Ayam jantan 'bunuh' tuan

Metro

AFP

New Delhi: Seekor ayam jantan yang dilengkapi pisau untuk digunakan dalam pertandingan sabung ayam cuba melepaskan diri namun menyebabkan tuannya terbunuh., 

Ayam berkenaan yang diikat pisau pada kakinya dikatakan sedang bersedia untuk bertarung namun, cuba melarikan diri dan menyebabkan pisau berkenaan terkena pada bahagian pangkal peha lelaki itu.

Mangsa meninggal dunia kerana kehilangan darah sebelum sempat sampai di hospital di Karimnagar, daerah Telangana, kata pegawai polis B Jeevan kepada AFP. 

Katanya, lelaki berkenaan adalah antara 16 individu yang menganjurkan pertandingan sabung ayam di kampung Lothunur.

Ayam berkenaan 'ditahan' sementara di balai polis dan dihantar ke ladang penternakan berhampiran.

Semua individu yang terbabit dalam acara haram itu bakal berdepan tuduhan membunuh, perjudian dan menganjurkan pertandingan sabung ayam.

Pertandingan seumpama itu adalah dilarang namun masih diadakan di kawasan luar bandar seperti Telangana, Andhra Pradesh, Karnataka dan Odisha.

Ayam jantan yang dibiak khas itu akan dilengkapi pisau atau bilah sepanjang 7.5 sentimeter pada kaki mereka.

Ribuan ayam jantan mati setiap tahun akibat pertaruhan itu namun, ia masih menarik minat penggemar acara berkenaan walaupun banyak usaha dilakukan aktivis haiwan untuk mengekang acara seumpama itu terus dianjurkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan