BORHAN AHMAD
Tindakan sesetengah Ahli Parlimen dari Kelantan dan Terengganu menayang wajah-wajah gembira sambil menonton bola Piala Dunia di media sosial, dikesali kerana ia tindakan tidak sensitif ketika rakyat yang mengundi mereka sedang menangis ekoran banjir yang melanda kedua-dua negeri itu.
Ekoran itu, ramai yang meminta mereka menarik balik gambar-gambar mereka itu kerana tindakan itu tidak langsung memahami kesediahan yang dihadapi mangsa banjir.
Yang paling mendapat kecaman adalah Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Gambar beliau gembira tengok bola bersama Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin dianggap tidak sensitif dengan suasana yang dihadapi rakyat Kelantan sekarang termasuk di Kubang Kerian.
“Jom pakat tengok perlawanan akhir Piala Dunai di Dataran Perbadanan Putrajaya.
“Malam ini dapat menonton bersama DS Tuan Ibrahim.
“Agak-agak siapa menang malam ini?” tulis Radzi Jidin sambil menayangkan wajah gembira beliau bersama Tuan Ibrahim.
RAKYAT KELANTAN SEDANG KALUT HADAPI BANJIR...Banjir di Kelantan dan Terengganu dianggap luar biasa kerana tempat yang tidak dinaiki air juga dilanda banjir kali ini.
“Royak ke ore (beritahu kepada orang) sebelah tu.. kelik2 (baliklah) laa…rakyat tengah susah hadap banjir, kakah tu siap gi tengok bola Putrajaya nahh,” tulis Afzam Ghani ketika membuat komen terhadap posting Radzi Jidin itu.
Ekoran itu, Radzi dinasihatkan agar membuat turun posting itu kerana ia akan menimbulkan kekesalan mangsa banjir khasnya di Kubang Kerian, Kelantan.
Man Laksa menulis, “Eloklah YB padam posting ni sebagai menghormati dan empati terhadap mangsa2 banjir di pantai timur…..MP PN ni kebanyakan dri pantai timur….nanti banyak pertikaian mungkin tercetus…sebab xsemua rakyat faham antara keadaan semasa dan tugas ahli parlimen.”
Pandangan beliau ditegur oleh Ija Pae dengan berkata, hari ini semua MP akan mengangkat sumpah jawatan.
“Saya tahu…tapi tu la…xsemua orang paham….dan ni juga boleh dijadikan isu murahan pihak sana nnti utk mmburukkan nama2 MP…” kata Man Laksa.
Semua Ahli Parlimen akan ke Parlimen hari ini bagi majli angkat sumpah dan juga untuk meluluskan rang undang-undang pembekalan (emolumen) bagi membolehkan gaji kakitangan kerajaan dibayar.
Mereka juga akan mengundi untuk mengesahkan kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang mencukupi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan