Pegawai tentera Indonesia arah tembak pembakar hutan

Reuters
JAKARTA: Seorang pegawai tentera Indonesia di wilayah Jambi semalam berkata beliau mengarahkan mana-mana orang yang sengaja membakar hutan ditembak, ketika pihak berkuasa berusaha memadamkan kebakaran yang menyebabkan asal tebal di rantau itu.

Lima wilayah Indonesia mengisytiharkan darurat kerana kebakaran hutan, menurut agensi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), dengan jumlah kawasan terbakar semakin meningkat di banyak kawasan sejak minggu lepas.

BNPB bekerjasama dengan agensi kerajaan lain, termasuk tentera, untuk mengawal kebakaran. Media Indonesia melaporkan pihak berkuasa di wilayah Sumatra Selatan turut mengeluarkan arahan serupa.

“Ini sebagai penekanan kepada masyarakat, yang sudah diberi amaran berulang kali,” kata Kolonel Refrizal, komander pasukan petugas khas kebakaran hutan. “Ini bagi menunjukkan ketegasan dan kesungguhan kami.”

Arahan itu akan dilaksanakan secara “bertanggungjawab,” kata Refrizal.

Jurucakap BNPB Sutopo Purwo Nugroho di Twitter berkata pasukan petugas khas Jambi berusaha memadangkan kebakaran di kawasan seluar 10 hektar.

Nugroho berkata pihak berkuasa mendapati satu kawasan di Jambi dibayar pemilik dengan “sengaja”.

Jumlah kawasan kebakaran meningkat kepada 239 pada 30 Julai, dari 173 kawasan 3 hari sebelumnya, menurut BNPB. Kawasan kebakaran kebanyakannya dikesan di Kalimantan, dan juga di Sumatra dan Jawa.

Agensi itu sebelum ini memberi amaran ancaman kebakaran hutan akan melarat, dengan kemuncak musim kering yang dijangka pada September.

Indonesia sering dilanda kebakaran hutan, yang mengakibatkan asap tebal terbawa ke negara jiran seperti Singapura dan Malaysia.

Kepulauan Asia Tenggara itu mengalami kebakaran hutan terburuk pada 2015, melanda Sumatra dan Kalimantan.

Bank Dunia, memetik data kerajaan, berkata 2.6 juta hektar tanah di Indonesia terbakar antara Jun dan Oktober 2015, menyebabkan anggaran AS$16 bilion kerosakan pada ekonomi.

Pengeringan tanah gambar, didoorong oleh peladangan kelapa sawit, menyumbangkan kepada jerebu akibat kebakaran, kata Bank Dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan