Ambik kau hari tu berlagak sangat

Lelaki persenda perintah kawalan berdepan hukuman penjara, denda RM50,000
FMT Reporters


Tangkap layar video memaparkan lelaki mempersenda perintah kawalan pergerakan.
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang mempersendakan perintah kawalan pergerakan semasa merakam kenduri di Langgar didakwa di Mahkamah Sesyen atas penyalahgunaan kemudahan internet.

Mohd Naim Md Isa, 49, mengaku bersalah terhadap tuduhan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 1 tahun atau kedua-duanya.

Hakim Juraidah Abbas menetapkan 11 Mei sebagai tarikh jatuh hukum, sementara menunggu laporan forensik penuh dan fakta kes.

Mahkamah menawarkan tertuduh ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Naim dituduh menghasilkan kandungan yang menyinggung itu, klip video 57 saat, yang mana dia dilihat memandang remeh kebimbangan mengenai wabak koronavirus, dan turut didengar mengatakan “kuarantin kepala bapak” ketika orang ramai sedang menjamu selera.

Dia dituduh menghantar kandungan itu menggunakan aplikasi WhatsApp menerusi telefon bimbit antara 12.30 malam dan 2 pagi pada 20 Mac, 2 hari selepas perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan