Ketika PKP Penuh, timbalan menteri kahwin seorang lagi di selatan Thai

MALAYSIA DATELINE

Seorang timbalan menteri didakwa menikah seorang lagi di selatan Thailand ketika rakyat negara ini berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Menurut salinan surat nikah yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat itu, pernikahan mereka berlangsung pada 1 Jun lalu, hari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenakan PKP Penuh termasuk di Kelantan.

Ia dikatakan berlangsung di Masjid Kedai Baru, Jajahan Sungai Golok, Wilayah Narathiwat.

Turut disebarkan adalah lafaz aqad nikah ahli parlimen sebuah kawasan di Kelantan berkenaan yang dibuat secara online dengan jurunikahnya.

“Sedak bekas bos Khairul Azuan plak ehhhh trik nih. Ore akat dero putih….dia akat bini baru,” tulis seorang aktivis politik, Ayie Prope melalui facebook beliau.

Johar Ismail pula menulis, “Di saat rakyat lapar, dia yang bergaji puluhan ribu tambah bini…!”

“Tok Lebai Pas yang bertaraf “kayangan” guna sendiket nikah online dengan imam yang berada di Thailand.

“Pernah kahwin 2…3..nak jawab nikah pun tanya tok imam. Bui hok ni dulu..!!!” tulis beliau dalam facebooknya pula.

PAS Perak nafi pejabat diconteng

Malaysiakini 

PAS Perak menafikan gambar di media sosial yang menunjukkan bahagian luar pejabatnya telah diconteng dengan kata-kata kesat.

Ketua Penerangan PAS Perak Hafez Sabri dalam kenyataan hari ini menyifatkan gambar yang dimuat naik di Twitter itu sebagai "provokasi murahan dan fitnah jahat".

"Berdasarkan gambar terkini pada 3 Julai 2021 hari ini keadaan pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak masih dalam keadaan baik dan aman.

"PAS Perak melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak tertentu," katanya di Facebook.

Dia juga menggesa orang ramai agar menolak sebarang perbuatan fitnah dan berpolitik secara matang dan sejahtera.

Terdahulu, satu ciapan akaun Twitter menunjukkan sekeping gambar yang menunjukkan bahagian luar pejabat PAS Perak diconteng, dan mendakwa ia berlaku malam tadi.

"Pejabat PAS Perak diconteng oleh perbuatan vandalisme malam tadi. Kejadian disedari oleh kakitangan pejabat awal pagi tadi," menurut ciapan tersebut.

Ia juga mengaitkan perkara itu dengan sejumlah pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan kempen mengibarkan #BenderaPutih yang kini mendapat perhatian ramai pihak.

Selepas bulan jatuh ke riba Umno

Al-Abror Mohd Yusuf

Hanya beberapa jam saja lagi untuk tempoh "14 hari" yang diberikan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) memenuhi tuntutan mereka berakhir.

Berdasarkan tarikh surat yang dikeluarkan parti dan ditandatangani Ahmad Zahid Hamidi dua minggu lalu, tempoh hayat amaran itu mencapai tempoh matangnya pada 4 Julai.

Setakat ini, belum nampak PN akan benar-benar mengikut kehendak Umno. Jika ada pun, ia masih kelihatan seperti madah berhelah saja. 

Ia berlaku selepas PN sebelum ini dilihat mengelat dalam banyak langkah mereka melayan parti yang tidak menyertai kerajaan tetapi ahli parlimennya menjadi menteri itu.

Pada masa sama memang harus diakui tuntutan dan kata dua Umno kepada PN itu memang sukar dipenuhi. Ia kira-kira sama seperti tuntutan saman malu orang politik kepada seterunya: memang sengaja dipersiapkan untuk tidak boleh dipenuhi.

Dari satu segi, tuntutan Umno itu memang wajar. Mahukan parlimen bersidang ketika satu demi satu langkah diambil kerajaan kian mencolok mata, apa lagi usaha yang dapat dilakukan untuk memaksa mereka menjawab pertanyaan yang timbul.

Sepatutnya yang bertanya itu ialah rakyat, kerana yang benar-benar terkesan serta terhimpit ialah mereka. Tetapi realiti semasa dan sistem demokrasi tidak membolehkan ia berlaku. Maka suara itu terpaksa dilafazkan melalui wakil masing-masing.

Pun begitu tidak ada jaminan yang meyakinkan bahawa suara yang akan dikeluarkan dari tenggorok ahli parlimen berkenaan - jika benarlah akhirnya dewan mulia itu bersidang - adalah benar-benar keluh-kesah rakyat.

Hanya mampu pasrah

Rekod ahli politik memang sudah sedia buruk. Kemelut yang melanda sekarang sekadar melengkapkan jijik dan tengiknya mereka bersilat dalam gelanggang politik. Maka tidak banyak yang dapat diharapkan daripada mereka.

Demi mendapatkan apa yang diingini sangat tidak pelik orang politik menyandarkan kata-kata mereka kepada "rakyat" dan "raja Melayu" agar ia kelihatan sakral.

Tetapi dalam keadaan sekarang - ketika keadaan negara semakin mencemaskan - tidak banyak pilihan yang ada selain berharap agar orang politik terbabit diberikan hidayah daripada Tuhan yang Maha Esa.

Tapi itulah, ghalibnya ia kira-kira sama seperti menunggu burung gagak berwarna putih datang membawa berita gembira, atau mengharapkan hadirnya tikus membaiki labu.

Di sisi yang lain, PN pun tidak boleh berlepas tangan begitu saja. Kebanyakan ahli parlimen yang mencolok mata itu, merekalah. 

Dengan keputusan yang ajaibnya, dengan keanehan dasar dan pendekatannya, dengan kitaran perintah kawalan pergerakan yang seperti kipas angin rosaknya, dengan pelantikan jawatan-jawatan dalam kerajaannya - semua itu amat melemaskan.

Itu belum lagi diambil kira kerenah mereka melayan tanda tanya orang ramai yang kadang-kadang sama saja tarafnya dengan loyar buruk saja.

Dan ketika rakyat tidak lagi dapat mengharap kepada kerajaan, ahli politik - sama ada yang ada kuasa atau sedang memburunya - sibuk membuat percaturan. Seperti biasa, nama "rakyat" itulah yang digunakan.

Cepat teruja, cepat lesu

Kemudian datanglah Umno dengan kata dua mereka. Ia terjadi ketika Umno itu sendiri berdepan dengan krisis keyakinan luar dalam. Di dalam, ada sesetengah pemimpin lincah mengatur gerakan sendiri, dan di luar ia menjadi bahan ketawa.

Macam mana tidak diketawakan? Umno pada hari ini ialah Umno yang lucu. Garang dan rangginya tidak disusuli dengan tindakan yang jantan. Seperti orang tua pikun yang menahan gelora dalam dada saja.

Nafsunya besar dan cepat teruja, tapi lebih cepat lesunya.

Perhimpunan agung tahunan yang diadakan baru-baru ini adalah salah satu contohnya.

Dalam keadaan serba terdesak ini, nasib baik ada inisiatif bendera putih. Ia adalah simbolik betapa tidak bergunanya orang politik yang ada untuk kita sekarang. 

Ia adalah petanda bahawa hanya orang biasa saja yang faham dan mampu mengubah nasib rakyat biasa.

Apabila kempen bendera putih kemudian cepat dimusuhi, maka lengkap lagi sempurnalah kejahatan yang dilakukan orang politik itu.

Pun begitu, dari sisi positif, inisiatif bendera putih itu adalah harapan baru untuk rakyat. Seperti kata orang bestari, ia merupakan cahaya di hujung terowong. Dan rakyat sekarang - malangnya - berada dalam terowong yang sangat panjang.

Separuh masalah boleh selesai

Ketakutan ketara orang politik kepada bendera putih adalah naluri yang wajib diperkuh oleh semua demi masa depan yang cerah. Sudah amat lama orang politik memaksa rakyat agar takut dan hormat kepada mereka. Kini masa untuk mengubah keadaan.

Biar orang politik yang takut kepada rakyat. Malah, sebenarnya memang begitulah sepatutnya. Mereka - orang politik yang bermati-matian mahukan jawatan dan kedudukan tersebut - adalah hamba kepada orang ramai, bukan sebaliknya.

Biarkan mereka takut sungguh-sungguh. Biar rakyat bebas mengherdik dan memaki jika mereka melakukan kesalahan atau berkelakuan bodoh. Lantaklah siapa pun mereka itu. Herdik dan maki betul-betul.

Rasa hormat datangnya sendiri, lahir dari hati. Bukan boleh dipaksa-paksa.

Apabila ketakutan itu ada, maka mungkin orang politik tidak lagi berebut-rebut mahu menjadi wakil rakyat. Mereka tidak lagi menyondol-nyondol mengikut pemimpin itu dan ini agar dipilih sebagai calon pilihan raya.

Jika keadaan itu dapat dicapai, kemungkinan besar lebih separuh daripada masalah hidup kita pun selesai.

Esok tarikh yang diberikan Umno akan berakhir. Entah apa yang dapat diberikan PN. Entah apa yang mampu dilakukan Umno. 

Bulan sudah pernah jatuh ke riba Umno, tapi nampaknya sekarang mereka bagaikan sepah yang dibuang selepas madunya disedut parti yang mereka dakap dulu.

Namun mengharapkan Umno sekarang menjadi jantan tulen adalah ibarat menanti segerombolan kucing bertanduk muncul di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia di tengah Kuala Lumpur.

Ketika PN hadapi lebih tekanan, ‘pemberontak’ dalam BN tiada pilihan

Robin Augustin

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang “mesra” dengan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional tidak mempunyai banyak pilihan selain akur terhadap parti yang mahu menarik sokongan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata seorang penganalisis.

Felo kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata keputusan kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos menunjukkan tekanan besar yang dihadapi oleh gabungan kerajaan itu.

Namun, katanya, tekanan itu tidak hanya terbatas pada PN dan para pemimpinnya, yang kemungkinan akan berdepan kritikan keras di Dewan Rakyat berhubung penanganan Covid-19 oleh kerajaan dan ekonomi, tetapi pada Ahli Parlimen BN yang “mesra” PN.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahli Parlimen Umno diminta menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan sebelum 1 Ogos.

Laporan itu, yang memetik sumber, berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi merancang untuk mengemukakan usul kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan dalam waktu terdekat.

Jeniri berkata, Ahli Parlimen BN yang enggan akur dengan barisan parti, seperti Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, berisiko diketepikan oleh BN dan malah digugurkan pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Nazri, yang mengkritik Zahid, kelmarin menarik balik kenyataan tidak menyokong Muhyiddin.

“Akan sangat berisiko bagi mana-mana Ahli Parlimen BN untuk menentang parti, tetapi dengan itu, BN atau Umno khususnya perlu fikir masak-masak sebelum bertindak, terutama memandangkan situasi Covid-19.

“BN mempunyai momentum sekarang dan peluang bagus untuk memenangi pilihan raya umum berikutnya, tetapi jika mereka bertindak sekarang, banyak momentum itu akan hilang kerana orang mungkin melihat mereka lebih mementingkan kuasa daripada rakyat.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, MCA dan MIC perlu memutuskan sama ada mereka mahu ‘berakhir atau teruskan’ dengan Muhyiddin atau berpegang teguh dengan sekutu lama Umno.

“Sesiapa yang tidak mengikuti kepimpinan pusat mungkin tidak mendapat ‘surat watikah’ dari pengerusi BN dan bantuan jentera besar BN.

“Sentimen di lapangan sedikit sebanyak menentang bekerjasama dengan Bersatu. Mereka yang tidak memperhatikan sentimen akar umbi ini, selain tidak menjadi calon BN, mungkin akan ditolak oleh rakyat walaupun sebagai calon bebas.

Ustaz Azhar Idrus: Harus naikkan bendera putih bila perlu bantuan,

MALAYSIA DATELINE

Pandangan sesetengah pihak dalam Pas yang menentang usaha golongan yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan menaikkan bendera putih ditolak oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

Menurut Ustaz Azhar, hukum menaikkan bendera putih untuk memberitahu orang bahawa dia di dalam kesempitan hukumnya harus.

“Meletak tanda atau isyarat, kita perlu bantuan, itu boleh. Dengan tanda itu orang tahu kita perlukan bantuan. Itu harus.

“Dengan syarat tanda yang kita letak itu, bukan bertentangan dengan agama.

“Bila kita letak bendera putih, supaya orang faham kita memerlukan bantuan. Itu harus,” kata beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh bekas Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah secara online.

Namun begitu, beliau memberikan ingatan, jika menaikkan bendera putih itu bertujuan untuk mendapatkan barangan percuma sedangkan dia golongan yang mampu, itu haram.

“Letak bendera, apa tujuan kita. Untuk nyatakan sesuatu, boleh. Ambil kesempatan, dia akan dapat api neraka. Dia tidak susah, tetapi dia angkat bendera untuk dapat makanan, dia sedang minta api neraka,” kata beliau.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pas melarang orang ramai menaikkan bendera putih untuk meminta bantuan kerana itu umpama menyerah diri dan satu kempen politik.

Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Md Nor pula berkata, pihak yang menaikkan bendera putih tidak akan mendapat bantuan kerajaan negeri di negeri yang beliau pimpin iaitu Kedah.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pula berkata, “Angkat tangan berdoa kepadaNya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih.”

Nenek 66 tahun, pandu lawan arus bertindak samseng apabila ditegur

Berang ditegur pandu lawan arus, ‘mak cik’ acu sabit

FMT Reporters

Kejadian itu tular di media sosial dengan wanita berkenaan dilihat mengacukan tongkat diikat sabit. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Berang ditegur memandu lawan arus dipercayai menjadi punca wanita warga emas bertindak mengacukan sabit dan cuba memukul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan Taman Bukit Segar, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki itu mendakwa berselisih faham dengan wanita berusia 66 tahun.

Beliau dipetik Harian Metro berkata, kejadian berkenaan dikatakan tular di laman sosial Facebook.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa menegur wanita terbabit kerana memandu bertentangan di jalan sehala, mengganggu pengguna lain di kawasan itu.

“Suspek kemudian keluar dan menunjukkan kad orang kurang upaya (OKU) sambil mengangkat tongkat diikat sabit serta cuba memukul mangsa,” katanya.

Beliau berkata, bertindak atas laporan polis menahan suspek pada hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaid meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Hassan di talian 019-7691924 atau 03-89114222.

35 Ahli Parlimen UMNO tinggalkan Zahid Hamidi?

Astro Awani

35 Ahli Parlimen UMNO kekal dengan keputusan bersama PN sehingga Parlimen bubar - Sumber

KUALA LUMPUR: Seramai 35 Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan malam tadi bersetuju mempertahankan resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) pada Mac lalu.

Ini bermakna kesemua 35 Ahli Parlimen itu akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata sumber kepada Astro AWANI.

PAU2020 pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.

Ia juga memutuskan bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan.

Siapa Menteri Pendidikan selepas Julai 2021?

SYAZMIR BIN NOORAZALAN

Situasi politik di Malaysia sentiasa panas dan membara sejak Perikatan Nasional (PN) memimpin negara. Seiring dengan krisis politik yang melanda negara, Malaysia juga turut dilanda Pandemik Covid-19 yang mengakibatkan jumlah terkumpul rakyat Malaysia yang maut adalah sebanyak 5, 170 orang. Jumlah ini sangat membimbangkan.

Keadaan yang meruncing ini menyebabkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terpaksa memanggil sejumlah pemimpin-pemimpin tertinggi setiap parti politik di Malaysia bagi mendengar penjelasan dan cadangan yang perlu dilakukan atas kedudukan negara yang semakin tenat. Ia dimulakan oleh Anwar Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) serta diakhiri dengan pertemuan bersama beberapa pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara dalam talian telah membolehkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mendapatkan saranan yang lebih tuntas. Bukan sekadar pemimpin politik, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong juga menjemput semua baginda-baginda Sultan dan Raja Melayu bagi memutuskan sebuah keputusan penting bagi menggerakkan semula negara yang sedang tersangkut dipersimpangan.

Akhirnya, dengan pengumuman Istana Negara bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berserta baginda Raja-Raja Melayu menitahkan agar persidangan parlimen diadakan sesegera mungkin. Titah itu menjadi satu igauan ngeri buat PN yang pastinya akan menggangu kedudukan PN sebagai sebuah kerajaan. Penegasan sebanyak 3 kali dari Istana Negara dan kesediaan Yang Di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk membuka semula parlimen untuk bersidang telah menaikkan suhu politik negara berkali-kali ganda.

Namun, penulis mahu melihat dalam satu keadaan terkini berkaitan dengan seorang Menteri Pendidikan yang dilantik atas kapasitinya sebagai seorang Senator. Mengapa penulis tertarik melihat situasi ini, adalah kerana tempoh lantikan Dr. Radzi Jidin selaku Ahli Dewan Negara akan tamat pada 16 Julai 2021. Sedia umum mengetahui bahawa Dr.Radzi merupakan pemimpin PPBM yang menyokong Tan Sri Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri (PM) setelah mereka bersama pimpinan haluan kiri PKR dibawah pimpinan Azmin Ali mengkhianati kerajaan PH.

Sebelum itu, Dr. Radzi Jidin merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi serta Ahli Majlis Tertinggi PPBM. Beliau mengangkat sumpah selaku Ahli Dewan Negara setelah namanya disenaraikan sebagai timbalan menteri bersama-sama dengan pimpinan PH yang lain seperti Liew Chin Tong (Tim.Menteri Pertahanan), Raja Kamarul Bahrain (Tim. Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan) serta Marzuki Yahya (Tim.Menteri Luar).

Dalam keadaan semasa, adakah Dr. Radzi Jidin akan dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara seterusnya memikul semula amanah sebagai Menteri Pendidikan, ataupun indvidu lain akan berada disitu mengemudi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?

Kedudukan Menteri Pendidikan berubah atau kekal boleh dipengaruhi oleh situasi politik yang akan berlaku dalam masa terdekat. Pertama, Dr. Radzi boleh saja dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan memandangkan beliau sangat setia kepada PM Mahiaddin Md Yasin. Kesetiaan itu boleh dibalas dengan melantik semula beliau selaku Ahli Dewan Negara bagi penggal seterusnya.

Situasi genting sekarang ini tidak memungkin PM merombak kabinet yang menyebabkan luka PN terus membarah. Melainkan jika PM merasakan jawatan Menteri Pendidikan perlu diberikan semula kepada ahli parlimen Umno yang pernah menjawat jawatan tersebut sejak merdeka sehingga 2018. Mungkin langkah ini untuk memastikan kedudukan PM Mahiaddin diperkukuhkan dengan sokongan ahli parlimen Umno. PM Mahiaddin boleh melantik mana-mana ahli parlimen Umno yang belum dilantik dalam kabinet PM Mahiaddin.

Kedua, persidangan parlimen yang perlu disegerakan seperti titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong akan mempengaruhi kerusi Menteri Pendidikan. Mana tidaknya, terdapat banyak ramalan-ramalan daripada pemerhati politik bahawa jika parlimen bersidang, hayat PN termasuk seluruh jemaah menterinya menemui penghujung. Buktinya, terdapat dakwaan menyatakan tindakan PN menguatkuasakan darurat yang menggantung peranan parlimen bagi memastikan PN kekal memerintah. Mengukuhkan pembuktian tersebut, darurat yang hampir tamat tidak mampu mengurangkan kes Covid-19 malah lebih membarah berbanding sebelum Darurat dikuatkuasakan.

Seterusnya, kerajaan PN seboleh-bolehnya melengahkan persidangan parlimen yang sepatutnya diadakan segera. Beberapa kenyataan menteri PN khususnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM- Undang-Undang & Parlimen) Takiyuddin Hassan yang memberi maklum balasnya dengan menyatakan titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tidak menyebut tarikh yang terperinci menyebabkan kerajaan bersedia bersidang pada bulan september. Sedangkan dalam titah tersebut Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menyatakan persidangan parlimen perlu diadakan segera. Tidak sangka pula, segera dari fahaman PN adalah dalam tempoh 3 bulan.

Di sini terserlahlah sifat kegawatan PN dalam menghadapi situasi getir ini. Mungkin perubahan kerajaan boleh berlaku di parlimen jika benar bahawa tempoh hayat kerajaan PN sudah pun tamat. Dengan perubahan itu, pastinya orang baru akan dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Jika Anwar Ibrahim dipilih menerajui negara, pastinya mata pemerhati pendidikan akan melihat kepada 7 orang ahli parlimen PH termasuk Dr. Maszlee Malik sebagai calon peneraju KPM memandangkan mereka adalah anggota Jawatankuasa Pendidikan PH.

Walaupun Dr. Maszlee tidak menyertai mana-mana parti dalam komponen PH seperti yang ditegaskan, namun atas pengalamannya selama 22 bulan di KPM semasa PH memerintah akan memberikan peluang kepada beliau untuk memimpin. Yang pasti Dr. Maszlee kekal menyokong PH. Jika ditakdirkan orang lain terpilih, ia tidaklah menggusarkan memandangkan mereka yang berada dalam JK Pendidikan PH juga berpengalaman antaranya Nik Nazmi (mantan Timbalan Yang Dipertua DUN Selangor) dan Dr. Hasan Bahrom (mantan pensyarah IPT).

Situasi ketiga adalah seperti sebaran angin yang sayu, namun mampu menggoyangkan sepohon kayu. Ia adalah khabar angin, bahawa Hishamuddin Tun Hussein akan mengambil alih pucuk pimpinan negara setelah Statutory Declaration (SD) dikumpulkan sebanyakkan mungkin. Ia diakui sendiri oleh ahli parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz dengan menyatakan ia bagi memastikan Anwar Ibrahim tidak dilantik sebagai Perdana Menteri. Walaupun pejabat Hishamuddin Tun Hussein menafikan bahawa beliau ada menghantar surat dan senarai jemaah menteri kepada Istana Negara, namun cerita-cerita ini tidak pernah padam di media sosial dan kalangan pemerhati politik.

Gerakan ini pastinya mempunyai kaitan dengan Azmin Ali memandangkan Azmin Ali adalah pimpinan kanan PN dan juga besan Hishamuddin Tun Hussien yang perlu mengekalkan kedudukanya dalam kerajaan. Oleh itu, gaya dan corak gerakan ini boleh dibaca sebagai gaya dan corak Azmin Ali yang selalu menafikan pelbagai langkah politik tetapi akhirnya langkah itu terjadi dan beliau mendapat untung. Mungkin gaya ini sedang dipergunakan bagi memastikan langkah memangkah Anwar Ibrahim sekali lagi akan berjaya.

Adapun situasi lain adalah apabila Tengku Razeleigh Hamzah dipilih sebagai PM yang baharu ia juga sebagai situasi yang bakal berlaku. Namun, penulis tidak dapat menyatakan siapa yang boleh dilantik sebagai Menteri Pendidikan jika Ku Li memimpin kerana blok ahli parlimen manakah yang akan Ku Li adakan kerjasama bagi membentuk kabinetnya. Jika blok itu diketahui mungkin petunjuk ada disitu.

Penulis mahu menegaskan disini, walau apapun berlaku dalam situasi politik semasa, menteri pendidikan harus mempunyai karisma sebagai pemimpin. Tambahan pula, semasa pandemik ini, sistem pendidikan negara perlukan seseorang yang mampu mengurus krisis dan berkeupayaan untuk bertindak. Selain itu, menteri pendidikan perlulah punyai idea yang mampu membawa negara kepada satu dunia yang lebih baik. Perlunya menteri pendidikan yang boleh melihat dunia pendidikan dari skop yang lebih besar dan punya sasaran yang jelas untuk dicapai pada masa hadapan. Akhirnya, dalam keadaan negara sedang mengalami krisis berganda, menteri pendidikan perlulah bersikap proaktif. Kepantasan menteri pendidikan memberi maklum balas serta turun padang melihat situasi sebenar amat-amat diperlukan sekarang.

Penulis juga merupakan Ketua Komunikasi AMANAH Gombak

Tindakan Umno keluar PN gagalkan rancangan ‘kumpulan Hishammuddin’?

FMT Reporters

PETALING JAYA: Tindakan Umno mengatur langkah menamatkan sokongan untuk Perikatan Nasional dilihat akan turut menggagalkan rancangan “kumpulan Hishammuddin Hussein”, yang dikatakan mahu Umno kekal dalam PN supaya Ketua Umno Bahagian Sembrong itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Dalam Umno, bukan satu lagi rahsia bahawa Hishammuddin cuba menyelamatkan kerajaan PN yang disertai Umno kerana ini melibatkan ‘survival’ politik beliau,” kata sumber itu.

Terdahulu hari ini, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz mengumumkan beliau kembali menyokong Muhyiddin di Parlimen sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Dakwanya, keputusan itu sejajar dengan keputusan yang dibuat pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) lalu.

Nazri sebelum ini dilaporkan mengaku sebagai perancang utama dalam mengumpul akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Hishammuddin. 

Mengulas kenyataan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi ketika dihubungi FMT berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Nazri itu kerana beliau dikatakan sudah tidak sebulu dengan akar umbi.

“Tidak ada yang menghairankan apabila Nazri buat keputusan membatalkan keputusannya menarik balik sokongan kepada PM8 (Muhyiddin).

“Kita tahu Nazri akan ubah balik keputusannya tidak lama lagi. Nazri sudah lama terputus daripada akar umbi. Dia lebih suka mencari jalan untuk duduk lama di luar negara,” kata Puad.

Nazri baru-baru ini berkata beliau akan ke luar negara untuk urusan pendaftaran persekolahan anaknya.

Puad turut berkata, PAU 2020 telah memutuskan, selain daripada tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15, parti itu akan keluar daripada kerajaan PN selewat-lewatnya pada 1 Ogos.

Usul itu telah dibahaskan oleh Pengerusi-pengerusi Perhubungan Umno negeri yang menjadi jurucakap ketika itu.

“Ia kemudiannya diputuskan dalam ucapan penggulungan Presiden Umno dan dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir,” kata Puad.

“Perwakilan juga bersetuju memberi mandat kepada Presiden untuk berbincang dengan MKT Umno jika dirasakan ada tarikh yang lebih sesuai sebelum 1 Ogos untuk Umno keluar daripada kerajaan PN.”

Tambahnya, Umno masih kekal dengan pendirian tidak ada sebarang kerjasama rasmi dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Namun Puad menegaskan, MKT Umno tidak pernah membincangkan isu kerjasama tersebut, sebaliknya berkata, ia hanya retorik dan propaganda mereka yang mahu menghalang keputusan PAU 2020 supaya parti itu keluar daripada kerajaan PN.

“Isu Anwar dan DAP diulang-ulang oleh kumpulan yang sayangkan jawatan dalam kerajaan PN. Ia dijadikan ‘alasan’ untuk mengelirukan akar umbi Umno sedangkan isu itu tidak berbangkit sama sekali,” katanya.

M'sia tercorot dalam indeks kemampuan untuk kembali normal lepas Covid-19

Malaysiakini 

Malaysia menduduki tempat tercorot dalam indeks oleh majalah The Economist dalam mengukur sejauh mana prestasi negara untuk kembali kepada keadaan normal selepas wabak Covid-19.

Indeks dan penjejak yang baru dilancarkan itu mengambil kira tiga kegiatan, iaitu perjalanan (penggunaan jalan raya, pengangkutan awam dan penerbangan), masa lapang (waktu yang tidak dihabiskan di rumah, hasil pendapatan pawagam dan kehadiran di acara sukan), dan kegiatan komersial (peruncitan dan pejabat) .

Daripada 50 negara dalam indeks tersebut, Malaysia mendapat skor terburuk - 27.3 mata - di belakang Taiwan yang mencatat 43.7 mata.

The Economist berkata skor Malaysia sebelum ini - iaitu pada April - adalah 55.

Negara Asia Tenggara dengan kedudukan tertinggi dalam indeks tersebut adalah Indonesia di tempat ke-40, diikuti oleh Thailand (41), Singapura (43), dan Filipina (44). Semua negara ini mempunyai skor antara 55.5 dan 58.3.

Skor 100 menunjukkan tahap kegiatan seperti sebelum menularnya wabak Covid-19.

Laporan The Economist menyatakan bahawa Malaysia "berdepan kesukaran akibat gelombang jangkitan berbahaya disebabkan oleh varian Delta yang menular dengan lebih pantas". 

Menurut laporan itu lagi, dengan faktor-faktor yang dikesan secara tetap, peningkatan sisihan piawai (standard deviation) dalam jumlah kematian akibat Covid-19 mengurangkan skor sebanyak empat mata, manakala langkah mengetatkan kawalan pergerakan mengurangkan skor sebanyak lima mata.

"Indeks ini menjejak jumlah kematian rasmi dari bulan sebelumnya - yang dapat mencerminkan tahap jangkitan sejak 60 hari sebelumnya - secara lebih rapat berbanding bilangan kes semasa," katanya.

Menurut laporan itu lagi, walaupun vaksin meningkatkan pemulihan ke arah keadaan normal, ia hanya boleh dilakukan selepas satu tempoh masa yang cukup sehingga mengurangkan kadar kematian.

Ia menambah yang kehidupan akan kekal menjadi "tidak normal" di kebanyakan negara, dengan pandemik meletus sebelum bilangan penduduk yang mendapat vaksin dikira mencukupi.

50 buah negara dalam indeks tersebut merangkumi 76 peratus populasi dunia dan 90 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia.

Indeks itu akan dikemas kini setiap minggu.

Umno dijangka ‘tinggalkan’ kerajaan PN sebelum 1 Ogos

Yasmin Abdul Latif

PETALING JAYA: Umno dijangka menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos, kata sumber parti, dalam perkembangan terbaharu yang akan menguji keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada sidang Parlimen bulan ini.

Menurut sumber itu, majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah memberikan persetujuan untuk Umno berbuat demikian dalam perjumpaan secara berperingkat dengan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Umno adalah blok penyokong terbesar kepada kerajaan PN yang mempunyai sokongan amat rapuh di Dewan Rakyat.

Sumber parti memberitahu FMT, bahawa hanya beberapa ahli MKT yang belum memberi persetujuan untuk ahli parlimen Umno menarik balik sokongan kepada PN.

“Setakat ini majoriti ahli MKT bersetuju Umno ‘pull the plug’ sebelum 1 Ogos 2021.

“Tinggal beberapa orang sahaja yang belum dipanggil iaitu di kalangan kluster Menteri (dalam kerajaan PN),” kata sumber itu.

Nazri Aziz buat ‘u-turn’, kembali sokong PM

Robin Augustin

PETALING JAYA: Nazri Aziz menarik balik kenyataannya tidak menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, hari ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, ini kerana perhimpunan agung Umno sudah memutuskan untuk menyokong pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sehingga pilihan raya umum akan datang.

Zahid panggil Ahli Parlimen tandatangan cadangan tarik diri daripada kerajaan, kata laporan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi dikatakan sedang memanggil Ahli Parlimen secara berperingkat untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan bagi cadangan menarik diri daripada kerajaan, menurut suatu laporan.

Akhbar Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata lebih 10 Ahli Parlimen Umno dipanggil untuk menemui Zahid di pejabat parti, bersama Timbalan Presiden Mohamad Hasan, dan Setiausaha Agung Ahmad Maslan.

Katanya, Zahid bercadang mengemukakan usul kepada Majlis Tertinggi parti supaya Umno menarik sokongan kepada kerajaan “dalam masa terdekat”.

“Kalau setuju bermakna mereka perlu tandatangan dengan cadangan itu,” tambahnya.

Menurut laporan itu lagi, ada Ahli Parlimen yang tidak bersetuju mengemukakan usul itu kerana keputusan MT Umno tidak ada kesan sekiranya wakil rakyat tidak tarik sokongan.

Jika PM terus membisu, PH seru MP kumpul di parlimen 19 Julai

Malaysiakini 

Pakatan Harapan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan langkah-langkah konkrit supaya parlimen bersidang sebelum 1 Ogos selaras hasrat Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Presiden PH berkata jika Muhyiddin tidak mengumumkan apa-apa pada hari Isnin depan (5 Julai), maka ahli parlimen akan berkumpul di bangunan Parlimen Malaysia dua minggu dari itu pada 19 Julai.

"Oleh itu, sekiranya Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan sidang Parlimen selewat-lewatnya 5 Julai 2021, maka kami menggesa semua Ahli Parlimen sama ada Pembangkang mahupun Kerajaan yang menjunjung titah Tuanku dan menghormati semangat Perlembagaan menurut prinsip demokrasi berparlimen untuk bersama-sama ke Parlimen pada 19 Julai 2021," kata satu kenyataan hari ini.

Pernyataan itu ditandatangani bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bendera hitam pula berkibar

Malaysiakini

image placeholder

Selepas tular kempen kebajikan membantu golongan masyarakat yang terkesan akibat dampak pandemik melalui kibaran bendera putih, kini muncul pula seruan mengibarkan bendera hitam.

Satu kempen dalam talian telah tersebar mengajak orang ramai mengibarkan bendera hitam pada Sabtu 3 Julai ini dikatakan sebagai tanda "kegagalan" kerajaan PN sekarang.

Kempen itu digerakkan Sekretariat Solidariti Rakyat yang juga penganjur himpunan Undi18 dan Buka Puasa Buka parlimen sebelum ini, maklum setiausaha agung penaja parti Muda Amir Abdul Hadi pada satu kenyataan di media sosial.

"Sekretariat Solidariti Rakyat menuntut Muhyiddin Yassin meletakkan perdana menteri serta merta, buka parlimen dengan kadar segera dan tamat darurat," kata kenyataan itu.

Kumpulan itu juga menyeru seluruh rakyat Malaysia yang bersetuju dengan ketiga-tiga tuntutan tersebut untuk bersama-sama dalam kempen mengibarkan bendera hitam berkenaan.

"Pertama, mengibarkan bendera hitam pada 3 Julai 2021 (Sabtu) di hadapan rumah atau kedai atau jalan atau tempat-tempat yang sesuai.

"Kedua, ambil gambar dan hantarkan di media sosial anda secara serentak pada jam 3 petang.

"Ketiga, gunakan tanda pagar #Lawan pada setiap hantaran anda," kata Sekretariat Solidariti Rakyat.

Penjenayah pakai PPE bakar mayat mangsa bunuh

Agensi

New Delhi: Lima ahli satu geng penjenayah di India menggunakan taktik memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika mahu membakar mayat seorang lelaki yang mereka bunuh.

Ia bertujuan untuk mengaburi pihak berkuasa kononnya mereka mahu membakar mayat individu yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Taktik itu bagaimanapun terbongkar selepas kelima-limanya ditahan pihak berkuasa ketika membakar mayat mangsa di sebuah tempat pembakaran.

AFP melaporkan kejadian itu berlaku di Agra, bandar di utara India.

Menurut laporan berkenaan, sebelum itu lelaki terbabit dijemput menghadiri satu majlis keraian oleh kelima-lima suspek.

Mangsa dikatakan berhutang 4 juta rupee (RM223,324) dengan kumpulan itu.

Pada acara itu, suspek bertindak membunuh lelaki berkenaan dengan cara 'melemaskan' mangsa.

Kumpulan itu kemudian memakai PPE dan membawa mayat mangsa ke sebuah tempat pembakaran mayat.

Ketua Polis tempatan, Muniraj G berkata, mereka mendaftarkan mangsa dengan nama palsu.

"Untuk mengelak daripada tertangkap, mereka memakai alat PPE dan menggunakan beg mayat untuk mengangkut mayat ke tempat pembakaran.

"Bagaimanapun, polis yang menerima maklumat daripada seseorang berjaya menahan kelima-lima suspek," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kelima-lima suspek mengakui membunuh mangsa.

India antara negara terjejas teruk akibat gelombang ketiga Covid-19 pada April dan Mei menyebabkan hospital di negara itu dibanjiri pesakit.

Azmin diserang lagi oleh netizen, pertahan tidak lockdown

MALAYSIA DATELINE

Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diserang habis-habisan apabila cuba mempertahankan tindakan kerajaan tidak menutup kilang dan industri dengan bersandar kepada amaran dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Menerusi Twitter beliau tengah malam tadi, Azmin berkata WHO telah memberikan amaran agar ekonomi tidak dikenakan ‘lockdown’ kerana ia akan memberikan kesan ekonomi yang besar terutama golongan berpendapatan rendah.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkata demikian sambil memetik kata-kata Dr David Nabarro, Duta Khas Covid-19 untuk WHO yang berkata, WHO tidak menggalakkan ‘lockdown’ sebagai cara utama untuk mengawal virus.

‘Lockdown’ boleh berfungsi untuk mendapatkan masa bagi menyusun semula operasi dan menjaga kepentingan pekerja kesihatan yang sudah letih, kata Nabarro sebagaimana dipetik Azmin.

Ramai pengguna Twitter menganggap Azmin tidak memahami nasihat yang diberikan oleh Duta Khas WHO itu.

Amir Khaled menulis, “Untuk mengawal kemusnahan, sila baca dengan teliti dulu. WHO memberikan amaran kepada kerajaan bahawa lockdown adalah langkah terakhir bila tidak ada alternatif lain.

“WHO tidak menentang lockdown selama seminggu, menangguhkan keperluan lockdown dan membunuh ribuan dalam proses itu.”

Ia dipercayai kenyataan membantah tindakan kerajaan yang bermain-main dengan lockdown dan tidak serius dengannya sehingga dinamakan sebagai lockdown separuh masak.

Yusri pula menulis, “Inilah sebab kenapa awak perlukan ‘lockdown’ sepenuhnya oi. Ia dinyatakan dalam petikan itu. OMG, awak tak boleh baca ke.”

Ummu Zein pula meminta kerajaan membuat lockdown sepenuh dahulu kemudian di buka peringkat demi peringkat bukannya terpaksa berhadapan dengan lockdown sepanjang masa.

Beliau menulis, “Dahlah tidurlah admin. Sebulan lalu kita lockdown, tak buat betul2, sekarang tercirit-cirit PKPD kita bazir satu bulan ke?

“Cuba tutup semua, kemudian buka peringkat-peringkat!!! Tak perlulah sampai akhir tahun nak contain (kurung) kita semua.

Sanusi dikecam selepas anggap pacak bendera putih sebagai propaganda politik

FAZLI RADZI

Orang ramai mengecam Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mempersoal tindakan orang ramai mengibarkan bendera putih.

Meskipun gerakan awam itu bagi membantu rakyat yang terputus bekalan makanan tetapi Sanusi dilihat prejudis dengan menganggap sebagai propaganda politik hendak menunjukkan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, topik “MB Kedah” sohor di Twitter Malaysia dengan rata-ratanya menyeru agar rakyat di Kedah terus menaikkan bendera putih jika memerlukan bantuan makanan.

“Sanusi Raptor sembang lebihlah. Biaq p la orang nak bagi bantuan ikut bendera putih tu pun,” kata @iamkerolx.

Seorang pengguna Twitter, @laylamajusi pula menyeru rakyat Kedah agar kekal meneruskan kempen pacak bendera putih tanpa menghiraukan kenyataan wakil rakyat Pas berkenaan.

“Jangan peduli apa Sanusi tu kata. Ini bukan negeri ba*** dia. Dia jadi MB pun cara khianat,” kecamnya.

Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri hari ini dilapor berkata, ada pihak tertentu cemburu dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dapat mengatasi pandemik Covid-19 dengan baik.

Katanya, pihak terbabit meminta orang ramai yang memerlukan bantuan makanan menaikkan bendera putih selain mendakwa melihat ada Ahli Parlimen pembangkang yang pergi membantu orang lain menaikkan bendera putih.

“Itu bukan kerja wakil rakyat, itu kerja orang gila, jangan buat kerja bodoh,” katanya.

Susulan kenyataan Sanusi itu, carian “Sanusi MB Kedah” juga popular di Facebook. Bahkan, ruangan komentar media sosial rasmi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu juga dibanjiri kecaman orang ramai.

“Kibarkan bendera putih inisiatif rakyat kepada rakyat. Kerajaan tak payah komen banyak.

“Hangpa buat ja program sedia ada hangpa macam biasa tu bantu lagi cepat orang duk tengah susah,” kata Firdaus Zulkhafri.

Sementara itu, Abe Long pula berpendapat Sanusi ‘menggelupur’ dengan isu kibar bendera putih seperti panas tidak ketahuan punca.

“Apa pasai? Berlumba-lumbalah buat kebaikan untuk rakyat. Apa nak bermusuh pula Nusi (Sanusi) oii.

“Lain kali nak cakap PAStikan otak ada bersama di tempat yang sepatutnya. Jawatan Ketua Negeri tapi kepala otak masih lagi macam walaung-walaung nangoi. Lekeh la lu Nusi,” tempelaknya.

Memberi isyarat

Selain Sanusi, beberapa pemimpin Pas yang merupakan parti komponen PN diterajui Mahiaddin Md Yasin juga dilihat memperlekeh inisiatif rakyat menggerakkan kempen yang membolehkan mereka yang terputus bekalan makanan dibantu.

Kempen yang mulanya dicetuskan aktivis masyarakat, Nik Jah yang juga Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan itu juga bagi memberi isyarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.

Walau bagaimanapun, rata-rata pemimpin Pas dilihat seolah-olah “takut” dengan kempen bendera putih.

Reaksi mereka berbeza dengan pemimpin Umno dan Bersatu yang setakat ini dilihat belum lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak menyenangkan terhadap kempen tersebut.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, rakyat tidak wajar diajar mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih sebaliknya mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

Nada sama juga dilontarkan Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar yang tidak bersetuju dengan langkah menaikkan bendera putih kerana menganggap masih ada cara yang lebih baik dan dapat menutup keaiban orang.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik mengaitkan aksi massa menaikkan bendera putih sebagai usaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jika PN jatuh bukan bendera putih yang berkibar tapi bendera DAP yang akan naik,” dakwanya.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali pula, penduduk di kawasannya tidak perlu mengangkat bendera putih bagi meminta bantuan sebaliknya boleh menghubungi wakil-wakil di kawasan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.

“Rakyat saya di Kuala Nerus tidak perlu angkat bendera putih. Hubungi sahaja pasukan kerja saya. Cukuplah pasukan kami mengetahui kesusahan anda,” katanya.

PKPD Selangor, KL, tunjuk kegagalan kerajaan gunakan data

Samuel Chua

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) diumumkan di beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan kerajaan gagal memperoleh data kukuh mengenai lokasi kes aktif.

Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, selepas sekatan pergerakan penuh selama empat minggu, sepatutnya kes jangkitan menurun memandangkan orang ramai dilarang bergerak lebih 10km kecuali untuk membeli barangan keperluan harian.

Lee berkata, kerajaan tidak patut menghukum rakyat biasa sedangkan jelas tempat kerja yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Contohnya, di Selangor, kebanyakan kluster adalah dari kilang. Kenapa begitu? Kerana mereka tidak mematuhi SOP,” katanya.

Lee berkata, risiko terbesar sepatutnya dari hospital-hospital, namun kluster besar nampaknya tidak wujud dari situ.

“Ramai orang keluar masuk bangunan hospital, termasuk pesakit Covid-19, mereka yang disyaki dijangkiti, serta orang yang tidak tahu mereka penghidap Covid.

“Di Hospital Kuala Lumpur, mungkin lebih 10,000 orang sentiasa saja keluar masuk dari situ, namun tiada pula kluster dilaporkan,” katanya.

Lee berkata, kilang patut belajar daripada hospital dan mengamalkan pematuhan SOP ketat. Jika tidak, katanya, keluk Covid-19 tidak akan dapat dilandaikan.

Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan PKPD meliputi 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur selama dua minggu mulai Sabtu.

Berikutan itu, Lee berkata mengkritik keputusan meletakkan begitu banyak kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur di bawah PKPD, sebaliknya ia sepatutnya menyasarkan lokaliti tertentu.

Beliau turut mempertikaikan kenapa Negeri Sembilan tidak diletakkan bawah PKPD seperti, memandangkan purata kes harian berbanding penduduk sama antara dua negeri itu.

Peralihan kuasa: ‘Biar Parlimen tentukan, bukan serah kepada individu dalam Bersatu’

FAZLI RADZI

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyarankan agar Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin menyediakan pelan peralihan kuasa.

“Biar Parlimen tentukan. Bukan serah kepada individu dalam PPBM,” katanya.

Beliau berpendapat Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) tidak mampu memulihkan imej Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Pengumuman pakej itu juga, kata bekas Ahli Parlimen Batu Pahat tersebut, tidak berupaya memulihkan imej kerajaan PN yang terus menjunam.

“Trending ‘Kerajaan Gagal’ ditambah dengan trending baharu ‘Kerajaan Cirit’ dan ‘PM Cirit’.

“Apa pun kerajaan PN lakukan sudah tidak menjadi. Sudah terlambat,” tegasnya.

Malah, Puad menyifatkan imej Mahiaddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan teruk terjejas dengan sambutan rakyat terhadap gerakan Bendera Putih.

“Kalau semakin banyak bendera putih naik, ia juga sindiran tajam kepada PM 8,” katanya lagi.

Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelmarin menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.

Mahiaddin pula dimasukkan ke hospital di ibu negara pagi semalam untuk menerima rawatan dan pemantauan selepas cirit-birit sejak 29 Jun.

Menteri lompat parti dua kali dianggap sudah meninggal dunia

FAZLI RADZI

Gambar profil di Facebook rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang berwarna kelabu sebentar tadi dilihat menarik perhatian warganet.

Rata-ratanya secara menyindir mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota itu selain meninggalkan komen Al-Fatihah (dibaca) serta mengaitkan pendirian politik ‘Allahyarham’.

Semakan Malaysia Dateline mendapati gambar Saifuddin dalam mod kelabu yang dikaitkan dengan belasungkawa itu hanya bertahan kira-kira 40 minit sebelum dipadam.

Dia kemudiannya dilihat menambah ‘bingkai’ solidariti kempen tanda pagar #CodeBlackMy yang menjadi trending di Twitter hari ini.

“Arwah PN dulu. Pengkhianat orangnya,” sinis Mawi Rahmani manakala Mohd Yusof meninggalkan komentar, “Kenapa ni? Dah Innalillah ke?”

Tidak kurang juga yang mengaitkan ke mana hala tuju politik Saifuddin sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang sejurus Parlimen dibuka.

“Salam takziah PN. Nak patah balik ke tu?” usik Rizuan MH.

Sementara itu, Eric Tan pula hanya menulis, “R.I.P”, begitu juga Muhamad Anuar Mohd yang berkata, “Takziah untuk keluarga arwah.”

Saifuddin pada masa ini merupakan wakil rakyat Bersatu selepas keluar dari PKR pada 24 Februari tahun lalu bersama lapan Ahli Parlimen lain termasuk Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang masing-masing kini juga menteri.

Sebelum itu, Saifuddin yang juga bekas Menteri Luar Negeri dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bertindak keluar dari Umno pada 2015 dan menyertai PKR.

Untuk rekod, #CodeBlackMy yang disokong oleh Saifuddin merujuk pada gerakan bersolidariti kepada pegawai perubatan kontrak untuk menuntut penukaran status doktor kontrak kepada jawatan tetap.

Kurung, pukul kekasih, tukang kasut didenda RM6,000

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang tukang kasut didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini kerana mengurung kekasihnya selama enam hari di dalam bilik, malah mencederakannya dengan memukul dan merantai kedua-dua kakinya.

Yee Lee Shong, 48, mengaku salah mengurung dan mencederakan wanita berusia 40 tahun itu di depan Majistret Nik Fadli Nik Azlan

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Daya Kepong, dekat sini antara 7 Jun hingga 12 Jun lepas.

Bagi kesalahan mengurung mangsa, Yee didenda RM5,000 atau penjara enam bulan. Dia turut didenda RM1,000 atau penjara dua bulan bagi kesalahan mencederakan wanita itu, menurut laporan Bernama.

Ketika rayuan, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) M Mariappan yang mewakili Yee, memohon denda minimum atas alasan pendapatan anak guamnya tidak menentu sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sebelum ini.

“Tertuduh hanya bekerja sebagai tukang kasut terpakai dan bergaduh dengan mangsa kerana teman wanitanya itu tidak pulang ke rumah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni bagaimanapun berkata, mangsa telah dikurung selama enam hari selain mengalami kecederaan dan digari menggunakan rantai basikal.

Susulan itu, beliau meminta Yee dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, perselisihan faham tercetus antara mangsa dan Yee ketika wanita itu berada di rumah tertuduh pada 7 Jun lepas.

Yee kemudian bertindak memukul dan mengurung wanita itu di dalam bilik selain merantai kedua-dua kakinya.

Mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri dengan bantuan jiran pada 12 Jun sebelum terus membuat laporan polis.

Tindakan lebih ketat bagi KL, Selangor diumum petang ini, kata Ismail

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengumumkan tindakan lebih menyeluruh di Kuala Lumpur dan Selangor petang ini dalam usaha menurunkan kes positif Covid-19, yang kekal tinggi di dua negeri berkenaan.

Bercakap kepada media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah pun berbincang mengenai perkara itu, namun memerlukan penelitian lanjut melaksanakannya.

“Kita mudah untuk membuat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor kerana boleh gunakan daerah, mukim tapi di Kuala Lumpur, tiada daerah di ibu negara dari segi pentadbiran daerah tiada, sempadan daerah tiada, itu yang kita sedang kaji.

“Petang ini akan saya umumkan tindakan kita di Selangor dan Kuala Lumpur yang kita nampak menyebabkan kes tak turun kerana separuh daripada kes di Malaysia direkodkan di negeri-negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata nilai ambang bagi setiap negeri juga dikaji bagi membolehkan negeri merekodkan kes rendah beralih ke fasa berikutnya. 

Katanya, tidak adil negeri mempunyai kes rendah terus berada pada nilai ambang sama, seperti negeri mempunyai kes tinggi.

“Perlis misalnya, dia dua digit, malah kadang-kadang satu digit pun satu hari tapi kerana Selangor menyumbang kes besar dan masih diletakkan dalam Fasa 1, sepatutnya mungkin boleh pindah ke Fasa 2 atau Fasa 3, katanya.

Beliau turut menafikan khabar angin bahawa Perlis, Terengganu dan Kelantan akan beralih ke Fasa 2, dan menegaskan keputusan itu perlu diumumkan oleh MKN atau Kementerian Kesihatan.

“Saya tak tahu ia dapat dari mana kerana MKN pun tidak bagi sebarang kenyataan, pada masa ini kita sedang lihat nilai ambang berdasarkan negeri-negeri bukan nasional. Kita anggap ia sebagai khabar angina,” katanya.

Kabinet Mahiaddin perlu berhenti lumur arang ke muka Agong dan istana

SITI NUR ZAWANI MISCON

Tindakan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Seri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang hanya mencadangkan kepada Perdana Menteri agar dilaksanakan sidang Parlimen khas, mempamerkan sikap yang mencalar kewibawaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Ahli Dewan Negara, Aiman Athirah Sabu menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan dengan jelas agar Ordinan-Ordinan Darurat serta Pelan Pemulihan Negara dibahaskan di Parlimen.

Bagaimanapun menurutnya, sidang Parlimen khas yang dicadangkan kedua-dua Speaker itu hanyalah untuk membincangkan soal berkaitan pindaan peraturan mesyuarat dewan bagi membolehkan satu Sidang Hibrid diadakan selepas daripada 1 Ogos iaitu tarikh akhir darurat.

“Mengapakah timbul istilah sidang khas ini, dari mana?Adakah ini dibuat selepas perbincangan dengan Perdana Menteri yang kelihatannya sangat enggan dan sering dilihat gagal melaksanakan titah Tuanku Agong?

“Adakah kedua-dua Speaker Dewan telah bertindak derhaka terhadap titah Tuanku, hanya semata-mata bagi memenuhi kehendak dan keperluan seorang PM yang mungkin berjasa mencadangkan nama mereka ke jawatan tersebut?

“Adakah mereka lupa bahawa cadangan pelantikan mereka ke jawatan tersebut tidak akan mempunyai apa-apa makna sehinggalah perkenan KDYMM Tuanku Agong?

“Tidakkah semua tindakan mereka ini telah mencalar kewibawaan KDYMM Tuanku Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu di mata awam sekaligus di mata dunia?,” soalnya dalam satu kenyataan tengah hari ini.

Sementara itu Aiman Athirah yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan menegur agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhenti melumur arang ke mukani Agong dan Istana kerana titah baginda itu merupakan suara rakyat jelata.

Beliau turut mengingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu telah menzahirkan dengan jelas akan keperluan negara untuk segera keluar daripada kegagalan mengawal dan mengurus bukan sahaja masalah pandemik Covid-19, tetapi juga dampaknya terhadap ekonomi negara dan perpaduan sosial rakyat keseluruhan.

Bahkan katanya, Tuanku Agong konsisten menzahirkan tentang betapa pentingnya kestabilan politik dan keperluan adanya sebuah kerajaan yang mendapat mandat rakyat bagi memerangi wabak Covid-19 secara berkesan.

'Mereka ditembak mati semasa melutut' - peguam imbas kejadian Glenmarie

Martin Vengadesan

Pada 13 Nov 2010, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Hairul Nizam Tuah, 22, dan Muhammad Hanafi Omar, 21, ditembak mati oleh polis di Glenmarie, Shah Alam.

Pada awalnya, polis mendakwa bahawa mereka bersenjatakan parang dan cuba menyerang polis, selepas cubaan merompak kios stesen minyak di Monteres dan di Bukit Subang.

Bagaimanapun, peguam hak asasi manusia N Surendran, yang mewakili keluarga ketiga-tiga remaja tersebut ketika itu, berkata laporan bedah siasat bercanggah dengan kenyataan polis.

"Polis mendakwa bahawa remaja-remaja terbabit menyerang mereka dengan parang dan mereka perlu melepaskan tembakan.

"Bagaimanapun, laporan bedah siasat menunjukkan bahawa sudut penembusan peluru, jumlah peluru yang ditembak dan jarak mereka ditembak bercanggah dengan kejadian yang diceritakan polis.

"Bedah siasat menunjukkan sangat jelas yang versi (kenyataan) pihak polis tidak benar dan apa yang berlaku adalah remaja-remaja terbabit diminta berlutut, baju mereka ditarik hingga ke atas kepala mereka, dan mereka ditembak di tempat kejadian," kata Surendran kepada Malaysiakini hari ini.

"Luka dari peluru yang menembusi Shamil berada pada sudut 45 peratus, sehingga membuktikan yang dia sememangnya sedang berlutut. Terdapat juga baki tembakan di baju yang menunjukkan peluru ditembak dari jarak dekat," tambahnya.

Shamil, yang ketika itu berusia 15 tahun, mengalami tujuh luka akibat tembakan termasuk tembakan maut di kepalanya, sementara Hairul, 20, juga mengalami tiga luka di kepala, dada dan perutnya, sementara Hanafi mengalami tujuh luka, dengan tembakan di kepala dan dada sehingga mati.

Surendran berkata demikian selepas keluarga ketiga-tiga anak lelaki itu diberikan ganti rugi sebanyak RM1.5 juta oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ia menandakan berakhirnya proses panjang yang bermula ketika ketiga-tiga keluarga tersebut memfailkan tuntutan mahkamah terhadap polis dan kerajaan pada November 2013.

Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada tahun 2015 kemudian menolak saman sivil yang dikemukakan keluarga tersebut.

Namun, Mahkamah Rayuan dalam keputusannya pada Ogos 2016 sebulat suara mendapati polis dan kerajaan bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Surendran berkata setakata yang diketahui belum ada pendakwaan terhadap pegawai polis yang didapati bertanggungjawab terhadap pembunuhan seperti itu.

“Setahu saya, sama ada mereka tidak mendakwa pegawai-pegawai tersebut, atau prosesnya sangat lambat dan tidak meyakinkan sehingga kes itu hilang begitu saja di dalam sistem.

"Walaupun terdapat banyak kes, pihak polis masih menjalankan siasatan. Tidak ada badan bebas yang mengumpulkan bukti," katanya.

Surendran juga menceritakan kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak maut setelah menaiki kereta kakaknya pada April 2010, iaitu enam bulan sebelum kes tembakan di Glenmarie.

"Jenain Subi pada mulanya didakwa dan ketika di Mahkamah Tinggi bukti menunjukkan dia ditembak lebih daripada 20 kali. Dakwaan terhadap Jenain itu kemudiannya dibatalkan, jadi setahu saya, walaupun terdapat sebilangan kes berprofil tinggi, tidak ada yang dipertanggungjawabkan di mahkamah," katanya.

Muhyiddin dijangka bawa nama Hishammuddin jika ‘terdesak’ menghadap Agong

Nora Mahpar

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkemungkinan akan menyerahkan nama pemimpin Umno, Hishammuddin Hussein sebagai pengganti beliau kepada Yang di-Pertuan Agong, sekiranya keadaan benar-benar mendesak, kata penganalisis politik veteran.

Bercakap kepada FMT, Ahmad Atory Hussain berpendapat pemilihan menteri luar itu sangat tepat kerana beliau mesra dan “dekat” dengan kepimpinan Bersatu selain mampu menjadi “jambatan pengaman” antara kedua-dua parti.

Katanya, bagaimanapun Azmin Ali yang dikatakan orang paling kanan dan menteri kepercayaan Muhyiddin dijangka tidak berada dalam senarai pilihan kerana sebahagian besar pemimpin Umno “alergik” terhadap Azmin, malah beliau juga tidak mempunyai sokongan kuat dalam kalangan majoriti Ahli Parlimen.

“Muhyiddin akan memilih ‘jalan keluar’ itu sekiranya dia merasakan rakyat sudah bosan dan tidak mahukannya lagi. Pemilihan Hishammuddin juga dibuat kerana Bersatu sedar Umno mempunyai majoriti lebih banyak daripada parti lain di Parlimen,” katanya.

Ahmad juga bersetuju gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Hishammuddin adalah bagi merealisasikan “impian” Muhyiddin.

Beliau berkata, jika berlaku peralihan kuasa, walaupun Bersatu tidak lagi memegang jawatan nombor satu pentadbiran Putrajaya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tetap berjalan seperti biasa, malah hubungan Umno-PN akan bertambah kukuh berbanding sikap dingin yang ditonjolkan oleh kedua-dua pihak ketika ini.

“Umno susah untuk berdiri sendiri walaupun ada tiga juta ahli kerana dipercayai ahli akar umbi sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan sudah memilih ‘payung’ lain,” katanya.

Sementara itu, pakar geostrategis Azmi Hassan berpendapat tindakan mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai tindakan terdesak parti lawan kerana hakikatnya tiada seorang pun pemimpin politik mampu menghasilkan sebuah kerajaan stabil ketika negara berada di bawah tekanan krisis kesihatan.

“Jika Muhyiddin berundur sekali pun, kita akan lihat situasi yang sama berlaku kerana pandemik Covid-19 adalah isu sukar yang tidak mampu ditangani sebuah kerajaan dengan sumber yang terhad,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman Yassin berpendapat suara sumbang di mana rakyat sudah muak dengan kerajaan PN ada benarnya.

“Ini ditunjukkan dengan pelbagai kempen di media sosial dengan pelbagai jolokan atau gelaran kurang baik diberikan kepada kerajaan Muhyiddin,” kata pemerhati politik veteran itu.

Namun, beliau menyifatkannya sebagai perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap pentadbiran ketika rakyat berasa tidak puas hati.

Justeru, beliau berharap Muhyiddin tidak tunduk kepada desakan berundur oleh sesetengah pihak sebaliknya menggunakan kebijaksanaan Jemaah Menteri yang dimilikinya untuk mengendurkan ketegangan yang berlaku.

Dalam sidang media secara maya semalam, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendesak Muhyiddin berundur segera sebagai tanggungjawab terhadap kelemahan tadbir urus pandemik Covid-19.

Gesaan itu menyusul selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan sekali lagi supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Elak ditangkap polis, lelaki patah pinggang terjun tingkat 3

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang penganggur patah pinggang selepas nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di Taman Sri Janggus Alma, Bukit Mertajam di Pulau Pinang, semalam kerana mahu melarikan diri daripada ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, polis pergi ke kawasan perumahan berkenaan pada 1.30 tengah hari selepas menerima maklumat awam mengenai aktiviti penagihan dadah.

Beliau berkata, anggota yang ditugaskan ke lokasi menemui lelaki berusia 26 tahun itu sedang menuruni tangga dari tingkat satu bangunan berkenaan.

Katanya, suspek kemudian melarikan diri menaiki tangga ke tingkat tiga bangunan terbabit selepas tidak memberikan kerjasama.

“Anggota mengejar dan ternampak dia terjun dari tingkat tiga, sebelum terkena piring satelit televisyen di tingkat dua dan terjatuh di atas lantai tingkat bawah bangunan,” kata beliau menurut laporan Harian Metro.

Shafee berkata, hasil pemeriksaan awal ke atas suspek menemui empat plastik kecil mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 5.3 gram bernilai RM530 dalam poket seluarnya.

“Dadah dirampas dan suspek dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan sebelum disahkan suspek mengalami patah pinggang,” katanya.

Tambah beliau, suspek yang memiliki masing-masing enam rekod kesalahan berkait dadah dan akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

AirCar, kereta terbang berjaya selesaikan penerbangan selama 35 minit

Agensi

AirCar, kereta terbang berjaya selesaikan penerbangan selama 35 minit

Profesor Stefan Klein, mengatakan ia dapat terbang sejauh kira-kira 1,000 km (600 batu), pada ketinggian 8.200 kaki (2,500 m), dan telah mencecah 40 jam di ruangan udara setakat ini. - Gambar www.klein-vision.com

BRATISLAVA: The future is now, (masa depan adalah sekarang).

Sebuah kereta terbang prototaip yang direka oleh jurutera Slovakia, baru-baru ini dilaporkan selesai membuat penerbangan selama 35 minit.

Kereta terbang yang dinamakan AirCar itu terbang di antara lapangan terbang antarabangsa di Nitra dan Bratislawa, Slovakia pada Rabu.

Penciptanya, Profesor Stefan Klein, mengatakan ia dapat terbang sejauh kira-kira 1,000 km (600 batu), pada ketinggian 8.200 kaki (2,500 m), dan telah mencecah 40 jam di ruangan udara setakat ini.

AirCar yang dilengkapi dengan enjin keluaran BMW dan menggunakan bahan api petrol biasa itu mengambil masa dua minit dan 15 saat untuk berubah daripada sebuah kereta kepada sebuah pesawat.

Bagi Klein, pengalaman untuk melihat hasil inovasinya itu dapat melengkapkan penerbangan itu adalah sebagai satu perkara yang menyenangkan baginya.

AirCar berjaya mencapai had kelajuan penerbangan sehingga 170km/j dalam misi penerbangan tersebut.

Lebih mengagumkan, kereta terbang itu boleh memuatkan seramai dua orang penumpang dengan had muatan tidak melebihi 200 kilogram.

Namun, ia tidak boleh mendarat dan berlepas secara statik seperti sebuah dron, ia memerlukan landasan untuk berlepas dan mendarat seperti kapal terbang biasa.

Sebelum ini, AirCar pernah menjadi tumpuan dunia sejak dua tahun lalu apabila ia dilaporkan memakan kos pelaburan sehingga dua juta euro.

Ia pernah membuat kemunculannya di Ekspo Import Eksport Kebangsaan China (CIIE) yang diadakan di Shanghai pada November 2019.

Anton Rajac, seorang penasihat dan pelabur di Klein Vision, mengatakan jika syarikat itu dapat menarik sebahagian kecil pihak pelabur untuk menjayakan misi penerbangan atau teksi terbang itu, ia akan memberi kejayaan besar buat syarikat Slovakia itu.

Belanja duit bos, tukang cuci buat laporan palsu konon diragut

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang tukang cuci membuat laporan polis palsu mendakwa diragut selepas membelanjakan wang milik majikannya, di Padawan, Sarawak.

Harian Metro memetik Ketua Polis Daerah Padawan Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mulanya membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa mendakwa dia diragut dua lelaki pada tengah hari 28 Jun.

Katanya, suspek mendakwa beg silangnya yang mengandungi RM3,600 diragut oleh dua lelaki bermotosikal dari belakang ketika dia sedang menunggang motosikal tidak jauh dari sebuah restoran makanan segera di MJC .

“Namun selepas disoal siasat, suspek akhirnya mengaku membuat laporan polis palsu.

“Alasan suspek membuat laporan palsu adalah kerana dia telah membelanjakan wang milik majikannya untuk membeli keperluan harian,” katanya.

Menurutnya, wang yang digunakan suspek itu adalah milik majikan yang menang judi dalam talian.

Katanya, suspek ditahan di bawah Kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Khairy, Nurul Izzah dan Rafizi dipilih jadi calon PM ke-9

RAJA NUR FAZNIE AID

SHAH ALAM - Majoriti responden dari bandar memilih Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor's University, Anas Zubedy berkata, ia berikutan hasil kajian yang dijalankan secara dalam talian bertajuk ‘Siapa PM Selepas TS Muhyiddin?’ oleh beliau baru-baru ini.

Menurut beliau, ketiga-ketiga calon berkenaan berjaya meraih undian tertinggi dan ia sekali gus menunjukkan rakyat percaya dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul.

“Selain itu, ada juga calon yang meraih undian ramai antaranya Anthony Loke dari DAP.

“Walaupun beliau dari DAP, undian yang diperoleh bukan dari satu kaum sahaja, tetapi kaum lain juga turut mengundi beliau sebagai calon Perdana Menteri yang kesembilan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147255/KHAS/Wacana/Khairy-Nurul-Izzah-dan-Rafizi-dipilih-jadi-calon-PM-ke-9?

Anwar jadi pilihan netizen untuk jadi PM ke-9

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pilihan utama warga maya sebagai calon perdana menteri kesembilan, lapor Sinar Harian.

Pilihan itu dibuat menerusi satu undian secara dalam talian itu melibatkan 1,207 warga maya di semua platform media Sinar Harian dengan enam calon pilihan dan keputusan diumumkan pada Wacana Sinar Live Edisi 269 bertajuk PM9: Abah atau siapa? pada Selasa.

Menerusi kajian itu, Anwar memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus.

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus.

‘Untung jadi isteri menteri cepat naik pangkat’

FAZLI RADZI

Tular  ucapan tahniah kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Poster dengan imej Datin Nor Zamani Abdol Hamid itu turut dikongsi laman rasmi Facebook, Institut Pendidikan Guru KPM kira-kira sejam lalu.

Gambar Nor Zamani bertudung ungu dan berbaju bercorak bunga biru dan hijau muda itu juga dilihat sama muncul dalam poster ucapan tahniah pada 9 November tahun lalu atas pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum).

Pelantikan isteri menteri yang dikenali dengan dakwaan minum air suam dapat mencegah Covid-19 itu berlaku ketika ramai rakyat sedang berang dengan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerangi Covid-19 serta hangat isu kibar bendera putih.

Sehubungan itu, rata-rata warganet secara menyindir berkata, untung jika bersuamikan seorang menteri lantaran dilihat mudah lagi cepat menikmati kenaikan pangkat.

“Kurang dari enam bulan, dua kali naik pangkat. Jusa C ke Jusa B dan sekarang Jusa A.

“Sebelum suami jadi menteri, Jusa C saja. Selepas suami jadi menteri, naik Jusa B dan sepantas kilat dalam masa kurang enam bulan, naik Jusa A.

“Wow! Untung jadi isteri menteri,” kata pengguna Twitter, @KMJ_001 pada 10 Januari lalu yang kemudiannya sekarang kembali dikongsi orang ramai.

Walau bagaimanapun, ada warganet berpendapat kenaikan pangkat untuk pegawai kerajaan yang menghampiri usia persaraan memang suatu yang lumrah.

Ada yang menolak dakwaan kenaikan pangkat yang diperoleh Nor Zamani itu kerana wujudnya ‘kabel’ memandangkan isteri Adham itu sudah puluhan tahun berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Demi ilmu, pelajar ikuti PdPR atas bot ‘ditemani’ buaya

FMT Reporters

Murid terpaksa menaiki bot mengharungi sungai yang dihuni buaya untuk mendapatkan capaian internet.

PETALING JAYA: Sejak 15 bulan lalu, Danniella Inez, 17 dan dua sepupunya terpaksa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di atas bot di Sungai Batang Lassa, Sarawak, yang dihuni buaya.

Biarpun hujan lebat, tiga pelajar dari Kampung Sawai itu tetap ke lokasi berkenaan dengan hanya berteduhkan payung semata-mata tidak mahu ketinggalan pembelajaran dalam talian, disebabkan kampung mereka tiada akses internet.

Danniella pelajar tingkatan lima SMK Batang Igan, manakala dua sepupunya Nick Nazuel Juria, 16, dan Sherly Erina, masing-masing pelajar MRSM Bentong serta Politeknik Mukah.

Ketiga-tiganya terpaksa mengambil tindakan drastik demi menghadiri kelas dalam talian sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) kali pertama dilaksanakan tahun lalu, dengan “rutin hairan” itu diketahui umum selepas video mereka menghadiri kelas dalam talian tular di media sosial, menurut laporan Utusan Borneo.

Abang Danniella, Carry Alwind Sahren, 19, berkata adik dan dua sepupunya itu mengikuti kelas dalam talian di atas bot sejak pelaksanaan PKP tahun lalu.

Katanya, ketiadaan liputan internet di kawasan rumah menyukarkan mereka menyiapkan dan menghantar kerja sekolah terutama yang perlu dihantar segera.

“Dari rumah, mereka menaiki bot dan menempuh perjalanan kira-kira lima hingga 10 minit untuk sampai ke tebing sungai berhampiran yang mempunyai capaian internet lebih baik.

“Ada ketika mereka terpaksa menggunakan payung untuk berlindung dari hujan dan panas dan kadang-kadang terpaksa belajar dalam keadaan pakaian basah kuyup jika hujan lebat,” katanya.

Carry berkata, ibu dan saudaranya sering menjadi pemandu bot menemani tiga pelajar itu ketika mengikuti PdPR.

“Selain mereka bertiga, terdapat pelajar lain juga di kawasan tebing tersebut yang senasib dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata, mereka bertiga sebelum ini tinggal di asrama, namun terpaksa pulang selepas PKP dilaksanakan.

“Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk mengikuti PdPR dengan baik dan selesa,” katanya.

Menurutnya, alternatif bagi tiga pelajar itu mendapat capaian internet lebih baik adalah untuk pergi ke pasar Matu yang terletak 90 minit perjalanan dari kampung mereka.

Carry mengakui bangga dengan semangat dan kegigihan mereka bertiga, namun mengakui sentiasa bimbang keselamatan mereka.

“Sungai itu ada buaya dan perkara itulah paling merisaukan saya setiap kali mereka ke tebing sungai.

“Satu lagi cabaran yang terpaksa mereka tempuh ialah apabila enjin bot rosak. Keadaan ini menyebabkan mereka terlepas mengikuti sesi PdPR jika ada kelas pada hari tersebut,” katanya.

Agong titah sidang Parlimen sebelum 1 Ogos, kata Speaker

MALAYSIA DATELINE

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara memaklumkan, mereka telah dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong agar sidang kedua-dua Dewan itu diadakan sebelum 1 Ogos 2021, iaitu tarikh tamat darurat.

Dalam kenyataan bersama Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun, mereka telah memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri.

Kedua-dua mereka juga telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku, kata mereka berdua.

Titah itu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan mereka mencadangkan kepada Perdana Menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021 mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, kata kenyataan itu.

Hari ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin telah diserang cirit birit atau  diarea dan dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara.

Menurut jadualnya, Kabinet akan bermesyuarat setiap hari Rabu iaitu hari ini. Agenda sidang Parlimen dipercayai salah satu agenda dalam mesyuarat kali ini.

Semalam, Rais dan Azhar serta para timbalan mereka telah dititahkan menghadap Yang Dipertuan Agong.

Selepas sessi menghadap itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon memaklumkan kepada media baginda Yang Dipertuan Agong telah menitahkan mereka agar Parlimen bersidang segera.

Dalam kenyataan Istana Negara juga dimaklumkan Baginda menitahkan agar Parlimen bersidang segera.

Sebelum ini Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, Parlimen tidak akan bersidang semasa darurat berjalan.

Dah kantoi terpaksa mengaku berbohong

Rashid akui hadir kenduri durian baru-baru ini, bukan tahun lalu

Malaysiakini 

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon mengaku menghadiri kenduri durian baru-baru ini dan bukan tahun lalu seperti yang didakwa sebelumnya.

Dia juga meminta maaf atas kesalahannya dan berjanji akan memberikan kerjasama dengan pihak polis yang sedang menyiasat insiden itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rashid berkata kekeliruan timbul apabila terdapat pihak media yang menghubunginya bagi bertanyakan mengenai video berkenaan dan dia menjawab soalan tanpa menonton terlebih dahulu rakaman tersebut.

"Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya.

"Saya mohon maaf atas kekhilafan ini dan menyerahkan siasatan lanjut dan saya berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM," katanya dalam kenyataan.

Semalam Rashid bersama Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara menghadap Agong bagi membincangkan isu pembukaan semula Parlimen.

Timbalan speaker itu baru-baru ini dirakam lensa kamera sedang menikmati acara makan durian dengan sekumpulan individu.

Acara itu dikatakan berlangsung di kawasannya di Batu Pahat pada Ahad lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Rashid mengatakan kenduri durian itu berlaku tahun lalu dan ia merupakan "video lama".

Pembantunya juga mengatakan kehadiran seorang individu di pesta durian itu dengan memakai pakaian yang sama dengan acara sebelumnya di Majlis Perbandaran Batu Pahat, berlaku secara "kebetulan".

Kenyataan Nik Abduh ‘tak peka, pelik’, kata penganalisis

Minderjeet Kaur

PETALING JAYA: Penganalisis mengecam seorang pemimpin PAS kerana memperlekehkan “kempen bendera putih” yang dimulakan di media sosial baru-baru ini untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan ekoran usaha kerajaan membendung Covid-19.

Kata mereka, ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Nik Abduh Abdul Aziz, memperlihatkan sikap tidak peka dan kurangnya kemahiran kepemimpinan ketika beliau menyiratkan bahawa kempen berkenaan adalah untuk orang-orang lemah yang bersikap seperti pengalah.

Kempen berkenaan menyeru sesiapa yang memerlukan bantuan segera, terutamanya dari segi makanan, semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 untuk mengibarkan bendera putih di rumah.

Dalam catatan di Facebook semalam, Nik Abduh berkata: “Angkat tangan berdoa kepada-Nya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih.”

Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Pawi menyifatkan kenyataan Nik Abduh sebagai “pelik”, dengan berkata, beliau tidak faham mengapa PAS tidak menyokong kempen berkenaan dan mengapa Nik Abduh tidak dapat melihat perbezaan antara doa sebagai “isyarat dalaman” untuk meminta bantuan, dan kempen berkenaan sebagai “isyarat luaran”.

“Ia seruan untuk mendapatkan bantuan makanan,” katanya kepada FMT.

Bekas ahli akademik, Azmi Hassan, berkata para pemimpin PAS sepatutnya menunjukkan budi bicara ketika bercakap mengenai kempen yang bertujuan membantu orang dalam kesusahan.

Azmi dan Awang Azman mempersoalkan kualiti kepimpinan dalam PAS, terutama sekali dalam peranannya dalam kerajaan.

Kata Azmi, nampaknya seperti PAS tiada “pengetahuan asas” sekalipun untuk mentadbir negara.

Beliau berkata, ramai ragu-ragu dengan kemampuan parti tersebut ketika ia menyertai kerajaan, dan keraguan mereka telah dibuktikan benar.

“Pemimpin PAS telah membuktikan (tanggapan ini) dengan membuat terlalu banyak kesilapan. Keputusan mereka kadang-kadang cetek dan tidak mempunyai justifikasi,” katanya.

Dua hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata, Dewan Rakyat hanya boleh bersidang setelah darurat berakhir pada 1 Ogos, walaupun Yang di-Pertuan Agong sebelum ini memperkenan Parlimen bersidang dalam tempoh darurat.

Kata Azmi, ini antara contoh kegagalan pemimpin PAS mengkaji sesuatu isu sebelum memberi komen.

Awang Azman berkata, PAS belum lagi menunjukkan mereka dapat mencari penyelesaian kepada masalah-masalah sosial yang kini muncul akibat rakyat kehilangan pendapatan.

Beliau memberi contoh semakin ramai orang meminjam dengan Ah Long, yang katanya, kini menjadi isu besar.

“PAS sepatutnya cari penyelesaian kepada masalah-masalah seperti itu,” katanya.

‘Kenduri durian’: Ejen jenama tudung juga sahkan Timbalan Speaker menipu

FAZLI RADZI

Seorang individu yang mengaku ejen jenama tudung turut mendakwa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menipu berhubung ‘kenduri durian’ yang dalihnya berlaku tahun lalu.

“Bohong. Dalam video tu ada seorang akak ni pakai tudung Fareha code Reyna, koleksi Hari Raya tahun ni punya.

“Baru release dalam dua bulan lepas, tiba-tiba cakap video ni tahun lepas punya?

“Nak menipu tap tak pandai,” selar pengguna Twitter, @thesyafinazasyhrn.

Sebelum ini, ada kalangan warganet telah mengesahkan ‘kenduri durian’ itu memang benar-benar berlaku apabila didapati konsisten selepas dibuat beberapa perbandingan.

Antaranya, jersi Liverpool yang dipakai individu di dalam rakaman tersebut adalah jersi musim baharu bukan tahun lalu.

Selain itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin sememangnya berada di Batu Pahat atas lawatan kerja rasmi pada 27 Jun lalu. 

Lawatan bagi meninjau projek pembangunan naik taraf di bawah Majlis Perbandaran Batu Pahat itu menyaksikan beberapa individu yang berada di dalam video ‘kenduri durian’ juga kelihatan pada program yang dihadiri Zuraida Ahad lalu.

Mereka antaranya dilihat berada di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat bersama-sama Zuraida.

Dakwa ‘kenduri durian’ video tahun lepas, Timbalan Speaker menipu?

SURI LAILA

Susulan penafian dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berhubung ‘kenduri durian’ yang dikatakan berlaku tahun lalu, beberapa pihak mendakwa kenyataan itu adalah tidak benar dan satu penipuan.

Ada pihak mendakwa ‘kenduri durian’ itu berlaku pada 27 Jun lalu iaitu ketika lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di Johor.

Menerusi semakan di laman Twitter KPKT, Zuraida pada dua hari lalu sememangnya berada di Batu Pahat atas lawatan kerja rasmi.

Lawatan itu bagi meninjau projek pembangunan naik taraf di bawah Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Bagaimanapun, beberapa individu yang berada di dalam video ‘kenduri durian’ dilihat jelas di dalam program yang dihadiri Zuraida Ahad lalu.

Mereka antaranya dilihat berada di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat bersama-sama Zuraida.

Mereka juga dilihat mengenakan pakaian yang sama di dalam video, dengan ada pihak mendakwa video yang tular itu bukanlah video tahun lalu kerana jersi Liverpool yang dipakai individu di dalam rakaman tersebut adalah jersi musim baharu.

Terdahulu, portal Malaysiakini melaporkan bahawa Mohd Rashid menafikan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menghadiri ‘kenduri durian’ baru-baru ini.

Beliau ketika dihubungi berkata rakaman tersebut adalah video lamanya sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas.

Polis siasat dakwaan Ahli Parlimen Batu Pahat ‘kenduri durian’ di dusun

FMT Reporters

Tangkap layar video yang tular di Facebook mendakwa Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Kasnon ‘kenduri durian’ di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat, Ahad lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon bersama beberapa individu lain melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menikmati durian di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat, Johor seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah, berkata, satu laporan polis sudah dibuat berhubung video tular di media sosial itu dan kertas siasatan sudah dibuka.

“Siasatan dijalankan bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, polis akan memanggil Ahli Parlimen itu dan beberapa individu lain yang terlibat dalam video berkenaan untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sementara itu, menurut laporan Malaysiakini, Rashid yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat menafikan dakwaan dia melanggar SOP PKP kerana menghadiri “kenduri durian” baru-baru ini.

Sebaliknya Rashid berkata, rakaman itu adalah video lama sebelum PKP, iaitu tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa warganet mendakwa video tersebut merupakan kejadian baharu berdasarkan gambar Rashid di satu majlis di Batu Pahat, Ahad lalu.

Rakaman video berdurasi 15 saat itu tular di Facebook dan mendapat kecaman warganet

Ustaz Pas diserang bertubi-tubi kerana kata bendera putih agenda politik

MALAYSIA DATELINE

Baru dua jam, ustaz muda Pas memberikan pandangan tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak menaikkan bendera putih bagi menandakan mereka kehabisan bekalan makanan, lebih 2,000 komen diberikan yang kebanyakan menyerang beliau.

Tulisan Syed Abdul Kadir Aljoofre menerusi facebook beliau diserang habis-habisan oleh para netizen yang selama ini adalah rakan facebook beliau.

“Maaf saya berbeza pandangan. Boleh? Ke semua mesti ikut arus netizen saja?

“Ketika mula-mula saya nampak posting tentang bendera putih, hati saya memang tak berapa sedap. Entah kenapa. Pagi ni saya jumpa jawapannya.

“Rupanya ia telah dimanipulasi oleh ahli-ahli politik tertentu yg menggunakan kesusahan rakyat utk kepentingan politik gila kuasa mereka,” tulis Kadir yang menerima kecaman bertubi-tubi.

MH Afiq menulis, “Yang tak setuju pun orang politik jugak macam ustaz. Mungkin takut kerajaan dia termalu. Rakyat yang dah hilang arah nak dapat bantuan nak malu apa lagi.

“Jaga nyawa tak kan buka aib kot. Palestine minta bantuan tak malu pun.”

Saiful Amri pula menulis, “Berdoa antara kita dengan Allah.

“Bendera putih antara kita sesama manusia. Adakalanya Allah menjawab doa hamba melalui hamba-Nya yang lain.

“Jadi… kibarkanlah bendera putih untuk menggamit datangnya bantuan Allah melalui pertolongan hamba-Nya.

“#benderaputih.”

Mohamad Khalid Roslan pula menolak pandangan Kadir dengan berkata,”Kalo orang politik pun ape masalahnya untuk selesaikan Masalah rakyat yang sedang kelaparan dan derita … Ape masalahnya itu adalah simbol untuk orang di sekitar kita untuk membantu.”

Kempen menaikkan bendera putih untuk memberitahu bahawa mereka kehabisan bekalan makanan atau memerlukan pertolongan diteroka oleh para netizen sendiri.

Pemimpin politik yang awal menyokong idea ini adalah Ketua Wanita Pakatan Harapan, Senator Aiman Athirah Aljundi.

Ia kemudiannya diikuti oleh pelbagai kenyataan yang menyokong idea ini bagi memudahkan bantuan diberikan terutama oleh kemuniti sekitar pihak yang memerlukan bantuan ini.

Ia telah dipandang negatif oleh Pas seolah-olah lawan politiknya iaitu AMANAH cuba membuat kempen politik memburukkan kerajaan yang mereka sertai.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh adalah antara yang awal menyifatkan ia kempen politik dan berkata tidak perlu menaikkan bendera putih jika memerlukan pertolongan tetapi berdoa kepada Allah.

Agong zahirkan lagi: Sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

Malaysiakini 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Pandangan Seri Paduka itu disampaikan ketika menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Rais Yatim dan Azhar Harun di Istana Negara hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan  yang disiarkan di Facebook Istana Negara berkata, pertemuan sejam itu adalah lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang diadakan pada 16 Jun lalu.

“Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan dan Parlimen Malaysia.

“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Baginda turut berpandangan bahawa semua jawatankuasa pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab, khususnya dalam menangani isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

“Perlu diperjelaskan juga di sini bahawa pandangan dan seruan-seruan yang dinyatakan ini merupakan pendirian Seri Paduka Baginda dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Raja Berperlembagaan berlandaskan prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undangnya,” kata kenyataan itu lagi.

Turut hadir dalam pertemuan yang bermula jam 11 pagi itu ialah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Mohamad Ali Mohamad kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon dan Azalina Othman Said.

Selain itu, Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesediaan pihak Parlimen untuk mengadakan persidangan secepat mungkin, serta menyeru rakyat untuk mendoakan kesejahteraan negara dan agar wabak Covid-19 dapat dibendung segera.

Pada 16 Jun, selepas mempengerusikan pertemuan khas dengan raja-raja Melayu, Agong bertitah agar Parlimen bersidang “secepat mungkin”.

Rais dan Azhar mengeluarkan kenyataan pada 25 Jun bahawa Parlimen sedang mengkaji persidangan secara hibrid, dan memerlukan masa untuk membuat persediaan.

Dijangka, parlimen secara hibrid dapat mula bersidang pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya awal September depan.

Sehari kemudian, kedua-dua mereka dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan yang berlangsung tadi.

 Di sebalik kenyataan Rais dan Azhar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata kerajaan belum memutuskan sama ada persidangan Parlimen akan berlangsung secara fizikal atau hibrid, dan kenyataan speaker Parlimen itu hanyalah cadangan sahaja.