Guru tuisyen tergamak ‘ratah’ pelajar selama 9 tahun, cabul hampir setiap hari dari usia 6 tahun

KIM SYAZIE

Seorang pelajar berusia 16 tahun mendedahkan perbuatan jijik guru tuisyennya yang selama 9 tahun dipercayai telah mencabulnya.

Lebih teruk, guru yang berusia 55 tahun itu dikatakan telah mencabul dan merogolnya hampir setiap hari dari usia 6 tahun.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Anil Pardeshi mengusahakan kelas tuisyen bersama isterinya di Mumbai, India.

Kepercayaan bapa mangsa terhadap suspek telah membuatkan dia bertindak mencabul mangsa dalam tempoh yang begitu lama sehingga menyebabkan gadis tersebut enggan memaklumkan perkara sebenar kepada ahli keluarganya.

Risau perbuatannya terbongkar, suspek memaksa mangsa berhenti sekolah dengan menyakinkan bapanya bahawa sekolah adalah pengaruh yang tidak baik.

Setelah lama tidak hadir ke sekolah, rakan-rakan gadis tersebut datang ke rumah untuk menjenguknya. Mereka kemudian menyaksikan suspek menjerit dan memaki hamun mangsa.

Gadis itu bertindak membongkarkan kepada mereka tentang penderaan dan penyeksaan seksual suspek selama bertahun-tahun. Dalam masa yang sama, rakan-rakannya memujuk mangsa untuk memberitahu bapanya dan membuat laporan polis.

Guru berusia 55 tahun itu kemudian ditangkap dan dihantar ke tahanan kehakiman selepas ditahan di balai polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan