Terjun sungai lepas selesai bersenam, pemain bola terkenal maut dibaham buaya

MAISARAH AISYA

Seorang pemain bola sepak profesional terkenal Costa Rica maut dibaham buaya selepas terjun ke dalam sungai usai habis bersenam.

Jesus Alberto Lopez Ortiz atau lebih dikenali sebagai Chucho dilaporkan maut akibat dibaham buaya baru-baru ini.

Polis memaklumkan bahawa Chucho telah diserang oleh seekor buaya di Sungai Canas yang terletak di wilayah Santa Cruz, Sepanyol.

Chucho juga dipercayai terjun ke sungai selepas selesai bersenam lapor Majoriti yang memetik berita Agensi.

Bagaimanapun, menurut saksi kejadian, punca sebenar kematian masih belum diketahui sama ada kerana lemas atau disebabkan oleh serangan reptilia tersebut.

Video tersebut juga sempat tular di Twitter atau kini dikenali sebagai X.

Dapat dilihat dalam rakaman tersebut, Chucho yang sudah tidak bernyawa diheret buaya tersebut dalam sungai itu.

Malah turut terdengar das tembakan dilepaskan ke arah buaya tersebut sebelum menarik mayat mangsa keluar dari sungai.

Kematian pemuda berusia 29 tahun itu disahkan menerusi satu kenyataan khas yang dikelurakan pihak pengurusan kelabnya.

“Berehatlah dengan tenang Chucho. Kami turut merasakan kesedihan bersama keluarga kamu.

“Kami akan merinduimu. Kamu telah membawa pergi sebahagian daripada kami bersama kamu selamanya sahabat.

“Hari ini adalah hari yang amat sukar buat kita semua dan kamu akan diingati sebagai seorang jurulatih, pemain dan seorang lelaki yang mengutamakan keluarganya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan