Sampai bila boleh rasa seronok jadi PM?

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Orang putih habaq he still has the audacity to mention the word RAKYAT.

Pemimpin ni tahu dan sedar ke berapa ramai rakyat yang susah, sengsara dan hatta bunuh diri?

Jadi, PM hingga rakyat terlampau tertekan hingga bunuh diri dan rakyat hingga cipta pelbagai tagar (tanda pagar) nak kata TAK GAGAL lagi ke?

Yang sibuk mengampu dia tu, depa jujur ke mengampu dia hingga kata-kata mengampu depa tu, mungkin depa sendiri pun tahu ianya tak betul dan MENGARUT!

Anyway, dalam sejarah dunia, watak PENJILAT memang selalu wujud! Syarat watak tu senang saja. Pi jual habis maruah dan harga diri demi keseronokan sementara!

Semalam, saya percaya, ramai yang mungkin terima rakaman video seorang rakyat yang terbaring meninggal dunia kerana bunuh diri dengan minum racun.

Saya tidak tergamak nak menontonnya hingga ke penghujung kerana terlalu sedih.

Pemimpin ini masa jadi TPM dulu, saya biasa lihat para MP yang sokong dia pi cium tangan dia, cara depa pi tunduk nak bersalam, kalah orang rukuk. Sekali dia berjalan, ramai betul yang ikut di kanan, kiri, depan dan belakang.

Lepas itu bila hilang jawatan TPM, saya nampak di Parlimen kadangkala jalan terkontang-kanting seorang diri. Yang dulu pakat salam buat macam tak nampak saja kehadiran dia.

Dalam satu program di Korea, selepas dia hilang jawatan TPM, yang kebetulan kami, para MP dari pembangkang dan kerajaan BN masa itu ada di Seoul ketika itu – saya lihat MP Umno/BN macam tak ambil peduli kat dia. Semua takut nak pi rapat kat dia.

Kami rasa kasihan dan simpati dan cuba jugalah layan dia.

Dalam sidang Parlimen, saya pernah lihat dia dikritik dan dihentam kaw kaw oleh MP mantan parti dia sendiri hingga depa sentuh isu peribadi. Sekali lagi kami kesian dan cuba tolong dia.

Lepas tu dia bersama PH, dapat balik jawatan Menteri Kanan dan dikhabarkan dia tidak begitu sihat. Kami rasa simpati.

Opps, rupanya dia masih tidak puas setakat jadi Menteri Kanan.

Masih idam jawatan PM rupanya diam-diam dengan sanggup KHIANAT mandat rakyat dan tebuk atap.

Ok lah. Sekarang dah dapat jawatan PM tu, best lah kot. Semua orang hormat ‘kan? Tentu best dan seronok ‘kan?

Oklah. Rasanya sampai bila ya boleh rasa keseronokan tu semua?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan