangsa Banjir Dipecat (video)

Narayan Pargaien
Narayan Pargaien
Seorang wartawan dipecat kerana membuat liputan bencana sambil duduk di atas bahu seorang mangsa banjir di sini, India, lapor sebuah akhbar.

Majikannya, News Express menyifatkan wartawan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan di samping melanggar etika syarikat.

Wartawan tersebut, Narayan Pargaien membuat laporan di sini yang merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir dengan duduk ke atas bahu seorang mangsa banjir.

“Anda tidak boleh memanjat ke atas bahu seseorang untuk membuat laporan berita,” kata Rangkaian Televisyen News Express, Nishant Chaturvedi.

“Kami telah memecat Narayan pada Selasa lalu,” tambahnya.

Walaupun News Express tidak pernah menyiarkan liputan tersebut rakaman itu telah dibocorkan di internet dan ditonton oleh lebih 2,000 pengguna di laman web YouTube.

Khalwat: Pasangan warga emas ditangkap dalam kontena

ALOR SETAR: Seorang nenek berusia 53 tahun yang tinggal di dalam sebuah kontena di Anak Bukit di sini, ditahan kerana berkhalwat dengan pasangannya berusia 62 tahun tengah malam semalam.

Kisah wanita yang tinggal bersama seorang anak lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia 19 tahun di dalam kontena sejak lebih setahun lalu, pernah mendapat liputan media kerana mengaku miskin dan memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.
Dia ditahan pada kira-kira jam 12.30 tengah malam apabila pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam negeri Kedah (JAIK) menyerbu kontena berkenaan dan mendapati seorang lelaki warga tua turut berada di situ.

Selain anak lelaki OKU wanita itu turut mempunyai seorang anak perempuan berusia sekitar 20-an namun sudah berkahwin dan tinggal berasingan.

Ketika operasi dijalankan, nenek kepada dua cucu itu yang hanya berkemeja T dan berkain batik, terkejut sebaik membuka pintu kontena berkenaan apabila melihat ramai anggota penguat kuasa JAIK di luar rumah.

Jurucakap JAIK berkata, hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki yang hanya berkain pelikat tanpa baju berada dalam rumah itu sedang tidur bersama anak lelaki wanita berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah sebagai suami isteri atau mahram menyebabkan pasangan itu ditahan untuk siasatan kerana disyaki berkhalwat.

"Pasangan itu sebelum ini mendakwa kepada penduduk berhampiran mereka adalah suami isteri malah dipercayai menetap di situ sejak hampir setahun lalu.

"Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awam mendapati mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang ikatan sah.

"Hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan sudah berpisah dengan suaminya sejak 10 tahun lalu namun menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan selama kira-kira setahun," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
-BHarian Online-

MESTI BACA!!! Ini antara kesan-kesan negatif TPPA kepada Malaysia

Professor Dr Agus Yusoff
SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.