Mohd Nasaruddin Parzi
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selesai bermesyuarat berhubung isu pembentukan kerajaan dan pencalonan Perdana Menteri Ke-10, sama ada menyokong Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.
Beberapa Ahli Parlimen yang dihampiri petugas media untuk mengulas hasil pertemuan lebih sejam itu bagaimanapun menutup mulut ketika ditanya jika ada calon Perdana Menteri diputuskan untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum jam 2 petang ini.
Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang beredar meninggalkan Menara Dato' Onn di sini, tidak memberi sebarang kenyataan kepada media dan terus menaiki kenderaannya lalu beredar.
Begitu juga reaksi Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng, ketika ditanya sama ada beliau menandatangani surat akuan (SD) menyokong mana-mana nama Ahli Parlimen sebagai calon Perdana Menteri.
'Tanya presiden (MCA)," katanya ringkas ketika beredar keluar bersama Wee.
Terdahulu, Setiausaha Agong MCA, Datuk Choon Sin Woon berkata, mesyuarat sudah berakhir dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan BN hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan