Ajal penunggang motosikal berkuasa tinggi, tak sempat sampai rumah

Buletintv3

DUNGUN: Seorang lelaki dalam perjalanan dari Ajil Hulu Terengganu untuk pulang ke rumahnya maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabas dalam kejadian di Kilometer 372.1, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Hentian Rawat & Rehat (R&R) Bukit Besi, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Mohamad Rizuwan Mat Nawi, 41, maut serta merta di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, motosikal mangsa jenis Kawasaki ZR 800, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

‘Mangsa yang tinggal di Felda Kerteh 6, berada di lorong kiri terbabas ke kanan lalu merempuh besi pembahagi lebuh raya yang menyebabkannya tercampak ke atas jalan dan terseret kira-kira 50 meter,’ katanya.

Katanya, mangsa yang cedera parah pada bahagian badan disahkan meninggal di tempat kejadian

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan