Syamsul Debat beri keterangan dakwaan kes melakukan seks oral dengan isreri orang

Dakwaan ganggu isteri orang: Penceramah bebas Syamsul Debat beri keterangan
MALAYSIA DATELINE
Dakwaan ganggu isteri orang: Penceramah bebas Syamsul Debat beri keterangan
Polis sudah merakamkan keterangan penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, penceramah berusia 41 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada 11 pagi dan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Katanya, Syamsul memberikan keterangan susulan laporan polis dibuat seorang lelaki dari Johor yang berusia 51 tahun Sabtu lalu.

“Polis sudah melengkapkan keterangan semua pihak iaitu Syamsul Debat, pengadu dan isteri pengadu yang berusia 39 tahun.

Polis setakat ini masih meneruskan siasatan,” katanya seperti dilaporkan Harianmetro semalam.

Ditanya sama ada kes ada kaitan dengan seteru politik atau kejadian benar-benar berlaku, beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut.

“Kita masih menyiasat dan akan merujuk Timbalan Pendakwa Raya sama ada dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya.

Akhbar pada 27 Mac lalu melaporkan Syamsul Debat pada sidang media di Rahang, Seremban memaklumkan terkejut apabila ada laporan mendakwanya mempunyai skandal dengan isteri orang.

Syamsul menafikan dakwaan itu malah tidak tahu apa isi kandungan dan siapa yang membuat laporan polis.

Beliau ditemani peguam, Datuk T Anandan tidak terfikir ada individu berdendam dengannya kerana setiap hari berinteraksi dengan ramai orang menerusi ceramahnya.

Pengadu dalam laporan polis mendakwa penceramah terbabit berkenalan dengan isterinya yang menetap di Johor Bahru melalui Facebook sebelum hubungan bertambah rapat apabila mereka sering berhubung melalui telefon.

Lelaki itu mendakwa pada hujung Disember tahun lalu, mereka bertemu di hotel di Seremban dan penceramah itu meminta wanita terbabit melakukan seks oral dan memberinya sejumlah wang.

Jika buruk bahasa hodohlah pemimpin

"Ombak Melayu pada pilihan raya kali ini bermula dari Johor. Bangsa Johor akan memulakannya!
"Pilihan raya lepas walaupun kemaraan parti pembangkang menghimpit Umno hingga ke Tambak Johor, Pakatan Rakyat gagal.

"Biarpun Salahuddin sanggup meninggalkan kubunya di Kelantan, PKR diperkukuhkan dengan kehadiran tokoh Abim Idris Jauzi………"

Pidato anak muda berbaju merah bersimbol bunga raya itu memang nampak bergaya. Bertenaga dan panas. Pidatonya disambut dengan semangat dan laungan "Hidup Tun! Hidup Tun! Hidup Tun!"

Tan Sri Muhyiddin Yassin tersenyum meleret. Puas.

Johor negeri tempat keputeraan Umno - iaitu sebuah parti Melayu - pada 1946. Umno dilahirkan di dalam istana dan diarak pemimpinnya keseluruh negara. Umno memang kuat di Johor.

PAS berjinak-jinak menanam padi pada sawah seluas sekangkang yang ada. Sayang padi tidak dituai, lalang pula yang tumbuh. Maka hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya.

Namun berkat kesabaran pemimpin PAS waktu itu, mereka mengorak langkah sedikit demi sedikit. Daripada memperoleh kemenangan tanpa bertanding di Senggarang pada pilihan raya umum (PRU) 2004, kemudian menang melalui pertandingan di tiga kerusi DUN.

Sifat seorang cikgu

Malam itu aku membelek-belek kajian terkini INVOKE. Ia adalah kajian yang melihatkan hampir 800,000 responden di seluruh negara. Justeru ia suatu kajian yang tidak boleh dipandang ringan. Nilai keabsahannya tinggi.

Peta Johor diwarnakan merah tanda negeri itu akan dikuasai oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) kali ini. PAS pula akan kehilangan dua daripada tiga kerusi yang dikuasainya. Satu kerusi memang sudah awal-awal dibawa pergi oleh bekas pesuruhjayanya yang kini menjadi orang nombor satu AMANAH di Johor, cikgu Aminolhuda Hassan.

Lama sudah aku kenal bekas cikgu matematik itu yang pernah belajar di United Kingdom. Beberapa tahun lalu kerap kami bertemu dan minum bersama. Sekarang agak jarang.

Sengaja selepas makan tengahari itu, aku mendail nombor telefonnya yang memang masih tersimpan dalam telefon bimbitku. Aku bercerita tentang sebuah kitab lama dari Johor. Aku minta supaya pemimpin membaca atau setidak-tidaknya memahami tentang sebuah kitab lama.

Dengan senang hati, cikgu Aminolhuda melayan khutbah pendek aku. Seorang cikgu memang begitu sifatnya - sabar dan mendengar.

"Tentang kitab?" tanya ADUN Parit Yaani itu apabila aku menyebutkan nama naskhah berkenaan.

Kitab itu ditulis pada 1878 di Singapura oleh anak Abdullah Munsyi. Muhammad Ibrahim Munsyi namanya. Kitab itu bertajuk Kitab Pemimpin Johor.

Anehnya apabila dibaca, ia bukanlah sebuah kitab politik tetapi sebuah karya yang memperkatakan nahu atau tatabahasa Melayu!

Apakah Muhammad Ibrahim khilaf dalam memahami penggunaan istilah "pemimpin"? Rasanya, tidak mungkin.

Apakah makna pemimpin pada kurun ke-19 berbeza dengan pemahaman kita pada masa kini? Tidak juga.

Bangsa pelaut yang hebat

Jika dirujuk beberapa karya terutamanya yang ditulis pada era yang lebih kurang sama, istilah "pemimpin" merujuk "ketua". Lihatlah, di dalam Kitab Suci iaitu terjemahan Bible Melayu yang diusahakan oleh H C Klinker pada 1879 dia menggunakan istilah pemimpin seperti di dalam petikan berikut:

"Turutlah orang yang menjadi pemimpinmu, dan tunduklah kepadanya". Maknanya pemimpin adalah seorang ketua.

Begitu juga di dalam A Malay English Dictionary susunan R J Wilkinson pada 1901 yang mencatatkan makna pemimpin sebagai "to lead by hand" dan "a mentor" atau "guide". Jelas Wilkinson mengambil tajuk kitab tulisan Muhammad Ibrahim.

Wilkinson menghuraikan makna istilah 'pemimpin' sebagai Johor Guide yang merujuk kepada "the name of a Malay grammar".

Mengapa Muhammad Ibrahim tidak menamakan kitabnya itu sebagai Kitab Panduan Bahasa Melayu atau apa-apa istilah yang berkaitan dengan bahasa?

Apakah rahsia di sebalik pemilihan istilah "pemimpin" sebagai tajuk buku tentang bahasa?

Jika dilihat beberapa tulisan tentang tatabahasa Melayu pada kurun ke-19 yang ditulis orang orang Barat, mereka menggunakan istilah "nahu". Penulisan terawal tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu ditulis oleh Francois Valentijn, John Crowford dan seorang paderi Swiss, G H Werndly.

Pada 1736, Werndly menulis sebuah buku yang bertajuk Maleische Spraakunst (Nahu Bahasa Melayu). Dia bekerja dengan Belanda di Sumatera dan sangat berminat terhadap manuskrip Melayu.

Sebanyak 69 manuskrip dihimpunkan dan senaraikannya dalam buku Maleische Spraakunst. Pada 1876, seorang Perancis L’Abbe P Faure menulis buku bertajuk Grammaire de la Langua Malaise (Kitab Ilmu Nahu Dari Bahasa Melayu).

Memang orang Melayu tidak menulis hukum-hukum berbahasa kerana hukum bahasanya disusun dalam adab dan adat. Tatabahasa orang Melayu lahir dari jiwa. Tidak direka untuk bermegah-megah sebaliknya kedengaran cukup mendalam, indah dan segar.

Orang asing terpaksa menulis tentang tatabahasa Melayu kerana mereka mahu memahami bahasa yang dimiliki oleh bangsa pelaut yang hebat ini.

Peribadi pemimpin teruk

Dengan memahami bahasa sesuatu bangsa, jiwa bangsa akan dapat diterokai dan difahami.

Sebenarnya jiwa bangsa Melayu tersimpan dalam bahasanya. Kukuh bahasa, megahlah bangsanya. Buruk bahasanya, lemahlah bangsanya.

Muhammad Ibrahim mempunyai pemahaman bahawa istilah "pemimpin" sebagai istilah "bahasa". Dia menggunakan istilah "pemimpin" sebagai "bahasa" kerana memahami bahawa bahasa adalah pemimpin.

Kitab itu mengandungi 23 bab pendek yang membincangkan sifat-sifat bunyi bahasa, penggunaan kata dan lain-lain tentang bahasa Melayu. Pada mukadimahnya, Muhammad Ibrahim menerangkan sebab beliau menulis buku Kitab Pemimpin Johor.

Sebab pertamanya ialah sebagai penambahan ilmu pengetahuan tentang bangsa Melayu. Keduanya, dia menulis "supaya menjadi pemimpin bagi tiap-tiap mereka yang belum sempurna pelajaran di dalam ilmu teks menulis Melayu".

Nyatalah syarat untuk menjadi pemimpin adalah memahami ilmu teks menulis dalam bahasa Melayu.

Sesuatu yang lebih menarik, Muhammad Ibrahim menyebutkan sebab terakhir dia menulis kitab itu. Katanya kitab tersebut akan menjadi panduan jika berlaku perselisihan faham atau pertengkaran antara mereka.

Baca Hamka dan rakaman kegagalan anak muda

Kini dengan dunia yang terbentang luas, kehidupan masyarakat dipadatkan dengan perselisihan atau pertengkaran yang sia-sia. Kebanyakan perselisihan atau pertengkaran akibat daripada penggunaan bahasa yang teruk. Itulah gambaran peribadi pemimpin yang teruk.

Mempunyai ketinggian bahasa adalah syarat utama menjadi pemimpin Melayu yang baik. Cakapnya tidak celupar, gelojoh dan kasar. Tulisannya indah, bermakna dan berkesan. Tingkahnya menyenangkan dan memperkukuhkan kebenaran.

Tahu berbahasa bukan sekadar mengetahui hukum berbahasa tetapi mengetahui bagaimana memimpin masyarakat adalah teras tertegaknya bahasa Melayu.

DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas penulis buku serta esei.

Pegawai Penyiasat dan anggota trafik terpaksa kutip cebisan daging (Gambar)

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

Pegawai Penyiasat dan anggota trafik IPD Tapah mengutip cebisan daging milik mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 325 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pagi tadi.
TAPAH - Seorang warga emas Orang Asli maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya hampir hancur digilis kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 325 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pagi tadi.

Kejadian kemalangan berlaku pada kira-kira jam 7.45 pagi itu, melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa seorang diri.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa dikenali sebagai Bah Dadu Bah Poas, 74, beralamat Rancangan Perumahan Awam III, Batu 2, Jalan Pahang, maut di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki telah hilang kawalan dan terbabas sebelum dilanggar oleh kenderaan lain.

“Akibat perlanggaran itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian dan badan mangsa hampir hancur digilis,” katanya.

Som Sak berkata, kejadian itu juga menyebabkan pegawai penyiasat dan anggota trafik terpaksa mengutip cebisan daging mangsa di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian selepas selesai bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Perogol diarak telanjang (Gambar)


Kedua-dua lelaki tersebut diarak tanpa seurat benang di timur laut India.
NEW DELHI- INDIA. Dua lelaki yang didakwa memperkosa remaja berusia 17 tahun diarak dalam keadaan berbogel dengan kedua tangan mereka terikat di belakang selain turut ditampar oleh penduduk wanita.

Mereka dipaksa berjalan di sepanjang jalan Yingkiong di timur laut India tanpa seurat benang sebelum diserahkan kepada polis.

"Orang awam yang berang dengan kedua-dua lelaki tersebut bertindak 'menghukum' mereka," kata Timbalan Inspektor Jeneral, John Neihlaia.

Menurutnya, mangsa bersetuju untuk keluar bersama salah seorang suspek selepas mengenalinya di media sosial.

"Dia dirogol oleh lelaki tersebut bersama tiga rakannya. Mangsa kemudiannya dihantar pulang pada jam 2 pagi (waktu tempatan) dan dia melaporkan perkara itu kepada polis pada keesokan harinya.

"Ahli keluarga dan jiran remaja perempuan itu bagaimanapun bertindak awal menangkap kedua-dua lelaki terbabit. Kami masih memburu dua lagi suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an," ujarnya.

Difahamkan, penduduk kampung di negeri Arunachal Pradesh telah menggunakan 'hukuman' seperti itu ke atas perogol sebelum ini.

Bulan lalu, seorang lelaki yang memperkosa budak perempuan berumur lapan tahun turut diarak di sepanjang bandar Daporijo. - Daily Mail

Kunci Wisma Darul Iman di tangan pengundi atas pagar

Apabila berlakunya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 beberapa faktor penting perlu diambil kira terutamanya pengundi atas pagar.
Pertama, kekuatan sesebuah parti yang bertanding sama ada di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau juga kerusi parlimen.

Kedua, kecenderungan pengundi senyap dan bukan anggota parti. Mereka inilah yang menjadi kumpulan penentu dan mempengaruhi nasib sesuatu parti.

Di Terengganu - mengikut kajian-kajian sebelum ini - pengundi atas pagar dianggarkan seramai antara 27 hingga 31 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi. Jumlah keseluruhan pengundi di Terengganu ialah 737,940 orang.

Jumlah itu mungkin berubah sekiranya daftar pemilih baru untuk PRU ke-14 susulan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat semalam diumumkan. Ia dijangka diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata parti politik diminta memaklumkan kepada penyokong mereka untuk membuat semakan sebaik saja badan itu mengeluarkan senarai pemilih yang disahkan.
Di Trengganu, sebelum ini parti yang dilihat kuat hanyalah BN – Umno dan MCA – manakala di sisi bertentangan ialah PAS.
Tetapi pada PRU ke-14 ini kedudukan sudah berubah.

Umno dan PAS yang dilihat sebagai parti tradisi kini terpaksa bergelumang dalam gelanggang baru untuk berdepan dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang kini diperkuatkan oleh PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Selain tenaga baru yang diperlihatkan BERSATU dan AMANAH, PKR kini nampak ‘dicaj semula’ apabila ia membersihkan partinya daripada kumpulan mereka yang dilihat sebagai pengacau dalam parti.
Kebanyakan mereka bergerak di kawasan parlimen Kuala Nerus, Besut, Kuala Terengganu, Kemaman dan juga Hulu Terengganu.
PKR yang sebelum ini bekerjasama dengan PAS melalui Pakatan Rakyat dan hanya bertanding di enam kerusi DUN, bakal mencuba nasib di 11 kerusi melalui permuafakatan dalam HARAPAN.
Kerusi di hujung tanduk
Kedudukan ini memperlihatkan bagaimana Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, berjaya mentransformasikan parti itu di di peringkat negeri melalui HARAPAN. Untuk rekod matlamat asal mereka untuk PRU ke-14 ini ialah 14 kerusi.
Selepas lima tahun memimpin PKR Terengganu bekas anggota parlimen Indera Mahkota itu beliau berusaha bersungguh-sunggu membina kembali partinya yang sebelum ini menghadapi begitu banyak masalah dalaman.
Cuma agak malang sedikit apabila mereka yang dibersihkan daripada PKR itu kini berada dalam sebuah lagi parti komponen HARAPAN.

Sesetengahnya - yang bersikap sour grape - kerap menyerang kepimpinan PKR Terengganu ada antara mereka ditarik ke dalam parti baru itu dengan dijanjikan menjadi calon.
Azan (gambar) yang juga ADUN Bandar kini membawa PKR untuk mendapat dua kerusi - Dungun dan Kemaman - walaupun pada 2013 parti itu langsung tidak diberikan kuota di peringkat parlimen.
PRU ke-14 ini juga menyaksikan bagaimana lapan kerusi parlimen dan 32 kerudi DUN akan menjadi perebutan tiga penjuru membabitkan HARAPAN, BN dan PAS.
Justeru dalam keadaan begitu faktor pengundi atas pagar – tidak berparti dan kalau berparti pun tidak aktif – sangat penting.
Dengan jumlah mereka sebanyak 30 peratus, nasib kerusi yang dimenangi PAS atau BN dengan majoriti kecil sebelum ini seakan-akan berada di hujung tanduk.
PAS berada pada kedudukan paling berbahaya kerana pada PRU ke 13, lapan daripada 14 kerusi yang dikuasainya dikuasai dengan majoriti di bawah 1,000 undi.
Kerusi paling marginal ialah Teluk Pasu (109 undi) dan Tepuh (229 undi).
PAS sedikit selesa di DUN Wakaf Mempelam (majoriti 2,986 undi), Sura (2,957 undi), Rhu Rendang (2,819 undi) dan Batu Burok (2,273 undi).:

Umno pula mungkin selesa di Telemong, Kijal dan Air Putih tetapi bagaimana pula nasib kerusi Kuala Berang, Jabi, Kemasik dan Jerteh?
Ketua BERSATU Terengganu Datuk Razali Idris dan Pengerusi AMANAH Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dilihat bekerja keras untuk memenangkan HARAPAN sambil mengharapkan pengundi senyap dan atas pagar menyokong gabungan berkenaan.Ll
Dalam kedudukan Umno nampak selesa di tiga empat kerusi dan keadaan sama buat PAS, orang ramai tersilap jika menganggap ‘tsunami 1999’ tidak mungkin berulang.
Pengundi senyap dan atas pagar tekun memerhatikan banyak perkara seperti faktor calon, tawaran parti serta isu-isu yang dimainkan oleh setiap parti yang bertanding.
Namun yang tidak terlepas pandang oleh mereka pastinya kos sara hidup yang semakin menghimpit, kenaikan harga barang keperluan, pembaziran yang dilakukan kerajaan BN Terengganu, selain pelbagai isu setempat, termasuk skim Umrah Guru yang tidak diselesaikan dan perbalahan dalaman Umno.
Dengan tindakan yang betul oleh pengundi atas pagar, Terengganu akan menyaksikan kemunculan kerajaan baru selepas PRU ke-14 nanti.
>HAMBALI ABDUL LATIFF bekas wartawan dan pengarang akhbar yang kini menjadi perunding media bebas. Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan sikap Malaysiakini.

Lautan rakyat Kedah hadir ceramah Jelajah Pakatan Harapan

Lautan rakyat Kedah hadir ceramah Jelajah Pakatan Harapan

Lebih 5,000 rakyat Kedah membanjiri ceramah perdana Jelajah Pakatan Harapan (PH) di Guar Chempedak malam tadi dengan kemuncak pidato oleh calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada masa sama, siaran langsung menerusi Facebook PH juga menarik perhatian seluruh negara apabila mencatatkan jumlah mencecah lebih 7,000 tontonan ketika giliran Tun Mahathir berucap.
div style="line-height: 1.7em; margin-bottom: 1.5em; max-width: 100%; word-wrap: break-word;">
Lautan kehadiran masyarakat setempat pada malam cuti bagi negeri di utara tanah air itu sekali gus menyaksikan sambutan paling menggalakkan selepas berlangsungnya enam siri jelajah yang sama ke negeri-negeri lain sebelum ini.
Gelanggang ceramah perdana didahului bacaan doa dan tahlil ringkas untuk bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid yang meninggal dunia pada 9 Mac lalu yang dipimpin Ustaz Mohamad Hassan dari Bersatu.

Lautan rakyat Kedah hadiri ceramah Jelajah PH di Guar Chempedak malam tadi.
Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir seterusnya membuka gelanggang pidato pada ketika hujan sedikit renyai sebelum diikuti aktivis Bersih, Hishamuddin Rais.
Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu PH, slot ceramah diteruskan dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Presiden PH seterusnya mengambil giliran dalam ceramah perdana yang dipengerusikan Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Azimi Daim.
Pentas ceramah di belakang Pasaraya Long Wan itu selanjutnya dihangatkan dengan penampilan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. Ceramah tokoh pidato yang hanya 14 minit seperti rata-rata pemidato lain bagaimanapun dilihat tidak memuaskan hati penonton.
Mereka bersorak seketika mahukan Timbalan Presiden PH yang berceramah disulami nada humor dalam fakta itu diberi tempoh lebih lama.
Suasana ceramah kemudiannya bertukar sedikit hiba apabila rakaman video amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersiaran sebelum diceriakan kembali dengan dendangan lagu ‘Kamilah Penyamun’ dari filem P.Ramlee yang melatari bingkisan grafik berkenaan skandal rompakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kemuncak ceramah PH tentunya penampilan yang paling dinantikan negarawan Tun Dr Mahathir. Ceramah Pengerusi PH berkenaan yang selama 32 minit itu dimulai dengan status Umno dan Pas pada masa ini.
“Saya hentam Umno nak bagi runtuh Umno. Sebab apa? Umno sudah mati. Yang ada itu bukan Umno, tapi Parti Najib.
“Begitulah juga dengan Pas. Ini bukan Pas (zaman) dulu. Bukan Pas Burhanuddin Al-Helmy, bukan Pas (pimpinan) Datuk Asri, bukan Pas Nik Aziz.
“Ini Pas lain. Saya tidak payah sebut nama. Dah tukar. Sebab itu saya keluar Umno dan Mohamad Sabu keluar Pas.
“Kita tubuh parti bukan nak jawatan. Kita mahu buat kebaikan kepada negara kita,” katanya dalam program yang mendapat liputan rasmi Media Oren itu.
Ceramah berakhir kira-kira jam 11.30 malam dengan diakhiri laungan “Pakatan Harapan” oleh Tun Mahathir sebanyak tiga kali.

Wanita dakwa dilarang jadi pengacara di Kelantan


Ameera Aida mendakwa, dia ditugaskan untuk menjadi pengacara selama lima hari namun dipendekkan kepada dua hari kerana larangan sebuah majlis perbandaran di negeri itu.
Menulis di Twitternya, Ameera berkata dia dimaklumkan bahawa wanita tidak boleh menjadi pengacara kerana suara mereka adalah aurat walaupun program berkenaan dibuat secara tertutup.
"Tugasan saya sebagai juruacara selama lima hari dipendekkan menjadi dua hari kerana anggota parlimen itu melarang wanita daripada menjadi pengacara.
"Ia adalah program (melibatkan) kanak-kanak. (Secara) Tertutup. Saya pakai tudung dan baju yang longgar.



My 5-day emcee job in Kota Bharu got cut short to 2 days because the @mpkotabharu prohibits malay women from emceeing. It was a kids' event. Indoors. And I wore hijab and loose crew tshirt.

Clients were horrified. Their hands are tied. I am now on a bus back to KL.

(thread)

"Anda kata 'perempuan tidak boleh bersuara menggunakan mikrofon. Suara perempuan adalah aurat'. Jadi anda hentikan kerja seseorang? Sampai menjejaskan kerja saya? Rezeki saya?" tulis wanita itu di Twitternya.
Setakat berita ini ditulis, salah satu daripada tweet Ameera dikongsi lebih 1,700 kali oleh pengguna Twitter.
Ameera yang mempunyai pengalaman selama enam tahun sebagai pengacara majlis juga mendakwa dia telah membayar tempahan untuk bilik hotel dan tiket penerbangannya.
Malah katanya, penganjur juga terkejut dengan situasi berkenaan namun tidak dapat berbuat apa-apa.



Now. Forgive me for trying to make ends meet. Saya hanya mahu mencari rezeki halal.

I've been an emcee for 6 years, toured across Malaysia (incl Kelantan). Disappointments, event cancellations, not getting hired; itu semua darah daging freelance emcee seperti saya.

But this?
You say "perempuan tidak boleh bersuara menggunakan mikrofon = women's voice is aurat", so you want to stop someone from getting hired? Sampai menjejaskan kerja saya, rezeki saya?

I was fuming when I first received the news, but now I'm just curious. I honestly wanna know.

Sehubungan itu, Ameera menggesa penjelasan daripada pihak bertanggungjawab mengenai larangan tersebut.

"Sejauh manakah peraturan ini terpakai? Masalah saya ialah, ketidakselarasan pelaksanaan.

"Ya, rezeki Allah yang tentukan. Mungkin rezeki saya selepas ini lebih bagus.
"Entah. Tapi saya masih mahukan penjelasan. Sila berikan pencerahan terhadap kekhilafan saya," kata wanita itu lagi.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Ameera serta pihak berkuasa tempatan yang didakwanya untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan kini sedang menunggu respon daripada mereka.

Kecewa pemimpin Pas dibeli Umno, Mohamad Sabu nyaris lempar mikrofon

ARIF ATAN 
Kecewa pemimpin Pas dibeli Umno, Mohamad Sabu nyaris lempar mikrofon
Meskipun dikenali sarat humor ketika lantang berceramah tetapi Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila menyebut tentang adanya pemimpin Pas menerima duit daripada Umno.

Spontan berkata mahu melempar mikrofon yang sedang diguna, beliau tidak menyangka sebahagian pemimpin Pas telah dibeli oleh Umno ketika ahli parti ditekankan tentang nilai perjuangan.

“Kita semua bertungkus-lumus menderma kepada parti, berjuang menang atau kalah kita ditarbiyahkan untuk sentiasa istiqamah dalam perjuangan.

“Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno. Hey, aku lempar mikrofon ni karang!” tegasnya dalam ceramah sempena Jelajah Pakatan Harapan Kedah di Parlimen Jerai malam tadi.
Lautan penduduk Jerai membanjiri tapak ceramah Jelajah PH di Guar Chempedak malam tadi.

Menurut bekas Timbalan Presiden Pas itu, penyebaran rakaman suara dipercayai Nik Abduh Nik Aziz yang sedang tular pada masa ini amat mengecewakannya yang berjuang dalam parti tersebut selama 38 tahun.

“Rupa-rupanya, Umno memainkan peranan memecahkan Pas dengan menggunakan wang. Inilah pendedahan yang dibuat oleh Nik Abduh bila dia bertengkar dengan menantu Presiden Pas.

“Menantu Presiden Pas datang bertanya kepadanya. Dia (Nik Abduh) jelaskan. Dalam tape yang panjangnya 20 minit, Nik Abduh menerangkan memang sebahagian pemimpin Pas terima duit Umno.

“Terang-terang diulang tiga kali dalam tape itu. Kita guna duit Umno untuk halau ‘jebo’n dari Pas,” katanya.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) berkenaan memberitahu gelaran ‘jebon’ itu merujuk kumpulan yang antaranya terdiri daripada dirinya sendiri, Datuk Mahfuz, Dr Hatta, Husam Musa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin

“Ertinya, projek memecahkan Pas datang daripada duit Umno. Inilah tape yang sedang beredar di seluruh negara sekarang.

“Kami ke sana ke mari pergi Johor, Negeri Sembilan. Johor dulu nak kembangkan Pas (amat payah). Kadang penceramah lima orang, yang dengar tiga orang.

“Tapi kita sabar, kita terus sehinggalah Pas berkembang. Bila Pas berkembang nak kalahkan Barisan Nasional, ada pemimpin-pemimpin Pas dibeli oleh Umno,” ucapnya lantang.

Mengulas penafian Nik Abduh, beliau menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut supaya tampil mengaku dan bertaubat memandangkan rakaman audio itu sedang dianalisa di luar negara.

“Tunggu. Tape ini sedang dianalisa pusat suara antarabangsa. Kemungkinan tape ini akan digunakan dalam perbicaraan saman Sarawak Report yang akan berjalan di London nanti.

“Lebih baik kamu mengaku dan bertaubat. Senang,” ujarnya di hadapan lebih 5,000 peserta di Dataran Guar Chempedak.

Sehubungan itu,Mohamad menyeru ahli Pas walaupun kekal dalam parti itu supaya tidak lagi mengundi parti mereka sendiri selain tentunya Umno-BN.

“Oleh itu, ahli-ahli Pas di Jerai, di seluruh Kedah duduk dalam Pas tak mengapa. Jangan undi Pas. Jangan undi Barisan Nasional,” katanya lagi.

Kantoi dirakam CCTV

ROHANA ISMAIL

Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki yang memecah masuk kedai bahan binaan di Kampung Kubang Batang.
TUMPAT - Perbuatan dua lelaki menyelongkar kedai bahan binaan di Kampung Kubang Batang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun kejadian itu hanya disedari pemilik kedai, Norhayati Mohammad, 41, pada jam 8 pagi kelmarin ketika mahu membuka kedainya.

Norhayati berkata, dia terkejut apabila pintu hadapan kedainya terbuka sedangkan dia yakin semua pintu ditutup selepas tamat berniaga jam 7 petang.

“Ada kesan umpil pada pintu depan dan sebaik melangkah masuk ke dalam, terkejut melihat barang-barang dalam kedai berselerak,” katanya.

Menurutnya, selepas pemeriksaan lanjut mendapati mesin rumput, mesin canai, mesin dril dan beberapa lagi barang hilang.

Katanya, melalui rakaman CCTV, kedainya dipecah masuk kira-kira jam 4 pagi oleh dua lelaki yang datang menaiki kereta Perodua Kancil berwarna biru.

“Selepas menurunkan dua lelaki itu, kereta terbabit terus pergi.

“Wajah pencuri itu tidak jelas kerana kedua-dua lelaki itu menutup muka, mungkin dia tahu ada CCTV,” katanya.

Norhayati berkata, dia menganggarkan kerugian lebih RM3,000 dan ini kejadian kedua kedainya dimasuki pencuri kerana sebelum ini lori yang dipakir di dalam pagar kedai selepas waktu kerja lesap.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mazuki Mat mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan.