Agong kuarantin diri, petugas Istana Negara positif Covid-19

PETALING JAYA: Agong dan Raja Permaisuri Agong kuarantin diri selepas 7 petugas Istana Negara dijangkiti Covid-19, kata laporan.

Agensi berita Bernama, memetik datuk pengelola bijaya diraja berkata Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan negatif Covid-19.

Pasangan itu kuarantin diri selama 14 hari mulai semalam.

Petugas berkenaan sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.

Kaedah terperinci sedang dilaksanakan untuk kenalpasti individu yang punyai kontak rapat dengan petugas Istana Negara yang dijangkiti, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan