Bas bawa pekerja rapid terbakar selepas terkena kabel elektrik putus (Gambar)



Kota Tinggi – Sebuah bas membawa pekerja Rapid, Pengerang terbakar selepas terkena kabel elektrik yang putus dalam kejadian di simpang lampu isyarat berhampiran stesen minyak BHP Jalan Kota Tinggi ke Sungai Rengit, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian kira-kira jam 6 petang itu dipercayai berpunca apabila sebuah lori telah melanggar tiang elektrik di kawasan tersebut.

Menurutnya, akibat daripada itu kabel elektrik telah putus dan terkena bas yang berada di situ sebelum menyebabkan kebakaran berlaku.

“Ketika kejadian berlaku cuaca hujan. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan. Anggota Balai Polis Sungai Rengit dan Pengerang turut bertindak mengawal lalu lintas.

“Keadaan di tempat kejadian terkawal walaupun berlaku sedikit kesesakan lalu lintas. Ekoran kejadian itu, bekalan elektrik sekitar kawasan tersebut juga terputus,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Isa Kamisan berkata, seramai lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.06 petang.

Katanya, sebaik sampai di lokasi api sedang marak membakar bas berkenaan sebelum pihaknya berjaya mengawal api dalam tempoh 13 minit.

“Tidak ada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu manakala pemandu bas berusia 40 tahun juga sempat menyelamatkan diri.

“Api marak membakar keseluruhan bas. Kita berjaya menamatkan operasi pada jam 7.20 petang. Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca dan anggaran kerugian,” katanya.
-Sinar Harian

AWAS!!! Sindiket penipuan: Sesi temuduga atas katil hotel


Tiga suspek yang terlibat dalam kes itu diberkas polis bagi siasatan lanjut.
SABAK BERNAM - Gerak hati seorang ibu berjaya menyelamatkan seorang anaknya dan beberapa mangsa lain daripada menjadi mangsa sindiket penipuan kononnya mereka dijanjikan tawaran kerja dalam sebuah syarikat perkapalan pelancongan dengan memperoleh pendapatan USD2,500 sebulan.

Kegiatan kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin itu terbongkar setelah ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Aifa, 47, berasa curiga selepas anaknya yang baru selesai menjalani temuduga pulang ke rumah dalam keadaan gelisah.

Aifa berkata, anak lelakinya berusia 23 tahun itu memiliki diploma dalam bidang kulinari hadir ke temuduga itu bagi memohon jawatan chef seperti tawaran pekerjaan yang terdapat dalam risalah diperoleh daripada seorang rakannya sejak Oktober lalu.

“Anak saya pergi pagi (kelmarin), dalam setengah jam, dia dah balik semula ke rumah.

“Saya tanya dia macam mana temuduga tadi (kelmarin), dia kata agak mencurigakan sebab penemuduga tak minta rekod kesihatan dan tak tengok resume, sebaliknya hanya minta RM400 semata-mata,” katanya.

Dia kemudiannya bertanya lanjut dan anaknya itu menjelaskan sesi temuduga itu berlangsung di sebuah bilik hotel di Sungai Besar dengan dua penemuduga duduk di atas katil, sementara lima pemohon dipanggil serentak masuk ke dalam bilik hotel berkenaan.

Aifa memberitahu, dia kemudiannya ‘memasang umpan’ dengan meminta anaknya itu menghubungi salah seorang penemuduga kononnya tiga lagi rakannya berminat untuk bekerja di syarikat berkenaan.

“Selepas tahu mereka (penemuduga) berada di sana, saya dan anak terus ke hotel dan bila sampai saya terus naik ke tingkat satu dan jumpa dua lelaki di koridor luar.

“Bila saya tanya, mereka banyak berdalih termasuk gagal buktikan mereka daripada syarikat perkapalan berkenaan,” katanya.

Aifa menjelaskan, anaknya itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar, pada hari sama.

Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya menyedari ditipu selepas salah seorang rakannya menghubunginya memaklumkan tiga lelaki itu diberkas polis.

“Saya sempat bayar RM400 masa temuduga tu, mereka kata kononnya nak ubah kehidupan saya daripada pekerja kampung kepada berpendapatan tinggi.

“Tak sangka saya kena tipu. Saya harap polis dapat ambil tindakan tegas...sanggup mereka songlap duit orang yang amat memerlukan pekerjaan,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd Farid Abd Rahman, 37, berkata, dia nyaris ditipu, namun akibat syarat-syarat tidak logik dikenakan, dia mula berasa sangsi terhadap lelaki terbabit.

“Dalam surat tawaran kata kena bayar RM300 saja, tapi bila saya sampai sana (tempat temuduga), mereka minta RM400 pula.

“Saya jadi keliru dan ambil keputusan tak mahu bayar dan balik ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian itu sambil memberitahu tiga suspek berusia 61, 65 dan 66 itu ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Polis masih jalankan siasatan lanjut berhubung kes ini. Sidang media mengenainya akan diadakan Isnin ini,” katanya.

Semalam, video berdurasi 1:59 saat menunjukkan tiga lelaki yang sedang duduk di kerusi panjang di sebuah hotel di Sungai Besar dipercayai baru sahaja ‘kantoi’ selepas kegiatan mereka menipu pencari kerja disebar di Facebook.

Seramai 17,000 menonton video itu, manakala sebanyak 164 perkongsian dan mendapat sebanyak 304 'like' pada sebuah akuan Facebook popular di Sungai Besar.
-sinarharian

Ustaz Kazim dimasukkan ke hospital


Ipoh – Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias dimasukkan di sebuah hospital swasta selepas mengadu penat dan tidak sihat di rumahnya, di sini, hari ini.

Rakan baiknya, Lim Yean Meng, 55, berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya pada jam 7.30 pagi sebelum Mohd Kazim dibawa ke wad kecemasan hospital berkenaan pada jam 8 pagi untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, Mohd Kazim dijadualkan untuk merasmikan majlis graduasi Tadika Nurul Barakah serta menyampaikan ceramah agama di Pusat Pendidikan Al Barakah pagi ini.

“Bagaimanapun, kesihatan beliau (Mohd Kazim) tidak mengizinkannya untuk menghadiri majlis tersebut dan perlu dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kelmarin Mohd Kazim telah mengadakan ceramah perdana bertajuk ‘Dosa Yang Diviralkan’ di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan Khamis lalu di Mini Stadium Pendang, Kedah.

Sementara itu, menerusi Facebook rasmi beliau Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias yang dimuat naik tiga jam lalu berkata, Mohd Kazim telah dikejarkan ke hospital pagi tadi.

“Pemeriksaan sedang dijalankan. Mari kita sama-sama berdoa mohon Allah melindungi beliau dan memberi kesembuhan.

“Buat masa sekarang pelawat tidak dibenarkan melawat,” katanya. – Sinar Harian

Guru sekolah menengah ditahan edar dadah

MIRI: Polis Lawas menahan seorang guru sekolah menengah yang disyaki mengedar dadah jenis syabu, petang semalam.

Ketua polis Lawas, DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berumur 33 tahun itu ditangkap bersama seorang lelaki berusia 36 tahun dalam sebuah kereta di Jalan Merapok, Lawas, pada jam 5.50 petang semalam.

“Berdasarkan siasatan kami, dadah itu tidak dijual kepada pelajar di sekolah, tempat suspek mengajar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata, dadah itu dijual di daerah tanah tinggi Long Bawan, Indonesia.

“Kami mengesan dan memantau pergerakan mereka kira-kira 4 bulan,” katanya sambil menambah kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Punang, Berayong Lawas itu juga didapati positif amfetamina.

“Ketika polis menangkap mereka, 1 paket syabu seberat 27.7 gram yang dianggarkan bernilai RM4,000 didapati tersembunyi di dalam tempat letak tangan kenderaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Guru-guru Sarawak (STU) terkejut dengan penahanan guru itu kerana ia boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Presiden STU, Jisin Nyud berkata, kesatuan itu sedia bekerjasama dengan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi masalah dadah

Sanjeevan dakwa polis rosakkan rumahnya ketika serbuan

Nawar Firdaws
KUALA LUMPUR: Datuk R Sri Sanjeevan membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis yang didakwa merosakkan sebahagian rumahnya dalam serbuan pada Rabu lalu.

Pengerusi MyWatch itu berkata, anggota polis terbabit tidak memohon maaf atas tindakan “kurang ajar” mereka merosakkan sengkuap tempat letak keretanya.

Katanya, beliau membuat laporan di Balai Polis Kajang, semalam.

“Saya berharap tindakan akan diambil terhadap anggota-anggota ini, walaupun jika anda lihat kembali bagaimana semua laporan dahulu saya diabaikan, peluangnya tipis.

“Tetapi, saya masih berharap. Saya juga dalam proses berbincang dengan peguam saya untuk melihat jika saya perlu meneruskan tuntutan mahkamah untuk mendapatkan ganti rugi,” katanya kepada FMT.

Beliau menganggarkan pembaikan akan menelan belanja lebih RM2,000.

Sebuah BMW EX6 berwarna merah, 3 motosikal Demak EX90 dan sebuah motosikal Yamaha Ego disita dalam serbuan yang dijalankan 2 pegawai polis dan 10 anggota Skuad Taktikal Khas 3 yang menyiasat Sanjeevan di bawah Seksyen 45 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Menurut Sanjeevan, tindakan itu menyebabkan beliau tiada kenderaan untuk digunakan.

Beliau bagaimanapun cuba melihat keadaan dari sudut positif, seperti peluang bercakap dengan pemandu Grab mengenai masalah dalam pasukan polis ketika ini.

“Hari ini sahaja, saya ada 2 pemandu berkongsi pengalaman buruk mereka dengan polis. Mereka sendiri menyaksikan perbuatan rasuah.”

Sanjeevan berdepan sekurang-kurangnya 14 pertuduhan jenayah, termasuk pemalsuan, penipuan, fitnah dan pengubahan wang haram.

Kali pertama beliau ditahan pada 22 Jun lalu atas dakwaan memeras ugut “wang perlindungan” RM25,000 daripada seorang pengendali perniagaan nombor ekor.

15 Ijazah Yang Paling Tidak Laku Untuk Diambil Bekerja

Tranungkite
Kebiasaannya kita jarang melalui dilema dalam pemilihan cita-cita kerana sejak kecil kita telah menanam minat terhadap kerjaya pilihan. Namun begitu keputusan peperiksaan pasti akan mempengaruhi perjalanan seterusnya ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Ketika itulah kita akan bingung memikirkan apakah jurusan yang sepatutnya diambil yang selari dengan keputusan peperiksaan kita.

Kita takut jika tersalah pilih jurusan, pastinya ia akan mempengaruhi perjalanan hidup kita yang seterusnya pula. Oleh itu, kami mahu anda elakkan 10 jurusan ini yang dikategorikan sebagai tidak berguna oleh Business Insidersebagai panduan. 10 jurusan ini dipilih berdasarkan fakta, bukan auta semata-mata.

Maklumat ini diekstrak daripada laporan Hard Times to Better Times 2015 yang melibatkan analisa jurusan, pengangguran, dan pendapatan sewaktu musim kemelesetan ekonomi. Sumber data diperolehi dari American Community Survey. Ia melibatkan data dari tahun 2009 hingga 2012 di Amerika dengan 100 responden bagi setiap jurusan.

Kajian ini membandingkan orang yang memiliki ijazah sahaja iaitu graduan kolej dengan orang yang memiliki ijazah kedua seperti Master, PhD dan Bachelor (sekiranya dia telah membuat Associates degree) yang dikenali sebagai graduan berijazah di Amerika Syarikat.

10. Jurusan Keadilan Jenayah dan Perlindungan Kebakaran
Seseorang yang memiliki ijazah dan pengalaman di dalam bidang ini mendapat 19% lebih pendapatan daripada seorang graduan kolej. Kadar pengangguran didapati 18% lebih rendah. Secara purata graduan kolej berpengalaman mendapat pendapatan purata $63,000 setahun berbanding graduan ijazah berpengalaman iaitu $75,000 setahun secara purata. Kadar pengangguran dalam jurusan ini bagi graduan kolej ialah 4% dan graduan ijazah ialah 3.3%.

9. Jurusan Sains Komputer
Graduan berijazah dan berpengalaman mendapat 15% lebih pendapatan daripada seorang graduan kolej, dan kadar pengangguran adalah 20% lebih rendah. Secara purata, graduan kolej mendapat $93,000 setahun dan graduan ijazah yang berpengalaman mendapat $107,000 setahun. 4% daripada graduan kolej menjadi penganggur dan 3.2% daripada pemegang ijazah yang berpengalaman juga menganggur.

8. Jurusan Komunikasi dan Media Massa
Graduan berijazah dan berpengalaman mendapat 19% lebih pendapatan daripada seorang graduan kolej, dan kadar pengangguran adalah 16% lebih rendah. Secara purata, graduan kolej mendapat $63,000 setahun dan graduan ijazah yang berpengalaman mendapat $75,000 setahun. 5.7% daripada graduan kolej yang mempunyai pengalaman menjadi penganggur dan 4.8% daripada pemegang ijazah yang berpengalaman juga menganggur.

7. Jurusan Kejuruteraan Kimia
Seseorang yang memiliki ijazah dan pengalaman di dalam bidang ini mendapat 13% lebih pendapatan daripada seorang graduan kolej. Kadar pengangguran didapati 21% lebih rendah. Secara purata graduan kolej berpengalaman mendapat pendapatan purata $104,000 setahun berbanding graduan ijazah berpengalaman iaitu $118,000 setahun secara purata. Kadar pengangguran dalam jurusan ini bagi graduan kolej berpengalaman ialah 2.8% dan graduan ijazah berpengalaman ialah 2.2%.

6. Jurusan Kejuruteraan Awam
Pendapatan graduan ijazah yang berpengalaman adalah 14% lebih tinggi berbanding graduan kolej, dan kadar pengangguran didapati 18% lebih rendah. Secara purata, graduan kolej berpengalaman memiliki pendapatan $91,000 setahun dan graduan ijazah berpengalaman memiliki pendapatan $104,000 setahun. 4% graduan kolej berpengalaman adalah penganggur dan 3.2% adalah graduan ijazah berpengalaman yang mengalami pengangguran.

5. Jurusan Kerja Sosial/Kebajikan/Kemasyarakatan
Graduan berijazah dan berpengalaman mendapat 9% lebih pendapatan daripada pendapatan graduan kolej, dan kadar pengangguran adalah 22% lebih rendah. Secara purata, graduan kolej mendapat $44,000 setahun dan graduan ijazah yang berpengalaman mendapat $58,000 setahun. 5% daripada graduan kolej yang mempunyai pengalaman menjadi penganggur dan 3.9% daripada pemegang ijazah yang berpengalaman juga menganggur.

4. Jurusan Seni Komersil dan Rekabentuk Grafik
Menurut data dari tahun 2010 hingga 2011, pendapatan graduan ijazah yang berpengalaman adalah 16% lebih tinggi berbanding graduan kolej, dan kadar pengangguran didapati 10% lebih rendah. Secara purata, graduan kolej berpengalaman memiliki pendapatan $56,000 setahun dan graduan ijazah berpengalaman memiliki pendapatan $65,000 setahun. 7.1% graduan kolej berpengalaman adalah penganggur dan 6.4% adalah graduan ijazah berpengalaman yang mengalami pengangguran.

3. Jurusan Komputer dan Sistem Informasi
Pendapatan graduan ijazah yang berpengalaman adalah 21% lebih tinggi berbanding graduan kolej, dan kadar pengangguran didapati 6% lebih tinggi. Secara purata, graduan kolej berpengalaman memiliki pendapatan $76,000 setahun dan graduan ijazah berpengalaman memiliki pendapatan $92,000 setahun. 4.7% graduan kolej berpengalaman adalah penganggur dan 5% adalah graduan ijazah berpengalaman yang mengalami pengangguran. Data diambil dari tahun 2010 hingga 2011.

2. Jurusan Pemasaran dan Kajian Pasaran
Seseorang yang memiliki ijazah dan pengalaman di dalam bidang ini mendapat 31% lebih pendapatan daripada seorang graduan kolej. Kadar pengangguran didapati 19% lebih tinggi. Secara purata graduan kolej berpengalaman mendapat pendapatan purata $72,000 setahun berbanding graduan ijazah berpengalaman iaitu $94,000 setahun secara purata. Kadar pengangguran dalam jurusan ini bagi graduan kolej ialah 4.3% dan graduan ijazah ialah 5.1%.

1. Jurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Perjawatan
Menurut data dari tahun 2009 hingga 2012, pendapatan graduan ijazah yang berpengalaman adalah 23% lebih tinggi berbanding graduan kolej, dan kadar pengangguran didapati 19% lebih tinggi. Secara purata, graduan kolej berpengalaman memiliki pendapatan $62,000 setahun dan graduan ijazah berpengalaman memiliki pendapatan $74,000 setahun. 5.7% graduan kolej berpengalaman adalah penganggur dan 6.8% adalah graduan ijazah berpengalaman yang mengalami pengangguran.

Walaupun artikel ini bertumpu kepada graduan kolej dan graduan berijazah, para lepasan SPM boleh jadikan ia panduan untuk merancang masa depan pendidikan dan kerjaya graduan yang bakal diselusuri kelak.

Apakah jurusan anda? Adakah ia jurusan tidak berguna atau sebaliknya ketika musim gawat?

Nota Editor : Data kajian dari American Community Survey ini hanya tertakluk pada ruang lingkup masyarakat di Amerika Syarikat. Walaubagaimana pun, ia boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan kita dari memohon jurusan-jurusan yang tidak kalis kegawatan ekonomi. Konklusi akhir adalah berdasarkan perspektif anda.

TERHARU!!! Air mata menitis dalam pertemuan Kak Wan-Tun Siti (Gambar)






Isteri perdana menteri keempat Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini mengunjungi Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.

Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut hadir, berkata pertemuan itu sungguh menyentuh perasaan.

Malah, katanya, air mata turut berguguran dalam pertemuan dua sahabat lama itu – sebelum suami mereka menjadi seteru politik.

"Peringkat awal (pertemuan) nampak menyentuh perasaan, Kak Wan (Wan Azizah) peluk dan salam dengan Tun Siti, menitis air mata (suasana) jadi sangat menyentuh perasaan.

"Tun Siti duduk lama sejam 45 minit adalah di rumah Kak Wan, banyaklah sembang singkap kisah-kisah lama," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, suami mereka – dua tokoh politik negara – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan politik tanah air apabila mereka kembali bersalaman selepas 18 tahun bermusuh.

Kedua-dua pemimpin itu kini berkongsi pendirian politik untuk menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Khairuddin berkata, pertemuan itu cukup baik dan terbaik telah mencatatkan satu lagi sejarah selepas Mahathir bersalaman dengan Anwar sebelum ini.

"Tadi Kak Wan (Azizah) dengan hati yang besar, jiwa yang besar menerima kunjungan Tun Siti.

"Lepas itu Tun Siti bawa buku memoir beliau untuk Kak Wan. Kak Wan pula bagi produk susu kambing, dia kata bagus untuk tulang dan kesihatan Tun Siti," jelasnya.

Tambahnya lagi, pertemuan itu merupakan detik pertemuan dua tokoh yang lama terpisah.

"Kak Wan sangat berjiwa besar. Mungkin kedua-dua mereka masing-masing saling merindui dan singkap kisah-kisah lama," katanya yang menemani Tun Siti sepanjang pertemuan itu
-malaysiakini


Pasangan tak tahu malu melakukan seks ditepi tingkap untuk ditonton (Gambar)

Tanpa rasa malu, pasangan ini melakukan seks di tingkap meskipun mereka menyedari perbuatan berkenaan telah dirakamkan dan disaksikan oleh orang ramai ketika mereka menginap Motel One di London.

Pasangan itu dalam keadaan bogel ketika itu dan perbuatan mereka turut disaksikan oleh pekerja sebuah syarikat yang terletak di bangunan bertentangan.

Aksi memalukan itu mengambil masa selama 20 minit sebelum pasangan terbabit beredar dari situ.

Dalam pada itu, jurucakap hotel berkenaan memberitahu perkara itu tidak akan disiasat memandangkan mereka berada di dalam bilik sendiri.

“Apa yang kami perlu kata. Ia adalah bilik hotel. Kami tidak boleh memberikan komen terhadap tingkah laku tetamu,’’ katanya.

Sementara seorang pekerja di hotel tersebut memberitahu perbuatan memalukan itu bukan sesuatu yang mereka saksikan di hotel berkenaan setiap hari dan mereka sendiri tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan.

“Ia dirakamkan minggu lepas dan sejak Isnin lalu, ia tersebar menerusi Whatsapp kepada semua pekerja hotel ini,’’ katanya yang menyifatkan pasangan itu sengaja berbuat demikian kerana mereka tahu kelibat mereka diperhatikan
-kualalumpurpost

Guru didakwa rogol murid ditempatkan di PPD

Putrajaya – Guru disiplin yang dituduh merogol tiga murid di sebuah sekolah di Telupid, Sabah masih tidak dibenarkan kembali bertugas di sekolah dan kini diletakkan di bawah pengawasan khusus kementerian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau menjelaskan guru berkenaan berusia 53 tahun kini ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan terhadap pertuduhan tersebut selesai terutamanya oleh pihak polis.

“Kami tidak akan benarkan beliau ditempatkan di sekolah,” katanya berhubung laporan mengenai waris kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun terbabit yang mendakwa guru berkenaan telah kembali bertugas di sekolah berkenaan.

Guru itu dilepaskan dengan jaminan polis.

Sin Woon‎ bercakap dalam sidang media selepas menutup Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Beliau turut mengulas saranan beberapa pihak, antaranya ibu bapa mangsa dan anggota Parlimen yang mahu tindakan lebih keras dikenakan berbanding hanya memindahkan guru itu ke sekolah lain.

Sin Woon berkata guru terbabit tidak boleh dibuang kerja selagi kesalahannya tidak dibuktikan mengikut undang-undang walaupun kementerian mempunyai kuasa untuk memecat kakitangannya yang melakukan kesalahan. 
-Bernama

Kejadian misteri di laluan Kampung Sg Lakit (Gambar)

AKMALIAH RAZAK
Kesan calar pada kereta.
GUA MUSANG - Kejadian misteri di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, bukanlah perkara baharu, malah ia sudah kalis menjadi bahan mulut pengguna jalan raya ini.

Terbaharu, pemilik akaun Facebook, Amin Hussin, menceritakan kejadian yang dialaminya di sekitar jam 10.30 malam di antara Kampung Sungai Lakit, sebelum tiba di Kesedar Paloh.

Ceritanya, sampai di lokasi berkenaan, kereta yang dipandu tiba-tiba gelap di bahagian tingkap belakang sehingga langsung tidak nampak bahagian belakang.

"Saya jadi bingung, berulang kali saya tekan brek untuk lihat bias cahaya tapi gagal. Cepat-cepat saya kejar kereta jenis Proton Exora di hadapan saya, tiba-tiba kereta saya terasa amat berat.

"Walaupun saya tekan minyak sekuat hati, kelajuan tetap perlahan. Allahuakbar, saya dan isteri rasa panik, bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang bonet kereta sangat jelas. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu.

"Pintu di bahagian penumpang macam ada sesuatu ingin merobek dan seperti ingin dibuka oleh sesuatu. Semakin kuat ayat suci Al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya," jelasnya.

Tambahnya lagi, setibanya di Paloh, keadaan kembali seperti biasa namun 'kesan' yang ditinggalkan itu cukup jelas kelihatan.

"Syukur Ya ALLAH, kerana selamatkan kami sekeluarga dari gangguan yang tidak diingini berlaku. Sampai di rumah, memang jelas ada kesan calar pada bumbung dan bonet belakang kereta.

"Nasib baik saya tidak lalai dan dapat meneruskan hingga selamat tiba ke destinasi. Kejadian ini kali kedua kami alami dan kejadian pertama lagi dahsyat. Untuk pengguna jalan ini, hati-hati  memandu. Zikir ALLAH dan azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa," katanya.
-sinarharian

Video viral: 'Kalau tak nak derma pun, tak payah lah tampar'

Sedutan rakaman yang viral di laman Facebook.
RAKAMAN seorang lelaki mendakwa seorang pengutip derma menipu dan menamparnya viral di laman Facebook hari ini.

Seorang pelayar yang memuatnaik video berkenaan mendakwa kejadian berkenaan berlaku di hadapan sebuah bank di Kuala Kangsar.

Menurut laporan portal tempatan, lelaki terbabit pada mulanya memarahi pengutip derma berkenaan yang mendakwa mengutip derma untuk pembukaan pondok agama dan jualan tanah wakaf.

Pengutip derma tersebut menafikan dia menipu untuk mengutip derma, selain mendakwa dirinya adalah wakil dari jabatan agama.

Walau bagaimanapun, lelaki yang memarahinya mempertikaikan kesahihan 'cerita' pengutip derma tersebut.

Lelaki itu kemudian menampar pengutip derma berkenaan sambil mencabar pengutip derma terbabit datang semula dan membawa wakil pejabat agama.

Video berkenaan yang dikongsi lebih 3,000 pelayar menarik reaksi berbeza.

Segelintir pelayar menganggap lelaki berkenaan bertindak keterlaluan dengan menampar pengutip derma terbabit.

"Tak mau derma sudah...tak payah la tampar," kata Mohd.

"Kesiannya. Kalau taknak derma, tak payah la layan. Jalan je," kata Shahirah.

"Saya (bagi) viral sebab hak menghukum bukan pada kita. Kita derma pahala sedekah kita dapat. Tu bahagian kita. Kemana duit sedekah tu pergi, tu urusan dia dengan ALLAH," kata individu yang memuatnaik video berkenaan.

Mahkamah diberitahu Jho Low bayar bekas pegawai bank RM1.5j setahun

Bekas pegawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei, dibaya S$500,000 (RM1.5 juta) setahun oleh ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, kata seorang saksi di Singapura semalam.

Memberi keterangan di mahkamah bekas ketua Yeo, Kevin Swampillai, berkata dia pernah bertanya kepada lelaki terbabit mengenai bayaran diterimanya daripada Low - atau lebih dikenali dengan nama Jho Low.

Kata Swampillai soalan itu ditanyakannya selepas Yeo meninggalkan bank berkenaan pada Jun 2014 untuk bekerja dengan Jho Low.

Memetik kata-kata Yeo, Swampillai berkata jumlah bayaran berkenaan adalah lebih tinggi daripada apa yang diperolehinya di Bank BSI Singapura.

Laporan The Edge menyatakan Yeo kini dibicarakan atas empat tuduhan mengganggu saksi - termasuk Swampillai yang bekerja dengan Bank BSI Singapura sebelum dia menganggur kerana bank berkenaan digantung.

Secara keseluruhan Yeo berdepan 11 tuduhan, termasuk penggubahan wang haram dan penipuan. Bagaimanapun tuduhan lain akan dibicarakan secara berasingan pada April tahun depan.

Yeo adalah warganegara Singapura manakala Swampillai rakyat is a Malaysia.

Peguam Yeo, Philip Fong, dilaporkan cuba menggambarkan Swampillai sebagai ahli bank yang lebih berpengalaman saksi berusia 52 tahun itu menegaskan Yeo adalah pihak yang serta-merta mengiktiraf potensi "kerjasama" mereka.

Antaranya termasuk mengenai pengurusan akaun milik Brazen Sky bernilai AS$2.3 bilion daripada dana berkaitan 1MDB.

Swampillai dilaporkan tidak bersetuju dengan hujah Fong yang cenderung mencadangkan Yeo bersikap pasif dalam urusan berkenaan.

Sebaliknya Swampillai memberitahu Yeo "adalah peserta aktif dalam perbincangan itu" dan "melompat" pada cadangan berkenaan.

Malah Swampillai dilaporkan berkata dia menyifatkan Yeo sebagai individu yang mahir dalam membina kepercayaan.

"Kami bersetuju lebih awal, struktur keseluruhan proses itu akan melibatkan beberapa syarikat, syarikat perantara, aliran dana, dan Yeo melaksanakannya.

"Saya tidak bersetuju dengan tanggapan keseluruhan bahawa Yeo adalah robot yang mengambil arahan daripada saya pada setiap masa," katanya.

Swampillai juga dilaporkan memberi keterangan bagaimana dia dan Yeo bertemu selepas mereka menjadi perhatian Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura (CAD) yang menyiasat skandal 1MDB.
-malaysiakini

Satu lawan satu: Pakatan Harapan jangan "dikencing" kali kedua.

MUAMMAR QADDAFI
Pakatan Harapan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya.

Setelah Pas hampir pasti dipermainkan Umno dalam usaha mereka membawa usul pindaan RUU355 diparlimen telah keluar kenyataan yang agak "pelik" daripada pemimpin Pas tentang kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Umno Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.

Ironinya, kurang sebulan dari hari ini, Mursidul Am Pas Hashim Jasin sebagai mana dilaporkan portal Bernama pada 13 oktober lalu menegaskan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pru yang akan datang tetapi beberapa hari lalu individu yang sama mengeluarkan kenyataan sudi bekerjasama walaupun dengan DAP untuk berhadapan dengan Umno.

Sebelum itu juga telah viral satu video sedutan ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa jika mereka lawan Umno, maka bukan islam akan memerintah dan mudaratnya lebih besar, namun hairannya bagaimana kali ini Ustaz Hadi boleh mengeluarkan kenyataan setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang mana lawannya adalah Umno?

Pendek kata, sebelum usul 355 hampir pasti gagal dibahaskan di parlimen, sikap Pas terhadap Pakatan Harapan adalah 360° berbeza dengan sikap mereka hari ini.

Pemimpin Pakatan harus jelas, bahawa perubahan drastik ini berlaku selepas Pas rasai ditipu Umno buat kesekian kalinya walaupun sebelum ini dinasihati berulang kali oleh parti pembangkang lain untuk berwaspada dengan helah Umno yang ingin memecahkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat telahpun terkubur dek kerana keangkuhan Pas enggan menerima nasihat rakan Pakatan bahkan Pas sendiri berpecah kerananya sehingga tertubuhnya Amanah, lalu apabila mereka ingin cuba kembali setelah berjaya merosakkan Pakatan Rakyat, ada pimpinan Pakatan Harapan teruja dan menerimanya begitu sahaja?

Tidak Boleh! Pas mungkin rela "dikencing" Umno berkali kali namun adakah pemimpin Pakatan Harapan rela untuk dikencing Pas buat kali kedua?

Jangan begitu, Pakatan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya itu tinggi,bayangkan jika Pas bersama Pakatan berhadapan BN pada Pru14, Pakatan dan BN masing masing mendapat jumlah kerusi yang hampir sama dan Pas memenangi beberapa kerusi yang menjadikan mereka ada kuasa penentu "king maker" untuk membentuk kerajaan, dibimbangi mereka akan sekali lagi memporak perandakan pembangkang dengan meminta kedudukan yang tidak selayaknya untuk mereka jika Pakatan ingin mendapatkan sokongan mereka, dan akan berpaling kepada Umno sekiranya Pakatan enggan menurutinya, bukankah ini akan merugikan Pakatan itu sendiri?

Pas juga punyai rekod lama khianat sebelum pilihanraya dimana telah berlaku pertindihan calon di kerusi milik PKR menyebabkan PKR kalah disemua kerusi tersebut termasuklah BN berjaya merampas dun Kota Damansara.

Kedua analisis senario ini adalah berasas apabila Pas juga mempunyai rekod sebagaimana didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang sewaktu beliau menjadi naib presiden Pas tidak seberapa lama dahulu bahawa beliau dihubungi pemimpin tertinggi Pas untuk membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menubuhkan kerajaan perpaduan melayu islam bersama Umno pada ketika itu.

Pemimpin Pakatan Harapan wajar berfikir 7 kali sebelum mula memikirkan untuk bekerjasama dengan Pas,dan fikir lagi 7 kali sebelum bertindak melakukan kerjasama, dan jika ia dilakukan sekalipun haruslah dengan cermat dan berhati hati bimbang Pakatan mungkin dikencing buat kali kedua.

Kami buka pintu, bila masuk jangan kacau

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya sudah lama membuka pintu perbincangan untuk mewujudkan pertembungan satu lawan satu antara pembangkang dan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“PAS dah lama buka pintu (perbincangan), cuma bila masuk pintu jangan kacau dalam rumah.

“Jangan kacau dalam rumah kami,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Hadi berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan PAS berbincang dengan DAP.

Ini susulan kenyataan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin bahawa parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang lain untuk pilihan raya depan.

Hashim turut berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.

Dalam sidang media berasingan, Ketua Pemuda PAS pula Nik Abduh pula menyambut baik kenyataan Hashim.

Bagaimanapun katanya perkara itu masih lagi dalam perbincangan.

“Itulah yang terbaik cuma bagaimana nak pastikan satu lawan satu dengan pembangkang itu masih dalam perbincangan.

“Kenyataan mursyidul am pada asasnya begitu, satu lawan satu adalah terbaik, semua dalam proses perbincangan,” katanya.

Mungkin 12 November

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata perbincangan tersebut mungkin akan dibuat ketika majlis konvensyen mereka pada 12 November depan.

Katanya, jemputan telah pun dihantar kepada parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS.

Jelasnya, BERSATU telah pun memberi khabar positif akan hadir ke konvensyen tersebut manakala PAS masih belum menjawab jemputan itu.

“Bagi saya mudah kerana pendirian saya dari awal, ia mesti satu lawan satu, bentuk rundingan itu semua perlu berada dalam satu gabungan politik,bersatu pun akan buat keputusan, PAS pun boleh buat.

“Reaksi dan kenyataan mursyidul itu adalah berita yang baik kerana ada keterbukaan di sebelah PAS untuk berunding.

“BERSATU telah beri reaksi yang positif akan hadir konvensyen. Kita akan dapatkan maklum balas terkini dari PAS dan akan jemput sekali lagi PAS untuk akan bersama-sama dalam konvensyen,” katanya.

Terdahulu Ketua sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata konvensyen mereka akan memberi petunjuk terhadap barisan kepimpinan pembangkang untuk PRU14.

Katanya, mungkin ada persetujuan antara parti-parti HARAPAN dan di luar gabungan itu – yang akan memberi petanda secara tidak langsung berkaitan bentuk kepimpinan yang akan ditawarkan kepada rakyat.
-malaysiakini

Juruterbang melakukan kelucahan melampau dalam kokpit digantung tugas (Gambar)


Seorang juruterbang British Airways (BA) terima padah apabila digantung tugas selepas gambar-gambar yang memaparkan aksi lucahnya dalam kokpit, telah tersebar.

Dalam gambar itu, Colin Glover, 51, memakai stoking wanita manakala majalah lucah bersepah di depannya. Colin bagaimanapun menafikannya.

Gambar itu dipercayai dirakamkan dalam dua insiden berbeza, ketika beliau mengemudi pesawat untuk penerbangan jarak jauh dan dirakamkan pada waktu malam.

Salah satu gambar dirakamkan dalam pesawat 777, yang mempunyai kapasiti penumpang seramai 396 orang.

Meskipun Colin, yang dilahirkan di Windsor dan menetap di Dublin itu menafikannya namun dia tetap digantung tugas ketika siasatan dijalankan oleh BA.
Beliau yang mempunyai seorang anak itu telah berkhidmat untuk BA selama 26 tahun dan merupakan bekas graduan kejuruteraan awam dari Universiti Heriot-Watt pada 1987.

Dalam pada itu pakar penerbangan, Chris Yates ketika mengulas mengenai gambar berkenaan berkata, ia merupakan satu perbuatan yang merbahaya apatah lagi ketika itu ia separuh perjalanan.

“Tidak mungkin ia dirakamkan dalam simulator kerana berdasarkan lampu, ia memang dalam sebuah pesawat,’’ katanya.

Manakala juruterbang BA yang memberitahu Mail Online berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan sedang menyiasat termasuk sama ada gambar itu dirakamkan dalam simulator penerbangan atau pesawat.
-kualalumpurpost 

Bekas pengerusi SPR ini dilantik jadi naib presiden BERSATU (Senarai Majlis Pimpinan Tertinggi) Gambar


Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai naib presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selain itu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Abdul Kadir Jasin dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi.

Mursyidul Am NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) turut dilantik menganggotai majlis sama.
-malaysiakini
-------------

Bersatu umum senarai penuh MPT
Bersatu umum senarai penuh MPT Bersatu umum barian penuh Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT) hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ASRIL ASWANDI SHUKOR
PUTRAJAYA - Parti Bersatu hari ini mengumumkan senarai rasmi Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, ia diisi oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tiga nama yang dipilih sebagai Naib Presiden ialah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan peguam, Datuk Abdul Rashid Asarin.

Sementara itu, Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh memegang jawatan Setiausaha Agung, Datuk Mohd Salleh Bajuri (Bendahari) dan Datuk Kamaruddin Mohd Nor (Ketua Penerangan).

Jawatan Ketua Srikandi pula dipegang oleh Anina Saadudin sementara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pemuda.

Sementara seramai 19 individu pelbagai latar belakang dilantik dan dipilih sebagai Ahli MPT Bersatu.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Muhyiddin berkata, tidak dinafikan ia memperlihatkan gandingan bekas ahli dan pemimpin Umno.

"Ini kerana mereka sudah tidak mahu menerima kepimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan masalah politik Umno yang dikatakan korup. Maka mereka berhijrah ke parti yang jauh lebih baik daripada Umno.

"Perkara ini mungkin tak boleh dielakkan sebab di peringkat bawah pun, sebahagian besar yang menyertai kita telah meninggalkan Umno. Kita amalkan dasar parti terbuka dan sesesiapa saja boleh sertai Bersatu," katanya./sinarharian

Apa motif sebenar Najib ,Rosmah dan Riza Aziz ke China? (Gambar)

Rafizi membangkitkan persoalan mengapa Riza Aziz berada dalam jet kerajaan di dewan rakyat

Satu gambar menyerupai anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang tiba di China dalam lawatan rasmi Perdana Menteri semalam mencetuskan persoalan orang ramai.

Bahkan, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga mempersoal kehadiran Riza yang namanya disebut dalam dokumen saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebelum ini.

"Kenapa anak tiri Perdana Menteri berada atas kapal terbang bersama Perdana Menteri?" soalnya yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu.

Riza yang pernah mendakwa dana 1MDB mencecah AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun yang boleh diaksesnya adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI itu dilihat antara salah seorang dalam rombongan ke China selama seminggu itu.

Gambar tersebut yang turut disiarkan dalam akhbar perdana hari ini menunjukan kelibat menyerupai Riza bersama Rosmah Mansor yang juga penaung Permata sedang menuruni tangga pesawat.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing semalam disambut Duta Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya dan isteri, Datin Fairos Ishak serta Naib Menteri Luar China, Liu Zhen Min.

Gambar kelibat Riza yang viral di media sosial itu turut mengundang pertikaian dalam kalangan netizen.

Antaranya, mereka mempersoalkan jawatan penerbit filem Hollywood, _The Wolf of Wall Street_ yang dianggap banyak pihak sebagai filem lucah itu dalam kerajaan sehingga membolehkannya turut serta dalam lawatan rasmi kerajaan.