Netizen kantoikan Wan Fayhsal pernah ‘tunggang’ logo parti masa beri bantuan

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI
Netizen kantoikan Wan Fayhsal pernah ‘tunggang’ logo parti masa beri bantuan
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menjadi sasaran serangan selepas mendakwa beliau tidak pernah menunggang logo atau nama parti ketika memberikan sumbangan.

Beliau dikritik selepas pengguna laman X bertanya tentang gambarnya yang pernah memberi sumbangan sambil tertera lambang Perikatan Nasional.

Daripada gambar yang dikongsikan warganet, ternyata Ahli Parlimen Machang itu pernah menyerahkan sumbangan ‘mock cheque’ yang tertera lambang jata negara dan Perikatan Nasional.

“Ni pula macam mana YB?,” tanya pengguna X yang kemudian dibalas semula oleh Wan Ahmad Fayhsal;

“Aduhai, kalau sumber sumbangan itu betul daripada kerajaan memanglah kena letak jata negara seperti PMX bagi dan lain-lain.

“Gambar itu sumbangan peruntukan khas ICU yang ada dalam kapasiti saya ketika itu sebagai Ahli Dewan Negara/timbalan benteri.

“Saya tak tunggang dan claim Bersatu-PN yang sumbang seperti jeleknya Menteri DAP buat,” ciapnya.

Ciapan balas itu kemudiannya disindir warganet yang menganggap beliau mungkin tidak nampak bahawa ‘mock cheque’ diberikan sebenarnya tertera lambang PN di bahagian bawah.

“Cakap tak serupa bikin. Kalau salah tetap salah tapi masa kau buat, tak rasa salah ke,”.

“Alamak! Ni kira mengata dulang ke?,”.

“Masalahnya sekarang yang dipertikai logo parti diletak dalam tu. Jadi yang YB bagi tu ada logo parti jugakkan. Takkan benda simple macam ini pon kelaut jugok emm malang laa ore mace YB gini,”.

Sebelum ini, sejumlah peruntukan diberikan kepada beberapa buah sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina di Perak.

Bagaimanapun satu keping gambar ‘mock cheque’ yang mempunyai logo parti DAP mengundang pertikaian terutama dari pembangkang yang mendakwa parti itu mempolitikkan sumbangan dana kerajaan demi ‘mileage’ parti sendiri.

Tidak ketinggalan, pemuda Umno turut menuntut penjelasan dari Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming

Ahli Parlimen Teluk Intan itu kemudian dalam sidang medianya semalam menjelaskan logo DAP pada ‘mock cheque’ sumbangan kepada beberapa buah sekolah tidak sepatutnya dijadikan isu.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu berkata, sebaliknya perkara yang penting adalah sekolah-sekolah terbabit memperoleh manfaat daripada sumbangan yang diberi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan