Johari Abdul dilantik Speaker Dewan Rakyat

SITI NUR ZAWANI MISCON

Bekas penyandang kerusi Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat hari ini dengan 147 sokongan.

Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun telah melepaskan kerusinya pada semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan nama Datuk Johari Abdul mewakili blok kerajaan, manakala Perikatan Nasional (PN) mencalonkan bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bagi jawatan itu.

Johari berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal, namun tidak menyertai PRU15, sebaliknya digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq yang menjadi satu-satunya wakil PH menang di Kedah.

Johari Abdul angkat sumpah

Sebelum ini kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat disandang bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mewakili kerajaan PH, kemudian diganti dengan Tan Sri Azhar Azizan Harun mewakili kerajaan PN.

Jumaat lalu, Azhar mengesahkan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang dengan Parlimen yang bersidang hari ini dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

Selepas ini aturan urusan mesyuarat diikuti dengan upacara mengangkat sumpah kesemua 222 Ahli Parlimen yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), disusuli pemilihan Timbalan Speaker.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan