Ha ha ha!! Seluar dalam siapa tertinggal?

Agensi
SELUAR dalam yang ditinggalkan pada jeans di kedai pakaian di Vietnam. FOTO Sanook.
SELUAR dalam yang ditinggalkan pada jeans di kedai pakaian di Vietnam. FOTO Sanook.
Hanoi: Tidak pernah dibuat orang, namun kelakuan aneh seorang pelanggan gedung pakaian di Vietnam meninggalkan seluar dalamnya selepas mencuba sepasang jeans, mengundang perhatian ramai.

Insiden itu tular di media sosial selepas kakitangan kedai berkenaan menyiarkan gambar seluar jeans terbabit bersama seluar dalam untuk mengesan pemiliknya.

Mereka mencari pelanggan wanita dipercayai tidak sengaja meninggalkan seluar dalam selepas mencuba jeans di kedai itu.

Seluar berkenaan ditinggalkan dalam longgokan pakaian yang dicuba pelanggan, malah disifatkan penemuan tidak terjangkau dek akal.

"Kamu pasti tergesa-gesa. Jangan terkejut dan jangan fikir kami sengaja mencuri seluar dalam kamu.

"Kami belum menjual satu barang pun tapi sudah memperoleh untung," kata kakitangan kedai itu dalam keterangan gambar yang dimuat naik di media sosial.

Selepas imej itu disiarkan, pengguna Internet tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh terlupa seluar dalamnya atau memang sengaja meninggalkannya di kedai itu.

Perkara itu juga menjadi bahan jenaka di media sosial.

"Tergesa-gesa sangat ke anda sampai terlupa atau mungkin lebih baik untuk tidak memakainya kerana panas?" sindir seorang netizen.

Seorang lagi netizen mempersoalkan sama ada wanita itu tidak rasa 'berangin' tanpa memakai seluar dalam.

"Adakah anda perlu membuangnya selepas mencuba seluar? Tetapi siapa yang akan menjualnya? Dan yang lebih penting, siapa yang berani membelinya?" kata seorang netizen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan