Projek menantu: 4 soalan Muhyiddin kena jawab

MALAYSIA DATELINE

Berikutan menantu Perdana Menteri Datuk Adlan Berhan yang didakwa mendapat projek bernilai RM1.16 bilion, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menjawab empat soalan dengan segera dan jujur.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi menyenaraikan empat soalan yang perlu dijawab oleh Muhyiddin berhubung dakwaan terhadap menantunya.

“Apakah benar menantu PM pemilik majoriti saham S5 System?

“Kedua apakah benar S5 System adalah rakan kongsi IRIS. IRIS menggunakan konsortium untuk melobi kontrak itu dan S5 adalah pemain utamanya?

“Ketiga, benarkah anak Vincent Tan sebagai pemegang majoriti saham IRIS membeli saham tersebut selepas PRU ke 14?

“Dan keempat, kenapa luluskan projek mega NIIS tersebut secara tergesa gesa di musim darurat ini?,” soalnya melalui Facebook hari ini.

Katanya, apabila ada dakwaan yang membabitkan anak menanti ianya menjadi kontroversi dan integriti Kerajaan Perikatan Nasional dipersoalkan.

Puad berkata, Syarikat IRIS umum di Bursa Malaysia, mereka sudah dapat surat anugerah atau letter of award (LOA) projek Projek National Integrated Information System (NIIS) Jabatan Imigresen bernilai RM1.16 Bilion.

“Surat LOA dari Kementerian Dalam Negeri (KDN_ itu bertarikh 29.1.2021. Ini tidak boleh dinafikan. Menantu lelaki PM, Datuk Adlan Berhan adalah rakan kongsi IRIS. Manakala anak lelaki Vincent Tan adalah pemilik majoriti saham IRIS,” katanya.

Projek NIIS Jabatan Imigresen akan menggantikan sistem sedia ada iaitu Malaysian Immigration System (myIMMS) dan akan dipasang di semua pintu masuk negara seperti airport.

Menurut Puad, empat soalan itu ditujukan kepada Muhyiddin kerana dia adalah Perdana Menteri selain menantunya juga terlibat

Tambahnya, pada 11 Disember 2018, Muhyiddin selaku Menteri KDN Kerajaan Pakatan Harapan telah membatalkan kontrak yang sudah diberi kepada Prestariang pada Ogos 2017.

“Kemudian Muhyiddin minta proposal baru “request for proposal” (RFP) pada tahun 2019. Ini memberi peluang syarikat yang ada kaitan dengan menantunya melobi dan membida.

“Sebab itu Muhyiddin kena jawab. Jangan membisu. Jangan autokratik. Jangan guna darurat serta gantung Parlimen sebagai muslihat untuk buat perkara lain.

“Banyak yang rakyat mahu tahu termasuk tindakan saman oleh Prestariang yang menuntut ganti rugi sebanyak RM732 Juta. SPRM mesti berani menyiasat,” kata beliau.

Justeru, katanya, rakyat mesti kecewa apabila di musim darurat ini pelbagai projek diluluskan termasuk tiga dewan di Parlimen Pagoh bernilai RM35 .4 Juta.

“Kini menantu pula adalah orang berkepentingan dalam projek yang bernilai RM1.16 Bilion,”ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan