SOP masuk masjid: Polis siasat video tular timbulkan ketakutan

FMT Reporters

Rakaman video berdurasi 29 saat yang tular di Facebook semalam.

PETALING JAYA: Polis menyiasat dakwaan Seorang pengguna Facebook yang membuat naik satu video berhubung SOP kemasukan ke masjid melibatkan anggotanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata pemilik pengguna Facebook itu telah memuatnaik video berdurasi 29 saat dengan kapsyen “Masuk Masjid Macam Pengganas Besar” yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran.

“Semalam, jam 3 petang telah tular sebuah video dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun media sosial Facebook dengan nama Muhammad Faiz Ashrafy memaparkan seorang anggota polis berpangkat Koperal menerangkan berkaitan SOP terbaru bagi Selangor iaitu jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksin berserta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk.

“Pemilik akaun tersebut telah memuatnaik video itu dengan kapsyen “Masuk Masjid Macam Pengganas Besar. Allah” dan telah meraih sebanyak 64 ribu kali tontonan dan 1300 perkongsian di laman sosial Facebook,” katanya dalam kenyataan.

Khalid berkata hasil semakan yang dibuat, kejadian tersebut berlaku pada semalam di Masjid Batu 14 Puchong.

Katanya anggota berpangkat koperal tersebut sedang menjalankan tugas rutin pemantauan solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

“Satu laporan telah dibuat bersabit video tular tersebut dan siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM iaitu menyiarkan hantaran menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam melalui kemudahan rangkaian telekomunikasi.

“Pihak polis amat mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

Kempen tahap hipokrit dalam PRN Johor

DR SHAHNOR BASRI 

Penulis bersetuju dengan pandangan Prof Mohammad Agus Yusoff bahawa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor amat tercemar dan mengambil pendekatan kolot serta mundur.

Jauh sekali PRN ini hendak membawa perbuhan dan reformasi total kepada sistem tadbir urus yang lebih baik, berintegriti tinggi dan mendepani perubahan negara pasca Covid-19.

Sentimen perkauman sempit masih menjadi dendangan utama dan diikuti dengan penjualan agama sebagai modal.

Umno dan Pas tidak berganjak dari politik hipokrit dengan membangkit sentimen kaum dan menunggang agama tanpa memikirkan dengan taburan janji-janji palsu untuk bangsa Malaysia bersatu.

Hakikatnya mereka sedang memecahkan lagi masyarakat Malaysia dan meleraikan kesatuan supaya lahir banyak segmen lagi yang akan memporak-perandakan lagi masyarakat.

Kempen tahap hipokrit dalam PRN Johor

Kempen perkauman di era dunia terbuka, dunia yang berurusan dengan penoh maklumat, hujah yang nyata dan berkualiti, menolak tabiat perdebatan yang jengkel dan membina kebencian sudah tidak boleh dijadikan pendekatan masakini.

Ia akan merosakkan masyarakat terutamanya generasi muda. Begitu juga dengan kaedah jengkel politik menjual agama. Kempen keji ini yang sedang gigih dijalankan hanya akan memecahkan rakyat dan akhiri dengan taburan jutaan janji yang hanya merupakan umpan politik dengan hasrat kono untuk membina kesatuan masyarakat Malaysia, namun ia akan menghancurkan kesatuan masyarakat.

Penulis amat bersetuju dengan sikap hipokrit yang terang-terang sedang dan akan berterusan berlaku dalam kalangan politikus tempang, kotor dan keji.

Siapakah mangsanya? Mangsanya adalah rakyat yang tidak mahu sedar dan masih termakan umpan-umpan janji-janji palsu dan sogokan demi untuk memenangi kerusi.

Sampai bilakah kita masyarakat Malaysia akan tertipu, terpersona dan terpikat dengan politik janji palsu, politik caca-marba, politik hudoh dan jijik.

Politik hipokrit ini akan menambah mundurkan lagi masyarakat, menghitamkan akal dan memundurkan lagi demokrasi. Demokrasi pincang yang berterusan ini dengan ketiadaan perubahan dan reformasi total segera akan memundurkan kemajuan masyarakat.

Percayalah BN mahupun PN akan menghancurkan masyarakat bukan kemajuan samada duniawi mahupun ukhrawi. Hanya perkauman dan menjual agama menjadi tema kempen mereka.

Bagi pakatan pembangkan pula kegagalan bersatu dan bersepakat untuk memperbaiki proses demokrasi dan menggerakkan reformasi menyeluruh adalah merupakan satu penyakit.

Penyakit mahu lebih kerusi tanpa menilai kekuatan masing-masing dalam sesuatu lokaliti, penyakit tamak yang merugikan rakyat. Begitu juga keangkuhan parti serpihan Umno dan Bersatu yang hanya kelihatan semata-mata dengan modal untuk meredamkan kluster mahkamah namun visi dan misi untuk mendepani keadilan dan reformasi amatjauh sekali, sekaligus dengan bertanding berlawan sesama sendiri dengan serba keangkuhan juga tidak akan menggambarkan kekuatan dan solidariti.

Bertanding atas dasar kebencian semata-mata juga adalah politik hipokrit!

Paling hairan juga bagaimana parti yang lahir dari Malaysia Timor turut mempertaruhkan calon dikerusi kerusi yang telah dimenangi oleh sekutu mereka dalam PRU14 walaupun tidak menganggotai PH pada ketika itu.

Namun dengan hanya meletak calon di enam atau tujuh kerusi bukanlah untuk membuat perubahan melainkan bagi rakyat adalah ‘pengacau-pengacau’ yang akan mengkucar-kacirkan lagi suasana politik hipokrit yang sedang ditaja oleh sama ada barisan pemerintah atau perikatan yang dipelopori oleh para pengkhianat dan penunggang agama!

Masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Johor, jika anda tidak sedar semua ini, anda akan dimangsakan untuk sekurang-kurangnya lima tahun lagi! Percayalah bahawa kempen hipokrit ini hanya akan memberikan anda janji-janji palsu dan yang akan makin besar temboloknya adalah para politikus hipokrit!

Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam Jordan

Penafian: Penulisan ini adalah merupakan pendapat penulis dan tidada kaitan dengan pendirian akademi.

Salahuddin Ayub berdepan saingan 4 penjuru di Simpang Jeram

PRN JOHOR | Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub berdepan persaingan empat penjuru dalam usahanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Pulai itu ditentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Md Don, Mahaizal Mahmor (Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)) dan Zarul@Mohamad Zahrul Salleh (Perikatan Nasional).

Senarai calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram Mohd Nurulamin Abd Rahman di pusat penamaan calon di Dewan Ibnu Battuta Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yassin, di sini pada 10.22 pagi.

Terdahulu, proses penamaan calon berlangsung dengan tenang dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka bagi mengekang penularan COVID-19.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Salahuddin yang merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menang dengan majoriti 7,687 undi menewaskan Mohd Radzi Amin daripada BN dalam persaingan empat penjuru.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya yang dikemas kini hingga 21 Jan lepas, DUN Simpang Jeram mempunyai seramai 40,014 pengundi.

- Bernama

Mahathir: ‘Apa yang hendak saya buat dengan saki-baki kehidupan ini?’

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Alhamdulillah, saya telah pulih dari serangan teruk ke atas kesihatan saya.

Demikian semasa diserang saya putus harapan. Saya percaya masa saya sudah tiba.

Tetapi Alhamdulillah hari ini saya kembali sihat, hampir seperti orang biasa.

Saya tertanya-tanya apakah yang hendak dilakukan oleh saya dengan saki-baki kehidupan ini? Apakah ia setakat makan minum, berseronok sahaja. Masa tentu tidak panjang. Saya sudah berumur 97 tahun. Apakah masa yang pendek ini, harus dihabiskan begitu sahaja?

Untuk diri saya tidak ada lagi yang saya ingin. Teringat saya sebagai orang Melayu saya berasa terkilan kerana kita masih ketinggalan. Kita belum jadi bangsa maju.

Walaupun Malaysia diiktiraf sebagai negara middle income tetapi orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Rata-rata orang Melayu masih miskin.

Kemampuan saya terhad. Tidak seperti dahulu di waktu saya menjadi Perdana Menteri. Tetapi kawan saya menekan bahawa jawatan tertinggi itu tidak penting.

Seorang yang sudah tua dan berpengalaman tidak dapat tidak sedikit sebanyak berpengaruh. Jika berminat gunakanlah saki baki pengaruh ini untuk bangsa.

Untuk kebaikan bangsa saya, bangsa Melayu, apakah sebabnya mereka tertinggal.

Saya mungkin salah tetapi saya berpendapat bangsa saya pandang ringan terhadap rasuah. Inilah sifat yang diguna oleh orang tertentu untuk selewengkan bangsa Melayu dari menolak yang salah.

Tidaklah boleh dinafikan kegagalan orang Melayu disebabkan mereka mudah pilih yang tidak baik kerana mudah. Yang mudah dan dekat lebih menarik apabila membuat pilihan. Mereka tidak fikir panjang.

Saya tidak akan ulas dengan panjang lebar kenapa rasuah membawa mudarat. Bagi saya dalam jangka masa yang masih ada pada saya, ia tidak menjadi pembaziran jika saya berusaha sungguh-sungguh untuk membanteras rasuah dalam kalangan bangsa saya. Saya jemput semua orang Melayu menyertai perjuangan ini.

1MDB: SPRM siasat Rohana Rozhan lebih lapan jam

MALAYSIA DATELINE

Selama lebih lapan jam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan semalam.

Wanita itu dilaporkan tiba pada jam 9 pagi bagi membantu siasatan berhubung pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan dijalankan berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai lebih AS$10 juta (RM41.8 juta) kepada Rohana yang difahamkan mempunyai hubungan dengan Leissner.

BH melaporkan perkembangan siasatan berhubung kes tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Rohana akan dipanggil kembali jika dia perlu berbuat demikian susulan perbicaraan kes 1MDB di Amerika Syarikat (AS).

“Dia dipanggil bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

“Siasatan terhadapnya selesai pada jam 6 petang pada hari sama (semalam),” lapor BH memetik sumber.

Terlebih emosi tidak ke mana, bertindaklah sebagai ahli kerajaan bertanggungjawab

RAJA BAHRIN SHAH

Saya ingin memberi pandangan berhubung kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kesal undang-undang Islam boleh dibatalkan oleh undang-undang penjajah ciptaan manusia di Malaysia.

Isu ini wujud sejak merdeka lagi dan terus berulang dalam situasi hari ini.

Bagaimanapun ia mesti ditangani dengan penuh sabar serta bijaksana tanpa emosi yang kadangkala boleh menimbulkan kekacauan.

Abdul Hadi pernah bercakap isu ini dengan berapi-api sebagai pembangkang dahulu dan kini nadanya hampir sama walaupun sudah menjadi sebahagian kerajaan yang berkuasa dan menjadi Duta Khas bertaraf Menteri.

Bukan itu sahaja, Menteri Agama, Dato Idris Ahmad dan Timbalan Menteri Agama YB Marzuk kedua duanya dari Pas parti beliau sendiri menjadi pemimpin nombor satu.

Sebagai ahli Parlimen kerajaan, cubalah cadangkan penyelesaian jangka masa panjang di mana beliau ada menyatakan wujudnya pertembungan kuasa Raja-Raja Melayu di peringkat negeri dan Mahkamah Persekutuan.

Kumpul para agamawan, cerdik pandai dan pakar undang-undang untuk mencari jalan menyelesaikan “conflict of law” antara undang-undang Islam Negeri dan undang-undang sivil.

Lebih baik mereka yang berada dalam kerajaan bertindak dengan tenang dan kurang beremosi seperti semasa pembangkang dahulu kerana cara emosi telah lama tidak membawa kita ke mana-mana titik penyelesaiaan tetapi sebaliknya hanya menimbulkan kekecohan.

Itulah sebaik-baiknya jika kita mahu cari penyelesaiaan jangka masa panjang dan bukan medan pertelingkahan yang tajam yang boleh menghancurkan negara.

Peranan kerajaan ialah untuk mencari penyelesaian pendamaiaan yang baik membina negara yang aman harmoni untuk semua dan bukan untuk meneruskan pertelingkahan yang berterusan.

Selain daripada isu ini, Abdul Hadi dan Pas pernah juga membawa isu seperti RUU 355 semasa menjadi pembangkang tetapi walaupun telah menjadi kerajaan isu tersebut telah diam begitu sahaja.

Abdul Hadi, dan lebih khusus lagi Idris Ahmad sebagai Menteri Agama, sepatutnya berperanan pro aktif mententeramkan keadaan kearah penyelesaiaan dan bukan menyumbang ke arah pertelingkahan.

Menteri Agama belum mengeluarkan sepatah kenyataan pun lagi dalam isu ini.

Mereka perlu ingat dan bercakap sebagai kerajaan bertanggungjawab dan bukan lagi pembangkang.

Gunakan lah kuasa yang diidami dan di miliki hari ini untuk kebaikan kerana telah menjadi kerajaan untuk semua dan bukan hanya sebahagian dari rakyat Malaysia.

Isu penting sebegini tidak boleh di bawa cara bermusim mengikut suasana semasa atau politik tetapi perlu di buat secara berterusan dengan ikhlas .

Apabila isu agama bercampur politik, agama Islam, masyarakat serta negara akan menjadi punah.

Kita mempunyai sembilan negeri dengan Raja-Raja Melayu dengan undang-undang yang perlu diselaraskan bersama dengan undang undang Persekutuan.

Tunjuklah kebijaksanaan berilmu tanpa membangkitkan emosi serta sentimen untuk penyelesaian.

Menyalahkan undang-undang penjajah Inggeris berpuluh tahun tidak membawa kita ke mana.

Bertindaklah sebagai ahli anggota kerajaan yang bertanggungjawab untuk mencari kedamaian penyelesaian untuk seluruh rakyat dan bukan membangkit emosi di kalangan rakyat tanpa solusi mengikut ajaran Islam sebenarnya.

Rakyat dan dunia memerhati bagaimana kerajaan hari ini menangani isu ini setelah kerajaan hari ini telah mengambil alih kuasa pentadbiran negara.

Waspada calon musuh pengundi, ‘Yang Berkhidmat’ harus jadi hamba rakyat

ISMAIL HASHIM YAHAYA

Kalangan penulis dan penganalisis politik tempatan mengharapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuka mata rakyat bagi memilih calon yang benar-benar mewakili suara hati mereka.

Calon-calon itu bukan harus dikenali sebagai ‘Yang Berhormat’ tetapi ‘Yang Berkhidmat’ mengingatkan filem ‘Aku Yang Berhormat’ antaranya lakonan Dharma Harun, Hamid Gurkha, R, Jaafar dan Jamali Shadat.

Cerita mengisahkan bagaimana Hamid dan Jaafar, yang bekerja sebagai petani dan juga anggota sukarelawan RELA, bersama-sama berusaha mendapatkan sokongan orang kampung untuk menjatuhkan Jamali, wakil rakyat yang kejam dan tidak mengamalkan sikap ‘Bersih, Cekap dan Amanah’, – motto kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – dengan mencalon dan menaikkan Hamid sebagai wakil rakyat baharu untuk mengantikan Jamali.


Oleh itu, calon pilihan rakyat bukan yang hanya indah dan sempurna pada imej, dengan sekadar pandai berpidato dan banyak menabur janji manis atau menjadikan politikus sebagai karier atau kerjaya mengumpul kekayaan keluarga dan rakan taulan sebaliknya mereka ini harus menjadi hamba kepada rakyat.

Sejauh manakah PRN Johor memperlihatkan rakyat sudah cukup matang meneliti calon-calon ‘Yang Berkhidmat’ mereka dengan mata yang tajam sebagai sosok ideal pemimpin yang berupaya berkorban untuk bangsa, agama dan negara?

Rakyat tidak seharusnya dimomokkan dengan calon-calon sesebuah parti khusus parti pemerintah sebagai yang “mutlak” harus dimenangkan, sementara lawan politik sebagai “musuh” yang harus dihancurkan.

Tidak kira kawan atau lawan, pemilihan calon oleh rakyat harusnya bagi kepentingan pengundi bukan parti. Musuh harus difahami sebagai bukannya musuh parti pemerintah tetapi musuh rakyat!

Musuh maksudnya di sini ialah mereka yang indah khabar dari rupa, banyak tabur janji, rasuah dan tidak beretika dan jauh sekali memberikan komitmen kepada rakyat. Mereka tidak jujur dan ikhlas mewakili rakyat yang mengundi mereka.

Pengundi harus meneliti latar belakang calon, apa yang mereka telah lakukan selama kini semasa memegang jawatan dalam parti. Sejauh manakah komitmen dan korban untuk rakyat, tiada masalah disiplin, skandal dan pembabitan dalam rasuah. Ia tidak semestinya hanya disinari gemerlapan sinaran sinetron sedangkan di sebaliknya dipenuhi ketidakjujuran.

Oleh itu, dalam meraikan pesta demokrasi sebagai perayaan dalam pemililihan rakyat ini, pengundi diharapkan secara cerdas membaca “aura sejati” para calon bukannya “aura palsu” melalui kempen di media sosial dan media elektronik lainnya.

“Aura demokrasi” pada abad digital hendaknya dapat dibaca dalam lingkungan rasional-budaya dan rakyat harus cerdas serta peka dalam memahami “gestur politik” para calon yang melangkaui sempadan parti sehingga tidak terperosok ke dalam lubang yang sama: memilih pemimpin yang indah secara imaginasi dan tidak pada hakikatnya.

Demokrasi hanya berfungsi apabila pengagihan kekuasaan yang direbutkan antara elit politik melibatkan parti-parti yang harus diseimbangkan tandingan dari rakyat pemilihan tersebut. Dalam hubungan ini, parti jangan beranggapan rakyat sebagai bodoh, campaklah calon apa pun, rakyat yang bertokong kepada parti akan mengundi sahaja.

Ini bukannya demokrasi sebenar, ini adalah demokrasi topengan, bersembunyi di sebalik pelitup. Dalam menyingkirkan sisi demokrasi gelap yang selama ini menaungi negara rakyat harus diberdayakan dengan kefahaman demokrasi sebagai kekuasaan dari rakyat dan bukannya parti!

Parti adalah saluran, wahana pengumpulan calon ke dalam sesuatu organisasi dengan falsafah dan idealisme perjuangan yang sama.

Demokrasi dan calonnya tidak seharusnya terbatas kepada pengesahan SPR dengan tarikh penamaan calon dan pilihah raya dan kekuasaan tetapi kepercayaan pengundi terhadap yang diyakini dan dipercayai dapat mewakili mereka.

Pierre Rosanvallon dalam Counter-Democracy: Politics in an Age of Distrust (2008), menyebut kekuatan rakyat ini sebagai demokrasi tandingan (counter democracy). Kekuatan ini tidak dibangun melalui institusi parti, tetapi di dalam kekuatan kelompok-kelompok masyarakat itu sendiri.

Ini dapat dicapai dengan menyemarakkan fungsi pemantauan dan pengawasan (check and balance) pengundi atas pemerintah dan calon parti iaitu secara terus-menerus, mengawasi, memantau dan menyelidiki setiap gerak-geri pemerintah dan calon yang bakal mewakili mereka nanti.

Hadi kesal di Malaysia hukum Islam boleh dibatal dengan undang-undang ciptaan manusia

FMT Reporters

PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, kesal Perlembagaan tidak ditafsirkan mengikut kefahaman Islam sehingga agama yang di bawah naungan raja-raja “tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia”.

Beliau berkata demikian susulan kontrovesi pengislaman tiga anak tanpa kebenaran ibu mereka oleh Jabatan Agama Islam Perlis yang di lihat bercanggah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018.

“Kini terserlah bahawa agama Islam yang dikatakan di bawah naungan raja-raja melalui pentadbiran khusus, yang dinamakan Majlis Agama Islam tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia. Bahkan, hukum yang nyata daripada hukum Islam boleh dibatalkan oleh mahkamah dan para hakimnya,” kata Hadi dalam Harakahdaily.

“Lebih malang lagi, perkara tersebut melibatkan individu yang beragama Islam disebabkan mereka mengikut buku perlembagaan yang ditulis sebegitu rupa. Hal ini demikian kerana, perkataan agama dan Islam ditafsirkan daripada perkataan Bahasa Inggeris dengan istilah ‘religion’, bukan dengan makna ‘al-din’ mengikut Bahasa al-Quran,” tambah beliau.

Hadi tidak merujuk secara langsung kepada kes pengislaman tiga beranak bawah umur yang dilakukan dengan hanya kebenaran ayah mereka, oleh pihak berkuasa Islam Perlis.

Ibu mereka, Low Siew Hong, yang bukan beragama Islam, membantah tindakan itu. Awal minggu ini beliau memperolehi perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk hak penjagaan penuh kembar perempuan berumur 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahunnya.

Beliau juga dilaporkan mungkin mengambil tindakan mahkamah lanjut untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya dengan menggunakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membabitkan kes Indira Gandhi. Ketika itu mahkamah tertinggi negara itu menetapkan kebenaran kedua-dua ibu dan bapa wajib untuk menukar agama anak mereka kepada Islam.

Bagaimanapun Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan pengislaman tiga kanak-kanak itu sah di sisi undang-undang syariah negeri itu yang hanya memerlukan kebenaran ibu atau bapa, bukan kedua-duanya.

Hadi berkata walaupun Perlembagaan menetapkan Islam sebagai agama persekutuan, ia masih ditafsirkan berdasarkan Bahasa Inggeris, walaupun dalam hal yang melibatkan kepentingan Muslim.

“Walaupun teks asal Perlembagaan tersebut (adalah) dalam Bahasa Inggeris, namun apabila kita telah mencapai kemerdekaan sepatutnya terpulang kepada kita sendiri untuk mentafsirkannya dengan bahasa kita mengikut kefahaman agama yang kita anuti,” kata Hadi.

Dalam pada itu, Hadi juga menegaskan “Islam wajib dimuliakan mengatasi segala agama, ideologi dan ajaran yang lain, sehingga Islam berkuasa memerintah dalam sebuah negara berdaulat”.

“Bahkan, juga dalam seluruh kehidupan manusia dan segala urusannya, kerana hanya Islam adil untuk semua,” kata beliau.

Hadi memuji beberapa hakim lalu seperti Salleh Abbas, Ahmad Fairuz dan Hashim Yeop “memahami” apa yang tersirat dalam Perlembagaan, dan mentafsirkannya dengan “fikiran yang merdeka daripada perlembagaan yang dibelenggu atau digari oleh penjajah”.

“Akan tetapi kepada mereka yang jahil atau terlepas pandang terhadap perkara tersebut, perlulah menyedari betapa bahaya dunia dan akhiratnya apabila mereka melangkah kekuasaan Allah,” kata beliau.

Rohana, Astro, Bank Negara, 1MDB serentak ‘meletup’ di Twitter

FAZLI RADZI

Empat entiti sedang sohor kini di Twitter ekoran pengakuan menggemparkan oleh bekas Ketua Operasi Asia Tenggara Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan pembelian rumah di London, dipercayai menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setakat jam 10.30 pagi tadi, “Rohana” mencatatkan lebih 23,000 ciapan manakala “1MDB” menjadi topik lebih 45,000 ciapan.

Dalam tempoh sama, “Astro” dan “Bank Negara” masing-masing merekodkan lebih 180,000 dan 9,000 ciapan.

Rohana merujuk kepada Datuk Rohana Rozhan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd.

Leissner, 52, dalam keterangannya di Mahkamah New York pada 21 Februari lalu memberitahu ada membelikan Rohana sebuah kediaman bernilai AS$10 juta (RM41.9 juta) di London.

Pendedahan itu dibuat selepas pendakwa raya, Drew Rolle bertanyakan sama ada Leissner memberi Rohana sejumlah wang yang diterimanya daripada 1MDB).

Kata Leissner lagi dipetik Agensi, pembelian itu dibuat pada 2013 selepas wanita tersebut mengugut mahu mendedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

“Rohana tidak gembira dengan keputusan saya menamatkan hubungan kami bagi membolehkan saya bersama dengan bakal isteri, Kimora,” katanya merujuk kepada isterinya, Kimora Lee Simmons, yang juga bekas model antarabangsa.

Leissner ketika ditanya Rolle mengenai hubungannya termasuk bersama Rohana, turut memberitahu hubungan mereka berlanjutan selama 10 tahun sejak 2003.

Selain itu, dia juga memberitahu juri bahawa Goldman Sachs perlu memastikan peluang pekerjaan bagi tiga anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di bank itu sebagai balasan kepada tawaran perniagaan yang lumayan.

Leissner berkata, pada 2009, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng memberitahunya Najib akan datang ke New York untuk melawat anak-anaknya di Amerika Syarikat (AS) sempena cuti hari kesyukuran.

Ketika itu, Jho Low atau nama sebenarnya , berpendapat ia adalah peluang yang baik bagi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Lloyd Blankfein dan Najib bertemu berhubung promosi urus niaga bon.

Dia kemudian memberitahu, Ng memaklumkan Najib mahu anaknya bekerja di Goldman selepas pertemuan dengan Jho Low.

Dedah Leissner lagi, Ng, yang pergi ke New York kemudian, memaklumkan dia sudah bertemu dengan anak-anak Najib sendiri.

Sebelum ini, Ng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dalam pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah membabitkan 1MDB.

Leissner pada 2018 mengaku bersalah atas tuduhan sama dan bersetuju untuk bekerjasama membantu siasatan kerajaan, lapor Agensi lagi.

Suami Zeti: Seumur hidup saya tak pernah makan rasuah

Hidir Reduan Abdul Rashid

Suami kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz hari ini melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan berkaitan rasuah yang dibuat Tim Leissner terhadapnya.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini, Tawfiq Ayman menolak dakwaan dalam keterangan bekas pengerusi bank Goldman Sachs itu di hadapan Mahkamah Daerah Timur New York itu. 

Leissner ialah saksi utama dalam perbicaraan mahkamah berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat yang sedang dijalankan terhadap seorang lagi bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng.

“Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat terhadap saya oleh Tim Leissner yang telah dilaporkan media.

“Saya tidak mengenali Tim Leissner atau Roger Ng dan saya tidak pernah bertemu (dengan mereka), mahupun pernah berkomunikasi dengan salah seorang daripada mereka.

“Saya ingin menyatakan bahawa sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menerima sebarang rasuah daripada sesiapa.

“Memandangkan perbicaraan sedang berjalan di New York, saya telah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan lanjut kerana ia mungkin boleh menyebabkan subjudis.

"Kami akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil terhadap kenyataan yang dibuat terhadap saya," kata Tawfiq.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh peguamnya daripada Tetuan Jagjit Ariff & Co, yang juga disahkan oleh rakan kongsi firma guaman itu Wan Muhd Ariff Ameer.

Semalam, Leissner, dalam keterangannya menyebut “rasuah yang membabitkan bekas suami gabenor Bank Negara”.

Bagaimanapun, dia tidak boleh mengesahkan secara bebas sama ada suapan telah dibayar atau tidak.

Menurut transkrip mahkamah perbicaraan Roger Ng, Leissner menyebut perkara ini apabila ditanya oleh pendakwa raya mengenai urusannya dengan projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.

Jelasnya, dia telah mendengar melalui Ng - orang bawahan Leissner pada masa itu - bahawa 1MDB telah melabur AS$1 bilion ke dalam usaha sama itu.

Pada November tahun lalu, SPRM berkata Singapura memulangkan semula dana ke Malaysia sejumlah AS$15.4 juta yang berkaitan 1MDB melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq.

Menurut The Edge, pemindahan berjumlah AS$16.22 juta itu berlaku pada 2008 dan 2009 dan dimaklumkan kepada Bank Negara pada 2015 dan 2016 apabila Singapura mula menyiasat pemindahan berkaitan 1MDB.

SPRM tidak mengulas secara terbuka mengenai perkara itu tetapi beberapa laporan mencadangkan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat pembabitan Tawfiq, bersama bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop.

Mahathir dakwa Zahid pernah bertemunya di rumah, minta siasatan kes rasuah dihentikan

SURI LAILA

Ketika ini, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdepan serangan hebat apabila didakwa pernah bertemu dengan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sewaktu menjadi perdana menteri, bagi membinta bantuan berhubung kes mahkamah yang dihadapinya.

Terbaru, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula mendedahkan bahawa Zahid, pernah bertemu dengannya meminta supaya siasatan kes rasuah terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dihentikan.

Mahathir mendakwa, Zahid datang ke rumahnya dan pertemuan itu berlaku ketika timbul desas-desus bahawa beliau akan menjadi perdana menteri.

“Ahmad Zahid datang ke rumah saya bersama dua tiga orang lagi dan dia cuba nak berbaik-baik dengan saya.

“Pada masa itu, ada kemungkinan saya menjadi perdana menteri. Atas sebab itu dia ingin berbaik dengan saya,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Aspirasi Johor, di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau mengetahui mengenai masalah jenayah yang dilakukan Ahmad Zahid, selain menyedari kemungkinan pemimpin Umno berdepan hukuman penjara.

Katanya, selepas Ahmad Zahid bersama menyertai parti yang membentuk kerajaan, beliau ada mendengar cubaan Zahid menghapuskan tindakan mahkamah terhadapnya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak mendedahkan bila sebenarnya tarikh dan lokasi pertemuan berkenaan.

Pada semalam, Mahiaddin berkata beliau tidak akan membuat sumpah laknat berhubung dakwaannya terhadap Zahid.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, apa yang dikatakannya sebelum ini adalah benar dan beliau sendiri mempunyai bukti dan saksi.

Minggu lalu, Muhyiddin ketika berucap di Pentas PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh di Felda Tenggaroh 3, berkata Ahmad Zahid ada ke rumahnya dengan membawa satu beg berisi dokumen kes mahkamah.

Beliau dilaporkan berkata, dalam kejadian beberapa hari selepas beliau memegang jawatan perdana menteri, Ahmad Zahid ada meminta tolong daripadanya kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ramasamy disiasat mengapi-apikan kaum dalam isu anak Loh

Malaysiakini

Pihak polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy susulan kenyataannya di Facebook yang didakwa mendatangkan rasa tida puas hati pelbagai pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkait hantaran Facebook Ramasamy bertajuk “Penukaran agama secara unilateral di Perlis? Perasaan situasi yang berulang lagi” bertarikh 13 Februari lalu.

Menurutnya, kenyataan itu dikatakan bersifat provokatif dan mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana mengaitkan pihak berkuasa agama Perlis dengan istilah pengislaman unilateral, penculikan, manipulasi, paksaan dan ancaman dalam mengulas isu hak penjagaan anak-anak Loh Siew Hong.

"Sekatan 23 Februari sebnayak enam laoran polis diterima berhubung isu yang sama. Siasatan masih diteruskan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

"PDRM turut menasihati orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum. 

“Orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam dan mengugat keharmonian negara," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Abd Jalil siasatan terhadap Ramasamy itu dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan golongan atau kaum dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan mengaibkan yang boleh menyebabkan pecah keamanan.

Selain itu katanya, siasatan juga dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan internet.

Pemimpin PKR saman 8 individu lepas tak dicalonkan semula

Hariz Mohd

PRN JOHOR | Seorang pemimpin PKR yang bertanding di kerusi DUN Rengit pada pilihan raya umum (PRU) lalu mengambil tindakan undang-undang selepas tidak dicalonkan semula di kerusi berkenaan.

Malik Faishal Ahmad mengemukakan saman terhadap Khairuddin A Rahim yang sebelum ini keluar daripada Amanah dan menyertai PKR serta tujuh individu lain.

Dalam surat tuntutan yang dilihat Malaysiakini, Malik mendakwa tindakan itu telah menyebabkan dia hilang peluang untuk bertanding apabila mereka menghantar memorandum yang mengandungi tuduhan "fitnah" kepada kepimpinan PKR.

Individu-individu terbabit mendakwa mereka mendapat maklumat bahawa Malik meminta suapan puluhan ribu ringgit daripada kontraktor semasa menjadi menjadi ketua whip PKR di Majlis Perbandaran Batu Pahat ketika pentadbiran Pakatan Harapan.

Bagaimanapun Malik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

“Akibat daripada perkataan-perkataan fitnah tersebut, anak guam kami telah kehilangan peluang untuk dilantik sebagai calon pilihan raya negeri Johor bagi kawasan N25 DUN Rengit yang telah dijanjikan,” menurut surat tuntutan yang dihantar melalui peguam Malik, Manian K Marappan.

“Perkataan-perkataan fitnah yang memfitnah anak guam kami dibawa ke skandal awam, kebencian dan penghinaan oleh rakan-rakan, kenalan-kenalan dan masyarakat awam di sekitar Batu Pahat dan Rengit dan juga pimpinan Parti Keadilan,” tambahnya.

Berdasarkan dokumen yang dilihat Malaysiakini, lapan individu itu menghantar memorandum berkenaan kepada pemimpin tertinggi PKR dengan mendakwa pemimpin tertentu dari PKR, Amanah dan Bersatu menerima suapan puluhan ribu ringgit di atas kelulusan kerja-kerja yang ditawarkan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat kepada kontraktor.

Mereka memaklumkan kepimpinan PKR bahawa Pakatan Harapan Batu Pahat tidak boleh menerima individu yang didakwa menerima rasuah dan tidak berintegriti untuk memimpin mereka dan "apatah lagi untuk menjadi calon pilihan raya".

Malik, yang dilantik sebagai penyelaras PKR Rengit tahun lepas, menuntut Khairuddin dan tujuh yang lain menarik balik kenyataan mereka dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

Dia juga menuntut ganti rugi dan kos yang dialami berikutan kenyataan mereka dengan jumlah kuantum harus dipersetujui pihak terlibat.

Mereka juga diberi tempoh selama tujuh hari daripada tarikh notis itu untuk memberikan sebarang maklum balas.

'Sokongan siasatan tak semestinya bersalah'

Sementara itu, Khairuddin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima surat tuntutan daripada Malik dan telah merujuk perkara itu kepada peguamnya.

Menurut bekas Adun Amanah itu, dia hanya menyokong "rakan" yang melaporkan dakwaan rasuah kepada parti itu dengan harapan siasatan dijalankan.

"Saya kata saya menyokong siasatan tu. Apa-apa pun kalau orang bawa saya sokong untuk disiasat. Sesiapa pun tapi tak semestinya bersalah. 

"Ia bukan tuduhan. Pasal dia kata kita tuduh, kita tak tuduh dia.

"Ini internal problem (masalah dalaman), ia bukan dibawa keluar. Sebab dia kata dia tak dapat bertanding sebab benda (tuduhan) tu. Saya pun tak tahu, saya pun tak dapat komenlah kerana benda tu ke, wallahualam," katanya.

Khairuddin berkata dia percaya kes itu tidak akan menjejaskan kempennya di kerusi DUN Rengit.

Malaysiakini difahamkan nama Malik pada awalnya disenarai sebagai calon yang sepatutnya diumumkan pada 14 Feb.

Bagaimanapun, pengumuman untuk kerusi DUN Rengit dan enam kerusi lain ditangguhkan pada saat-saat akhir.

Semasa pengumuman calon pada 19 Feb, Presiden PKR Anwar Ibrahim sebaliknya mengumumkan Khairuddin sebagai calon di Rengit.

Khairuddin merupakan penyandang kerusi DUN Senggarang.

Mufti kena terjun, berenang dalam kolam politik

ZOLKHARNAIN ABIDIN

Fikir saya, Mufti Perlis perlu terjun ke dalam kolam politik. Suaranya sebagai mufti sebuah negeri terkecil dengan taraf jawatan Jusa C (?) tidak membawanya ke mana-mana. Laungnya tenggelam timbul dalam pelbagai keriuhan di sana-sini.

Hal ini penting supaya dia benar-benar berada pada posisi yang suaranya bukan sekadar didengar tetapi dilaksana.

Dalam posisinya sekarang, hanya kelihatan peminat setianya yang begitu ghairah menzahirkan sokongan untuknya dalam apa jua isu yang dia ketengahkan.

Pihak-pihak lain yang lebih berautoriti kelihatan biasa-biasa saja. Sokongan pengikut setianya tidak membawanya ke mana-mana kecuali mendapat isyarat suka yang banyak di media sosial.

Mungkin di Perlis suaranya didengar dalam banyak hal, tetapi kedudukan itu tidak menjadikan suaranya didengar pada tahap tertinggi di peringkat Persekutuan.

Dia perlu berada pada posisi yang lebih tinggi, sekurang-kurangnya menteri untuk membolehkan harapannya tercapai. Jika tidak, banyak lagi pihak yang akan menjadi mangsa kebencian pengikut setianya kerana suaranya tidak disokong atau tidak didengar.

Ada beberapa pilihan untuk beliau terjun ke dalam kolam politik:

1) Masuk Pas dan saya percaya Pas akan memberinya kerusi Parlimen boleh menang di Kelantan.

2) Masuk BN. Ini agak sukar kerana ramai pemimpin BN yang kurang selesa dengannya.

3) Masuk Bersatu. Ini lebih serasi dan mudah hasil hubungan akrabnya dengan Mahiaddin.

Kenapa saya tak sebut masuk Keadilan atau AMANAH? Saya fikir saya tidak perlu sebut sebab, pada tahap ini, hal itu mustahil boleh berlaku.

Tapi kalau dia mahu mencuba, tiada mana-mana pihak yang menghalang. Namun, jika semuanya tidak mungkin, dia boleh tubuh parti sendiri. Dalam tempoh singkat, pengikut setianya akan menyertai parti pimpinannya di seluruh negara. Percayailah saya.

Ini penting. Saya bukan main-main atau cuba mempersendanya. Ini lontaran fikir yang jujur. Dia perlu mencontohi dua sahabat karibnya yang berjaya di dalam kolam politik iaitu Maszlee Malik dan Juanda Jaya.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin terjun kolam politik Umno Bersatu AMANAH PKR

Mereka berjaya berada pada posisi yang menjadikan suara mereka didengar dan dilaksana meskipun dalam ruang yang terbatas, namun lebih baik daripada sekadar ruang yang dimiliki oleh seorang mufti.

Ya, ada ruang lain selain terjun dalam kolam politik seperti menjadi Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Hakim Negara atau Ketua Polis Negara.

Tapi saya yakin posisi itu memerlukan keajaiban tahap mega untuk boleh dicapainya. Satu-satunya pilihan yang relevan, boleh dicapai dan sesuai untuk orang sepertinya ialah terjun dan berenang di dalam kolam politik.

Saya harap dia melihat cadangan ini secara serius. Sebab, selagi mana suaranya tidak didengar dan diterima sepenuhnya, saya bukan risaukan dirinya, tetapi saya risaukan para pengikut setianya.

Ribuan pengikutnya atau dalam istilah yang lebih kasar pentaksubnya sudah melangkau batas-batas rasional dalam berbeza pandangan.

Saya terbaca satu kiriman, orang yang tidak menyetujui mufti dihukum “kafir” oleh “pengikutnya”. Ya, saya tahu itu bukan kehendak mufti dan saya tahu beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu, tetapi secara realitinya, hal itu berlaku.

Saya juga tahu mufti tidak mampu nak kawal seluruh pengikutnya kerana dia tidak ada bidang kuasa untuk itu, namun wajarkah hal itu dibiar berlarutan?

Ini fikir saya yang pernah saya lontar suatu masa lalu. Jika Mufti Perlis mahu melihat buah fikir dan usahanya beroleh hasil maksimum, hanya terjun kolam politik sebagai langkah paling relevan untuk masa ini.

Dia tidak boleh marah mana-mana pemimpin parti politik yang dilihat tidak menyokongnya atau tidak bersama-sama dengannya dalam beberapa isu kritikal negara. Hal itu biasa kerana, itulah orang politik.

Sekian, luahan jujur Zola.

Mahiaddin: ‘Saya tak akan bersumpah kerana saya tak berbohong’

SURI LAILA

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin menegaskan beliau tidak akan melakukan sumpah laknat susulan kenyataannya baru-baru ini yang menyentuh kes mahkamah melibatkan Presiden Umno.

Beliau berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhak untuk membuat sumpah laknat terhadap kenyataannya itu, tetapi beliau tidak akan buat perkara yang sama.

Katanya, apa yang didedahkannya sebelum ini adalah benar dan beliau sama sekali tidak berbohong apabila mendakwa bahawa Zahid pernah berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai kes mahkamahnya (kes mahkamah Zahid).

“Hak dia (Ahmad Zahid) nak sumpah atau tak sumpah. Bagi saya nak cakap kepada rakyat tak boleh berbohong. Kalau (Ahmad Zahid) nak sumpah, berapa kali nak sumpah, sumpahlah.

“Saya tak bersumpah kerana saya tak berbohong. Apa saya kata itu ‘haq’ (benar). Katakan yang haq itu walaupun ia pahit.

“Saya sebut apa saya katakan kerana itu adalah benar. Situasi sekarang pun kita kena nyatakan perkara betul dan saya harap rakyat faham apa yang saya katakan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis berkenaan di sini, pada Selasa.

Mahiaddin berkata, kenyataannya sebelum ini mengenai tindakan Zahid membawa fail kes mahkamahnya selepas beberapa hari beliau menjadi Perdana Menteri pada Mac 2020, bukan sesuatu yang direka dengan sengaja kerana politik.

Ahmad Zahid sebelum ini menafikan pernah berjumpa Mahiaddin ketika beliau masih perdana menteri dan

meminta Ahli Parlimen Pagoh itu membantu kes mahkamahnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menafikan membawa timbunan fail dan meminta untuk dilepaskan seperti yang didakwa Mahiaddin.

Tegas Ahmad Zahid, beliau sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Mahiaddin terhadapnya.

Jangan berpecah, akar umbi diingatkan untuk tidak serah kunci kemenangan kepada musuh

MUHAIMIN SULAM

Penubuhan Sekretariat Pakatan Harapan (PH) peringkat Parlimen di negeri Perak, menuju fasa ketiga dengan penubuhan tiga lagi sekretariat di Batu Gajah, Kampar dan Tambun. Ini menjadikan keseluruhan sekretariat Parlimen PH di Perak berjumlah 15 daripada 24 Parlimen.

Majlis turut dihadiri Ngeh Koo Ham, Dr. Abdul Aziz Bari, Wong Kah Woh, Dr Fakhruldin Mohd Hasyim dan beberapa pimpinan PH Perak lain. Dengan penubuhan Sekretariat PH Parlimen, akan mempermudahkan perhubungan dan penyusunan kerjasama di peringkat akar umbi.

Dalam jelajah tersebut, Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa juga berkesempatan melawat Surau Jama’yah dalam DUN Tronoh.

Jangan berpecah, akar umbi diingatkan untuk tidak serah kunci kemenangan kepada musuh. 

Dalam lawatan itu, Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar telah menyalurkan bantuan pembangunan sebanyak RM10,000 kepada surau Jama’yah, Kampong Tersusun Desa Changkat.

Menurut V. Sivakumar, sumbangan tersebut adalah sebahagian faedah daripada perjanjian persefahaman yang dimeterai antara pembangkang dengan kerajaan tidak lama dahulu. Melalui persefahaman tersebut, Ahli Parlimen pembangkang juga mendapat peruntukan yang sama dengan Ahli Parlimen kerajaan.

Jelajah PH Perak diakhiri dengan program ceramah secara hybrid yang bertajuk ‘Pembohongan Keterancaman Melayu Islam’ di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batu Gajah yang dihadiri beberapa pimpinan dan penyokong PH.

Ceramah tersebut dibarisi oleh Pengerusi PH Perak, Dr Mujahid Yusuf, V. Sivakumar dan Ketua Koordinasi dan Komunikasi PH Perak, Dr. Muhaimin Sulam.

Sewaktu PH memerintah, barisan parti pembangkang telah menggunakan senjata pembohongan dalam mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, Mujahid menyarankan agar masyarakat bijak menilai sesuatu maklumat yang diperolehi daripada media sosial. Di samping itu, pendokong PH perlu memanfaatkan teknologi komunikasi bagi memberi gambaran yang jelas dan saksama kepada semua pihak.

Sudah dua tahun mandat rakyat dalam PRU14 dikhianati oleh sebahagian pemimpin PH sendiri dengan komplot yang diketuai pemimpin Umno yang korup.

Sepanjang tempoh kehilangan mandat itu, dua kali perdana menteri dilantik dan berlaku rombakan Kabinet, tiga kali PRN dan ketidaktentuan ekonomi dan politik yang berterusan.

Akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan politik dan kerajaan serta negara tidak memiliki kewibawaan di peringkat antarabangsa.

Berbekalkan sikap dan tindakan yang optimistik dan yakin diri pada kemenangan pada masa hadapan, PH mengorak langkah dengan turun ke akar umbi sedikit demi sedikit.

PH Perak mengambil tanggungjawab bagi mencetuskan arus kebangkitan baru menjelang PRU15. PRN Johor akan dijadikan kesempatan untuk mengemaskan jentera pilihanraya di semua peringkat.

Gerakan membantu jentera di negeri Johor diteruskan di samping pada masa yang sama merancakkan gerak kerja di dalam negeri antara anggota parti komponen PH. Pengalaman kerjasama politik parti pembangkang di Perak sejak era reformasi pada 1998 hingga kini merupakan aset terbaik kepada PH Perak memainkan peranan penting.

PH hilang kuasa bukan kerana melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sebaliknya, adalah demi mempertahankan integriti, menjaga kebajikan rakyat dan membuka ruang demokrasi yang lebih terbuka dan telus. Namun, ia telah disalahguna untuk melakukan pengkhianatan yang menjijikkan.

Ternyata kini, pengkhianatan dan ketidakadilan berada dalam keadaan yang amat sukar. Tindakan khianat akhirnya dibalas dengan pengkhianatan sesama mereka.

PH mempunyai peranan penting untuk menghalang pengkhianatan menjadi budaya politik tanah air kita. Ketidaktentuan politik hanya merugikan semua pihak termasuk kepada pihak kerajaan. Oleh itu, langkah PH mengadakan perjanjian persefahaman dengan kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.

Melalui perjanjian itu, reformasi Parlimen dapat dilakukan dengan lebih baik. Antaranya membawa Rang Undang-undang Anti Lompat di Parlimen. Begitu juga beberapa tanggungjawab dan hak Ahli Parlimen dapat dilaksanakan bagi memastikan semua ahli Parlimen memperoleh peruntukan-peruntukan yang seimbang dengan Ahli Parlimen kerajaan.

Jawatankuasa Parlimen yang dibentuk di pelbagai bidang dianggotai secara saksama antara pihak pembangkang dan kerajaan bagi memastikan perjalanan demokrasi di negara memberi faedah kepada rakyat.

Menyedari cabaran besar yang menguji ketahanan penyokong parti, pimpinan PH Perak memperingati kepada pimpinan PH agar sesekali jangan menyerahkan kunci kemenangan kepada musuh. Perpecahan dalam parti pembangkang hanya melambatkan perjuangan membela rakyat dan memajukan negara. Pimpinan PH semua harus belajar sejarah pengalaman tanahair dalam tempoh dua dekad.

Pengkhianatan tetap ada pada sepanjang zaman perjuangan. Hanya melalui ketelusan dan kebijaksaan berpolitiklah, akan mengurangkan risiko pengkhianatan dalam perjuangan.

Adakah rakyat Johor akan menoktahkan undi mereka kepada BN-PN yang khianat?

DR SHAHNOR BASRI

Apakah yang akan bakal berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor? BN akan bertanding solo, Pas pula menyatakan keserasian mereka untuk bersama PN dan apa pula nasib yang bakal dicapai oleh PH.

Adakah rakyat masih terpengaruh dengan fitnah politik yang disemarakkan kembali oleh Umno-BN dan juga Pas tentang ‘konon kegagalan’ kerajaan PH? Ini semua hikayat yang akan kita lihat.

Adakah seperti yang telah berlaku dalam PRU14 di mana yang kalah memerintah dan yang menang bakal menjadi pembangkang? Semuanya di tangan kematangan pengundi. Sekiranya rakyat tidak sedar dan membuka mata terhadap kebobrokan BN selama hampir 60 tahun, maka semuanya akan kekal status-quo!

Rasuah, kronisma, nepotisma, salah guna kuasa, tiada integriti dan pentadbiran otak sempit akan berterusan untuk beberapa fasa kehidupan lagi. Masa hadapan bangsa Malaysia dan generasi masahadapan akan menjadi korban.

Adakah rakyat Johor akan menoktahkan undi mereka kepada BN-PN yang khianat?

Pilihan Raya Negeri Melaka telah berlaku dengan Barisan Nasional merangkul pingat kemenangan bergaya. Langkah yang yang diambil oleh DS Idris Haron tidak memberi apa-apa impak kepada Pakatan Harapan, malah kehilangan lebih banyak kerusi.

Perikatan Nasional (PN) juga tidak langsung memberikan kesan dalam PRN Melaka, malah kecundang teruk dan berada di luar kerajaan negeri! Negeri pula telah diterajui oleh muka-muka yang dikatakan mempunyai masalah besar dari sudut integriti dan keluhuran tadbir-urus yang baik.

BN berkuasa atas satu usaha untuk melihat sokongan rakyat terhadap mereka dan rakyat pula semacam tidak serik dengan keganasan urus tadbir dan kebobrokan pimpinan BN selama 60 tahun dipersada kekuasaan.

Di peringkat pusat seperti mana telah diketahui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Saberi telah memeterai perjanjian khusus bersama pimpinan PH dan antara kandungannya jaminan kerajaan untuk tidak membubarkan Parlimen atau mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum 31 Julai 2022.

Namun jika kita meneliti secara mikro sebenarnya PH telah ‘dipermainkan’ seperti mana juga PH telah dipermainkan ketika untuk menurunkan TS Mahiadin Yassin sebagai PM.

Memang benar di peringkat pusat tiada PRU akan tetapi pilihan raya negeri telah digerakkan bermula di Melaka dan terkini di Johor dan tidak mustahil jika ia menjalar ke negeri-negeri lain dan akhirnya akan memaksa sesegera mungkin PRU15 diadakan.

Dalam mencatur kekuasaan, Pas dilihat dengan jelas mengatur gerakan supaya membolehkan mereka boleh menumpang di persada kekuasaan. Pendekatan yang jelas diambil adalah dengan mencatur posisi kepada siapa yang boleh kekal berkuasa.

Bermula dengan Muafakat Nasional dan kini bersungguh-sungguh untuk mengikat diri dengan Perikatan Nasional (PN)

Tanpa mereka menyedari sebenarnya mereka sebenarnya dipinggirkan oleh kedua-dua pemuafakatan tersebut. Walaupun berusaha memposisi diri sebagai partai Islam terunggul, namun Pas telah terpalit dengan pakatan parti-parti yang terpalit dengan salah guna kuasa atau kluster mahkamah dan kelompok pengkhianat dari serpihan parti membentuk PH (Bersatu dan serpihan PKR).

Slogan Islam yang mereka bawa kini hanya tinggal slogan. Yang tinggal kini hanya kepala berkopiah dan pakaian jubah meleret, namun dari segi visi dan misinya bukan lagi bertunjangkan Islam yang murni, lengkap dan menyeluruh.

Di manakah pendirian terhadap nasionalisma kolot yang dibina oleh Umno. Di manakah pendirian mereka terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengkhianatan dan penderhakaan.

Isu menyayat hati Memali pada tahun 1985 yang mereka canangkan untuk disiasat semula melalui kertas putih hilang ghaib begitu sahaja bersama kenikmatan berkuasa.

Manakala slogan mereka budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang dicanang sejak tahun 2016 sekali lagi terbukti hanya retorik bukan realiti.

Mana tidaknya, budaya ‘membinatangkan’ seperti pertikaian mulut Presiden Pas dan Umno serta kemudian disambut oleh ketua pemuda Pas, jelas membuktikan bahawa amalan politik BPMS sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam percaturan politik masa-hadapan.

Perang mulut dan kaedah menyantuni rakan dan seteru politik Pas jelas nampaknya adalah politik mentah atau separa matang dan meranapkan elemen murni masyarakat Malaysia yang hendak dibina.

Jika inilah amalan terus-terusan politik Pas, maka Pas bukanlah masa-hadapan untuk menjadi peneraju utama terbaik Malaysia, malah akan meletakkan negara dikedudukan kesejahteraan yang tercorot.

Salah satu yang ditekankan dalam BPMS adalah politik damai dan diplomasi. Mana damai dan mana diplomasinya? Menghaiwankan pemberi saranan dan perbezaan pandangan bukan menggambarkan kematangan, kedamaian dan diplomasi.

Sekiranya Pas membawa politik damai dan diplomasi sudah pastilah kebencian mereka terhadap DAP tidak akan sampai ketahap musuh yang wajib diperangi tanpa meninggalkan rangka tubuh. Kalau ia kesejahteraan, adakah Pas sudah lupa pertolongan DAP ketika Angkatan Perpaduan Ummah? Seolah-olah DAP adalah ‘hantu pocong’ yang amat ditakuti, membawa badi mayat dan najis yang tidak boleh disucikan lagi.

Ke mana pemikiran masyarakat Malaysia dalam pilihan raya akan datang? Ke mana pemikiran Bangsa Johor dalam PRN kali ini? Adakah masih mahu menoktahkan undi mereka masih kepada BN atau menyokong PN yang terdiri dari pengkhianat dan penjual agama?

Kalau itulah pilihannya, maka ucapan kepada anda ‘ADIOS BANGSA JOHOR’, percayalah anak cucu anda akan menderita dengan kekotoran rasuah, salah guna kuasa, kezaliman, ketidak-adilan dan akhirnya anda akan dipimpin oleh para perakus dan pehaloba kekuasaan.

(*) Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam Jordan.

Penafian: Penulisan ini adalah merupakan pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan pendirian akademi.

-Malaysia Dateline 

Mahiaddin dicabar bersumpah selepas dakwa Zahid minta tolong bebas pertuduhan

SHAHBUDIN HUSIN

Sebagai menafikan dakwaan Mahiaddin Md Yasin bahawa beliau pernah meminta pertolongan bekas Perdana Menteri itu untuk membebaskannya daripada pertuduhan di mahkamah, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi akhirnya tampil menyatakan sedia bersumpah berkenaan perkara itu.

Sambil mempersoalkan dakwaan itu yang hanya dibuat ketika menjelang PRN Johor, Zahid Hamidi menafikan sama sekali beliau pernah meminta pertolongan Mahiaddin agar beliau dilepaskan daripada pertuduhan di mahkamah.

“Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.

“Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan.

“Bagi membuktikan kebenaran itu, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Muhyiddin ke atas saya,” katanya dalam satu hantaran melalui Facebook.

Serentak itu, Zahid Hamidi turut mencabar Mahiaddin untuk sama-sama bersumpah laknat untuk mempertahankan dakwaan yang dibuatnya sebelum ini.

Mahiaddin sebelum ini mendakwa Zahid Hamidi pernah datang bersama timbunan fail berjumpa dengannya untuk meminta dilepaskan daripada pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya tidak lama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Kata Presiden Bersatu dan Pengerusi PN itu, Zahid Hamidi datang menemui beliau di rumahnya di mana ketika itu Presiden Pas, Hadi Awang sedang mengadakan perbincangan politik dengannya.

Mahiaddin Yassin Hadi Awang Zahid Hamidi bersumpah

Mahiaddin dakwa Zahid datang ke rumahnya ketika Hadi sedang berjumpa dengannya.

Makna kata, berdasarkan dakwaan Mahiaddin itu, ada saksi iaitu Hadi Awang ketika Zahid Hamidi datang meminta pertolongan tersebut.

Begitu pun, Zahid Hamidi dengan jelas sekarang ini menafikan segala dakwaan Mahiaddin itu, sedia bersumpah dan mencabar bekas Perdana Menteri untuk sama-sama melalukan sumpah laknat.

Lalu, sediakah Mahiaddin menyahut cabaran Zahid Hamidi?

Jika Mahiaddin yakin dengan dakwaannya itu dan berasakan berada di pihak yang benar, tidak ada sebab untuk beliau takut untuk menyahut cabaran Zahid Hamidi ini.

Jangan pula lepas ini Mahiaddin memberi pelbagai alasan dan dalih untuk mengelak daripada melakukan sumpah laknat itu.

Pokoknya, Mahiaddin sendiri yang memulakan membuat tuduhan dan dakwaan terhadap Zahid Hamidi, maka tiada sebab untuk beliau tidak berani berhadapan dengan kebenaran.

Jika takut menyahut cabaran Zahid Hamidi, rakyat pasti akan menilai Mahiaddin hanya sekadar membuat dakwaan kosong semata-mata.

Membuat dakwaan kosong bermakna Mahiaddin akan hilang kredibiliti dan tidak dipercayai lagi.

Jadi, sahutlah cabaran Zahid Hamidi itu.

Khairuddin umum letak jawatan Setiausaha Majlis Syura Pas

MALAYSIA DATELINE

Pemimpin Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha dan ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Dalam kenyataan media hari ini, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengumumkan peletakan jawatannya itu dibuat mengikut peruntukan perlembagaan parti di bawah Fasal 8(7).

Menurutnya, beliau dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang diadakan secara hibrid pada jam 9 malam tadi sebagai ahli dan setiausaha.

“Pada mesyuarat berkenaan, saya mengumumkan peletakan jawatan atau pemberhentian sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(7).

“Saya juga meletakkan jawatan atau pemberhentian sebagai Ahli Majlis Syura Ulama berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(5),” katanya.

Sebelum ini, Khairuddin digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat hanya selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Minyak sawit, ugutan India dan pendirian Pas dalam kerajaan

HISHAM FAUZI

Menjadi kerajaan bukanlah senang. Banyak pertimbangan dari pelbagai sudut perlu dibuat sebelum apa-apa keputusan dibuat dan dilaksanakan.

Sebagai contoh isu berkaitan dengan harga sawit.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mempunyai dasar luar negara yang jelas dan lantang dalam memelihara kepentingan umat Islam di seluruh dunia.

Tun Dr Mahathir Mohamad selaku ketua kerajaan PH merupakan pemimpin Islam yang lantang mengkritik tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mana-mana negara yang dilihat menjejaskan masyarakat Islam termasuk India.

Pada 12 Disember 2019, India telah meluluskan pindaan terhadap Akta Kewarganegaraan 1955. Pindaaan ini memberikan kewarganegaraan yang mudah kepada kalangan yang beragama Hindu, Sikh, Buddha, Parsi dan Kristian dari negara-negara Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan. Kalangan yang menganut agama Islam walau bagaimanapun dikecualikan daripada pindaaan undang-undang ini.

Tindakan kerajaan India ini mengejutkan dunia kerana ia dilihat bertentangan dengan prinsip kemanusiaan.

Malaysia India Pakatan Harapan Pas  diskriminasi terhadap masyarakat Islam

Kira-kira 13 peratus penganut Islam daripada populasi India berjumlah 1.4 bilion dilihat dinafikan hak beragama di bawah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi dari Parti Bharatiya Janata (BJP).

Malah, prinsip pembentukan negara India sendiri yang berpegang kepada republik sekular di mana agama seseorang tidaklah menjadi syarat kewarganegaraan. Diskriminasi terhadap masyarakat Islam terus berlaku hinggakan untuk kekal berhijab di sekolah pun dihalang. Kalau mahu sekolah, tidak boleh pakai tudung.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir, sewaktu bercakap dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 menyatakan bahawa undang-undang tersebut bercanggah dengan prinsip India sebagai sekular kerana undang-undang itu jelas memisahkan kelayakan kewarganegaraan bagi orang Islam.

Ternyata teguran Tun Mahathir ini agak kurang disenangi oleh India hingga dilaporkan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India untuk memberi penjelasan.

Dan ini bukan kali pertama Tun Mahathir memberi kritikan terhadap India. Tun Mahathir sebelum ini juga lantang menyuarakan pandangannya terhadap tindakan kerajaan India di Kashmir.

Ini adalah lantaran tindakan pemerintah India yang telah meluluskan undang-undang menghapuskan autonomi wilayah majoriti Islam di Kashmir.

Pembatalan artikel 370 dalam Perlembagaan India yang memansuhkan hak istimewa Kashmir yang dinikmati Kashmir sebelum ini sangat mengejutkan dunia Islam khususnya.

“Memang kita khuatir kerana kita jual banyak minyak kelapa sawit kepada India. Tetapi kita harus bersikap jujur. Jika ada perkara yang tidak kena, kita harus menyuarakannya.

“Jika kita terus membiarkan perkara yang salah berterusan, dan ia mungkin melibatkan wang, saya rasa jika bukan kita yang melakukan kesalahan, ia akan dibuat oleh pihak yang lain.”

Itu penegasan Tun Mahathir pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020, Januari lalu.

Pas India sawit Pakatan Harapan 

Pas yang diterajui Hadi Awang sedar atau tidak, masalah diskriminasi agama dialami umat Islam di India?

Menyedari risiko bantahan Malaysia itu terhadap eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke India, Mahathir berkata, kerajaan akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi memastikan India terus membeli minyak kelapa sawit dari negara ini.

Walau bagaimanapun, Malaysia ketika era PH tetap tegas bersuara mengenai kepentingan umat Islam dan tidak pernah berganjak sedikit pun.

“Kita akan cuba cari jalan penyelesaian. Tetapi faktanya ialah, apa yang berlaku di India hari ini mengakibatkan rasa tidak gembira dalam kalangan rakyat mereka sendiri.

“Malah, seluruh dunia juga merasakan diskriminasi itu tidak patut,” ujar Dr Mahathir lagi.

Ternyata, antara kesannya ialah kejatuhan harga minyak sawit. Orang kampung bising, PH naik harga sawit jatuh.

Sebagai alternatif, Tun Mahathir pada Februari 2020 telah berbincang panjang dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tentang eksport minyak sawit Malaysia ke Pakistan dalam pertemuan dua hala Malaysia – Pakistan. Ternyata Pakistan bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit bertapis dari Malaysia.

“Kami mendapati bahawa India mengugut Malaysia kerana menyokong Kashmir. India mengugut untuk mengurangkan import minyak sawit.

“Pakistan akan berusaha sebaik mungkin untuk menanggung kerugian ini,” kata Imran Khan selepas perjumpaan bersama Tun Mahathir ketika itu.

Tahun 2019, Pakistan mengimport sebanyak 1.1 juta tan minyak sawit Malaysia.

Selepas pertukaran kerajaan, Presiden MCA, Wee Ka Siong segera menggesa kerajaan India mempertimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia selaras dengan pembentukan kerajaan baharu di Malaysia.

Dalam kenyataan pertamanya selepas Mahiaddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia kelapan, Wee berkata sebarang salah faham yang lalu dengan kerajaan India perlu diselesaikan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghantar mesej kepada kerajaan India. Keadaan telah berubah di negara kami.

“India perlu menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia,” ujar Wee ketika itu sebagaimana dilaporkan media.

Gesaan Wee ini mendapat sambutan baik dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika itu, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sejak hari pertama masuk pejabat, Khairuddin menyatakan bahawa beliau komited untuk membina hubungan Malaysia dengan India, khususnya bagi eksport minyak sawit.

Selepas kejatuhan kerajaan PH, kerajaan Malaysia kembali kepada India semula untuk pasaran minyak sawit ini. Dan harga sawit pada hari ini sudah menunjukkan peningkatan semula.

Soalnya, adakah sekarang Malaysia sudah menarik balik bantahan yang dibuat kerajaan PH sebelum ini terhadap tindakan kontroversi India terhadap kawasan majoriti Muslim Kashmir dan pindaaan undang-undang kerakyatan yang jelas mendiskriminasi umat Islam?

Apa pula sikap kita terhadap saudara Muslim kita di India yang hendak masuk sekolah pun sukar Lebih teruk lagi, para guru turut dilarang memakai menutup aurat.

Pas ada dalam kerajaan? Tak tahulah Pas sedar atau tidak isu ini.

*HISHAM FAUZI merupakan bekas Pegawai Khas Menteri Di JPM (Agama) Dr Mujahid Yusof.

Susahlah mahu percaya kalau macam itu’ – Pandangan Mukhriz terhadap Pas

MALAYSIA DATELINE

Krisis Umno-Pas dalam Muafakat Nasional (MN) sekarang bukan hal yang menjadi rahsia lagi.

Sikap Pas yang dilihat bergayut pada pihak yang berkuasa terbukti apabila masih dalam kerajaan PN-BN walaupun bersama Bersatu.

Bagi Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pendirian Pas dalam kesepakatan politik sudah sukar untuk dipercayai.

“Sekarang ini dia bersama Bersatu, tapi kalau keadaan berubah, silap-silap mereka boleh patah semula, atau tak tahulah ke mana mereka akan pergi.

“Kalau kita ingat, dulu sewaktu zaman PH, empat kali pimpinan Pas bertemu Tun Dr Mahathir, dan empat kali mereka bagi seumpama bai’ah, “kami 18 ahli Parlimen dari Pas ini, akan menyokong sepenuhnya kepimpinan Tun Dr Mahathir.”

“Tapi kemudian, mereka boleh sertai Langkah Sheraton. Jadi, susahlah mahu percaya kalau macam itu,” katanya dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Hanipa jawab Hadi: Amanah ditubuh dek kelemahan presiden PAS

Malaysiakini

Anggota Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin 'memulangkan paku buah keras' kepada Abdul Hadi Awang susulan dakwaan Presiden PAS itu mengenai penubuhan Amanah dan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Walaupun tidak menyebut nama Abdul Hadi secara khusus, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membidas Abdul Hadi atas kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

Kata Hanipa sebagai seorang tokoh yang dianggap ulama, Abdul Hadi sepatutnya tahu mengenai dosa berbohong.

"Bagaimana jika tuduhan YB (Abdul Hadi) itu adalah dusta dan YB sendiri pun tahu ia dusta?

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti Muda, tetapi saya tahu dan arif sangat tentang sejarah penubuhan Amanah, kerana sejak dari awal saya terlibat secara aktif dalam penubuhan parti ini.

"Dan saya berani kata tidak ada sebarang penglibatan DAP. Dakwaan YB itu terlalu mengarut," tanyanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu Abdul Hadi - semasa berucap di Johor - mendakwa Muda dan Amanah sebagai parti yang tertubuh dengan kehendak DAP.

"Amanah itu DAP yang cipta, nak tarik orang PAS. Sekarang, ada parti Muda, itu pun anak DAP juga," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Johor yang berlangsung di Kota Tinggi, kelmarin.

Diam apabila ada cacian

Dakwaan mengenai penglibatan DAP dalam penubuhan Amanah - yang ditubuhkan hasil krisis dalaman PAS pada 2015 - bukanlah pertama kali diucapkan Abdul Hadi.

Sebelum itu ahli parlimen Marang berkenaan pernah mendakwa DAP adalah "anak tahi" kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura.

Hanipa berkata, Abdul Hadi mungkin tidak suka dengan penjelasannya namun sekiranya anggota Parlimen Marang itu seorang yang jujur dia perlu bermuhasabah dan menerima hakikat.

"Suka tidak suka mungkin YB kena akui antara punca utama penubuhan Amanah adalah datang dari YB atau hasil kelemahan kepimpinan YB sendiri," tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Amanan Nasional itu turut mempersoalkan sama ada Abdul Hadi sudah lupa atau tidak kalimah "barua" yang dilafazkannya terhadap pemimpin dan ahli PAS yang tidak sehaluan dengannya semasa parti itu mengadakan muktamar di Kuala Selangor pada 2015.

"YB sudah juga lupa fenomena cai semasa proses pemilihan di muktamar di Kuala Selangor ?

"Atau YB juga sudah lupa tindakan YB sendiri yang tidak menghormati keputusan mesyuarat parti mengenai keputusan berhubung pencalonan menteri besar Selangor?

"YB yang tidak hormat keputusan parti, Presiden Amanah (Mohamad Sabu) yang dituduh ayam daging kerana secara amanah bawa keputusan parti dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat," kata Hanipa.

Dia juga meningatkan bagaimana ahli parlimen Marang itu berdiam diri apabila pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengannya dilabel dengan pelbagai cacian.

Rafizi: Jiwa saya bukan lagi dalam politik

Mohamad Fadli

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli agak keberatan untuk “terjun” semula ke gelanggang politik dengan berkata jiwanya bukan lagi dalam bidang itu.

Bagaimanapun, Rafizi memaklumkan terdapat desakan daripada akar umbi PKR yang mahu beliau masuk ke gelanggang politik sekali lagi selepas berehat panjang.

“Sebagai manusia biasa, saya tidak boleh lari daripada mendengar gesaan dan pendapat ini, terutama apabila datang daripada sahabat yang lama bersama saya dalam PKR.

“Saya sebenarnya agak keberatan sebab jiwa saya bukan dalam politik,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, penyokong Rafizi dilaporkan mahu beliau kembali aktif di arena politik, terutama ketika PKR bersiap menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau dilihat antara pemimpin berkemungkinan tampil bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menggantikan Mohamed Azmin Ali yang dipecat susulan “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

Dalam pada itu, Rafizi berkata buat masa ini beliau masih mempertimbangkannya dan akan membuat pengumuman kemudian sama ada mahu menyertai semula politik atau sebaliknya.

“Pada satu ketika saya perlu maklumkan sama ada saya memang tidak akan kembali langsung ke arena politik atau menyambut jemputan sahabat akar umbi dalam PKR untuk bertanding jawatan timbalan presiden,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan pelbagai pihak termasuk pekerja dan keluarganya sebelum memutuskan untuk menyertai semula politik atau sebaliknya.

Rafizi berkata, matlamatnya sebagai ahli politik sebelum ini sudah tercapai sebaik pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, hasil perubahan pada 2018, tidak ada parti yang boleh sombong mendabik dada dan angkuh dengan rakyat kerana mereka tahu akan “dihukum” melalui peti undi.

“Bagi saya, misi itu sudah dicapai pada 2018 dan saya ada peranan ke arah itu. Jadi, matlamat peribadi saya sebagai bekas orang politik telah tercapai,” katanya.

Pada Disember 2019, Rafizi mengumumkan bersara daripada politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Beliau sebelum itu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Nov 2019 daripada sabitan dan hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).