Serang polis demi selamatkan suami warga Pakistan

NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI

PETALING JAYA – Seorang wanita sanggup membuat provokasi terhadap polis demi menyelamatkan suaminya, yang juga warga Pakistan yang memiliki dokumen palsu ketika pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata,  kejadian berlaku sekitar pukul 7.26 petang ketika polis membuat pemeriksaan terhadap dokumen lelaki asing itu.

“Polis meminta suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri termasuk surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bagaimanapun surat yang dikemukakan adalah palsu.

“Secara tiba-tiba wanita tersebut meluru ke arah polis lalu mengeluarkan kata-kata kesat dan merampas dokumen milik suaminya yang berada di tangan anggota polis.

“Dia turut mempersoalkan pemeriksaan yang dilakukan pihak polis terhadap suaminya itu termasuk cuba menyerang anggota itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian itu, jelas beliau, pasangan suami isteri berusia 42 dan 33 tahun itu diberkas dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 59 saat tular di laman sosial memaparkan wanita tempatan itu melakukan provokasi termasuk menyerang anggota polis yang bertugas. – K! ONLINE

Warganet ‘hentam’ pemimpin PAS kritik pemansuhan GST

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS ‘dihentam’ kerana mengkritik penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua PAS Perak, Razman Zakaria mendakwa di Facebook, perkara itu menarik ekonomi negara 50 tahun ke belakang.

“Keputusan PH yang paling tidak cerdik adalah menukar GST balik semula kepada SST (cukai jualan dan perkhidmatan).

“Keputusan ini menarik ekonomi negara 50 tahun ke belakang. Harga barangan tidak dapat dikawal kerana ada yang mengambil keuntungan melampau.

“Hasil kerajaan berkurangan, kebocoran hasil meluas,” katanya dalam catatan Facebook.

Namun, kenyataannya menarik kritikan orang ramai kerana PAS pernah menentang pelaksanaan GST sebelum ini.

Sebilangan warganet yang mengulas di laman Facebooknya, menyebut parti itu hipokrit dan berkongsi kenyataan oleh pemimpin PAS yang menolak GST sebelum parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan yang berkuasa.

Antara lain, seorang pengguna Facebook Wfauzdin Ns menunjukkan bahawa sebelumnya pada 2018, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah melancarkan manifesto Gagasan Sejahtera (Gagasan) untuk pilihan raya umum untuk mengenakan cukai kepada golongan kaya dan menghapuskan tol, cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta Pinjaman Perbadanan Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Gagasan mencadangkan menggantikan GST dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti cukai atas simpanan korporat dan cukai saham di Bursa Malaysia.

Seorang pengguna Facebook lain Mohamad Jamalee mengulas: “Masa pembangkang kerja anda adalah ‘criticize’ (kritik) apa orang buat. Dah jadi kerajaan pun kerjanya ‘criticize’ apa orang buat. Bila anda nak buat apa yang anda kata nak buat?”

Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengatakan Malaysia menghadapi masalah pendapatan kerana perbelanjaan meningkat untuk masalah virus dan tidak ada lagi GST untuk menyalurkan pendapatan di negara ini.

Beliau mengatakan kehilangan pendapatan adalah sebab mengapa kerajaan tidak dapat membelanjakan lebih banyak untuk pakej bantuan terbaru mengikut Pemerkasa Tambahan untuk membantu orang dan perniagaan secara efektif ketika sekatan pergerakan terbaru ini.

Rumit sangatkah kes langgar SOP MB Kedah hingga Bukit Aman kena siasat?, tanya Puad

Mhdaily 

Rumit sangatkah kes langgar SOP MB Kedah hingga Bukit Aman kena siasat?, tanya Puad

Kenapa kes siasatan MB Kedah langgar SOP PKP dirujuk ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman?

Rumit sangatkah kes tersebut. Sebelum ini kes Menteri Perusahaan Perladangan juga dirujuk ke unit yang sama di Bukit Aman. Special betul dua pemimpin PAS ini.

Berapa lama tempoh siasatan? Kalau rakyat biasa cepat sungguh mereka dikompoun. Kes VVIP sepatutnya tidak dilengah lengahkan.

Kes DS Najib tidak pun dirujuk ke USTJ Bukit Aman. Dia pun VVIP. IPD Jalan Dang Wangi yang siasat. Tidak ada masalah pun.

Rakyat terus tertanya tanya.

Netizen kecoh pesawat ‘terhenti’ di ruang udara

KOSMO!

Sebuah pesawat didakwa kelihatan seperti berada dalam keadaan pegun di ruang udara. – lesxbalboa/Tiktok

LONDON – Satu rakaman video memaparkan sebuah pesawat kelihatan tidak bergerak ketika terbang di udara mendapat perhatian netizen, manakala ramai cuba mengaitkan perkara itu dengan teori konspirasi, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Klip video itu mencatatkan lebih tujuh juta tontonan selepas dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @lesxbalboa. Ia memaparkan pesawat tersebut yang berada dalam keadaan pegun di ruang udara.

Lebih mengejutkan, apabila melalui kawasan sama selang dua hari kemudian, dia mendakwa melihat pesawat tersebut masih berada di tempat sama dan tidak bergerak.

Kejadian pelik itu mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia dengan ada yang mengaitkannya dengan teori konspirasi seperti yang dipaparkan menerusi filem sains fiksyen popular, The Matrix.

Menurut mereka, manusia hidup dalam sebuah mesin esktradimensi merangkumi seluruh alam semesta.

Dakwaan itu disokong oleh be­berapa pengguna lain yang me­ngatakan bahawa kejadian pe­sawat pegun itu adalah bukti berlakunya gangguan dalam si­mu­lasi, sama seperti yang dipaparkan dalam filem The Matrix.

“Jangan risau. Sistem meng­alami sedikit gangguan. Kami akan melaporkan masalah ini,” tulis seorang pengguna.

Kejadian itu bagaimanapun mempunyai penjelasan saintifik, di mana ia berkemungkinan terjadi disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ilusi optik.

Menurut ajar.com, ilusi optik adalah ilusi yang menipu sistem penglihatan mata untuk melihat sesuatu yang tidak wujud, atau melihat sesuatu secara silap.

Keadaan seumpama itu pernah berlaku pada 2018 apabila sekumpulan penunggang motosikal di Moscow, Rusia me­nyangka mereka melihat sebuah pesawat di udara yang tidak bergerak.

Sebaliknya, perkara sebenar yang terjadi adalah pesawat itu terbang pada kelajuan perlahan ketika angin kencang bertiup pa­da arah bertentangan yang me­nyebabkannya ia kelihatan se­olah-olah tidak berge­rak. – AGENSI

'Kenapa tiada Adun PAS ikrar sokong MB T'ganu?'

Malaysiakini 

Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah mempersoalkan mengapa tiada di kalangan Adun PAS di negeri itu yang secara terbuka menyokong kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ini selepas pejabat Samsuri membuat laporan polis terhadap sebuah organisasi berita kerana melaporkan ada usaha untuk menyingkarkannya daripada jawatan menteri besar.

"Yang menghairankan, dalam riuh rendah cerita dan gosip disebarkan, tidak kedengaran ikrar sokongan atau taat setia baik dari PAS sendiri.

"Sikap menyepi untuk berdiri teguh di belakang MB Terengganu dari PAS merupakan satu misteri kepada pucuk pimpinan PAS negeri dan nasional," kata Raja Kamarul dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Amanah yang cuba dikaitkan dengan usaha menjatuhkan Ahmad Samsuri telah menafikan penglibatan dalam isu berkenaan.

Umno juga katanya telah mengeluar kenyataan untuk menafikan penglibatan mereka, namun tidak menyatakan sokongan kepada Ahmad Samsuri sebagai menteri besar Terengganu.

Raja Kamarul berkata sekiranya ada usaha untuk menggantikan Samsuri, hanya di kalangan Adun PAS sahaja yang layak menjadi penganti menteri besar Terengganu itu.

"Sebabnya hanya PAS dengan 22 kerusi Dun sahaja boleh menentukan beliau boleh kekal MB atau tidak.

"Eloklah tumpu siasatan 'mastermind' apa-apa komplot kepada dalaman keluarga PAS.

"Masalah dalaman rumah tangga PAS jangan pula cuba dialih pandangan menyalahkan kepada pihak luar sebagai kambing hitam," tambahnya.

PAS menguasai 22 kerusi di DUN Terengganu, manakala baki 10 kerusi dimiliki Umno. Tiada pembangkang dalam DUN di negeri berkenaan.

Ahmad Samsuri, 50, pernah menjadi setiausaha politik kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Pada pilihan raya umum lalu, Ahmad Samsuri diturunkan sebagai calon PAS bagi kerusi DUN Ru Rendang, yang sebelum itu disandang Hadi selama tujuh penggal.

Kelmarin, Ahmad Samsuri memberitahu Astro Awani bahawa dia masih menjadi menteri besar apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa ada usaha untuk menyingkirkannya.

"Saya rasa, bangun pagi ini, MB lagi, walaupun ada gambar 10 orang jadi menteri besar, bertukar setiap jam.

"Saya rasa tidak timbul lagi yang lain-lain itu. Biarlah polis jalankan siasatan," katanya.

Doakan ya, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik - Ebit Lew

Ridauddin Daud

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua minggu tanpa khabar berita, status ringkas dimuat naik pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew hari ini, melegakan ramai pihak.

Baru saja sebentar tadi, beliau berkongsikan sekeping gambar dengan catatan ringkas:

"Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik.

"Semoga menjadi asbab kebaikan," tulisnya di laman Facebook dan Instagram beliau.

Meskipun ringkas, hanya 11 patah perkataan, namun ia membawa makna yang besar khususnya kepada rakyat Malaysia.

Sejak beberapa hari lepas, ramai tertanya-tanya keadaan beliau selepas baru-baru ini beliau berkongsikan maklumat mengatakan beliau dalam perjalanan untuk ke Gaza.

"Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan 2 trelar besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza hari ini. Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent.

"Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah.

"Terima kasih doa semua. Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra bersama membantu sepanjang misi," tulisnya.

Status itu dimuat naik pada 27 Mei lepas dan berdasarkan kepada aktifnya Ebit di media sosial sebelum ini, tindakannya yang tiba-tiba 'membisu' pantas menghadirkan resah.

Begitupun, status terbaru dimuat naik pendakwah itu pasti melegakan hati rakyat Malaysia.

Tidak sampai satu jam selepas status dimuat naik, ia menerima tanda Like dari 124,000 pengikut di Facebook dan 248,000 di Instagram.

Ini semua salah DAP?

FMT Reporters

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenal pasti rangkaian sindiket pemalsuan MyKad turut mendapat bantuan kakitangan agensi itu bagi membekalkan kad pengenalan asli.

