Wanita maut dirogol, disumbat ‘car jack’

Seorang ibu kepada dua anak meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas perutnya terkoyak selepas dirogol. Svetlana Sapogova, 41, maut apabila disumbat dengan ‘car jack’ oleh seorang remaja berusia 19 tahun.

Car jack adalah sebuah alat pengangkat yang digunakan untuk mengangkat barang berat yang digerakkan dengan tangan.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Rusia. Ketika kejadian, mereka berada di dalam satu upacara pengebumian apabila suspek, Danil Cheshko menawarkan untuk menghantar Sveltana pulang.

Danil yang telah ditangkap oleh polis mengaku melakukan perbuatan tersebut dan selepas menyerang mangsa dengan ganas, dia meninggalkan mangsa untuk mati di dalam kereta.

Mayat Sveltana ditemui oleh orang ramai. Mereka menghubungi paramedik namun dia tidak dapat diselamatkan kerana kehilangan banyak darah.

Menurut rakan mangsa, Nadezhda, car jack itu ditemui di bahagian belakang kereta tersebut.

“Alat berlumuran darah dan kini sedang disiasat oleh polis. Svetlana kehilangan tiga liter darah.Perutnya terburai dan dia dibiarkan mati dalam kereta,’’ katanya.

Mangsa mempunyai dua anak berusia 13 dan 11 tahun.
-kualalumpurpost 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan