Bintang porno ini dibayar AS$130,000 supaya rahsiakan hubungan seks dengan Trump


Stephanie Clifford dilaporkan dibayar AS$130,000 (RM516,130) untuk merahsiakan skandal hubungan seksnya dengan Presiden Donald Trump. – Gambar WikiMedia, 13 Januari, 2018.

PEGUAM peribadi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membayar seorang bekas pelakon porno sebanyak AS$130,000 (RM516,130) sebelum pilihan raya 2016 bagi memastikan skandal hubungan seksnya dengan Trump tidak diketahui umum, lapor The Wall Street Journal (WSJ) semalam.

Seorang pegawai di Rumah Putih menafikan laporan terbabit di mana Stephanie Clifford berkata dia bertemu Trump di sebuah acara golf selebriti pada 2006, iaitu setahun selepas Trump mengahwini isterinya, Melania.

WSJ melaporkan Clifford yang menggunakan nama glamornya Stormy Daniels berkata, beberapa pertemuan berlaku selepas itu.

Michael Cohen yang lama berkhidmat sebagai peguam telah membayar Clifford pada Okotber 2016 - sebulan sebelum pilihan raya - di bawah perjanjian termasuk perjanjian tertutup, lapor akhbar itu.

"Ini laporan lama yang dikitar semula, diterbitkan dan telah disangkal sebelum pilihan raya," pegawai di Rumah Putih berkata.

Ketika kempen presiden berjalan, muncul sebuah rakaman video memaparkan Trump dengan bangganya berkata dia boleh meraba wanita sesuka hati.

Trump menafikan semua dakwaan itu sebagai pembohongan serta berkata komen yang dirakam itu palsu. Namun, bekas pengacara "Access Hollywood", Billy Bush berkata dia dan tujuh orang lain menjadi saksi kepada kenyataan lucah Trump itu. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan