Hantaran seru orang Islam simpan parang dari 2019 - Semak Fakta

Malaysiakini
story-image
Satu catatan yang mendakwa seorang pegawai masjid di Putrajaya menyeru umat Islam supaya mempunyai parang untuk bersedia menentang kafir kembali beredar di media sosial.

Semakan Malaysiakini mendapati siaran itu adalah dari 2019 dan telah pun disiasat oleh polis.

Tangkap layar hantaran Facebook itu berbunyi:

"Orang Islam kena ada parang sembelihan. Untuk persiapan. Mana tahu, si kafir nak jadi macam lembu korban."

Hasil carian mendapati hantaran itu mula tular pada Ogos 2019, mendorong siasatan polis dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Artikel FMT dari 19 Ogos 2019 melaporkan polis telah menahan lelaki yang didakwa membuat hantaran itu.

Polis berkata suspek - yang juga bekerja untuk Jakim - mendakwa semasa siasatan awal bahawa akaun Facebooknya telah digodam.

Bagaimanapun, tidak jelas sekiranya sebarang tindakan telah diambil selaras dengan ini.

Semakan Malaysiakini mendapati individu itu masih bekerja dengan Jakim dan masih memegang jawatan di sebuah masjid di Putrajaya.

Malaysiakini telah menghubungi individu berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan