Didenda kerana berbogel, hubungan seks di tempat awam


Lebih 70 orang didenda kerana berbogel atau melakukan hubungan seks di tempat awam di Magaluf, Sepanyol.

Pihak berkuasa tempatan melakukan operasi bagi menangani aktiviti kurang sopan dalam kalangan pelancong sejak Jun lalu.

Setakat ini, seramai 22 orang didenda kerana melakukan seks di tempat awam, dan 52 orang lagi disebabkan berbogel.

Memetik laporan Mirror, 46 orang telah didenda kerana mencabuli keselamatan awam.

Polis Sepanyol berkata: “Kita tidak akan bertolak ansur terhadap tingkah laku seperti ini, yang sememangnya tidak boleh diterima dan hanya mencemarkan percutian pelancong lain.”

Pada Jun lalu, pihak berkuasa tempatan mengumumkan 64 peraturan baharu terhadap destinasi percutian itu, termasuk larangan berjalan tanpa memakai baju di jalanan.

Individu yang melanggar mana-mana peraturan itu akan didenda antara 100 Euro (RM504) sehingga 3,000 Euro (RM15,119).
-kualalumpurpost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan