Speaker salah guna kuasa, PN sangat terdesak elak sebarang undian

ARIF ATAN

Jawatankuasa Perundangan Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hanyalah satu alat pihak Eksekutif demi melaksanakan agenda mereka.

Jawatankuasa itu berpendapat tindakan Azhar menolak usul dikemukakan Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham sebagai satu bentuk salah guna kuasa.

Menerusi kenyataan malam ini, Jawatankuasa Perundangan PH berkata, penolakan usul-usul terbabit membuktikan Azhar sebagai seorang Speaker yang tidak berpihak atau bebas (independent) yang mampu menjamin fungsi Parlimen sebagai platform semak dan imbang terhadap Eksekutif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan