Hadi tak mahu PRU awal mungkin sebab takut PAS hilang kerusi - Zahid

Malaysiakini 

Barangkali Presiden PAS Abdul Hadi Awang menentang pelaksanaan PRU lebih awal kerana takut partinya akan hilang banyak kerusi, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam bahawa pihak yang bertegas mahu menyegerakan PRU adalah kumpulan yang kemaruk kepada kuasa.

"Mungkin kalau pilihan raya (diadakan) cepat, dia khuatir partinya akan hilang kurang daripada 18 kerusi Parlimen sedia ada," katanya seperti dipetik Berita Harian.

Dalam kenyataannya semalam, Abdul Hadi berkata pada masa ini ada isu lain yang lebih memerlukan perhatian termasuk ancaman Covid-19 yang belum bebas sepenuhnya di negara ini.

"Biasanya orang yang nak cepat (PRU) ni yang gila kuasa, yang nak tangguh ni tak gila... kita fikir panjang," kata Hadi.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed yang menggelar PAS sebagai parti kemaruk kuasa, kerana takut hilang jawatan dalam kerajaan selepas PRU15.

Nahas 4 maut di NKVE, Wira Aeroback dipandu lawan arus

FMT Reporters

Keadaan kereta Wira Aeroback selepas terbabit dalam kemalangam maut di susur keluar dari arah Subang Jaya menghala Kelana Jaya di Lebuhraya NKVE pagi tadi. (Gambar JBPM Selangor)

PETALING JAYA: Siasatan awal polis mendapati sebuah daripada dua kereta yang terbabit dalam nahas meragut empat nyawa di KM12.8 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi dipandu melawan arus.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta Wira Aeroback yang berumur 28 tahun memandu melawan arus dari arah Kuala Lumpur ke Klang.

“Tiba di lokasi kejadian, kereta dipandunya bertembung dengan kereta Wira jenis sedan yang dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang penumpang lelaki dan dua penumpang wanita.

“Kedua-dua pemandu kereta serta dua penumpang Wira jenis sedan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang penumpang Wira jenis sedan parah.

“Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat, manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kemalangan maut itu berlaku di susur keluar dari arah Subang Jaya menghala Kelana Jaya di Lebuhraya NKVE pada 4.11 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis dilaporkan berkata, kemalangan itu membabitkan kereta Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis sedan dinaiki empat individu.

Katanya, mangsa korban dikenali pasti sebagai P Puvaaneshwaran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31, dan Leong Man Yuen, 27, manakala mangsa parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28.

Iqbal berkata, siasatan polis mendapati semua mangsa yang menaiki kereta Wira itu adalah rakan dan dipercayai hendak ke Pulau Pinang.

“Menurut waris pemandu kereta Wira jenis sedan, mangsa hendak ke Pulau Pinang, tetapi waris tidak pasti mengapa mangsa berada di kawasan Shah Alam.

“Siasatan juga mendapati pemandu serta dua penumpang itu beralamat di Negeri Sembilan, manakala seorang lagi beralamat di Kuala Lumpur.”

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas itu di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.

Lelaki tendang ibu, ugut adik dipenjara 5 bulan

Bernama

KUALA LUMPUR: Gara-gara menendang ibu dan mengugut wanita itu serta adik perempuannya menggunakan gunting, bekas pemandu lori dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret.

Majistret S Mageswary menjatuhkan hukuman itu ke atas Alif Najmi Abdul Halim, 22, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

Alif dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi kesalahan mencederakan ibunya Suhaila Mohd Jidin, 47, dengan menendang bahagian belakang pinggang kiri wanita itu di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul di sini pada 8.30 pagi, semalam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat.

Bagi kesalahan kedua, Alif dihukum penjara lima bulan kerana mengugut ibu dan adiknya Nur Alia Wardina, 21, menggunakan sebilah gunting sehingga mendatangkan ketakutan kepada mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak bermula dari tarikh tangkap semalam.

Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun peguam Edwin Tomas daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mempunyai masalah mental serta menanggung keluarga selain insaf atas perbuatannya.

Sultan Selangor 'tazkirahkan' menteri PAS

Malaysiakini 

Sultan S’gor cadangkan Idris Ahmad hadir ke Festival Bon Odori

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mencadangkan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad supaya hadir ke program sambutan Bon Odori pada 16 Julai 2022 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic).

Titah baginda, ini supaya pemimpin PAS itu dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.

“Baginda juga tidak mahu menteri itu menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej dan reputasi Jakim,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office.

Idris pada 6 Jun lalu menimbulkan kontroversi susulan nasihatnya supaya umat Islam tidak menyertai Festival Bon Odori yang akan berlangsung pada 16 Julai ini kerana didapati mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.

Katanya, kajian yang dibuat Jakim mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan.

Sultan Sharafuddin berpandangan apa saja bentuk budaya yang diamalkan oleh setiap masyarakat di dunia ini, sememangnya ada hubungkait dengan agama.

“Namun seiring peredaran zaman, amalan-amalan budaya ini tidak lagi menonjolkan ciri-ciri keagamaan.

“Baginda tidak mahu pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik menggunakan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama sebegini untuk kepentingan peribadi dan meraih populariti semata-mata.

“Baginda menggesa mereka agar tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu perkara itu negatif tanpa membuat kaji selidik yang mendalam. Mereka juga perlu berlaku adil dalam membuat apa jua kenyataan umum yang melibatkan keharmonian bermasyarakat.”

Menurut Sultan Sharafuddin sambutan Bon Odori di Malaysia lebih kepada festival kebudayaan yang mempamerkan budaya tradisional rakyat Jepun khususnya tarian, persembahan gendang, perhiasan tanglung, pakaian dan makanan tradisi Jepun serta produk makanan tempatan.

“Ia juga dipromosikan sebagai hari untuk menyatukan kembali keluarga dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah festival itu telah menjadi popular apabila banyak syarikat dari Jepun melabur dan membuka cawangan kilang mereka di Selangor dan ia telah menjadi platform bagi memperkenalkan budaya hiburan Jepun.

Baginda turut memaklumkan bhawa dirinya sendiri pernah menghadiri sambutan perayaan ini pada 2016 dan menerusi pemerhatian baginda, sambutan Bon Odori tidak melibatkan upacara berbentuk keagamaan atau ritual (syirik) yang boleh memesongkan akidah mereka yang hadir menyaksikan.

Bagaimanapun, baginda telah menitahkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke festival tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar dan memastikan sambutannya tidak merosakkan akidah umat Islam.

Semalam Sultan Selangor itu menitahkan supaya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat program kebudayaan Jepun Bon Odori di Shah Alam.

Perkara itu dimaklumkan kepada Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad semasa majlis menghadap di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Bon odori syirik - Mufti

Berita harian 

Orang Islam menyertai pesta Bon Odori boleh membawa syirik.

Orang Islam menyertai pesta Bon Odori boleh membawa syirik.

GEORGETOWN: Penyertaan orang Islam dalam Festival Bon Odori boleh membawa kepada syirik.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata umat Islam tidak patut menyertai acara itu bagi memelihara kesucian pegangan agama,

"Acara ini mengingati roh atau semangat nenek-moyang yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik. Orang Islam mesti selalu menjaga kesucian kepercayaan mereka.

"Mengingati roh nenek-moyang dengan menari, menyembah semangat mereka dan sebagainya tidak digalakkan dalam Islam. Ini boleh membawa dosa syirik kepada Allah," katanya semalam.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta orang Islam tidak menghadiri pesta itu.

Idris berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati program itu mempunyai unsur agama lain dan orang Islam dinasihatkan tidak menyertai program terbabit. - BERNAMA

Tu dia!!! Sampai RM500 juta mas kahwin

Aku terima nikah... mas kahwin RM500 juta

Natrah Laili Abdul Aziz

am@hmetro.com.my

SAMEER Danial dan isterinya selepas disatukan. FOTO Ihsan Sameer Danial Nordin.

SAMEER Danial dan isterinya selepas disatukan. FOTO Ihsan Sameer Danial Nordin.

Kuala Lumpur: "Malam sebelum akad nikah, keluarga minta saya berlatih tetapi saya 'angkuh'... saya tidak buat. Keesokannya saya tersasul hingga tiga kali akad," kata Sameer Danial Nordin, 30.

Pengantin baharu itu berkongsi kisah dia gugup semasa berjabat tangan dengan kadi ketika akad nikah dengan pasangannya, Nurul Nadia Johari, 29, di Gurun, Kedah, Jumaat lalu.

Kisah jejaka berasal dari Shah Alam, Selangor itu tular di media sosial selepas adik perempuannya memuat naik video akad nikah itu di TikTok.

Dalam video itu, Sameer Danial tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta, sedangkan mas kahwin sebenar adalah RM500.

Sameer Danial mengaku video itu adalah akad keduanya selepas kali pertama tersasul menyebut nama sendiri, berbanding nama isteri.

"Video tular merupakan lafaz kedua yang saya ucapkan, itu pun saya sedar tersasul apabila ditegur oleh bapa saudara yang duduk di belakang.

"Memang kelakar apabila saya melihat balik video tersebut. Saya tidak sangka perasaan gugup menyelubungi diri hingga terpaksa lafaz akad sebanyak tiga kali.

"Saya kira (anggap) itu adalah kifarah, supaya jangan bersikap angkuh dan tidak mendengar nasihat yang meminta supaya berlatih," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sameer Danial berkata, dia sangat gementar ketika hari pernikahan itu kerana diadakan di pekarangan masjid dan disaksikan ramai ahli keluarga dan saudara mara.

"Ketika itu, tok kadi dan imam juga menyuruh saya untuk beristighfar kerana kemungkinan terdapat 'gangguan'.

"Saya bersyukur kerana pada akad kali ketiga, semuanya berjalan lancar dan saya sah menjadi suami kepada Nurul Nadia," katanya yang menyifatkan insiden itu sebagai kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.

Mengenai videonya tular di media sosial, Sameer Danial berkata, meskipun malu, dia tidak mengambil hati komen warganet terhadap kisah dirinya.

Katanya, dia juga tidak menyangka adiknya merakam video itu dan berkongsi di TikTok hingga mendapat perhatian orang ramai.

"Isteri saya pun tidak henti menonton video itu dan sempat 'membahan' kerana kesilapan yang saya lakukan," katanya.

Cuba cabaran 'Malaikat Maut' demi 'content', remaja maut dirempuh lori

Cuba cabaran 'Malaikat Maut' demi 'content', remaja maut dirempuh lori

JAKARTA: Terlalu banyak orang yang sanggup menggadaikan hal keselamatan hanya untuk meraih pengikut dan jumlah tontonan di media sosial.

Itu termasuk melakukan aksi berisiko dan berbahaya, serta kemudian bertaruh nasib untuk terlepas daripadanya lalu dianggap 'berjaya'.

Sebuah cabaran TikTok yang dinamakan 'Malaikat Maut', menjadi kegilaan remaja di Indonesia ketika ini.

Namun Jumaat lalu (3 Jun), percubaan tiga remaja untuk melaksanakan aksi berkenaan tidak berjaya malah berakhir dengan tragedi apabila salah seorangnya maut.

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut portal Coconuts Jakarta, tiga remaja lelaki terbabit sengaja meluru ke tengah jalan raya di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak laju.

Dalam kejadian yang berlaku di Tangerang, Banten itu, dua daripada mereka berjaya melompat keluar dari laluan lori itu tepat pada masanya.

Bagaimanapun, lori itu tidak berjaya mengelak seorang lagi remaja, menyebabkannya digilis kenderaan itu lalu meninggal dunia serta-merta.

Pemandu lori itu telah ditahan untuk disoal siasat.

Cabaran TikTok ‘Malaikat Maut’ bukanlah perkara baharu sebaliknya telah wujud sejak 2021.

Mereka yang mencuba cabaran itu perlu sengaja berdiri di laluan kenderaan yang bergerak untuk 'mengusik' kewaspadaan pemandu. Mereka kemudian perlu bergerak pantas untuk mengelak daripada dirempuh kenderaan.

Cabaran itu dianggap 'berjaya' jika kenderaan itu sempat berhenti dengan menekan brek mengejut.

Respons netizen Indonesia berkenaan perkara itu bercampur-baur antara kesal, simpati dan marah. Ada sesetengah yang melabelkan insiden itu suatu 'kebodohan' yang sengaja dilakukan tanpa berfikir panjang tentang kemungkinan buruk.

Sebelum ini, cabaran 'Malaikat Maut' itu sudah meragut nyawa beberapa pelaku remaja yang lain.

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut dan seorang lagi cedera melakukan aksi sama di Bekasi pada 13 Julai 2021; diikuti remaja 15 tahun yang maut di Cianjur pada 10 September 2021; dan remaja 14 tahun yang maut dilanggar lori di Sukabumi, pada 1 April 2022.

-astroawani

Lelaki ini mengaku nikah kambing biri-biri di TikTok

Utusanonline

ARIF (tiga kanan) membuat permohonan maaf berhubung kenyataan kontroversi di Desa Jogodalu, Benjeng.-AGENSI

JAWA TIMUR: Seorang lelaki di Kabupaten Gresik, Jawa Timur sanggup mengaku kononnya bernikah dengan kambing biri-biri betina, semata-mata demi kandungan media sosial.

Lapor Tribunnews, Saiful Arif, 44, mengaku kandungan seperti itu dibuat demi meraih banyak tanda suka dan pengguna media sosial melihat videonya.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan TikTok.

Saiful yang dikenali sebagai Satrio Paningit membuat pengakuan bernikah dengan binatang itu di Ki Ageng, Desa Jogodalu, Benjeng, Gresik.

“Kandungan itu tidak bermaksud menyinggung agama. Ia sekadar hiburan semata-mata.

“Saya secara peribadi memohon maaf kerana tidak bermaksud menghina agama dan mengganggu budaya,” katanya.

Lima pelajar sekolah menengah terbunuh

AFP

Mexico City: Lima pelajar sekolah menengah dan seorang dewasa terbunuh dalam satu serangan bersenjata di tengah Mexico, kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut polis, penembak melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar pada malam Isnin.

Ia menyebabkan tiga lelaki dan dua perempuan berusia antara 16 dan 18 tahun, serta seorang wanita berusia 65 tahun yang berada di kawasan sama, terbunuh.

"Malangnya kita boleh mengatakan beberapa jam yang lalu dalam komuniti Barron, enam orang kehilangan nyawa mereka dalam serangan bersenjata," kata Datuk Bandar Guanajuato, Cesar Prieto.

Tembakan itu berlaku hanya dua minggu selepas lapan wanita dan tiga lelaki terbunuh dalam serangan balas dendam membabitkan kumpulan di dua bar dan sebuah hotel di Celaya, bandar lain di Guanajuato.

Terletak di pusat perindustrian Mexico yang aman dan menempatkan kilang penapisan dan saluran paip utama, Guanajuato menjadi salah satu negeri paling ganas di Mexico akibat pertikaian antara kartel Santa Rosa de Lima dan Jalisco Generasi Baru.

Kumpulan itu berjuang untuk mengawal laluan pengedaran dadah dan bahan api yang dicuri.

Sejak Disember 2006, apabila kerajaan melancarkan operasi antidadah tentera yang kontroversi, Mexico merekodkan lebih 340,000 pembunuhan, menurut angka rasmi.

Pihak berkuasa menyalahkan kebanyakan pembunuhan atas jenayah terancang.

‘Tidak pernah dibuat mana-mana menteri, Zafrul sangat desperado’

FAZLI RADZI

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sangat ‘desperado’ apabila mahu menjadikan Kuala Selangor sebagai daerah angkat kementerian tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menyifatkan senator berkenaan termasuk pengumuman meluluskan Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam adalah tindakan terdesak.

“Menjadikan Kuala Selangor sebagai ‘daerah angkat’ Kementerian Kewangan, yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Menteri dalam sejarah lebih 60 tahun kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional (BN) ternyata beliau sangat ‘desperado’,” dipetik BH.

Kelmarin, Zafrul ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor mengumumkan kelulusan bagi pembinaaan stesen jajaran utara ECRL di Puncak Alam.

Dalam masa sama, dia menyatakan secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan Kuala Selangor dan mengumumkan hasratnya menjadikan daerah itu sebagai Daerah Angkat Kementerian Kewangan.

Sebelum ini, Zafrul dilihat kerap membuat program lawatan di Kuala Selangor sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan dia mungkin akan bertanding di kawasan itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, beliau bimbang dengan gelagat Zafrul yang dilihat terdesak dan seakan memberikan sogokan politik.

Menurutnya, tanggapan bahawa Zafrul amat cenderung dengan budaya ‘Cash is King’ juga adalah amat membimbangkan dan terdedah kepada ‘moral hazard’ dalam suasana negara bercita-cita membanteras amalan salah guna kuasa dan rasuah.

“Saya optimis rakyat dan pengundi Kuala Selangor tidak akan mudah ‘digula-gulakan’ dengan tindakan sogokan politik dan membeli sokongan politik seperti ini,” tambah Dr Dzulkefly lagi.

Zafrul bulan lalu bersama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan belia di Puncak Alam menonton bola final Liverpool dan Chelsea sempena Karnival Belia Kuala Selangor.

Warga emas kantoi berkhalwat

Hidayatidayu Razali

am@hmetro.com.my

Antara pasangan yang ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) JAHEAIK menerusi Operasi Cuti Sekolah di hotel bajet di bandar ini malam tadi. FOTO IHSAN JAHEAIK

Antara pasangan yang ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) JAHEAIK menerusi Operasi Cuti Sekolah di hotel bajet di bandar ini malam tadi. FOTO IHSAN JAHEAIK

Kota Bharu: Wanita berusia 56 tahun yang masih berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan duda berusia 65 tahun di sebuah hotel bajet di bandar ini, malam tadi.

Pasangan itu ditahan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada 11.30 malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan warga emas berkenaan datang dari Selangor dengan menaiki bas ke bandar ini sebelum ditahan ketika berdua-duaan dalam bilik di hotel terbabit.

"Lelaki warga emas itu memberi alasan mahu membeli emas di Kelantan, manakala pasangannya mendakwa mahu menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu.

"Kami menahan mereka untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan bon jamin sebelum diminta hadir ke Mahkamah Syariah mengikut tarikh yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut operasi sempena cuti sekolah yang diadakan antara 5 petang semalam sehingga 1 pagi tadi itu, Mohd Fadzuli berkata, pasangan kekasih berusia 20-an turut ditahan di sebuah hotel bajet di sini.

"Dua pasangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 50, Undang-undang Islam, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

"Kami turut memberi notis kepada tiga pasangan kekasih kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh, kira-kira 5 petang semalam,' katanya.

Katanya, pasangan yang diberi notis diminta hadir mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam tempoh dua minggu, jika gagal hadir mereka boleh didenda.

Exco lapor polis video gangguan seksual oleh bekas MB Terengganu tersebar

ROSALINDA MD. SAID

TANGKAP layar video yang memaparkan kemaluan Hanafiah Mat (kiri) dipegang Ahmad Said (kanan) yang tular dalam media sosial

KEMAMAN: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat membuat laporan polis susulan penyebaran video yang didakwanya gangguan seksual oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said terhadap dirinya.

Hanafiah berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Chukai di sini, kira-kira pukul 11.42 malam tadi.

Katanya, tindakan tersebut diambil susulan perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan video kemaluannya dipegang Ahmad selepas program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Nerus, Sabtu lalu.

“Saya menyedari mengenai video Ahmad memegang kemaluan saya itu selepas ia tular dalam Facebook dan aplikasi WhatsApp.

“Penyebaran video itu bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya kerana diambil tanpa pengetahuan saya,” katanya hari ini.

Video berdurasi empat saat itu tular dalam media sosial sejak malam tadi hingga mengundang pelbagai reaksi negatif warganet.

Dalam video itu, perakam turut dikesan beberapa kali menyebut ‘cekor’ atau ramas sebelum Ahmad bertindak memegang kemaluan Hanafiah. 

Hanafiah berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap penyebar video itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN

'Majlis bersama mufti Perlis diprovokasi'

Malaysiakini

Walaupun penganjuran forum menampilkan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Rozaimi Ramle, telah dibatalkan, program yang ditukar kepada majlis ramah mesra itu tetap diprovokasi oleh sekumpulan individu, malam tadi.

Majlis yang berlangsung di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu, itu pada awalnya berjalan lancar namun kemudiannya dikunjungi sekumpulan individu yang bertindak melakukan demonstrasi.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kumpulan tersebut antara lain melaungkan takbir dan kata-kata menolak Wahabi.

Rozaimi berkata, setelah majlis selesai terdapat sekumpulan anak muda datang membuat provokasi.

"Alhamdulillah majlis jamuan dan ramah mesra bersama saya dan Dato' Mufti (Asri) semalam berjalan lancar. Saya tidak menyangka begitu ramai yang hadir untuk bertemu kami berdua sehinggakan makanan yang disediakan oleh penganjur juga habis dinikmati oleh hadirin.

"Jelas terpancar keterujaan mereka apabila bertemu kami semalam. Ada yang bersalam dan menangkap gambar, ada juga yang memeluk saya sambil menangis.

"Namun, setelah majlis selesai terdapat sekumpulan anak muda datang membuat provokasi. Mereka menjerit-jerit. Ada dalam kalangan mereka yang merokok, menghisap vape dan ada juga memakai seluar pendek," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu Rozaimi dan Asri dijadualkan menjadi panel forum bertajuk 'Harta yang batil dan kesan kepada masyarakat' yang turut menampilkan tokoh PAS Kelantan, Johari Mat dan dianjurkan seorang ahli perniagaan, Wan Ariff Wan Hamzah.

Bagaimana difahamkan forum tersebut dibatalkan selepas arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan susulan Asri dan Rozaimi tidak mempunyai tauliah daripada jabatan berkenaan.

Sementara itu Rozaimi turut menyatakan rasa kesal susulan provokasi kumpulan tersebut yang disifatkan sebagai tidak menghormati tuan rumah (penganjur).

"Kepada yang membuat provokasi, kita boleh berbincang secara bertamadun selain dari menjerit-jerit. Jika tidak mahu hormatkan kami sekalipun, hormatlah Datuk Wan Arif yang merupakan orang Kelantan, tuan rumah dan orang tua.

"Di kesempatan ini saya ingin nasihatkan diri saya dan pencinta sunnah semua supaya kita hormati tetamu. Berbeza bagaimana pun kita, kita hormati orang selagi dia manusia tambahan pula jika dia tetamu yang dijemput. Insya-Allah jika mereka hadir ke Perlis, kita usaha sambut dengan santun dan beradab," katanya.

Remaja sahut cabaran ‘sergah’ lori mati kena rempuh

KOSMO!

Salah seorang daripada remaja ini gagal mengelak, lalu dirempuh oleh lori yang sedang bergerak laju. – Coconuts

JAKARTA – Trend baharu yang tular di media sosial Indonesia dikecam kerana mendorong sebilangan remaja melakukan aksi berbahaya dengan melompat di hadapan lori yang sedang bergerak  sehingga mengakibatkan kematian.

Menurut  portal berita Coconuts, beberapa rakaman video memaparkan remaja melakukan aksi berbahaya itu menjadi tular, malah ada antara mereka yang maut  dilanggar lori.

Satu kejadian yang berlaku minggu lalu menyaksikan seorang remaja berusia 18 tahun dari Tangerang, wilayah Banten mati selepas melompat di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak laju.

Berdasarkan klip video yang dirakam bagi tujuan kandungan tersebut, mangsa bersama dua rakannya dilihat berdiri di hadapan sebatang jalan sambil menanti sebuah lori menuju ke arah mereka.

Sejurus lori itu berada hampir dengan mereka, ketiga-tiga remaja itu cuba mengelak, namun malang bagi mangsa kerana dia gagal melakukan demikian.

Dia dilaporkan mati di tempat kejadian akibat dirempuh dan digilis lori tersebut.

Pemandu lori dilaporkan ditahan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, di Bandung, satu lagi kejadian serupa berlaku, di mana dua remaja lelaki dilihat melompat di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak laju di sebatang jalan di bandar tersebut.

Seorang daripada mereka berjaya mengelak daripada dilanggar namun rakannya berusia 14 tahun dilanggar lori tersebut.

Polis berkata, kemalangan itu menyebabkan tempurung kepala mangsa retak selain giginya turut patah. Dia masih dirawat di hospital, kata polis. – Agensi 

Beza asobiyyah yang Nabi ajar dengan versi Hadi Awang

AHMAD SAYUTI BASHIRON

Apa itu ‘asobiyyah wahai Rasulullah?

Maka jawab Rasulullah SAW, maksudnya;

أن يعين الرجل قومه على الظلم

Iaitu tatkala kamu (kitalah sebenarnya..!) menolong (sokong) suatu kezaliman (kesalahan/dosa) yang kamu atau kumpulan kamu lakukan, tapi pada masa sama bila kezaliman dilakukan oleh musuh atau bukan kumpulan kamu (bukan kerabat, puak, parti, kartel yang kamu bersamanya), maka kamu lawan, kamu kutuk dan cerca.

Itulah bezanya pengertian ‘asobiyyah yang Nabi ajar, berbanding dengan apa yang dibawakan Haji Hadi Awang bahawa ‘asobiyyah itu adalah menolak perjuangan bangsa oleh Umno.

Satu ketika dulu bersungguh dia lawan hingga keluar hukum-hakam pelbagai, walau akhirnya dialah peluk cium Najib Kleptokrat bangsat dan pertahankan maksiat Umno itu.

Walhal dalam Islam, perjuangan martabatkan bangsa sendiri bukanlah dosa, bahkan digalakkan, asal tidak zalimi bangsa, kumpulan lain.

Hari ini, tatkala seseorang itu sudah bangga dengan kerja khianat dan celaka yang dia, Pas, Bersatu, Umno dan Kartel lakukan, disusuli habuan diterima cukup lumayan, maka Allah tunjukkan pada kita satu persatu wajah sebenar Tok Guru politik ini melalui kaffarah terpacul dari mulut dia dan penganut dia.

Satu demi satu Allah zahirkan ciri-ciri sesat dan dusta itu di hadapan kita. Sekalipun diselitkan pakaian dan kata-kata mereka dengan kalam-kalam agama rakyat sudah boleh menilai, itu adalah pembohongan nyata Tok Guru dan puak pedagang agama itu.

Nabi Muhammad SAW seterusnya berikan amaran, bahawa sesungguhnya pelaku ‘asobiyyah itu tempat akhirnya adalah di dalam neraka-Nya.

Na’uzubillah….

Moga Allah selamatkan tanahair Malaysia ini, dan kita semua daripada ciri-ciri kemunafikan politik bersadurkan agama ini.

MP terima borang persaraan tanda PRU tidak lama lagi

MALAYSIA DATELINE

Para ahli parlimen mula terima borang persaraan menandakan Pilihan Raya Umum (PRU) bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau mula menerima borang persaraan itu semalam.

“Berdasarkan pengalaman lalu, ini tanda-tanda pilihan raya hampir tiba. Jadi bersedialah semua,” kata Naib Presiden AMANAH yang sudah menjadi ahli parlimen beberapa penggal itu.

Melalui borang itu, kata Mujahid, semua ahli parlimen perlu mengisi urusan berkaitan dengan persaraan mereka selepas tamat tempoh berkhidmat untuk penggal ini.

Antara yang perlu diisi adalah nama penama kepada ahli parlimen berkenaan jika mereka meninggal dunia.

Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Selepas dibubarkan, SPR perlu memanggil satu pilihan raya umum dalam masa 60 hari.

Baru-baru ini, Umno meluluskan usul agar pemilihan mereka ditangguhkan sehingga pilihan raya selesai.

Dalam masa yang sama PM ditekan agar mengadakan pilihan raya umum tahun ini juga oleh pemimpin dan perwakilan Umno.

PAS dulu-dulu

Muhaimin Sulam

Pola kepimpinan PAS Hilir Perak di peringkat awal lebih didominasi oleh golongan agamawan seperti para ustaz yang mengajar agama di kampung-kampung.

Antara tokoh calon dan pemimpin PAS Hilir Perak/Pasir Salak ialah Ustaz Rais Kadri, Ustaz Osman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Tuan Guru Abu Bakar Anjang Wahid, Tuan Guru Haji Ahmad, Ustaz Abdul Aziz Osman, Ustaz Kadir Kahar, Haji Mokhtar Ngah, Ustaz Kamaruddin Omar dan Ustaz Ibrahim Arifin.

Mereka adalah ulama-ulama yang mengajar di pelbagai masjid sekitar kawasan Pasir Salak.

Terdapat perkaitan rapat di antara madrasah atau pondok yang ada di sekitar Hilir Perak dengan PAS. Madrasah al-Ulum as-Syariah di Bagan Datuk dan Ehya as-Syarif Gunung Semanggol yang memainkan peranan penting dalam mencetuskan idea serta gerakan politik Islam terutamanya di Perak pada peringkat awal.

Lulusan madrasah tersebut kebanyakannya menyambung pelajaran ke Bukit Mertajam dan Kepala Batas, malah ada yang hingga ke Kedah dan Kelantan.

Wujud juga pertalian pimpinan Hilir Perak dengan pengaruh pondok Yasiniah di Sungai Batang, pondok Salihiah di Temoh, Madrasah Yahyawiah di Padang Rengas dan beberapa madrasah lain di Perak.

Begitu juga pengaruh pendidikan di universiti Indonesia seperti Universiti Islam Medan dan Universiti Gadhjamada di Jogjakarta. Terdapat lulusan universiti berkenaan menjadi pemimpin PAS di peringkat awal penubuhan PAS Hilir Perak.

Berkembang ke akar umbi

Pada waktu sebelum merdeka hingga 1970-an, universiti-universiti di Indonesia menjadi salah satu sumber melahirkan pemimpin dan agamawan di Tanah Melayu.

Hubungan Tanah Melayu (Malaya) dengan Indonesia tidak sekadar dalam aspek persamaan rumpun budaya tetapi juga persoalan agama dan politik.

Namun dorongan awal ibu bapa menghantar anak mereka ke tanah seberang itu adalah bagi mendapatkan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama.  

Idea politik seberang seperti polemik kaum tua-muda dan kemerdekaan, isu politik Islam turut mempengaruhi politik tanah air. Idea politik kiri dan kaum muda pada 1940-an hingga 1950-an banyak didominasi oleh mereka yang berada dalam lingkaran pengaruh madrasah-madrasah seperti itu.

Meskipun beberapa madrasah tersebut agak terbuka atau dikuasai oleh kaum tua, secara tidak langsung pola itu berkembang hingga ke akar umbi.

Kegagalan pendekatan kaum muda sejak tahun-tahun 1940-an hatta hingga kini bertitik tolak dengan pendekatan progresif yang gagal mengimbangi pendekatan konservatif/tradisionalis yang dibawa Umno.

Pendekatan tersebut lebih sesuai dengan sosiobudaya orang kampung yang pentingkan kestabilan dan status quo.

Akar umbi PAS yang berpegang dengan pendekatan kaum muda terpaksa melarutkan pendekatan mereka di khalayak umum. Pun begitu tidak semudah itu untuk diterima oleh masyarakat kampung yang menghidu pendekatan itu sebagai tidak sesuai dengan iklim politik tempatan.

Seterusnya pada 1980-an, PAS Hilir Perak (Salak telah) juga mengalami perubahan pendekatan dan fikrah yang lebih bersifat siasah hakimiah iaitu politik perundangan.

Idea politik perundangan itu dikembangkan tidak lagi melalui madrasah-madrasah tetapi sistem tarbiyah yang dibangunkan oleh PAS dalam organisasinya. Itu juga satu lagi pendekatan menongkah arus dalam masyarakat kampung.

Penyertaan ramai pemimpin masyarakat yang berkelulusan universiti tempatan dan Timur Tengah ke dalam PAS banyak membantu perubahan pendekatan politik di pelbagai peringkat.

Hal itu kerana merekalah antara penggerak utama idea-idea politik di kampung. Biarpun mereka tidak begitu menonjol dari segi kepimpinan, namun kehadiran dalam parti sangat penting untuk membina kerangka pemahaman Islam politik yang dibawa oleh PAS.

Idea seperti negara Islam, hudud, isu batas iman dan kufur serta seumpamanya ditanam di markas PAS melalui program seperti usrah, liqa, tamrin dan ceramah. Ia juga dijadikan sebagai agenda mesyuarat.

Keadaan bertambah keras

Ia sangat berpengaruh pada tempoh tersebut kerana program-program tarbiyah atau indoktrinisasi parti mewujudkan kumpulan yang sangat dominan untuk membentuk fikrah ahli.

Kumpulan tersebut - yang dikenali sebagai kepimpinan ulama - membina perspektif bahawa golongan agamawan perlu menerajui kepimpinan organisasi, dan seterusnya negara.

Pada awal 1980-an, golongan agamawan PAS membawa pendekatan radikal dalam memperjuangkan agenda politik. Pendekatan itu dapat dikesan bermula dengan program dalaman seperti liqa, usrah-usrah yang dibimbing oleh mereka yang mempunyai pemikiran keras.

Misalnya dalam kalangan tokoh yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau dihukum buang daerah.

Di Pantai Timur pula pendekatannya berbeza menyebabkan wujudnya pertentangan di antara kelompok pemikiran yang berbeza dalam masyarakat. Keadaan itu bertambah keras apabila kerajaan Umno-BN terus memberi tekanan kuat ke atas PAS.

Sementara itu kewujudan ulama-ulama kampung yang tidak terlibat dalam politik kepartian tetapi menyokong PAS telah mendapat tempat dalam dalam parti walaupun tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin.

Kelompok ulama terbabit akan menjadi mangsa kepada permainan politik ahli politik dalaman PAS sendiri, atau peranan mereka sekadar statik dan dijadikan simbol kepimpinan ulama saja.

Umumnya ulama dalam PAS Hilir Perak dikenali sebagai tokoh  agama yang hidup sederhana. Mereka tidak begitu dilihat sebagai ahli politik walaupun sesetengahnya tetap aktif.

Sesetengahnya pula tidak begitu aktif tetapi mempunyai pendirian yang sama dengan pandangan PAS terutama dalam dasar-dasar yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Pemilihan mereka sebagai calon dan pemimpin parti lebih dipengaruhi oleh faktor dikenali dan dihormati oleh masyarakat setempat, bukannya kerana kualiti yang dimiliki.

Kehidupan mereka yang sederhana dan berperanan memenuhi keperluan agama masyarakat setempat juga menjadikan kelompoj terbabit ke hadapan.

Ia termasuk mengetuai majlis tahlil, marhaban, kenduri kahwin dan terlibat dalam menyelesaikan masalah masyarakat setempat.

Kebanyakan pemimpin PAS juga mempunyai penampilan sederhana seperti sering berkain pelikat, berserban, berkopiah, berjubah atau berbaju Melayu. Penampilan tipikal itu adalah pengaruh persekitaran yang dilalui mereka di pondok atau madrasah.

Sesetengahnya malah tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak dan sekadar menumpang kenderaan orang lain.

Selepas 1990, PAS Pasir Salak mula mengorak langkah memilih calon pilihan raya dalam kalangan bukan agamawan. Pemilihan Kapten (B) Rosli Shamsudin dan Haji Ali Daud iaitu seorang bekas tentera yang menjadi kontraktor binaan menggambarkan PAS Pasir Salak mulai keluar dari lingkaran kebiasaan.

Ia ada kaitan rapat dengan keperluan PAS meluaskan pengaruh dan keluar dari kepompong sedia ada demi meraih kuasa politik.

story-image

(Catatan ini adalah petikan daripada sebahagian tulisan mengenai antropologi politik kampung yang menjadikan PAS Hilir Perak - kemudiannya dikenali PAS Pasir Salak - sebagai bahan kajian. Foto yang mengiringi menunjukkan perarakan calon Barisan Alternatif Pasir Salak semasa PRU 1999.)

Pakai rantai salib, peminat persoal anak Shah Rukh Khan Islam atau Kristian

AYHAN FERHAT

Muncul parti hari lahir berantai salib, netizen keliru apa agama Aryan Khan sebenarnya?

Tidak lepas dari kontroversi anak lelaki pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan kali ini dipersoal peminat kerana pakai rantai salib. Adakah anaknya Islam atau Kristian?

Minggu lalu, Aryan Khan telah menghadiri ulang tahun ke-50 pengarah ikonik, Karan Johar pada 25 Mei 2022. Dia datang bersama bapanya, Shah Rukh Khan dan beberapa artis India terkemuka.

Shah Rukh Khan menghadiri hari lahir pengarah ikonik ini. Bukan sahaja Shah Rukh Khan, sebilangan artis dalam filem Kabhie Khushi Kabhie Gham seperti Kareena Kapoor, Hrithik Roshan turut menyambut ulang tahun kelahiran Karan Johar yang ke-50.

Shah Rukh Khan dilihat menghadiri hari lahir Karan Johar bersama anaknya, Aryan Khan. Namun, kemunculan Aryan Khan terus mendapat perhatian orang ramai. Sebab, dia pakai rantai salib yang agak besar dan tergantung di dada.

Pakai rantai salib, peminat persoal anak Shah Rukh Khan Islam atau Kristian

Aryan Khan hadir ulang tahun ke-50 pengarah ikonik, Karan Johar

Bagaimanapun, netizen pantas mengecam penampilan Aryan Khan yang memakai rantai leher salib kerana sebelum ini Gauri Khan berkata Aryan Khan akan mengikut fahaman Shah Rukh Khan iaitu Islam. Anak sulung Shah Rukh Khan itu segera dikecam kerana agamanya yang masih tidak diketahui.

Peminat mula bertanya “Bukankah anda akan menjadi seorang Muslim?

“Aryan Khan akan ikut agama Shah Rukh Khan kan?” kata netizen.

Sehingga kini tidak ada reaksi balas dari Aryan tentang pemakaian kalung salib tersebut. Walaubagaimanapun ramai peminatnya keliru jika Aryan memeluk agama Kristian ataupun Islam.

Karan Johar atau yang biasa dipanggil K-Jo menyambut hari lahirnya yang ke-50 pada 25 Mei 2022. Berusia 50 tahun, pengarah dan hos ikonik ini menjemput berpuluh-puluh artis India terkemuka.

Sekadar info, Aryan sebelum ini ditahan di Penjara Arthur Road pada Ogos tahun lalu berkaitan kes dadah. Namun selepas 2 bulan kemudian, Mahkamah India membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan yang ditahan agensi narkotik atas tuduhan berkaitan dengan rampasan dadah.

Aryan ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi orang oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai, pada awal bulan ini.

Gawat, keliru kita dah tak tahu mana yang salah mana yang betul

Abdullahjones

"Kelam-kabut sembahyang jenazah tadi," kata seorang lelaki kepada ibunya di sebuah tanah perkuburan.

Untuk pertama kalinya kami hadir di sebuah pengebumian yang imamnya memberi khutbah ringkas setelah selesai jenazah disempurnakan.

Sebelum itu imam tersebut ada menyebut tentang soalan kubur dan jawapannya. Ia seakan-akan talkin yang biasa kami dengar, namun tidak ada sebarang tahlil.

Dan iman serta kami semua yang hadir berdiri sepanjang pengebumian itu. Mungkin itulah yang dikatakan orang sebagai "talkin kaum muda."

Setelah itu doa pun dibaca. Keluarga yang sedang berduka itu pun menyiramkan air di atas kubur tersebut. Keluarga yang sedang berkabung itu juga menabur bunga.

Ia suatu kebiasaan masa kini yang agak asing sedikit masa dulu.

Lelaki yang kami ceritakan tadi selanjutnya menceritakan bahawa beliau langsung lupa apa yang harus dibaca ketika sembahyang jenazah. Betapa beliau tidak ingat langsung apa yang harus dilakukan.

Beliau menceritakan betapa paniknya ketika itu. Malah ketika menceritakan peristiwa tersebut pun beliau masih kelihatan panik.

Ikut trend media sosial

"Nanti mak meninggal macam mana?" tanya ibu lelaki tersebut kepada anaknya itu. Perempuan berkenaan kelihatan agak berusia sementara anaknya pula agak kami sekitar lewat 40-an atau awal 50-an.

"Madi ada, dia anak sulung. Dialah kena buat," kata lelaki tadi kepada ibunya. Kami agak Madi ialah abang kepada lelaki tersebut. Ibu tua itu kelihatan agak kecewa.

Kami sengaja bergerak lebih dekat untuk mendengar perbualan mereka. Kami memang jenis kepohci begitu.

Dalam sibuk kita berbalah mengenai syarie atau tidaknya perbuatan memanjat gunung mencari wali keramat, kita meninggalkan orang banyak yang semakin hari semakin hanyut.

Sibuklah mereka berbuat perkara yang tidak berfaedah hanya kerana tidak mahu dilihat ditinggal masa kini.

Semua orang merasa akan peri perlunya mengikut trend media sosial. Yang muda menari-nari tidak keruan sementara yang tua berasa perlu mengikut rentak orang muda agar tidak dikatakan sedang luput dimakan usia.

Kebenaran beragama bukan lagi menjadi agenda utama. Yang penting adalah hidup dengan penuh hiburan. Kita jadi rela berfoya-foya hanya untuk memuaskan hati sendiri.

Tidak ada sebarang manfaat yang kita perolehi apabila ikut serta dan langsung tidak ada kerugian sekiranya kita tinggalnya. Namun kerana hati sedang sakit, kita ikutkan juga walau nanti kita ini terpelecok ke lubang biawak.

Agama dilepaskan

Lebih busuk lagi apabila kita kini tidak ada lagi pemimpin yang serius dalam hal membentuk masyarakat yang baik dan benar.

Semuanya adalah politik. Apa saja usaha yang dicanangkan - kononnya untuk kebaikan umat - hanyalah omongan yang terjurus kepada membeli jiwa sebelum ia terus dilupakan sejurus selesai pilihan raya.

(Oh! Sebelum terlupa, izinkan kami jadi orang pertama yang mengucapkan selamat mengundi kepada semua. Katanya PRU akan diadakan tahun ini. Dan tidak adalah bezanya siapa pun yang berkuasa nanti. Kerana kita semua sentiasa akan beginilah: bodoh dan diperbodoh.)

Partai yang dulunya garang membela agama kini tidak lain hanyalah satu daripada beberapa partai politik yang berjuang demi mengharapkan kuasa semata-mata.

Keyakinan yang kuasa politik akan membela agama sudah dipatahkan. Lihatlah betapa setelah mereka menggigit kuasa dengan geraham masing-masing, agama di tangan pun dilepaskan.

"Belajarlah," kata ibu tua tadi kepada anaknya, "bukan susah pun. Sembahyang mayat ada empat takbir. Takbir pertama baca Fatihah, lepas takbir kedua baca selawat. Kemudian lepas takbir ketiga baca doa untuk mayat. Kalau tak hafal, doalah dalam hati. Tak pun diam saja. Lepas takbir keempat, bagi salam. Dah siap."

Lelaki itu - yang tadinya berkeras mahu menyerahkan tugas menyembahyangkan ibu kepada abang sulungnya itu - sedikit diam.

Pengebumian yang kami hadiri bukanlah untuk menyimpan orang yang terkenal, sebaliknya cuma seorang kawan yang meninggal agak muda.

Namun kamu akan dimaafkan jika menyangka ia adalah tentang meninggalnya seorang selebriti.

Kami tidak mengatakan bahawa yang hadir itu terlalu ramai tetapi mereka adalah seperti orang yang tidak beradab. Di tengah kesedihan itu, bukan sedikit mereka yang sibuk mengambil foto dan merakam video. Seolah-olahnya suatu pesta.

Dengan gelojoh mereka menyelit di celah-celah kami yang hadir dan menghalakan telefon masing-masing ke arah mayat. Sepertinya tersangat penting bagi mereka untuk berkongsi foto dan video jenazah berkenaan.

Agak kami foto dan video itu kemudian akan dikongsi di media sosial. Dan kami jadi terfikir: untuk siapakah perkongsian itu? Berkongsi kesedihan atau jadi modal menarik perhatian ramai kepada kaki kongsi tersebut?

Hari ini orang banyak jadi keliru. Apakah yang betul dan mana pula yang salah. Daripada berkongsi gambar mayat sehingga urusan harta kewangan, ramai yang jadi keliru.

Terdapat kawan-kawan yang sedikit berada memberi pinjaman wang untuk kawan yang lain sebagai modal berniaga atau melaksanakan satu-satu projek, misalnya.

Dimisalkan rakan tersebut meminjam RM100,000 untuk jangka masa tiga bulan. Setelah matang peminjam akan bersetuju untuk membayar balik sebanyak RM130,000 ringgit. Dan kedua-duanya tidak nampak perbuatan tersebut adalah riba.

Kepada mereka, itu adalah amalan benar dan keyakinan mereka kepada hal tersebut membuatkan kamu merasa sebal.

Judi juga sudah menjadi biasa.

Lihat bagaimana mereka menggolek botol untuk mengharapkan laba tertentu yang disusun di laluan tertentu sambil menganggap ia adalah hiburan keluarga.

Seorang kenalan yang lain pula sangat yakin bahawa segala wang yang dimenanginya menjadi halal setelah dimasukkan ke Bank Islam.

"Duit tu aku masuk Bank Islam. Kemudian aku keluar pakai ATM, halal dah tu," kata beliau kepada kami.

Sementara itu orang alim kita pula sibuk menuding jari mencari salah sesama sendiri. Masyarakat jadi huru-hara.

Keliru itu dapat digambarkan seperti yang kami sebutkan tadi. Tiada talkin untuk jenazah kenalan kami itu namun cebisan bunga ditabur di atas pusaranya.

"Al-Quran pun dah dekat 15 tahun tak baca, entah boleh baca lagi ke tidak," kata lelaki tadi kepada ibunya setelah lama mereka membuat hal sendiri. Kali ini ibunya pula yang terdiam. Mengenang nasib memperoleh anak yang sebegitu gamaknya.

Itulah kita. Mukjizat ada di tangan kita abaikan, tapi kira rela berpeluh ketiak memanjat gunung dan lurah mencari wali keramat.

ABDULLAHJONES ialah penulis, pelukis dan pengembara yang teringin mendaki Gunung Jerai.

Anda mengundang penyamun pecahmasuk jika anda melakukan ini

Jangan buat perkara ini jika tidak mahu rumah anda dipecah masuk

AYHAN FERHAT

Ketika menyiasat penyamun polis bertanya bagaimana boleh tahu tiada siapa di dalam rumah yang kamu pecah masuk? Penyamun jawab mereka pantau media sosial penghuni rumah terbabit. Justeru polis mengingatkan penghuni yang hendak meninggalkan rumah agar jangan buat status di facebook jika tidak mahu rumah dipecah masuk.

Anda yang mahu keluar bercuti atau balik kampung tidak disarankan untuk mewar-warkan di media sosial kerana ada yang memantau kemas kini status daripada semua ahli keluarga anda di Facebook.

Dengan hanya melihat 15 foto yang tersedia di facebook maka perompak boleh tahu bahawa mereka sedang menikmati percutian jauh dari rumah selama 1 minggu.

“Itulah sebabnya saya percaya bahawa rumah itu kosong,” kata perompak kepada polis. Jadi sila ambil serius cerita pendek ini.

Berhati-hati dengan apa yang anda letakkan di Facebook anda.

Berhentilah berkongsi maklumat peribadi di media sosial dan jangan lakukan perkara ini.

1.Jangan iklankan kegembiraan anda di media sosial.

2.Jangan iklankan jadual penerbangan dari lapangan terbang (A) ke lapangan terbang (B).

3.Jangan iklankan percutian anda di media sosial.

4.Jangan iklankan pencapaian anak-anak anda di media sosial

5.Jangan iklankan kehamilan anda di media sosial.

6.Jangan iklankan pembelian mahal anda di media sosial. (Kereta, rumah dll).

Jangan buat perkara ini jika tidak mahu rumah anda dipecah masuk

Jangan ‘up date’ status anda sedang bercuti

Kadang-kadang semua komen baik yang anda dapat hanyalah palsu.

Anda hanya menarik mata jahat kepada anda dan keluarga anda.

Anda tidak tahu siapa yang menyimpan gambar anda atau memeriksa status anda.

Media sosial kadang-kadang merugikan seperti kisah penyamun yang polis soal siasat ini.

Semoga maklumat ini dapat memberi manfaat kepada kita.

Wanita mengandung mati ditembak

Mengucap panjang melihat cucu kaku dalam kereta

Syaherah Mustafa

am@hmetro.com.my

Pasir Mas: "Dia hanya beritahu nak keluar mengurut kerana lenguh badan akibat mengandung dan meminta saya menjaga tiga anaknya. Tak sangka dia tidak pulang dan hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui," luah Zawiah Sulong, 68.

Zawiah adalah nenek kepada seorang wanita mengandung yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.

Katanya, cucunya keluar rumah kira-kira 8 malam Jumaat lalu, namun kemudian tidak pulang sehingga keesokan harinya.

Menurutnya, dia sendiri cuba mencari dengan pergi ke rumah rakan-rakan rapat cucunya selain menelefon beberapa kali tetapi tidak dijawab.

"Saya cuba menghubungi ibunya yang tinggal di Kampung Bechah Kelubi, Bukit Panau, di sini, namun diberitahu anaknya tidak pulang ke sana. Khabar itu meresahkan saya sehinggalah ada saudara memberitahu kereta miliknya tersadai di tepi jalan.

"Saya segera ke lokasi kejadian dan terkejut melihat orang ramai dan polis, selepas itu barulah saya tahu kejadian sebenar.

"Mengucap panjang saya melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

"Tiga anak arwah ada dengan saya berusia tiga sehingga 10 tahun dan mereka masih dalam keadaan terkejut, malah yang paling kecil asyik menangis 'mencari' ibunya kerana mereka sangat akrab," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zawiah berkata, mangsa adalah cucu yang dipelihara seawal usia 10 hari dan sangat rapat dengannya, selain tinggal serumah selepas mangsa bercerai dengan suaminya, Februari lalu.

"Dia cucu yang sangat baik dan peramah, tidak suka keluar malam kecuali jika ada urusan penting sahaja, jadi saya agak terkejut kejadian sebegini terjadi padanya. Dia juga tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya.

"Saya reda dengan apa yang terjadi dan perlu kuat demi terus menjaga anak-anak mangsa yang masih lagi trauma dengan kejadian ini. Insya Allah, selagi nyawa dikandung badan saya akan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagai mana saya membesarkan ibu mereka.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi sebagai memenuhi permintaan ibu kandungnya sebaik proses bedah siasat selesai," katanya.

Katanya, dia berharap agar pembunuh cucunya dapat segera ditangkap dan diberi hukuman setimpal selain menjadikan pengajaran buat orang lain supaya berfikir dahulu sebelum bertindak agar tiada nyawa yang menjadi korban.

Potong mayat ibu dipercayai tak puas hati pembahagian pusaka

Bernama

Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh dan memotong badan ibunya di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai penemuan potongan-potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah berkenaan kira-kira 3.30 petang semalam.

"Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian dengan dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah hadir ke tempat kejadian dan menemukan 15 keratan bahagian tubuh badan yang telah dipotong," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mior berkata mangsa merupakan seorang wanita berusia 68 tahun dan hanya tinggal berdua bersama suspek di rumah itu sejak 12 tahun lepas selepas suami mangsa meninggal dunia.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.

"Selain penahanan lelaki itu, polis turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang-barang yang digunakannya bagi melakukan pembunuhan tersebut," katanya dengan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

-Bernama