Ketua Pengarahnya, Ruslin Jusoh berkata, itu antara tiga modus operandi dikenal pasti JPN berkaitan kes pemalsuan MyKad yang disifatkannya penyalahgunaan kuasa serta melanggar integriti.

“Pertama, pemalsuan kad pengenalan melibatkan aktiviti mencetak permukaan kad pengenalan dengan maklumat palsu, lebih kepada tujuan memiliki dokumen pengenalan diri sah, termasuk memohon mendapatkan peluang pekerjaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, tindakan itu biasanya dilakukan warga asing untuk terus tinggal di negara ini tanpa permit.

Modus operandi kedua, katanya, penggunaan kad pengenalan individu lain untuk mendapatkan kemudahan dan keistimewaan sama seperti warganegara, antaranya pendidikan, perubatan serta pekerjaan.

“Ketiga, penglibatan sindiket dibantu kakitangan JPN sendiri membekalkan MyKad asli yang membabitkan pelanggaran integriti, penyalahgunaan kuasa dan penglibatan rasuah.”

Katanya, hasil siasatan JPN mendapati rangkaian sindiket itu didalangi warga asing sendiri yang menjual MyKad pada harga RM100 hingga RM2,000 setiap keping.

Beliau berkata, statistik menunjukkan 200 orang, termasuk 10 warga tempatan didakwa dipercayai di mahkamah kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemalsuan kad pengenalan sejak 2019 hingga April lalu.

Bagi empat bulan pertama tahun ini, katanya, 33 individu didakwa, termasuk 18 warga Filipina, Indonesia (tujuh) dan warga tempatan (lapan).

Ruslin berkata, kegiatan pemalsuan MyKad ibarat mahu menjual negara dan jenayah itu mampu menggugat kepercayaan rakyat terhadap JPN selaku peneraju utama pengurusan rekod penduduk negara.

“JPN juga tahu sekiranya jenayah ini tidak dibendung, keselamatan negara tergadai dan JPN akan memastikan pegawai terlibat dengan kes jenayah berkaitan akan diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan perundangan terbabit, jika didapati bersalah.”

Katanya, JPN sentiasa bekerjasama penuh dengan agensi lain seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika mendapati ada pegawainya menyalahgunakan kuasa mereka.

35 ditahan sambut ulang tahun kelahiran doktor dengan pesta seks, dadah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Keseronokan 35 individu meraikan ulang tahun kelahiran seorang doktor swasta dengan parti liar membawa padah apabila polis menyerbu sebuah kediaman mewah di Jalan Conlay malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor berkata, serbuan pada 11 malam itu dibuat berdasarkan maklumat awam.

Selain khayal disyaki mengambil minuman bercampur dadah, katanya, ada di antara mereka yang berjudi dan mengadakan seks bebas.

“Ketika serbuan dijalankan serentak ke atas empat bilik (di tingkat 12 dan 14), semua individu terdiri daripada 19 lelaki dan lapan wanita tempatan, lima wanita warga Vietnam, seorang wanita warga Thailand serta dua lelaki warga China, sedang leka berhibur dengan alunan muzik kuat.

“Semua yang ditahan itu berusia 21 hingga 35 tahun dan siasatan awal mendapati mereka menempah empat bilik itu selama dua malam sejak petang semalam (Jumaat) hingga Ahad untuk berparti,” katanya dipetik Berita Harian.

Dalam serbuan itu, beliau berkata, polis turut merampas 20 botol minuman jus buah disyaki mengandungi dadah, dua kotak kondom, set daun terup dan mangkuk berisi buah dadu, peralatan sistem audio serta lampu disko.

Katanya, tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit kegiatan pelacuran, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 4(1) Akta Hiburan dan Akta Imigresen.

Semua individu terbabit turut dikompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021, kerana melanggar perintah kawalan pergerakan.

Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew

Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew

Gambar yang dimuat naik di Facebook Ebit Lew pada 27 Mei lalu memaklumkan beliau akan bergerak ke Gaza bagi menghantar bantuan barang keperluan asas dan ubat-ubatan. - Foto Facebook/Ebit Lew

SHAH ALAM: Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.

“Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada 25 Mei, Ebit Lew dilapor berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Kamarudin dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Menurutnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir.

Bagaimanapun, tindakan Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.

Pada Khamis, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa Ebit Lew berada dalam keadaan baik setelah berjaya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.

Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.

Polis tahan 5 penghantar makanan disyaki pukul pelanggan

FMT Reporters

Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki dipukul sekumpulan penghantar makanan.

PETALING JAYA: Polis menahan lima penghantar makanan kerana disyaki terlibat dalam kejadian pukul beramai-ramai seorang lelaki yang juga pelanggan perkhidmatan makanan di Sungai Way, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata pada 2.30 petang tadi pihaknya menerima laporan daripada seorang penghantar makanan yang tidak berpuas hati pelanggan tersebut menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

“Pengadu telah membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan tersebut serta menularkannya menerusi aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan (rider) di kawasan tersebut.

“Akibat daripada itu, ia telah menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan yang kemudian pergi ke rumah pelanggan tersebut dan bertindak memukulnya,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, polis turut menahan pelanggan berusia 29 tahun dan lima penghantar makanan berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun, serta mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang menyentuh sensitiviti agama orang lain dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Kehebatan ‘matahari buatan’ China

DR IR MUHIDIN ARIFIN

PADA November 2018, China telah menggemparkan dunia apabila melancarkan sebuah 'bulan tiruan buatan manusia’ untuk menerangi Chengdu – sebuah bandar purba di Wilayah Sichuan.

Bandar ini pernah dikenali sebagai Chengtu dan dianggap 'Negara di Syurga’ oleh masyarakat China. Paling menarik, 260 daripada syarikat yang disenarai dalam Fortune 500, terletak di Chengdu.

Menjelang 2022, Pusat Pelancaran Satelit China diketuai Wu Chunfeng akan melancarkan tiga lagi `bulan tiruan’.

Pada ketika itu, berita `bulan buatan China’ mendapat publisiti meluas di seluruh dunia. Pada bulan ini, China kembali menggegarkan dunia.

Pada ketika semua negara di dunia bergelut melawan pandemik koronavirus (Covid-19), China terus ke hadapan mencipta `matahari buatan’.

China berjaya mengaktifkan reaktor pelakuran atau fusion reactor. Dengan kata ringkasnya, China telah menghasilkan reaktor peleburan nuklear yang memberi negara itu bahan bakar untuk satu jangka masa sangat panjang.

Kejayaan projek ini bermakna China mencapai penanda aras baharu dalam misi tenaga pelakuran atau fusion energy mission.

Ia bermakna China boleh mengekalkan suhu melampau lima kali lebih lama daripada penanda aras sebelum ini iaitu membekal suhu sehingga 120 juta Selsius (C) dalam tempoh 100 saat.

Mengapa China perlukan matahari buatan? Penulis percaya China tidak lagi mahu bergantung kepada sumber bahan bakar sedia ada.

Justeru, China membuka sumber tenaga bersih, menggunakan tenaga nuklear fusion iaitu Supercondusting Advanced Exsperimental Tokamak (EAST) yang terletak di Wilayah Hefei.

Amerika Syarikat, Eropah, Rusia dan Korea Selatan, yang terkejut dengan kejayaan China ini, dikatakan telah mula mencari formula serupa dalam tempoh terdekat ini.

Malah, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) minggu ini telah memberi peringatan tentang kehebatan China.

Bahan bakar

Penambahbaikan EAST telah mencatat suhu plasma 120 juta darjah celsius selama 101 saat.

EAST juga berjaya mempertahan suhu 160 juta darjah celsius selama 20 saat. Kejayaan ini bermakna China jauh meninggalkan negara-negara maju yang lain dalam perihal penggunaan bahan bakar.

Penulis percaya saintis China memanfaatkan sepenuhnya apa yang terkandung dalam al-Quran seperti yang dinyatakan dalam Surah Yunus dan Surah An-Nahl. Keradioaktifan wujud secara semula jadi tetapi perkara berkenaan tidak diketahui sehingga akhir kurun ke-19.

Bagaimanapun, dalam Surah al-Hadiid ayat 25, ALLAH SWT menyatakan: “Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.

Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya ALLAH mengetahui siapa yang menolong agama-Nya dan rasul-rasul-Nya padahal ALLAH tidak dilihatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

Daripada apa yang penulis kaji, kejayaan mencipta Reaktor Tokamah model HL-2M ataupun ‘Matahari Buatan’, bermakna China telah mengawal bahan bakar terkawal pada saat dunia mengalami krisis.

Penghasilan tenaga pelakuran secara komersil menjelang 2050 dan daya reaktor daripada medan magnet yang terjadi pada gelung plasma panas sehingga suhunya mencapai 150 juta Celsius atau 10 kali ganda kepanasan di bumi daripada cahaya matahari; bermakna China mampu melakukan apa sahaja selepas ini.

Kejayaan ini juga bermakna China hampir berjaya menyelesaikan isu kekurangan tenaga dan bahan bakar. Pada masa yang sama, mendorong peningkatan pembangunan tenaga, ekonomi nasional dan pengurangan kos pengeluaran tenaga pelekuran.

Kini jelaslah bahawa China telah menepati hasratnya untuk mencapai pengeluaran komersial tenaga gabungan pada 2050. Penghasilan matahari buatan menelan belanja besar tetapi memberi pulangan berbaloi kepada China.

Kini timbul satu persoalan kepada penulis. Adakah rantaian pandemik Covid-19 di China, dikawal menerusi pusat pelekuran nuklear matahari buatan di Hefei, Anhui China yang terletak 370 kilometer dari Wuhan.

Penghasilan haba lima kali ganda daripada sumber sekarang menyebabkan kehancuran virus Covid-19. Kesimpulannya penulis mencadangkan agar saintis di negara ini kembali kepada al-Quran. Semaklah apa yang ada di dalam al-Quran.


* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor (UNISEL)

-sinarharian

Yang ini buat bodoh-bodoh atau memang bodoh

Terjerat cinta jejaka ‘Amerika’, wanita rugi RM2.7 juta

FMT Reporters

PETALING JAYA: Gara-gara terjerat sindiket Love Scam yang didalangi warga Nigeria, seorang ejen penilai hartanah kerugian RM2.7 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kamarudin Md Din, berkata wanita berusia 44 tahun itu berkenalan dengan lelaki didakwa warga Amerika, Eric Tan melalui aplikasi Tinder yang kononnya berada di negara ini untuk berkursus di Johor Bahru.

“Suspek kemudian mendakwa dia ditahan di lapangan terbang sebelum meminta bantuan wanita itu untuk meminjamkan sejumlah wang,” katanya.

Beliau berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek turut membuat perjanjian pinjaman menggunakan nama “syarikat”.

Akibat terpedaya dengan kata-kata lelaki itu, mangsa membuat 11 transaksi membabitkan wang sebanyak RM2.7 juta.

“Bagaimanapun, lelaki itu gagal dihubungi dan menghilangkan diri sebelum mangsa menyedari dia ditipu,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Susulan itu, polis menahan lima warga Nigeria dan seorang wanita tempatan dalam enam serbuan di sekitar Cheras dan Kajang bagi membantu siasatan.

Siasatan mendapati suspek berusia 27 hingga 43 tahun itu menjalankan kegiatan tersebut sejak 2016 dan menyasarkan wanita tempatan dengan menjerat mereka di media sosial.

Beliau berkata, sindiket tersebut beroperasi secara berasingan dalam dua kumpulan yang berbeza.

“Satu kumpulan berperanan mencipta akaun palsu dalam media sosial menggunakan akaun palsu ini, akan mula mencari kenalan dan berkomunikasi dengan mangsa manakala kumpulan kedua bertindak sebagai ejen pencari akaun keldai bank di dalam negara mahupun akaun luar negara.

“Pemeriksaan lanjut mendapati warga Nigeria itu masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar namun telah tamat tempoh.”

Katanya, polis merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan sindiket antaranya telefon bimbit, komputer riba dan modem.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/62 (Pindaan 2002) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

'Pak guard' kena lempang gara-gara minta periksa suhu

Siti Hajar Husna Che Hassin

Seorang pengawal keselamatan dilempang oleh seorang pelanggan di sebuah pusat membeli belah di Kota Bharu, akibat menegur pelanggan berkenaan untuk memeriksa suhu sebaik sahaja memasuki pintu masuk pasar raya berkenaan.

Kejadian itu berlaku pada 7 Jun lalu, kira-kira jam 2 petang ketika orang ramai berkunjung membeli barang keperluan semasa sekatan pergerakan penuh (total lockdown).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Abdul Rahim Daud berkata pihaknya menerima laporan kejadian tersebut dan sedang menjalankan siasatan terperinci.

“Pihak kami ada menerima laporan berkenaan kes seorang pengawal keselamatan yang ditampar apabila dia menyuruh salah seorang pelanggan memeriksa suhu di sebuah pusat membeli-belah di Kota Bharu.

“Kejadian itu disahkan berlaku pada 7 Jun 2021 lebih kurang jam 2 petang.

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan kita sedang mengesan orang yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video seorang pengawal keselamatan ditenangkan oleh pekerja pasar raya berkenaan sebaik sahaja dia jatuh akibat ditampar oleh seorang pelanggan kerana memintanya untuk memeriksa suhu terlebih dahulu sebelum masuk.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Warisan nafi keluar kenyataan bersama PAS sokong Hisham sebagai PM baru

Malaysiakini 

Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini menafikan kenyataan yang tular kononnya parti itu dan PAS menyokong Menteri Luar, Hishammuddin Hussein sebagai calon perdana menteri yang baru.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr menafikan kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai fitnah dan akan membuat laporan polis mengenainya.

Kenyataan yang tular itu turut memalsukan tandatangannya dan juga Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Berdasarkan kenyataan yang tular bertarikh 11 Jun itu, ia ditandatangani setiausaha agung Warisan dan PAS dengan menggunakan kepala surat parti PAS.

"Saya sama sekali tidak pernah sama ada bagi pihak Warisan mahupun atas kapasiti peribadi untuk mempersetujui atau menandatangani apa-apa persetujuan muafakat bersama PAS untuk menyokong mana-mana individu sebagai perdana menteri.

"Warisan tidak pernah terlibat dengan kenyataan media itu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Loretto perbuatan seperti itu adalah tindakan orang-orang yang kemaruk kuasa sehingga sanggup memfitnah dan memalsukan tandatangannya.

Terdahulu hari ini tular satu kenyataan media menggunakan lambang PAS yang ditandatangani bersama Loretto dan Takiyuddin.

Kandungan kenyataan tersebut antara lain kononnya kedua-dua parti bersepakat untuk menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri.

Ia bagi menyelamatkan negara daripada terus berada dalam krisis kesihatan akibat Covid-19.

"Saya akan membuat laporan polis selepas berbincang dengan peguam saya berkenaan perkara ini," kata Loretto lagi.

2 polis jadi ‘bidan terjun’ bantu wanita lahir anak di SJR

FMT Reporters

Seorang wanita selamat melahirkan anak di sekatan jalan raya di Expressway Kuching-Samarahan, Kota Samarahan, dengan dibantu dua anggota polis dari IPD Kota Samarahan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Dua anggota polis bertindak sebagai “bidan terjun” apabila membantu seorang wanita melahirkan bayi perempuan dalam kereta di sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching-Samarahan, Kota Samarahan, malam tadi.

Anggota polis wanita masing-masing berpangkat Lans Koperal dan Koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan bertugas di SJR itu, ketika kejadian pada 11.50 malam.

Sebelum itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya, bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.

“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.

“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Noor Fatihah berkata, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Sudirman Kram, berkata suami wanita berkenaan yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.

“Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.

“Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa,” katanya.

Beliau berkata, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selain PH, pemimpin Umno dan PAS juga tolak MAGERAN Dr M

Nora Mahpar dan Yasmin Abdul Latif

PETALING JAYA: Pemimpin empat parti daripada gabungan pemerintah dan pembangkang utama negara menolak cadangan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diajukan oleh Dr Mahathir Mohamad dan meminta bekas perdana menteri itu tidak lagi campur tangan dalam pentadbiran negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata, cadangan Mahathir itu dibimbangi akan memberi kesan lebih buruk kepada ekonomi, politik, dan kestabilan berbanding perintah darurat, sementara Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad pula berkata, MAGERAN bermakna Mahathir akan mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan yang sah.

“Beliau sendiri tanpa segan silu menawarkan diri untuk kembali berkhidmat. Sudah tentu sasaran utama Mahathir adalah jawatan pengarah MAGERAN seperti yang pernah dipegang (Tun) Abdul Razak Hussein satu ketika dulu,” kata Puad. 

“Yang kita bimbang ialah MAGERAN akan berpanjangan dan disalahgunakan. Dendam, penganiayaan politik akan kembali bermaharajalela. Cukuplah, jangan ulangi kezaliman tersebut.”

Kamaruzaman pula berkata, PAS akan terus mendukung kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan mandat pemerintahan harus diberi kepada kerajaan yang sah.

“Cadangan itu tidak perlu kerana kerajaan sedia ada masih bertindak atas nasihat Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Wakil rakyat PKR dan Amanah juga kedengaran senada dengan seteru politik mereka.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata, sewajarnya kuasa pentadbiran dikembalikan kepada sebuah kerajaan awam, bukannya kepada suatu badan.

Untuk menjayakan peralihan itu beliau berkata, seorang pemimpin daripada blok politik terbesar di Parlimen boleh dilantik untuk memimpin kerajaan minoriti dengan matlamat mendapatkan majoriti secukupnya sehingga PRU15.

“Apabila Perikatan Nasional (PN) gagal, blok politik terbesar dalam Parlimen ialah Pakatan Harapan (PH). Agong boleh melantik (ketua pembangkang) Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan kerajaan minoriti dan beri beliau masa dua atau tiga minggu untuk bentuk kerajaan yang cukup majoriti.

“Minggu ke-4 Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil sidang Parlimen untuk diadakan undi percaya terhadap Anwar. Jika beliau berjaya, kerajaan pimpinan Anwar boleh terus mentadbir sehingga PRU-15,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar berkata, apa yang perlu ketika ini adalah memulihkan keyakinan kepada pentadbiran negara dengan menghidupkan fungsi Parlimen sebagai badan semak dan imbang.

“Bila darurat diwujudkan, ia memberi gambaran yang buruk khususnya dari sudut ekonomi sehingga ada pelabur bertindak keluar dari negara sedangkan kita tidak hadapi masalah keselamatan hanya berdepan Covid-19 yang boleh ditangani dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya.

Dalam pada itu Puad berkata, Mahathir, 95, patut lebih realistik.

“Masa beliau sudah berakhir. Dia sudah dapat peluang kedua tetapi disia-siakan. Mana mungkin dia perlu diberi peluang ketiga. Kita khuatir lebih banyak kerosakan akan berlaku,” katanya.

Kamaruzaman pula berkata, walaupun beliau menolak cadangan Mahathir, bekas perdana menteri itu dan pemimpin lain berhak menyuarakan “isi hati” mereka.

Hassan bagaimanapun berkata, cadangan Mahathir menawarkan dirinya untuk memimpin MAGERAN sebagai “tidak masuk akal” kerana beliau bukan pemimpin mana-mana parti politik.

Malah Pejuang yang pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia “hanya ada empat Ahli Parlimen sahaja”.

“Melantik semula Mahathir memimpin kerajaan adalah satu ‘precedent’ yang bercanggah dengan norma demokrasi berparlimen,” katanya.

Pemimpin parti politik, termasuk pembangkang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat bermula 9 Jun, dimulai dengan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu.

Bagi pemimpin parti politik di Sarawak, majlis menghadap bakal diadakan secara dalam talian yang dijadualkan pada 14 Jun.

Pada sidang media selepas menghadap Agong semalam, Mahathir mencadangkan penubuhan MAGERAN bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan dan menawarkan diri beliau untuk mengetuainya.

Mahathir mendakwa MAGERAN perlu ditubuhkan segera bagi “merawat kerosakan” yang berlaku dalam pentadbiran Muhyiddin yang disifatkannya sebagai gagal dalam memerangi pandemik Covid-19.

Mageran: Dr M bukan nyanyuk tapi mahu kuasa, kata AMK

Yasmin Ramlan

Pemuda PKR (AMK) mendakwa tindakan Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam menunjukkan hasrat bekas perdana menteri itu untuk kembali berkuasa.

Naib Ketua AMK, Thiban Subramaniam turut mempersoalkan kewajaran ahli parlimen Langkawi mencadangkan Mageran, memandangkan ia dilihat sebagai langkah ke belakang dan hanya memberi kesan buruk kepada negara.

Menurutnya, kebanyakan pihak pembangkang atau Umno sendiri mahukan proklamasi darurat ditamatkan dengan kadar segera.

“Tindakan beliau hari ini (semalam) mencadangkan Mageran kepada Tuanku jelas menunjukkan bahawa beliau bersungguh-sungguh untuk kembali berkuasa dengan apa jua cara pun.

“Beliau bukan nyanyuk, ini adalah strategi beliau untuk pastikan kerajaan tidak bertukar khususnya (Presiden PKR) Anwar Ibrahim tidak diangkat sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Semalam, Mahathir mendedahkan dia mencadangkan penubuhan kerajaan ala Mageran semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, isu siapa akan mengetuai Mageran tidak dibincangkan tetapi ahli parlimen Langkawi itu menawarkan bantuan jika dikehendaki kerajaan.

Sementara itu, Thiban berkata kenyataan Mahathir bahawa Anwar menelefonnya berhubung krisis semasa tetapi tiada penyelesaian, merupakan tindakan pemimpin Pejuang itu untuk memperlekehkan ahli parlimen Port Dickson.

“Ia diketahui umum bahawa menjadi kebiasaan kepada Tun M untuk terus perlekeh segala usaha Anwar Ibrahim dalam arena politik selama ini.

“Dendam kesumat beliau tidak pernah terpadam,” katanya.

Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?

Nicholas Chung

PETALING JAYA: Generasi muda Malaysia mungkin tertanya-tanya apa itu “MAGERAN” selepas disebut bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad semalam.

Bagi kebanyakan generasi yang lebih tua, ia mengimbau semula detik sejarah hitam negara.

Ia adalah singkatan atau akronim Majlis Gerakan Negara.

Pada sidang media selepas menghadap Agong semalam, Mahathir mencadangkan penubuhan MAGERAN untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan dan menawarkan khidmatnya.

Dengan bantuan daripada aktivis sosial Chandra Muzaffar, FMT melihat semula latar belakang MAGERAN dan peranannya sewaktu ditubuhkan.

Ia dibentuk pada 15 Mei 1969, selepas perisytiharan darurat dan perintah berkurung dikenakan susulan rusuhan kaum 13 Mei, yang tercetus selepas pilihan raya umum.

Ia berfungsi sebagai kerajaan sementara (interim) dan berusaha untuk memulihkan kedaulatan undang-undang dan membawa negara ke arah perdamaian nasional. Ia dibubarkan pada 1971.

Perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman, memilih untuk tidak memegang MAGERAN dan melantik timbalannya, Abdul Razak Hussein, sebagai pengarahnya.

“Tunku berkata beliau mahu seseorang yang boleh memberi perhatian penuh, Razak jauh lebih muda. Oleh itu, beliau melantiknya untuk peranan itu,” kata Chandra.

Dengan negara yang baru saja mengadakan pilihan raya, belum ada Jemaah Menteri yang dilantik. Oleh itu, beberapa ahli Jemaah Menteri Tunku sebelum ini dilantik untuk berada di bawah MAGERAN.

Ahli terkemuka termasuk Dr Ismail Abdul Rahman, VT Sambanthan, Tan Siew Sin dan Muhammad Ghazali Shafie. Ketua angkatan tentera Tengku Osman Jiwa dan Ketua Polis Negara Mohamed Salleh Ismael juga menjadi ahli majlis.

Sebelum pilihan raya umum, Ismael telah meletak jawatan sebagai menteri dalam negeri, atas faktor kesihatan. Tetapi apabila ditawarkan Razak, beliau terus bersetuju untuk berkhidmat dengan majlis berkenaan.

Tan, presiden MCA, dan Sambanthan, presiden MIC, masing-masing adalah Menteri Kewangan dan Menteri Kerja, dalam Jemaah Menteri sebelum ini. Ghazali adalah setiausaha tetap di Kementerian Luar Negeri.

MAGERAN sama seperti Jemaah Menteri, dengan ahli majlis bertugas mengikut portfolio mereka.

Tugas utamanya adalah untuk memulihkan undang-undang dan peraturan. Dengan perintah berkurung dan tentera dikerahkan, ia mencapai tujuannya untuk mewujudkan semula perdamaian dalam beberapa bulan.

Terdapat konflik berlaku beberapa bulan selepas 13 Mei, tetapi majlis itu menanganinya dengan cepat, kata Chandra.

MAGERAN berperanan dalam menentukan hala tuju sosial dan ekonomi negara dengan menubuhkan badan-badan seperti Majlis Perundingan Negara (NCC) dan Majlis Muhibah.

NCC, yang dipengerusikan Razak, terdiri daripada wakil pelbagai komuniti, parti politik, badan profesional, kesatuan sekerja, kumpulan perniagaan dan lain-lain. Antara tugas utamanya adalah mengusahakan dasar ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan, mengagihkan semula kekayaan ekonomi dan memberi sokongan kepada Bumiputera.

Dasar itu, yang kemudian dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (NEP), “berusaha untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan menyusun semula masyarakat supaya pengenalan etnik dengan fungsi ekonomi dapat dikurangkan”, kata Chandra.

NCC juga mewujudkan Rukun Negara dalam usaha menjalin perpaduan antara rakyat Malaysia demi kejayaan dan kestabilan negara. Ia adalah senarai lima prinsip dan lima cita-cita negara dan kekal menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan sehingga hari ini.

Adakah MAGERAN perlu ditubuhkan semula? Menurut Chandra, ia tidak perlu kerana keadaan sekarang berbeza walaupun terdapat perisytiharan baharu darurat.

Katanya, darurat pada 1969 diisytiharkan atas alasan keselamatan dan MAGERAN diperlukan untuk memulihkan kedaulatan undang-undang dan mengelakkan sebarang kekerasan daripada semakin teruk.

“Sebab utama MAGERAN sangat diperlukan adalah untuk menangani rusuhan yang tercetus,” katanya. “Kita memerlukan sebuah badan yang boleh menangani situasi keselamatan, keganasan, pembunuhan dan sebagainya.

“Dalam keadaan darurat yang diisytiharkan Januari lalu, ia jelas adalah darurat kesihatan.”

Selain itu, katanya, tiada Kabinet yang berfungsi selama rusuhan sejak pilihan raya umum baru saja selesai. Ini mendesak agar beberapa bentuk badan pemerintahan untuk dibentuk.

Beliau menyatakan bahawa Muhyiddin Yassin sudah mempunyai Jemaah Menteri.

Yang di-Pertuan Agong akan terus bertemu pemimpin parti politik hari ini sebelum mempengerusikan pertemuan dengan semua Raja-raja Melayu pada Rabu depan.

Laut China Selatan punca perang dunia ketiga?

Aminuddin Yahaya

Mutakhir ini tersebar berita kapal-kapal perang China dan Amerika sedang berlegar di Laut China Selatan sehingga dikatakan mengganggu kerja penggalian minyak oleh Petronas. Kapal perang Australia juga dilihat meronda bersama dengan kapal Amerika. Ini menyebabkan kegelisahan negara-negara yang ada kepentingan di Laut China Selatan (LCS).

Apa pentingnya LCS?

Umum mengetahui bagaimana China telah mendakwa bahawa LCS adalah milik mereka walaupun mendapat bantahan dari negara-negara persisiran; Malaysia, Vietnam dan Filipina. Apa tidaknya, bukan saja LCS adalah laluan strategik perdagangan antarabangsa tetapi mempunyai khazanah yang cukup bernilai:

11 bilion tong simpanan minyak mentah

190 trillion meter kubik gas asli

30% barang dagangan dunia lalu di sini.

10% sumber perikanan dunia

Dengan nilai yang begitu tinggi dan kepentingan dagangan yang penting, maka adalah sesuatu yang logik LCS menjadi rebutan semua negara persisiran.

China telah mendakwa bahawa 80% dari LCS adalah milik mereka berdasarkan sejarah perjalanan maritim mereka pada kurun ke-15. Malah mereka telah melakar sempadan sendiri di LCS apa yang dikenali sebagai “9 Dash Line” (bawah). Ini bertentangan sama sekali dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa–bangsa Bersatu Mengenai Undang–Undang Laut 1982 (Unclos). Konvensyen ini menyatakan bahawa sesebuah negara hanya boleh memiliki kawasan laut sejauh 200 batu nautika (exclusive economic zone) dari perairan mereka. Tetapi ini semua tidak diendahkan China.

Satu ketika Kepulauan Spratly adalah merupakan pulau-pulau kecil yang tidak mempunyai penghuni tetapi kini China telah membina tujuh pusat ketenteraan yang melingkungi kawasan tersebut apa yang dinamakan sebagai “The Cabbage Strategy”. Bukan itu saja pada tahun 2015 China telah menamakan kawasan LCS sebagai “air identification zone” yang menghendaki setiap kapal terbang yang lalu di atas kawasan LCS perlu mendapat keizinan mereka. Ini sesuatu yang melanggar undang-undang dunia tetapi sekali lagi tidak diendahkan.

Malaysia, Vietnam dan Filipina pernah mengemukakan bantahan tentang tuntutan China tersebut tetapi telah menarik balik bantahan itu sehari selepas ia dikeluarkan. Ini disebabkan bukan saja negara-negara berkenaan tidak “berani” melawan kehebatan tentera China tetapi kerana negara-negara tersebut mempunyai pelaburan yang besar dari syarikat China.

Adakah ini merupakan permulaan kepada Perang Dunia Ketiga?

Kita tidak pasti tetapi melihat keadaan yang berlaku sekarang sudah pasti Amerika Syarikat tidak akan berdiam diri. Ada banyak sebab kenapa kemungkinan peperangan akan berlaku di LCS antaranya:

LCS dianggap kawasan strategik oleh Amerika bagi menjaga kepentingan ketenteraan dan ekonomi mereka.

Amerika sangat takut China akan mengatasi kuasa mereka dalam ekonomi dunia.

Nilai dolar semakin jatuh dan jika Covid-19 ini berpanjangan, pakar ekonomi menjangkakan dunia tidak lagi menjadikan USD sebagai sandaran.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) telah jatuh bawah paras negative menyebabkan pendapatan negara Amerika menjunam.

Pengangguran di Amerika Syarikat sudah meningkat ke 22 juta orang dan dijangka akan mencecah 44juta sekiranya wabak COVID-19 ini berterusan.

Rumah Putih sudah melabelkan bahawa virus Covid-19 ini adalah chinese virus untuk menanam rasa benci penduduk Amerika kepada China.

Tuntutan China terhadap Taiwan yang dianggap sebahagian dari tanah jajahan mereka juga merupakan faktor besar kemungkinan peperangan akan berlaku. Keengganan Taiwan untuk tunduk kepada tuntutan ini telah menimbulkan kemarahan China tetapi China tidak boleh berbuat apa-apa kerana terikat dengan perjanjian The Sino-American Mutual Defense Treaty antara China dan Amerika yang memberikan Amerika hak membantu Taiwan dari sebarang ancaman penaklukan dari China. Persoalannya; apakah China akan patuh dengan perjanjian ini kerana dalam masa yang sama mereka telah menjalankan dua latihan ketenteraan berhampiran dengan sempadan Taiwan?

Pada tahun 2015 Steve Bannon yang merupakan ketua strategik ketenteraan AS dan kini orang kanan Presiden Trump pernah mengatakan bahawa peperangan antara China dan Amerika sesuatu yang akan berlaku dalam masa lima hingga 10 tahun dari tarikh tersebut. Semalam Menteri Luar Amerika Michael R.Pompeo telah mengeluarkan kenyataan membantah sikap China di perairan LC:

“The CCP is exerting military pressure and coercing its neighbors in the South China Sea, even going so far as to sink a Vietnamese fishing vessel. The U.S. strongly opposes China’s bullying and we hope other nations will hold them to account too.”

Ini semua adalah indikator betapa gentingnya suasana di LCS. Apakah ia akan berakhir dengan peperangan? Semestinya kita semua tidak mahu kerana bukan saja dunia kini berdepan dengan Covid-19 malah impaknya kepada negara adalah kemusnahan yang besar. Malaysia dan negara-negara Asean harus segera bertindak bersatu mempertahankan kepentingan dan kedaulatan kita semua.

Kerajaan PM8 perlu bersedia hilang majoriti, kata Puad

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kerajaan Perdana Menteri ke-8 kini sudah tidak ada majoriti kerana Perhimpunan Agung Umno 2020 memutuskan menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional, kata Ketua Umno Batu Pahat, Puad Zarkashi.

“Tiada siapa hatta PM 8 boleh dakwa Umno masih kekal sokong kerajaan PN.

“Tarikh ‘pull the plug’ boleh berlaku pada bila bila masa sebelum tarikh akhir 1 Ogos 2021. PAU 2020 telah beri mandat kepada presiden dan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) untuk tentukannya.

Sementara itu, beliau berkata esok Ahmad Zahid Hamidi akan membawa suara akar umbi Umno dan rakyat dalam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Esok semua tertumpu kepada Zahid Hamidi, dia orang terakhir menghadap secara empat mata dan bersemuka.

“Ramai positif, yakin dan percaya hasilnya ialah darurat tidak disambung dan Parlimen akan bersidang semula,” kata Puad di Facebook hari ini.

Namun, beliau berkata apa jua cadangan yang diusulkan selebihnya bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan Agong untuk membuat keputusan.

“Hatta memanggil semua ketua parti adalah luar biasa. Tuanku tidak lagi mendengar sebelah pihak. Mendengar nasihat kerajaan sahaja tidak memadai,” katanya.

Terdahulu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dipanggil menghadap Sultan Abdullah berhubung keadaan semasa negara.

Tun M dakwa Agong tanya masa sesuai adakan PRU15

NURHIDAYAH HAIROM 

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertanya kepadanya mengenai waktu sesuai bagi negara mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika sesi sembah maklum di Istana Negara pada Khamis.

Dr Mahathir berkata, beliau telah sembah maklum dengan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bahawa adalah paling tidak wajar untuk melaksanakan PRU15 dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, sekiranya dilaksanakan dalam masa terdekat, akan mencetuskan pandemik Covid-19 yang lebih buruk serta mengancam nyawa rakyat seperti berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Yang di-Pertuan Agong ada bertanya kepada saya, sama ada pilihan raya boleh diadakan, tahun depan atau pada bila-bila masa. Saya maklumkan kepada Seri Paduka Baginda bahawa pilihan raya akan membahayakan sebab kita sudah lihat apa yang terjadi di Sabah (PRN Sabah lalu).

"Kalau buat pilihan raya umum, akan mencetuskan gelombang baharu Covid-19," katanya ketika sesi sidang akhbar dalam talian selepas sesi sembah menghadap di Istana Negara pada Khamis.

Menurut Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, waktu terbaik untuk Malaysia mengadakan PRU15 adalah apabila negara telah mencapai imuniti kelompok iaitu sebanyak 80 peratus rakyat menerima divaksin.

"Tunggu 80 peratus rakyat sudah divaksinkan baru boleh buat pilihan raya. Jangan ulang tragedi PRN Sabah," katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau yakin Yang di-Pertuan Agong memberi perhatian serius terhadap segala inti pati sembah maklum hasil sesi menghadap ketua-ketua pemimpin parti politik pada minggu ini.

Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan inti pati tersebut akan dibawa dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun depan.

Mahathir: Ya, Anwar telefon saya tapi dia tiada penyelesaian

Zikri Kamarulzaman

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan dia menerima panggilan telefon daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Dalam perbualan itu, dedah Mahathir, dia dan presiden PKR membincangkan tentang krisis semasa.

Bagaimanapun, dakwanya, Anwar tidak mampu mencadangkan sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Jadi saya cadangkan supaya kami tulis surat kepada Agong,” kata Mahathir dalam sidang media atas talian selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan perbualan itu berlangsung pada malam 28 Mei.

Mahathir kemudian berkata dia menulis surat kepada Agong untuk memohon menghadap, yang dipercayainya menyumbang ke arah pertemuan baginda dengan pemimpin-pemimpin politik yang bermula sejak semalam.

Tiada posting baharu, ramai bimbang keselamatan Ebit Lew

NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI

PETALING JAYA – Tindakan pendakwah terkenal, Ebit Lew tidak mengemas kini beberapa laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menimbulkan kegusaran buat rakyat negara ini khusus pengikutnya.

Berdasarkan semakan di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya hari ini mendapati kali terakhir beliau membuat hantaran adalah pada 27 Mei lalu.

Menerusi sebuah portal, rata-rata pengikut pendakwah popular itu menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas serta ubat-ubatan ke Palestin.

“Semoga ustaz (Ebit) dan team sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan mereka,” tulis Azie Abdullah.

“Semoga Allah lindungi ustaz Ebit,” kata Nurfarha Shahira sambil meletakkan emoji tangan simbolik sebagai berdoa.

Tangkap layar hantaran terakhir di laman sosial Facebook Ebit Lew pada 27 Mei lalu.

Terdahulu, Ebit telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau yang bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent telah membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan sebanyak dua treler besar dan beberapa buah lori untuk dihantar terus ke hospital di Gaza. – K! ONLINE

Tasik Chini: Kerajaan khianat amanah, kalah dengan nafsu- Muda

Malaysiakini 

image placeholder

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) membidas kerajaan Pahang kerana membenarkan kegiatan penebangan hutan dan perlombongan di Tasik Chini, walaupun kawasan itu berstatus hutan simpan kekal.

Menyifatkannya sebagai "mengkhianati" amanah untuk menjaga alam sekitar, Biro Perubahan Iklim dan Kelestarian Muda mendakwa kegiatan itu telah menjejaskan alam sekitar, seperti hakisan, pemendapan dan peningkatan alga.

"Apakah makna di sebalik pewartaan Tasik Chini sebagai tapak rizab biosfera Unesco, juga sebagai hutan simpan kekal buat pemerintah, kerajaan dan penguatkuasa?

"Ternyata pemerintah, agensi dan institusi kerajaan yang diamanahkan untuk memelihara dan mengurus sumber alam sendiri yang telah mengkhianati amanah dan kalah dengan nafsu sendiri," kata biro itu dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama anggota biro tersebut, iaitu Afiqah Zulkifli, Sheikh Syaqil, Muaz Mohd, Aisyah Farhanah Mohamed, Ahmad Zafrul Afiq Arifudin dan Muhammad Nazri Othman.

Pada 2019, kerajaan Pahang juga mewartakan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai hutan simpan kekal.

Setahun kemudian, kerajaan Pahang juga mewartakan Tasik Chini sebagai taman negeri.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan kerajaan negeri telah meluluskan kerja perlombongan di sekitar Tasik Chini di Pekan kepada sebuah syarikat berkaitan keluarga diraja.

Kawasan yang terlibat dilaporkan terletak kira-kira tiga kilometer daripada Tasik Chini dan ia mencetuskan bantahan daripada pelbagai pihak.

Antaranya Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) yang menggesa kebenaran itu dibatalkan.

Muda berkata, pihak berkuasa telah gagal dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tersebut.

"Biarkan Tasik Chini kepada mereka yang menghargainya. Biarkan sumber alam yang terhad ini dijaga oleh penduduk setempat yang lebih bertanggungjawab, amanah, dan punya rasa kepunyaan terhadapnya," kata Muda.

'Saya masih MB' - Ahmad Samsuri

Nur Fazlizai Ali

KUALA TERENGGANU: "Saya bangun pagi ini, masih lagi Menteri Besar yang sah," kata Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berseloroh demikian ketika diminta mengulas spekulasi yang mengaitkan dirinya kini tersepit dengan pihak istana Terengganu sehubungan dakwaan wujud usaha daripada pihak dalaman Pas untuk mengambil alih jawatannya.

Ahmad Samsuri berkata, setakat ini tidak timbul isu pertukaran Menteri Besar (MB) itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Saya rasa, bangun pagi ini, MB lagi, walaupun ada gambar 10 orang jadi Menteri Besar, bertukar setiap jam.

"Saya rasa tidak timbul lagi yang lain-lain itu. Biarlah polis jalankan siasatan," katanya.

Ditanya berhubung dakwaan perpecahan yang berlaku dalam Pas Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu juga hairan dengan perkara itu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhenti menabur fitnah.

"Saya pun hairan. Orang tak ingat api neraka agaknya, dia buat fitnah-fitnah begini. Jadi saya hendak seru kepada orang ramai, ingat sikit, buat fitnah itu, api neraka ada.

"Kita ini hidup lama-lama pun, akan mati juga," katanya.

Pada Selasa, Setiausaha Politik beliau, Muhyiddin Abdul Rashid, tampil membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal yang disifatkan sebagai fitnah dan tidak betul.

Jelasnya, kandungan laporan bertajuk ‘MB Terengganu tergugat, borang aku janji berkanun kini tersebar’ itu berniat jahat terhadap kredibiliti Ahmad Samsuri.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan kedudukan Ahmad Samsuri kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan juga usaha pimpinan lain dalam Pas untuk mengambil alih tempat beliau.

Satu borang 'surat akuan berkanun' dikatakan sudah disediakan untuk membolehkan para wakil rakyat Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan menolak Ahmad Samsuri sebagai MB.

Ia didakwa disediakan untuk ADUN kedua-dua parti, sama ada dari Pas yang mempunyai 22 kerusi atau UMNO yang mempunyai 10 kerusi.

Penunggang motosikal maut selepas bahan letupan meledak

Bernama

SIBU: Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas sejenis bahan letupan yang dibawa mereka meletup dalam kejadian berhampiran rumah panjang di Jalan Sungai Pidi, Meradong petang semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong Sekam Anoi berkata, Lawrence Lujang, 23, mati di tempat kejadian manakala pemboncengnya yang dikenali sebagai Ching Lamba, 53, cedera parah di kaki serta paha dan kini dirawat di Hospital Sarikei.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 6.24 petang memaklumkan mendengar bunyi letupan kuat di jalan yang menuju ke rumah panjang Mandau di Bakong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki itu membawa bahan letupan buatan sendiri yang dipercayai untuk memburu binatang di hutan berdekatan.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jenis dan cara buatan bahan letupan berkenaan.

“Polis memandang serius perbuatan ini yang bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga orang ramai,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Bahan Letupan 1957.

Cadangan penubuhan Mageran dan nasib Muhyiddin

Nigel Aw

Semalam selesai "pusingan pertama" pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan pemimpin politik utama di negara ini.

Kecuali dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang memang mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah setiap Rabu sebelum mesyuarat Kabinet, pertemuan lain melibatkan pemimpin pembangkang.

Mereka termasuklah pemimpin utama PH - Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Limg Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mereka mengadap Agong secara berasingan dan masing-masing selama kira-kira sejam.

Tidak banyak yang diperkatakan mereka tentang pertemuan itu ketika ditemui media semasa meninggalkan Istana Negara.

Naratif kepada orang awam adalah ringkas: Perbincangan berkaitan usaha melawan wabak Covid-19, menamatkan darurat dan menyambung semula Parlimen.

Ia tidak janggal memandangkan pembangkang berulang kali membangkitkan isu ini sejak proklamasi darurat pada 11 Januari lalu.

Tetapi hal jelas yang tidak diperkatakan adalah: Apakah strategi pembangkang berhubung kerajaan Perikatan Nasional (PN) - yang mereka sifatkan sebagai tidak sah sejak Langkah Sheraton pada Februari 2020 - dan sejak itu gagal ditewaskan mereka.

Ketika menemui pemberita usai mengadap Yang di-Pertuan Agong, pemberita bertanya tentang isu kemungkinan pembentukan kerajaan baru. Namun Anwar hanya menjawab perkara itu tidak dibincangkan.

Reaksi PN

Bagaimanapun pemimpin PN memberikan reaksi yang tegas berhubung perkara itu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggesa usaha kumpulan yang disifatkannya sebagai "ingin menebuk kapal dari bawah" perlu dihalang.

Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin, Marzuki Mohamad juga mengeluarkan kenyataan tegas.

Dalam rakaman berdurasi sembilan minit, dia menyuarakan bantahan terhadap penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) - sama seperti majlis yang memimpin negara pada 1969 hingga 1971 susulan tragedi 13 Mei.

"Ada yang mencadangkan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menubuhkan Mageran yang mempunyai kuasa penuh mentadbir negara, sepertimana yang dilaksanakan semasa proklamasi darurat pada 1969 dulu.

"Keadaan yang kita hadapi pada masa ini jauh berbeza dengan situasi pada 1969. Pertamanya, kita tidak berdepan dengan darurat keselamatan, tetapi darurat kesihatan," katanya.

Dia juga berkata pelbagai kementerian masih diperlukan dan penguatkuasaan darurat dengan proses demokrasi dan politik yang lebih "rancak" bukanlah sesuatu yang mustahil.

Jika Mageran mengambil alih pentadbiran negara dan mengikut model seperti pada 1969, sejumlah 70 menteri dan timbalan menteri yang ada pada masa ini mungkin dikurangkan kepada hanya sepuluh.

Kuasa akan lebih bertumpu kepadanya, melebihi apa yang dimiliki kerajaan darurat pada masa ini, dan bertentangan dengan gesaan pembangkang agar demokrasi dikembalikan. Walaupun tidak mustahil untuk tetap mengadakan sidang Parlimen, berbeza dengan ketika 1969 dan sekarang.

Satu lagi ironi adalah kerajaan PN yang sudah beberapa bulan menghalang sidang Parlimen di saat majoriti sokongan yang dipersoalkan, kini bercakap tentang demokrasi yang lebih rancak.

Apa yang dibincangkan di dalam Istana Negara semalam tidak akan diketahui umum kecuali pemimpin yang terlibat mendedahkannya. Bagaimanapun pertemuan ini telah pun menggelisahkan kerajaan.

Cadangan berkenaan Mageran

Bantahan Marzuki terhadap Mageran sedikit sebanyak membayangkan apa peristiwa yang berlaku beberapa hari ini.

Idea ini telah dibangkitkan sejumlah blog sejak akhir Mei dan semakin dibincangkan apabila ia disuarakan ahli ekonomi Muhammed Abdul Khalid - bekas penasihat ketika pentadbiran PH.

Ketika itu, ia belum menjadi sebahagian daripada naratif di arus perdana.

Muhammed berkata perlunya satu pasukan baru yang "berani, bijak dan patriotik" untuk mentadbir negara di tengah-tengah wabak Covid-19, yang kian memburuk di tengah-tengah penguatkuasaan darurat.

Dia berkata, Mageran dengan 10 ahli dan hanya dua jawatankuasa - Jawatankuasa Ekonomi dan Majlis Perundingan Nasional (MPN) - dapat membawa negara keluar daripada waktu-waktu paling sukar dan menghidupkan semula ekonomi.

"Ahli panel yang dilantik terdiri daripada penjawat awam, profesional sektor korporat, ahli akademik, agamawan dari pelbagai agama, wartawan, wakil majikan dan pekerja, dan wakil parti politik.

"Ia berbeza dengan pasukan sekarang yang mengamalkan sikap terpencil dan berselindung dengan kurang berunding bersama pimpinan masyarakat dan mereka yang pakar dalam menangani krisis ini," kata bekas penasihat ekonomi kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ada satu perbezaan utama dalam cadangannya berbanding model 1969 - Parlimen dibenarkan bersidang untuk memainkan peranan semak dan imbang.

Perbincangan Anwar - Mahathir

Satu lagi perkembangan utama sebelum pertemuan semalam adalah Mahathir ada berhubung dengan Anwar.

Perbualan mereka menerusi telefon pada 28 Mei disahkan timbalan presiden (penaja) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Marzuki Yahya, menurut laporan Sin Chew Daily. Marzuki bagaimanapun tidak terlalu mengheboh-hebohkan tentang sebarang kerjasama politik.

Menurut laporan itu, perbincangan itu, yang dimulakan oleh Anwar, didedahkan oleh pihak dalam PKR.

Pihak tersebut juga membangkitkan cadangan penubuhan Mageran. Perbualan tersebut didedahkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 29 Mei namun isi perbincangan tidak didedahkan.

Mahathir akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. Warisan dan Umno juga dijangka mengadap hari ini.

Pertemuan terakhir dijangka pada 14 Jun melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi telesidang.

Pada 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong akan mengadakan sesi perbincangan khas raja-raja Melayu.

Dengan darurat dijadual tamat pada Ogos, Yang di-Pertuan Agong mempunyai masa secukupnya untuk menimbang pilihan yang ada.

Masih belum jelas blok politik mana yang akan mendapat kelebihan jika cadangan Mageran diguna pakai. Apa yang pasti adalah hal seumpama itu akan meningkatkan ketidaktentuan terhadap nasib Muhyiddin.

Perlu dinyatakan yang melalui Mageranlah Tunku Abdul Rahman tersingkir daripada jawatan perdana menteri.

Ketika Mageran ditubuhkan pada 1969, timbalannya Abdul Razak Hussein yang dilantik sebagai pengerusinya.

Jika Muhyiddin dapat mengekalkan kuasa, ia akan memberi kelebihan kepadanya dalam PRU akan datang. Penubuhan Mageran akan merosakkan rancangan itu.

‘Kami mohon ampun’

Bagi bekas pesakit COVID-19, seperti Mohd Adli Mohamad dan anggota keluarganya, kecaman, persepsi negatif melampau dan disisihkan segelintir masyarakat adalah 'lebih sakit dan derita' berbanding pertarungan melawan COVID-19.

Mohd Adli, 36, mengakui beliau dan keluarganya kini seolah-olah “dihukum’ seluruh penduduk kampung, selepas seorang daripada ahli keluarganya, dikenal pasti sebagai kes indeks dalam kluster Matang, iaitu kluster terbesar COVID-19 di daerah Hulu Terengganu, ketika ini.

Keluarganya menjadi sasaran kemarahan orang ramai kerana dikatakan menjadi punca jangkitan 127 individu lain yang dikesan positif COVID-19 dan terus merebak ke tiga kampung berdekatan sehingga mencetuskan rantaian jangkitan kluster baharu yang lain.

"Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada masyarakat di Hulu Terengganu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Telemong kerana kesukaran yang dihadapi mereka ketika ini, sentiasa hidup dalam kebimbangan disebabkan penularan COVID-19 yang begitu meluas dan pantas.

"Namun, apa yang terjadi bukan disengajakan, jauh sekali untuk menyakiti dan menjangkiti sesiapa. Harapan kami agar masyarakat tidak berterusan 'menghukum' keluarga kami kerana ia sangat mengganggu emosi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengimbau detik bermulanya insiden berkenaan, Adli berkata kepulangan abang iparnya, ke Kampung Matang ketika Ramadan lepas, adalah kerana ingin memastikan isteri yang baru bersalin dapat menjalani tempoh berpantang dengan sempurna.

"Beliau mendapat kebenaran polis untuk melakukan perjalanan rentas negeri, malah telah melakukan ujian calitan dan disahkan negatif COVID-19, namun entah bagaimana beliau akhirnya positif penyakit itu tidak lama kemudian.

"Sekelip mata, seorang demi seorang daripada 48 ahli keluarga kami (termasuk keluarga abang ipar) disahkan positif dan terus menerima rawatan di hospital serta menjalani tempoh kuarantin di lokasi yang ditetapkan kerajaan. Mungkin ada kesilapan kami yang cuai dalam pergaulan menyebabkan ramai ahli keluarga dijangkiti COVID-19," katanya.

Namun, apa yang membuat Mohd Adli terkilan ialah setelah semua ahli keluarganya pulih, penerimaan masyarakat terhadap keluarganya masih dingin, sehinggakan beliau pernah terfikir untuk membawa keluarganya berpindah ke tempat lain.

"Sangat menyedihkan apabila seorang daripada ahli keluarga kami yang ingin membeli barangan keperluan di kedai, namun tiada yang mahu berurusan kerana bimbang dijangkiti sedangkan beliau sudah pulih sepenuhnya dari penyakit itu.

"Akhirnya, beliau terpaksa meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membeli segala barangan keperluan di tempat lain yang agak jauh dari kediaman sendiri kerana tidak mahu mencetuskan suasana tidak harmoni di kampung," katanya.

Mohd Adli bagaimanapun tidak menyalahkan penduduk kampung terhadap layanan dingin mereka kerana akur ia berpunca dari salah faham berkaitan COVID-19.

"Walaupun telah diberi penerangan bahawa kami tidak lagi menjangkiti sesiapa selepas selesai menerima rawatan di hospital, segelintir penduduk kampung masih tidak dapat menerimanya dengan hati terbuka.

"Namun, kami tetap tabah dengan ujian ini dan berharap semuanya akan kembali normal," katanya yang mahu semua rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar tidak melalui pengalaman pahit seperti dialami keluarganya.

- Bernama

Nama Ku Li trending selepas dicadangkan jadi PM Interim

SYAIRAH BINTI ABDUL LAJIS

SHAH ALAM - Nama veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li menjadi trending di Twitter apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan agar Ahli Parlimen Gua Musang itu dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

Mohd Zaid menyatakan perkara tersebut menerusi ciapan di Twitter pada Rabu berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah memanggil beberapa pemimpin politik untuk menghadap secara berasingan bagi membincangkan mengenai isu semasa negara.

Menurut Mohd Zaid, walaupun perbincangan Yang di-Pertuan Agong itu tertumpu kepada proklamasi darurat, namun negara memerlukan seorang Perdana Menteri Interim bagi menerajui negara buat sementara waktu.

Sehingga jam 1.30 petang Rabu, nama Ku Li terus trending sehingga 1,486 ulang ciap dan terus meningkat, manakala ciapan Mohd Zaid mendapat lebih 258 tanda suka serta 250 ulang ciap daripada netizen.

Rata-rata netizen pula memberi pandangan masing-masing, ada yang bersetuju dan tidak kurang menolak cadangan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerajui kepimpinan negara dan tiada desas desus meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada pagi Rabu, Muhyiddin dilaporkan menghadap Al-Sultan Abdullah selama satu jam di Istana Negara untuk membincangkan mesyuarat Pra-Kabinet.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengesahkan beliau mengemukakan rayuan penamatan proklamasi darurat kepada Yang di-Pertuan Agong pada pertemuan di Istana Negara dan bukannya pertukaran kerajaan.

Menurut Anwar, masyarakat harus tahu bahawa Al-Sultan Abdullah begitu arif mengenai perkembangan semasa yang turut diperoleh menerusi pandangan pakar lain.

Pensyarah lapor polis aksi terlampau Safiey depan kanak-kanak

Nadia Azam

image placeholder

Bimbang aksi lucah dipamerkan Safiey Ilias membabitkan kanak-kanak bawah umur ditayang untuk tontonan umum, seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, laporan dibuat bertujuan menggesa pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap usahawan kontroversi itu yang menggunakan saluran Instagram Live miliknya sebagai platform untuk melakukan dandanan seksual ke atas pengguna media sosial yang dipercayai baru berusia 14 dan 15 tahun itu.

“Isu di sini adalah aksi menggoyang-goyangkan buah dada ditonjolkan Safiey berunsur seksual, sebagai ibu dan seorang pendidik, perbuatan seperti itu amat mengganggu emosi. Jika tak dikawal, akan ada lebih banyak elemen pedofilia.

“Perbuatan tu juga satu bentuk provokasi terhadap agama yang semakin meningkat. Mereka ni memang dah tak ada segan silu lagi. Ia menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Apa Safiey lakukan juga adalah dandanan seksual. Senang nak cari perhatian kanak-kanak melalui Instagram. Dia tak sepatutnya melibatkan kanak-kanak dalam sesi kelucahan tu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rafidah berkata, sekiranya apa yang berlaku tidak ditangani segera, perkara seperti itu akan berterusan selain bertambah sukar untuk dibendung. 

Terdahulu, Safiey - yang mempunyai seramai 1 juta pengikut di laman sosial- dilihat berbual isu seperti bahan terlarang, menari tarian berunsur seks sekolah-olah berada di kelab malam serta berbual lucah dengan kanak-kanak berkenaan.

Perbuatan itu didakwa sebagai dandanan seksual.

Seorang lagi turut dinamakan dalam laporan polis tersebut adalah pempengaruh (Instafamous) dikenali dengan nama akaun @pipinatasha.

Rafidah berkata, dia membuat laporan itu antaranya berdasarkan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atas Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) serta perbuatan berkongsi kandungan lucah, yakni kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Rafidah turut menggesa ibu bapa mengambil perhatian dengan apa dilakukan anak-anak mereka terutama pada waktu di luar sesi pembelajaran.

“Saya memahami ketika ini zaman Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ibu bapa meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada anak-anak mereka untuk siapkan kerja sekolah.

“Tu sebab mereka sediakan telefon pintar, namun alat peranti itu disalahgunakan. Saya diberitahu Instagram Live itu berlaku jam 1.50 pagi, justeru, ibu bapa harus mengambil perhatian dengan apa yang anak mereka lakukan pada waktu yang tak dijangka,” katanya.

Ketengah isu bulan LGBT pada menteri

Selain laporan polis, pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM itu turut mengetengahkan isu terbabit dengan menulis surat terbuka kepada Menteri Saifuddin Abdullah.

Surat itu ditulis beberapa jam sebelum laporan dibuat itu antaranya mengetengahkan isu berkaitan Gay Pride Month yang mendedikasikan Jun sempena bulan bagi menyambut komuniti LGBT.

Katanya, negara ini sedang menyaksikan peningkatan kes provokasi pro-LGBT ke atas agama dan budaya melalui platform media sosial yang ada.

“Rakyat telah menggunakan saluran aduan yang ada, tapi punca kuasa yang paling tuntas sudah tentulah dari pihak kementerian, mereka sepatutnya harus bertegas,” katanya.

Bagaimanapun, Rafidah mendakwa setakat ini dia belum dapat berhubung secara langsung dengan Saiffudin kerana akaun media sosialnya sudah disekat oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Faiz Fadzil minta bicara tuduhan serangan seksual

Alyaa Alhadjri & Hariz Mohd

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Faiz dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun pada 8 Mac, antara jam 9.45 malam dan 11.30 malam, ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya, menurut kertas pertuduhan yang dilihat oleh Malaysiakini.

Ketika dihubungi, DPP Zahida Zakaria, daripada unit jenayah seksual Jabatan Peguam Negara, mengesahkan pertuduhan terhadap Faiz, yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Reza Azhar Rezali.

Dia berkata ahli politik Amanah itu dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dengan syarat tidak mengganggu saksi pendakwaan.

"Tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 6 Ogos untuk penyerahan dokumen," kata Zahida kepada Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, wanita yang didakwa mangsa itu dikenal pasti oleh portal dalam talian MalaysiaNow pada laporan 24 Mac sebagai ahli PKR.

Faiz, yang juga anggota jawatankuasa pusat Amanah, pada ketika itu menafikan semua tuduhan dan mengesahkan akan bekerjasama dengan siasatan polis berikutan laporan wanita itu dibuat pada 16 Mac.

DPP Nur Aishah Ahmad Zakiuddin juga hadir untuk pendakwaan manakala Faiz diwakili oleh Abdul Aziz Hamzah, Surya Putra Mohamad Taulan, Hairulallias Shaari dan Ahmad Faiq Azizan.

Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, atau dan sebatan, atau dua daripada tiga hukuman tersebut.

PAS tetap sokong Muhyiddin, kata Hadi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang terus menyatakan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sokongan itu hadir selepas banyak spekulasi berlegar ketika Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap pemimpin politik negara bermula hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Hadi turut mengecam beberapa pihak yang masih enggan berhenti berpolitik ketika pandemik Covid-19 semakin memburuk di seluruh negara.

“PAS memahami keadaan darurat pandemik Covid-19 dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politicking’ yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara,” katanya. 

Meskipun demikian, katanya, masih ada pihak yang tidak mahu berhenti dan cuba mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri.

“PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat.

“Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengikut lunas demokrasi, PAS yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal, kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan,” katanya.

Agong dijangka bertemu beberapa pemimpin parti politik secara berasingan dalam dua hari ini bagi membincangkan penamatan darurat dan pembukaan semula Parlimen.

Ia juga susulan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara kerajaan menangani dan menguruskan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin mengesahkan pengerusi parti itu Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil menghadap Agong esok.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang berada di Istana Negara pagi tadi selama hampir sejam setengah berkata, perbincangan bersama Agong tertumpu kepada darurat dan langkah untuk memerangi pandemik.

Menurut beliau, tidak ada langsung perbincangan kemungkinan pembentukan kerajaan baharu.

Pertemuan dengan ketua parti politik itu diadakan menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan Rabu depan bagi membincangkan krisis Covid-19, menurut laporan Straits Times Singapura.

Mulanya sindir PAS, Parti Sains serah permohonan ke ROS

Malaysiakini 

image placeholder

Asalnya Parti Aspirasi Sains cuma sekadar jenaka di Twitter yang menyindir PAS.

Tetapi Parti Aspirasi Sains Malaysia (Sains) bukan lagi sekadar satira dan hari ini mengambil langkah pertama untuk menjadi entiti sebenar dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Parti ini ditubuhkan sebagai platform bagi rakyat Malaysia yang beriktikad untuk menggubal dasar-dasar awam berasaskan sains dan data yang terbukti," kata Pejabat Setiausaha Agung Sains hari ini.

Katanya, Sains akan menumpukan dasar utama untuk membasmi kemiskinan melalui pendapatan bulanan yang dijamin untuk golongan bawahan (B60); membentuk ekonomi berpusatkan manusia yang akan mewujudka lebih banyak peluang untuk pekerjaan yang baik; pembangunan lestari selari dengan seruan PBB.

Sains - yang mengaku sebagai parti politik berasaskan sains pertama di negara ini - tidak akan mempunyai sayap organisasi berasaskan pemuda atau jantina dan tidak akan mengikuti hierarki parti tradisional.

Katanya, Sains sudah mempunyai 250 orang yang didaftarkan sebagai calon anggota dan 15 ahli jawatankuasa protem.

Logo parti itu memaparkan planet Zuhal (Saturn) berwarna hijau dengan latar belakang putih, yang dilihat seakan mengajuk logo bulan putih PAS dengan latar hijau.

Parti ini awalnya diberi nama Parti Ajaran Sains dan dimulakan ketika presiden protemnya Kenneth Chai 'menyamar' sebagai ahli PAS di Twitter.

“Oleh itu saya pada awalnya melakukan troll (satira mengajuk) sebagai ahli PAS, mengulas keputusan dan tindakan politik mereka.

"Kemudian seorang ahli PAS mengarahkan saya untuk berhenti menggunakan nama parti mereka, jadi saya hanya berkata baiklah, saya akan memulakan parti saya sendiri.

"Pengikut Twitter saya tahu bahawa saya selalu menyiarkan, mengkritik dan berdebat mengenai sains kerana saya seorang guru STEM. 

"Jadi saya memulakan parodi, Parti Ajaran Sains, untuk menyindir mereka,” kata Chai kepada Malay Mail.

Harus diingat PAS tidak antisains. Naib Presidennya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ialah pakar kejuruteraan aeroangkasa.

Pun begitu Chai mengakui mendaftarkan Sains degan ROS mungkin sukar.

Pada masa ini, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Pejuang, pimpinan Dr Mahathir Mohamad masih bergelut pendaftaran parti dengan ROS.

Inspektor polis ditahan, disyaki rogol tahanan wanita di IPD

Bernama

Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan dan sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang tahanan wanita di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata pegawai cawangan narkotik berusia 29 tahun dan sudah berkahwin itu kini direman mulai hari ini hingga Sabtu ini.

Terdahulu, katanya, mangsa berstatus janda berusia 27 tahun dan mempunyai dua orang anak ditangkap bersama bekas suaminya di rumahnya ketika serbuan oleh pegawai dan anggota BSJN IPD Kota Bharu, Jumaat lalu.

Katanya susulan serbuan dan tangkapan itu, mangsa dan bekas suaminya telah direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

"Menurut mangsa, kejadian berlaku semasa dia dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik suspek di BSJN IPD Kota Bharu.

"Semasa berada di bilik tersebut, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya dan memaksa mangsa melakukan seks oral dan persetubuhan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Khairuddin berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

- Bernama

Istana umum perbincangan khas raja-raja

Malaysiakini 

Atas titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Istana Negara akan menganjurkan sesi perbincangan khas raja-raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun.

Perbincangan itu diadakan atas inisiatif baginda dan akan dipengerusikan seri paduka sendiri.

Perkara itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin melalui kenyataan media sebentar tadi, selepas pertemuan baginda dengan beberapa pemimpin politik hari ini.

“Perbincangan khas raja-raja Melayu ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” kata Ahmad Fadil.

Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di lstana Negara sejak Seri Paduka menaiki takhta pada 31 Januari 2019.

Kali pertama ia dianjurkan pada 25 Oktober 2020, juga di Istana Negara.

Tak bincang isu kerajaan baru dengan Agong, kata Anwar

Faiz Zainudin

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, isu pembentukan kerajaan baru tidak dibincangkan ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Presiden PKR itu berkata, beliau merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak meneruskan pelaksanaan darurat yang akan diputuskan Agong berdasarkan kuasa baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Anwar tiba di Istana Negara sekitar 10.37 pagi tadi dengan menaiki Jaguar hitam.

Pemimpin pembangkang lain yang dijangka menghadap Agong petang nanti ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pula dijangka menghadap Sultan Abdullah esok.

Sementara itu, Bernama memetik Pejabat Ketua Menteri Sarawak sebagai berkata, Agong berkenan menerima mengadap ketua parti komponen GPS melalui sidang video pada 14 Jun.

4 lelaki ‘mengamuk’ ketika ditahan langgar SOP PKPD

FMT Reporters

PETALING JAYA: Tindakan empat lelaki melanggar arahan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dengan berkumpul tanpa penjarakan fizikal mengundang padah apabila dikompaun dan ditahan di Taman Desa Damai, Bentong semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, kesemua mereka ditahan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dengan bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat, selain enggan memberi kerjasama kepada polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat lelaki berusia antara 20 hingga 28 tahun itu sedang berkumpul tanpa mengamalkan penjarakan fizikal dan minum minuman dipercayai beralkohol,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, semua lelaki berkenaan datang dari kawasan perumahan yang berlainan dan dikenakan arahan PKPD.

Zaiham berkata, ketika diperiksa dua daripada suspek bertindak agresif, selain tidak mahu mengemukakan dokumen pengenalan kepada polis.

“Salah seorang suspek turut cuba mencederakan seorang pegawai kanan polis wanita di lokasi kejadian, tetapi berjaya dihalang.

“Susulan kejadian itu, semua mereka ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikompaun RM5,000 setiap seorang mengikut Peraturan 17 (1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit,” kata beliau.

Katanya, mereka ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Gempar !!! Anwar minta siap sedia terima kerjasama semua pihak termasuk Tun M dan Umno

Mhdaily

PKR tidak boleh “terlalu keras” dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik, sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional, menurut presidennya Anwar Ibrahim.

“Dalam keadaan (sekarang), kita tiada keupayaan atau bersikap terlalu keras untuk menolak segala bentuk kerjasama.

“Malah sekarang ini pun, selain PH, kita sedia bekerjasama dengan semua rakan dari parti pembangkang, tapi janganlah cuba bolot kuasa, nak teruskan dengan cara rakus, kronisme, beri kontrak tanpa tender…Hal sedimikan tak boleh dipersetujui.

“Kita nak kesepakatan dengan semua kelompok pembangkang malah (dengan yang lain, kerana kita lihat ada ketegangan dalam PN.

“Kita harus ambil sikap lebih berlapang dada dalam kerjasama untuk selamatkan negara. Negara sudah tak boleh (dalam keadaan sekarang), kerana nakhoda sekarang kapalnya sudah tiada haluan, hanyut,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Anwar yang juga pengerusi PH berkata, kesediaan untuk bekerjasama itu juga termasuk dengan pihak yang dahulu dianggap sebagai “musuh” memandangkan PKR telah bekerjasama dengan pihak yang dianggap sebagai musuh sebelum ini.

Anwar tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus, namun beberapa hari lalu Dr Mahathir Mohamad berkata Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mungkin tidak akan membentuk kerjasama pilihan raya dengan PH.

Pejuang sebaliknya mungkin akan mengusahakan kerjasama dengan Warisan dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam PRU15, katanya.

Menurut Mahathir, Pejuang tidak ingin terkesan dengan “beban” yang digalas gabungan itu, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Sementara itu, sejumlah pemimpin Umno pula secara terbuka bercakap tentang tidak akan bersama-sama PN dalam PRU akan datang.

Sebelum ini, memang timbul spekulasi Anwar merancang untuk mengadakan kerjasama dengan pemimpin Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak – kedua-duanya sedang berdepan perbicaraan di mahkamah pada masa ini.

Dalam ucapan khas itu, Anwar bagaimanapun berkata usaha ke aras kerjasama tidak seharusnya menggadaikan prinsip tadbir urus yang baik.

“Sudahlah, pimpinan silih berganti, perdana menteri silih berganti, tetapi masih ada isu mengumpul kekayaan, rampas khazanah…Tetapi semua kata mereka berjuang menentang rasuah (walaupun) kekayaan melimpah.

“Kalau rakyat izinkan perkara ini berlaku, ini bermakna negara kita akan terus dilanda krisis dan malapetaka, dan tidak mungkin dapat keberkatan daripada Allah untuk selamat dari (krisis) Covid-19 dan ekonomi,” katanya lagi.

Selain wabak Covid-19 dan vaksinasi, dia juga membangkitkan kematian dalam tahanan sebagai antara isu yang sedang dihadapi negara pada masa ini.

‘Penggunaan logo diputuskan secara perbincangan’

Sementara itu, Anwar memberi peringatan kepada PKR agar tidak membiarkan perbezaan pendapat yang kecil diperbesarkan.

Membangkitkan cadangan Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berhubung penggunaan logo parti dalam PRU15 yang dibantah DAP, Anwar berkata perkara itu akan diputuskan menerusi perbincangan.

“Tiada siapa boleh paksa kita, kita juga tak boleh memaksa mereka.

“Dalam keadaan sekarang ini, kita perlu sempurnakan tugas dan berganding bahu dengan lebih erat dengan rakan kita – DAP dan Amanah,” katanya lagi.

Terdahulu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata sekarang bukan masanya untuk membincangkan penggunaan logo oleh PH dalam PRU15.

Mengingatkan gabungan itu telah mencapai “persefahaman umum” berkenaan perkara itu, Loke berkata PH pada masa ini patut memberi tumpuan sepenuhnya ke arah membantu rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/577822

Amerul Affendi 'tunggu' Jakim keluar hadis tentang Tasik Chini

Malaysiakini 

Terkesan dengan kegiatan perlombongan berhampiran Tasik Chini, pelakon kelahiran Temerloh, Amerul Affendi, memang berasa sedih dengan apa yang berlaku.

Dan tidak sekadar itu. Pelakon berbakat itu berasa dia "tidak layak" untuk memberikan teguran atas apa yang berlaku.

Namun pelakon utama telefilem Pang Pokok Ketapang itu berharap ada tindakan yang wajar diambil oleh pihak berkuasa agama khususnya Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).

Dalam satu ciapan di Twitter, Amerul berkatan, adalah tidak menarik melihat pemandangan kawasan di sekitar tasik kedua terbesar di Malaysia itu 'tidak diterangi' secara keseluruhan.

"Tak syoklah tengok ada kawasan yang tak terang habis macam ni. Boleh tak kasi terang sejauh lensa kamera memandang," katanya secara sinis.

"Ya ini keadaan Tasik Chini sekarang. Tak apalah kita ini tak layak nak menegur. Nak tegur baik-baik beradab pun tak guna juga.

"Harap Jakim keluar hadis je lah," katanya yang juga pelakon filem Mencari Rahmat.

Terima kasih buat 'penjaga amanah'

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Pahang meluluskan kerja melombong di sekitar Tasik Chini di Pekan kepada sebuah syarikat berkaitan keluarga diraja di sebalik rancangan kerajaan negeri yang didakwa mahu memulihkannya.

Tapak perlombongan baru itu terletak hanya kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini. Ia merupakan kawasan tapak rizab biosfera Unesco yang beberapa tahun kebelakangan bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan. 

Sebagai rekod Jakim pada 3 Jun lalu membuat hantaran yang menarik perhatian ramai apabila memuat naik sebuah hadis mengenai kewajipan mentaati pemerintah dan larangan menghina sultan yang dianggap sebagai "bayangan Allah di bumi".

Bagaimanapun beberapa agamawan dan pakar hadis menjelaskan ia berstatus daif.

Dalam rajutan (thread) sama Amerul juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang diamanahkan untuk menjaga negara ini.

"Tak mahu bersuara dan menegah pemimpin kalian tak mengapa.... Ambillah gaji kalian tiap-tiap bulan tu dan bagilah makan elok-elok kat anak-anak.

"Semoga anak cucu kalian baik-baik sahaja makan dari hasil gaji kalian," ciapnya.

Covid-19 buat lima beradik yatim piatu bagai sekelip mata

Nurfardlina Izzati Moktar

Pesanan ibu supaya menjaga adi8{. Lk-adik dengan baik sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat positif Covid-19 masih terngiang-ngiang dalam ingatan Muhammad Haidir Rodzi.

Pemuda berusia 23 tahun itu tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu merupakan amanat terakhir wanita terbabit kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik setelah ibu bapanya meninggal dunia akibat Covid-19.

Satu ujian berat buat lima beradik itu apabila ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lepas manakala ibunya Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja'afar.

"Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20; Nurhairieka Rodzi, 18; Muhammad Haiqiel Rodzi, 13; dan Muhammad Khierzamani Rodzi, 7, kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.

Berkongsi kisahnya lebih lanjut, Muhammad Haidir berkata bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lepas dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif keesokan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin. 

Namun, tanpa diduga, keluarga mereka menerima perkhabaran duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada 4.30 pagi sehari kemudian.

"Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital.

"Bapa mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang manakala ibu mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.

“Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat daripada siapa,” katanya.

Muhammad Haidir berkata arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif Covid-19 keesokan harinya.

Katanya mereka adik-beradik juga didapati positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simpton yang teruk dan kini telah sembuh daripada jangkitan itu.

Menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh, Muhammad Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak memandang remeh terhadap penularan wabak yang boleh meragut nyawa insan tersayang.

- Bernama