Wanita ditahan 'kerat anu' suami

New Delhi: Wanita ditahan polis kerana berkomplot mengupah orang untuk mengerat kemaluan suaminya selepas tidak tahan dengan perangai keji lelaki terbabit.

Malah, lelaki terbabit turut dipercayai melakukan gangguan seksual termasuk merogol anak saudaranya sehingga mengandung.

Wanita dikenali sebagai Ayesha, 45, itu ditahan bersama anak saudaranya itu, Nandini, 30 dan suaminya, Pawan Vishwakarma, 35, selepas mangsa, Dr Shafatullah Khan ditemui mati dibunuh dalam kejadian di Jabalpur, Madhya Pradesh pada Selasa minggu lalu.

Hindustan Times melaporkan, wanita terbabit dibantu mereka sebagai rancangan untuk balas dendam di sebuah rumah.

Bagaimanapun, Pawan kemudian mengarahkan dua lelaki yang diupah melaksanakan tugas itu supaya membunuh mangsa. Dua lelaki terbabit masih bebas dan kini diburu polis.

Jurucakap polis, Shashikant Shukla berkata, mangsa ditemui dengan 12 tikaman di dadanya manakala leher dan pergelangan tangan dikelar.

Katanya, Ayesha mengahwini mangsa pada 1991 tetapi lelaki itu kemudian menjalin hubungan dengan beberapa wanita termasuk gadis muda.

Dia memperdayakan beberapa orang kononnya dengan menawarkan pekerjaan sebagai jururawat sebelum merogol mereka.
 Polis menahan tiga orang selepas terbabit dalam kes pembunuhan doktor.
Ayesha mendakwa, suaminya pernah merogol Nandini ketika berusia 11 tahun menyebabkannya mengandung, namun perkara itu disembunyikan daripada pengetahuan keluarga untuk menutup malu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan