Suami isteri warga emas maut ditikam anak kandung

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
am@hmetro.com.my
LOKASI kejadian suami isteri ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung  di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
LOKASI kejadian suami isteri ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
Kuala Lumpur: Suami isteri ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini. 

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku pergaduhan antara pasangan itu dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah.

"Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mengalami kecederaan parah.

"Saksi yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan," katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, sebaik pasukan polis tiba, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian pembunuhan membabitkan ibu dan bapa.

"Suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Pakistan, Afghanistan kecam AS guna kuasa veto halang gencatan senjata di Gaza

Bernama

Pakistan dan Afghanistan turut mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menghalang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera di Gaza.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Afghanistan, tindakan memveto resolusi itu memperlihatkan bahawa AS secara terbuka "bersubahat dengan kekejaman yang berterusan di Gaza.”

“Apabila kemanusiaan terikat kepada kehendak satu pihak, ia menggambarkan berlakunya sifat tidak adil dalam peraturan antarabangsa ketika ini, menghakis kredibiliti yang masih ada pada badan hak asasi manusia dan menunjukkan perlunya peraturan yang lebih adil,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pakistan turut kesal kerana Majlis Keselamatan sekali lagi gagal menggesa gencatan senjata di Gaza walaupun tragedi kemanusiaan sedang berlaku di wilayah berkenaan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan walaupun Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggunakan Artikel 99 Piagam PBB dan amarannya tentang malapetaka kemanusiaan di Gaza, majlis keselamatan itu gagal melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

"Penerusan kempen Israel di wilayah Palestin yang diduduki akan menambah lagi penderitaan manusia, lebih ramai lagi orang awam akan menjadi korban dan berjuta-juta lagi penduduk akan diusir. Ia juga boleh mencetuskan konflik yang lebih meluas dan berbahaya...," menurut kenyataan itu.

Ketika kemarahan antarabangsa semakin memuncak terhadap serangan Israel ke atas penduduk Gaza dan kemusnahan hospital, sekolah, kemudahan PBB, masjid dan kawasan kediaman, banyak negara melihat AS terlibat secara langsung dalam kekejaman terhadap rakyat Palestin.

“Saya amat kesal kerana AS sanggup mengorbankan nyawa orang awam yang tidak bersalah untuk kepentingan Zionisme,” kata Menteri Luar Oman Badr Albusaidi dalam hantaran di laman sosial X.

Sementara itu, Rusia melihat "cannibalistic logic" dalam tindakan Israel di Gaza dan Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan menganggap sistem politik Amerika "tidak berdaya dalam isu berkaitan dengan Israel."

Timbalan Duta Russia ke PBB Dmitry Polyanskiy mendakwa Israel cuba mengusir rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza dengan membuatkan kehidupan mereka amat sengsara.

"Pengeboman tanpa henti dan serangan yang disasarkan ke atas kemudahan awam yang bertujuan untuk menimbulkan panik dan kengerian dalam kalangan orang awam mendedahkan strategi sistemik ke arah penempatan semula secara paksa penduduk Palestin," kata diplomat kanan Rusia itu semasa perbincangan PBB mengenai Gaza.

Beliau berkata logik di sebalik tindakan rejim itu hanya untuk menjadikan kehidupan di Gaza sengsara dan menjadikan penduduk tidak mempunyai pilihan lain, sama ada melarikan diri dari tanah air mereka atau dibunuh.

- Bernama

Kecuaian hospital HTAR?: Dawai sepanjang 22 sentimeter tertinggal di dalam saluran darah ke jantung

HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit

Bernama

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menyiasat dakwaan kecuaian hospital terbabit yang dikatakan meninggalkan dawai di dalam saluran darah ke jantung pesakit ketika mendapatkan rawatan di fasiliti itu.

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata pihaknya memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.

“Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pesakit atau ahli keluarga bagi mengawal kerahsiaan maklumat. Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapatkan rawatan di HTAR,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular catatan menerusi akaun Facebook seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa serta mendakwa pihak HTAR meninggalkan dawai sepanjang 22 sentimeter (Guidewire) di dalam saluran darah ke jantung seorang pesakit buah pinggang.

Propaganda Zionis!

Mahaizura Abd Malik
mahaizura@mediaprima.com.my
SEKUMPULAN lelaki ditahan rejim Zionis di Gaza yang menurut dakwaan Israel kononnya mereka pejuang Hamas yang menyerah diri kepada tentera Israel.
SEKUMPULAN lelaki ditahan rejim Zionis di Gaza yang menurut dakwaan Israel kononnya mereka pejuang Hamas yang menyerah diri kepada tentera Israel.
Kuala Lumpur: Rejim Israel giat menyebarkan propaganda mendakwa lebih 100 pejuang Hamas keluar dari terowong persembunyian dan menyerah diri kepada mereka semalam.

Media Israel turut menyiarkan gambar sekumpulan lelaki ditahan rejim Zionis di sekitar Gaza, Palestin dengan keterangan gambar kononnya pejuang Hamas menyerah diri kepada tentera Israel.

Beberapa jam sebelum itu, media terbabit dalam Instagram mereka turut menerbitkan video barisan lelaki Palestin itu dikawal tentera Israel dalam keadaan mangsa masing-masing duduk dan berpeluk tubuh kesejukan tanpa pakaian.

Keterangan video itu memberitahu pasukan Israel berjaya menahan rakyat Palestin, namun semakan Harian Metro sekali lagi mendapati hantaran asal video itu dipadam media terbabit beberapa minit selepas ia tular.

Menurut sumber Gaza Now, tentera Israel menjalankan kempen penahanan besar-besaran ratusan penduduk lelaki di Beit Lahia, utara Gaza, malam tadi (waktu Malaysia).

Pasukan tentera Zionis menyerbu sekolah yang menempatkan ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal di utara Semenanjung Gaza sebelum membawa lebih 100 lelaki berusia 15 tahun ke atas ke suatu kawasan lapang.

Lebih kejam, mangsa yang diarahkan bergerak ke halaman sekolah dipaksa menanggalkan pakaian di hadapan mata kanak-kanak dan wanita dalam keadaan cuaca yang sejuk.

Mereka dibawa menggunakan lori ke sebuah kawasan dan sehingga kini nasib mereka masih tidak diketahui.

Sementara itu, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean mengesahkan, Israel menangkap orang awam yang berlindung di sekolah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di utara wilayah itu, semalam.

Katanya, rejim itu turut menahan wartawan, doktor, ahli akademik dan warga emas dari pusat pemindahan di utara Gaza selepas mereka dipaksa menanggalkan pakaian.

Difahamkan, sejumlah besar orang awam turut terkorban di halaman sekolah UNRWA berdekatan Hospital Indonesia dan jalan di sekitarnya selepas dibom Israel dengan pasukan perubatan tidak dapat berbuat apa-apaара.

Selain itu, penduduk Palestin, Hani Almadhoun dalam hantaran di Facebook turut mengesahkan bapa, abangnya, Mahmoud dan anak saudaranya, Abood termasuk dalam lebih 100 orang awam yang ditahan dan didera Israel kelmarin.

Malah tular kenyataan mendakwa, Ketua The New Arab, media milik syarikat Qatar, Diaa Al-Kahlot turut berada dalam kumpulan tahanan Israel kelmarin.

Mengulas situasi itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, lelaki terbabit ditangkap dari sekolah-sekolah di bahagian utara Gaza yang menempatkan ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

"Mereka dihimpunkan dan ditanya bermacam-macam soalan.

"Di sebelah bandar Gaza, isteri menceritakan yang suami mereka ditembak beramai-ramai di depan mata," katanya.

Katanya, Palestin sudah putus harapan dengan dunia apabila memasuki hari ke-62 kekejaman Israel masih berterusan, malah keadaan semakin buruk.

"Di Telegram saya boleh lihat video lelaki dibunuh. Kalian tak perlu kongsikan gambar ini.

"Penduduk Palestin sudah pun putus harapan dengan umat Islam…dengan kita," katanya.

Sehingga kini, Israel melancarkan 1,576 serangan pembunuhan beramai-ramai hingga menyaksikan angka korban mencecah lebih 17,177 orang manakala lebih 46,000 lagi cedera dengan lebih 7,700 orang hilang atau terperangkap dalam runtuhan.

Ibu dakwa anak tak tahan dibuli, lari dari asrama 3 pagi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ibu kepada remaja 14 tahun yang hilang dan ditemui malam tadi mendakwa anaknya melarikan diri kerana tidak tahan dibuli dengan teruk.

Nurul Shuhada Jamaludin, 38, berkata Muhammad Danial Akmal Zulkhairi nekad melarikan diri dari asrama sekolah di Cheras pada 3 pagi Khamis lalu.

“Perkara ini didedahkan anak saya, (dia) sudah tidak tahan dan tidak mampu menghadapi perbuatan buli yang sangat teruk dilakukan kepadanya,” katanya menurut Sinar Harian.

“Ini bukan kali pertama dia dibuli. Sebelum ini dia pernah juga dibuli, namun saya dinasihat menyelesaikan perkara itu dengan baik dan tidak mendakwa si pelaku.”

Beliau berkata, anaknya ditemui orang awam di pondok menunggu bas di depan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, semalam dalam keadaan sangat lemah kerana tidak makan.

Susulan kejadian kali ini, Shuhada berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang bagi memperjuangkan nasib anaknya.

“Ini kali kedua kejadian buli yang sangat teruk berlaku kepada Danial. Saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya akan mengambil tindakan tegas supaya keadilan dapat ditegakkan.”

Katanya, Danial melarikan diri tanpa membawa dompet dan sekadar menjamah roti serta minum air yang diberikan seorang individu.

“Danial kelihatan sangat tidak terurus (ketika ditemui) dan seolah-olah macam gelandangan. Saya tidak pernah melihat dia sebegitu rupa, namun saya sekeluarga amat bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan selamat.”

Sementara itu, Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui bagaimana remaja itu boleh berada di tempat dia ditemui.

Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan menghubungi hotline polis Cheras 03-92845050/5051, hotline polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau ke mana-mana balai polis berdekatan.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia sedang menyiasat dakwaan kes buli ini bagi memastikan ia dapat diselesaikan segera.

“Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 Nov 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM,” katanya dalam kenyataan.

Makanan terlalu mahal, peniaga di Johor dikompaun RM1,500

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang peniaga makanan laut di Tepian Tebrau, Pasir Gudang dikompaun RM1,500 selepas tular menjual makanan terlalu mahal.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas pihaknya melengkapkan dua kertas siasatan terhadap peniaga berkenaan.

“Peniaga ini dikompaun atas kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan terdapat unsur pencatutan, iaitu menjual makanan pada harga tidak munasabah.

“Peniaga terbabit dikenakan kompaun RM500 kerana tidak meletakkan tanda harga dan RM1,000 kerana pencatutan,” katanya menurut Sinar Harian selepas merasmikan Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor 2023 di Stadium Bandaraya Pasir Gudang.

Oktober lalu, isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat mendakwa sebuah kedai di medan selera Tepian Tebrau mengenakan caj terlampau mahal, iaitu RM1,260.

Pemilik premis itu dalam video balas menjelaskan harga itu untuk hidangan 20 orang dan turut memperincikan butiran setiap hidangan dipesan Ekin sebagai justifikasi.

Fuziah berkata, kompaun itu bukan untuk menghukum peniaga sehingga menyebabkan perniagaannya ditutup, sebaliknya ia pengajaran supaya peniaga berniaga dengan telus dan pengguna perlu tahu harga produk atau makanan dibeli mereka.

Katanya, pengguna mempunyai hak tahu harga sebelum makan atau membuat pembelian.

Penduduk berang ayam berkokok sebelum 7 pagi

KOSMO!
Ayam-ayam jantan milik Ormond berkokok sebelum pukul 7 pagi. - Getty Images
LONDON – Seorang penternak di Britain diarah memusnahkan ayam-ayam jantannya selepas jiran-jiran mengadu bahawa ia berkokok terlalu awal pada waktu pagi, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pentadbiran Cheshire West dan Chester menerima aduan daripada jiran Luke Ormond bahawa bunyi kokokan kawanan ayam jantannya menyebabkan mereka bangun sebelum pukul 7 pagi (waktu tempatan).

Pihak berkuasa kemudian melawat rumah Ormond di Antrobus, bandar Northwich dan alat pemantauan bunyi yang dipasang merekodkan kokokan ayam jantan pukul 6.50 pagi (waktu tempatan).

Selepas beberapa bulan, Ormond menerima surat yang mendakwa kokokan ayamnya menyebabkan gangguan bunyi di kawasan perumahan itu.

Ormond, 28, berkata: “ Ayam saya mula berkokok pukul 6.50 pagi tetapi ia dikatakan terlalu awal bagi penduduk di sini. Jika ia berkokok 10 minit selepas pukul 7 pagi, tidak ada masalah.

“’Saya tidak dapat mengawal bila ayam jantan boleh berkokok,” katanya. 

Ormond menternak dan menjual ayam sebagai hobi. Dia memelihara 100 ekor ayam termasuk ayam jantan di rumahnya.

Dia telah mendapatkan beratus-ratus tandatangan daripada orang ramai yang menggesa pihak berkuasa menari balik arahan itu. – AGENSI

Zahid: Isham dipecat kerana hina Umno

Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil dipecat kerana menghina dan memperkecilkan parti, bukan disebabkan kritikannya terhadap presiden, kata Zahid Hamidi.

Presiden Umno berkata, parti akan lebih rosak jika keadaan itu dibiarkan berterusan.

“Orang itu kalau ada dalam Umno akan lebih rosak lagi Umno,” katanya selepas melancarkan sistem pengesahan dokumen kelayakan digital oleh MyEG Services Bhd di sini.

Timbalan perdana menteri itu berkata, keputusan memecat Isham dibuat MKT dan ia tidak perlu dibawa ke Lembaga Disiplin.

“Keputusan itu dibuat oleh MKT, bukan presiden, tidak perlu (Lembaga Disiplin) kerana Lembaga Disiplin akan bawa kepada MKT. MKT akan putuskan dan keputusan MKT muktamad.

“Untuk kritik presiden tidak jadi pertimbangan langsung sebarang tindakan disiplin, tetapi bila menghina parti sendiri dan memperkecil-kecilkan Umno sebagai sebuah parti yang dianggotainya, tindakan itu dilakukan MKT supaya tidak ada usaha tikus memperbaiki labu dalam Umno.”

Zahid turut menepis tuduhan tindakan disiplin terhadap ahli menghina parti akan merosakkan Umno dalam jangka panjang.

Terdahulu, Isham mengesahkan menerima surat pemecatan daripada Umno hari ini, tetapi beliau tidak akan merayu kerana ia dibuat tanpa melalui Lembaga Disiplin.

Surat pemecatan yang bertarikh 8 Dis itu ditandatangani Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan Isham dipecat serta-merta atas alasan melanggar etika sebagai ahli Umno.

Identiti wanita disimen dikenal pasti

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
LAKARAN wajah mangsa. FOTO ihsan Polis
LAKARAN wajah mangsa. FOTO ihsan Polis
Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang mayatnya ditemukan disimen di rumah di Pandamaran, Klang, Selangor, 4 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa adalah wanita warga India berusia 30-an dengan ketinggian dianggarkan sekitar 160 sentimeter (sm).

"Mangsa yang juga teman wanita kepada suspek tinggal di rumah sewa berkenaan. Pihak polis sedang mendapatkan bantuan kedutaan India untuk memperoleh maklumat dan menghubungi keluarganya.

"Pihak polis juga menyediakan lakaran wajah mangsa untuk dikongsi dengan media," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai identiti suspek yang juga warga India itu, Hussein berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai perkara itu.

"Waran tangkap terhadap suspek itu akan diperolehi. Kita juga akan minta bantuan kedutaan India serta pihak polis India bagi mengesan dan menahan lelaki berkenaan.

"Dengan adanya dapatan siasatan ini, pihak polis menganggap kes ini sudah selesai dan dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi pegawai penyiasat kes atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan penemuan mayat wanita yang ditanam dan disimen di sebuah rumah di Pandamaran, Klang, pada 4 Disember lalu.

Difahamkan kediaman terbabit sebelum itu disewa dua lelaki warga asing sebelum mereka memaklumkan kepada pemilik rumah lelaki berusia 66 tahun ingin pindah keluar pada Oktober lalu.

Wanita warga asing ditahan, buat kecoh di perkarangan masjid

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my WANITA warga asing ditahan selepas membuat kekecohan di perkarangan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. FOTO ihsan polis
WANITA warga asing ditahan selepas membuat kekecohan di perkarangan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. FOTO ihsan polis
Kuala Lumpur: Wanita warga asing ditahan selepas membuat kekecohan di perkarangan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3.30 petang semalam.

"Sejurus selepas menerima laporan itu, pihaknya menahan seorang wanita warga asing berusia 31 tahun di perkarangan masjid jam 4.30 petang semalam.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, wanita itu direman selama tiga hari mulai hari ini hingga 11 Disember nanti untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terbabit dengan apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit 55 saat memaparkan seorang wanita menjerit melaungkan kata-kata provokasi dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW di perkarangan masjid tular di media sosial sejak semalam.

Lelaki Bangladesh, wanita Indonesia ditahan jadi ejen permit kerja tidak sah

KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Dua warga asing yang menjadi ejen kepada sindiket memperbaharui permit secara tidak sah ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Johor dalam satu operasi di sebuah rumah flat di Pasir Gudang, di sini, awal pagi hari ini.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, suspek seorang lelaki warga Bangladesh berusia 44 tahun dan seorang wanita Indonesia berusia 37 tahun ditahan dalam serbuan yang dibuat pada pukul 1.15 pagi.

Menurut beliau, kedua-dua yang ditahan merupakan antara empat individu yang diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Pasukan turut merampas 13 naskah pasport antarabangsa Bangladesh dan India yang disorokkan dalam almari pakaian beserta wang tunai berjumlah RM34,983.

“Sasaran utama sindiket ini adalah warga asing yang majoritinya terdiri daripada warga Bangladesh yang telah mempunyai permohonan lanjutan permit kerja serta pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.

“Bayaran dikenakan untuk perkhidmatan tersebut adalah antara RM2,000 hingga RM3,000 bagi satu permohonan,” katanya kepada pemberita.

Tambah Baharuddin, suspek wanita ditahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Manakala suspek lelaki pula ditahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Passport 1966 (Akta 150) kerana tanpa kuasa sah mempunyai pasport atau dokumen yang dikeluarkan bagi kegunaan seseorang atau dirinya.

“JIM memandang serius kegiatan sindiket mengaut keuntungan dengan mengeluarkan atau membekalkan dokumen jabatan secara penipuan kerana dikhuatiri boleh mencemarkan nama baik dan imej Malaysia,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar terus berurusan dengan pejabat imigresen dan tidak menggunakan orang tengah atau ejen untuk sebarang urusan bagi mengelak ditipu.-KOSMO! ONLINE

Besarkan si kecil tanpa mengecilkan si besar

Fatimah Mohamed Arshad

Kita dihujani pelbagai berita ketirisan demi ketirisan yang tidak bermusim tetapi ibarat pekung yang merebak dalam sistem.

Baru-baru ini kita dikejutkan RM3.67 bilion disalurkan ke Lembaga Pertubuhan Peladang sepanjang 2019-2022 tetapi yang dibelanjakan untuk pelbagai subsidi RM3.2 bilion sahaja, iaitu RM449 juta tidak dibelanjakan.

Bukan itu sahaja. Laporan Ketua Audit Negara 2019 merekodkan kelewatan penghantaran baja antara 20-200 hari. LKAN menghujahkan ini kerugian besar kepada kerajaan dan negara. Kelewatan menyebabkan produktiviti menurun lantas pengeluaran, malahan Tahap Sara Diri atau SSL turut mengecil daripada purata 70% satu dekad yang lepas kepada kepada 65%.

Berdasarkan data Kementerian, sebenarnya yang menanggung rugi besar adalah petani. Mengikut kajian LKAN (2023) dan Universiti Putra Malaysia, kelewatan baja memang serius dan terbiar hingga kini. Mengikut LKAN, purata kelewatan baja 155 hari, LKAN 2019 menunjukkan kelewatan 18-220 hari dan kajian-kajian UPM mendapati angka yang hampir serupa. Bukan itu sahaja, selama separuh abad atau 50 tahun, petani diberikan satu formula campuran baja untuk semua jenis profil tanah. Bererti ada tiga kos yang dibayar oleh rakyat – perolehan baja, kelewatan, dan kualiti baja yang tidak sesuai.

Menurut petani, jika berlaku keserentakan kemasukan air, biji benih berkualiti, dan baja yang sesuai, hasil padi 5 hingga 6 tan/ha dalam tangan. Tetapi keserentakan ini jarang berlaku, sama ada benih lambat atau hampa (tidak berisi) atau baja sampai lewat. Musim demi musim, petani termangsa daripada kelembapan sistem agihan baja dan benih. Pemusatan agihan baja tanpa sebarang saingan menandinginya menyebabkan agihan yang sangat tidak cekap. Bilangan pembekal benih yang hanya 12 orang menyebabkan kelewatan di samping kualiti benih yang bermasalah.

Berdasarkan daripada data Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, petani hanya mampu mencapai 3.6 tan/ha dan tidak 5 tan/ha. Bererti petani kerugian sebanyak hampir RM1 bilion kerana tidak mencapai hasil maksimum pada 2020. Bererti, struktur sistem agihan input menjerat pendapatan petani.

Agihan baja dan benih di Thailand dilaksanakan oleh petani, koperasi dan usahawan swasta. Bila ramai peserta, persaingan diwujudkan, petani banyak pilihan maka kelewatan dan variasi kualiti baja dan benih diminimumkan. Pada masa yang sama, Thailand mengeluarkan sebanyak 8% baja daripada jumlah penggunaan tempatan.

Malaysia masih terperangkap dengan dogma polisi 1960-an dan 1970-an. Premis polisi era ini mungkin sesuai dengan era itu di mana petani sangat miskin, tiada akses kepada maklumat, dan sering termangsa kepada “orang tengah” dan tiada akses kepada kredit. Berdasarkan andaian ini, kerajaan berpandangan sektor kerajaan mampu mengatasi masalah ini dengan melibatkan diri dalam beberapa aspek pengeluaran dan pemasaran. Maka tercetus polisi pemusatan baja dan input pertanian kepada satu agensi.

Baja diimport menggunakan dana Kementerian Kewangan dan dicampurkan dengan urea daripada Petronas. Persatuan Peladang Kebangsaan bertanggungjawab menjual baja kepada Persatuan Peladang Negeri yang menjualkannya kepada Persatuan Peladang Kawasan (PPK), dan PPK menjual kepada petani. Kaedah ini membolehkan ketiga-tiga entiti mengambil keuntungan daripada perniagaan yang dibiayai oleh orang awam.

Pemusatan dan perolehan kerajaan yang bernilai besar adalah batas yang subur untuk korupsi seperti yang terbukti dalam kebanyakan kes korupsi. Tanpa disedari sebenarnya kos perolehan dan kerugian akibat kelewatan dan ketidakcekapan sebenarnya dibayar oleh awam.

Begitu juga andaian bahawa mesin dan kilang-kilang besar akan memberi faedah skala ekonomi. Namun sebaliknya berlaku. Kadar pemotongan ke atas padi meningkat daripada 17% pada 1980-an kepada lebih daripada 20% sekarang, kadar perolehan beras berkitar 65% berbanding kadar maksimum 75%, kerugian lepas tuai jentuai gandum yang berusia lebih daripada 20 tahun lebih daripada 20%. Oleh kerana bilangan jentuai terhad, ia perlu diangkut daripada kawasan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) ke Selangor. Jentera dan kilang besar yang tidak serasi dengan keperluan sawah kecil hanya membawa ketidakcekapan dan kerugian kepada pesawah kecil.

Premis bahawa syarikat besar monopoli diperlukan untuk mempertahankan kesejahteraan pesawah dan pengguna boleh dipertikaikan. Selama 50 tahun monopoli import dilaksanakan, nasib petani tetap tidak berubah dan pengguna M40 dan B40 membayar harga beras yang tidak menepati kualiti sebenar kerana kegiatan campuran beras yang berleluasa, akibat kawalan harga yang ketat ke atas beras tempatan berbanding beras yang diapungkan.

Kegiatan arbitraj oleh peniaga menguntungkan penjual dengan mencengkam pulangan kepada petani. Kerjasama antara Bernas dan kilang swasta memberi mereka syer pasaran yang mencapai lebih daripada tiga perempat. Malah Rent Seeking Index Bernas adalah 1.8 menunjukkan pulangan yang tinggi bagi setiap RM1 yang dilaburkan, menurut Prof Fatimah Kari.

Industri padi dan beras mengalami deindustrialisasi yang parah kerana industri terkawal menyebabkan tiada pertumbuhan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS).

Dalam kurun ke-21 pasaran berubah di mana akses kepada maklumat terbuka kepada semua. Tua dan muda boleh menggunakan platform dalam talian untuk jual beli baja, mesin, padi dan beras, dan produk pertanian. Tetapi polisi mengongkong menyebabkan petani padi terketinggalan dan kerugian. Pemusatan baja kepada satu agensi selama lima puluh tahun hanya memberi faedah kepada pegawai atasan agensi dan bukan petani. Walhal jika pasaran dibukakan, persaingan akan wujud, mengundang pelbagai peserta seperti petani, usahawan muda, swasta, dan koperasi.

Persaingan akan minimumkan kelewatan dan ketidakcekapan malahan mampu menjanakan pelbagai inovasi sama ada aplikasi teknologi komunikasi dan maklumat atau penerapan e-niaga, Internet of Things, blockchain dan sebagainya. Beban kos kepada kerajaan atau rakyat diminimumkan. Persaingan membawa pertumbuhan dan mencetuskan pelbagai inovasi. Fungsi agensi bertanggungjawab membangun kapasiti petani dan bukan memperkasakan kekayaan melalui subsidiarinya.

Pendek kata, struktur semasa bukan setakat usang, mencengkam petani, tetapi menyekat pertumbuhan dan melemahkan inovasi tempatan. Sistem perolehan besar menyuburkan korupsi dan ketirisan setiap tahun. Simpton ini menunjukkan keparahan sistem semasa yang memerlukan perubahan besar.

Untuk kecekapan dan meminimumkan ketirisan, sistem pemusatan perlu dirungkai di mana perlu dan persaingan digalakkan untuk mengelakkan perolehan besar dan korupsi.

Pembaharuan bermula dengan paradigma baru, yang selari dengan tuntutan era semasa. Oleh kerana lanskap telah berubah dan kebanyakan pesawah adalah pengusaha kecil, sudah sampai masanya pesawah kecil diperkasakan dengan kapasiti dan peluang untuk memperbaiki prestasi dan meneroka perniagaan yang berkaitan dengan padi dan beras. PMKS perlu diwujudkan dengan lebih banyak untuk mebangunkan industri yang berlandaskan padi dan beras, yang kini hanya terbatas kepada tepung beras, beras, dan bihun berbanding ratusan keluaran di Thailand dan Jepun.

Apabila pesawah kecil diperkasakan dengan peluang pelbagai perniagaan yang berkaitan dengan sawahnya, produktiviti dan pendapatan akan meningkat. Apabila pasaran baja, input, kilang padi, dan monopoli beras dibebaskan secara terpimpin dan tersusun, persaingan dan pertumbuhan akan berlaku. Struktur ini akan mencambahkan start-ups atau syarikat pemula untuk berniaga baja, beras, kilang kecil yang pintar.

Persaingan dan pasaran terbuka akan meminimumkan ketirisan kerana peserta menanggung kos perniagaan masing-masing. Usaha ini tidak akan menjejaskan agensi kerajaan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang atau peniaga, dan pengilang besar yang sedia ada. Iaitu, kita perkasakan si kecil tanpa mengecilkan si besar.

Fatimah Mohamed Arshad adalah felo konsultan di Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia

Hampir setengah juta penduduk tinggalkan Israel

Bhonline 
 
BAITULMAQDIS: Hampir setengah juta rakyat Israel meninggalkan negara itu sejak tercetusnya konflik Gaza pada 7 Oktober, menurut sebuah akhbar tempatan semalam.

Pihak Berkuasa Penduduk dan Imigresen menganggarkan 370,000 orang meninggalkan Israel dalam tempoh dua bulan lalu, termasuk 230,309 pada Oktober dan 139,839 pada November, menurut majalah Zman.

Menurut majalah itu, kira-kira 600,000 warga Israel ke luar negara untuk bercuti sebelum meletusnya perang Gaza, manakala hampir 370,000 yang lain berlepas selepas konflik itu.

Hampir 301,982 warga Israel kembali ke Israel pada Oktober dan 194,016 pada November.

"Angka itu menunjukkan jumlah warga Israel yang pergi dan tidak pulang dianggarkan sekitar 470,000 orang.

"Oleh itu, terdapat penghijrahan negatif kira-kira setengah juta orang, dan ini tidak termasuk ribuan pekerja asing, pelarian dan diplomat yang meninggalkan negara ini," katanya.

Majalah Israel berkata konflik Gaza mengurangkan penghijrahan ke Israel dengan ketara.

Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Aliyah dan Integrasi, kira-kira 2,000 orang berhijrah ke Israel antara 7 Oktober dan 29 November.

"Ini bersamaan hampir 1,000 pendatang sebulan, berbanding sekitar 4,500 sebulan secara purata sejak awal tahun ini sehingga meletusnya perang, mencerminkan penurunan lebih 70 peratus," kata akhbar itu.

Dalam minggu pertama perang Gaza, kemasukan ke Israel hampir terhenti, dengan hanya 1,096 pendatang tiba di Israel pada Oktober, kata Zman.

Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Gaza pada Jumaat lalu selepas berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu dengan kumpulan Palestin Hamas.

Sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 43,616 lagi cedera dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti ke atas wilayah terkepung itu sejak 7 Oktober berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas.

Angka kematian Israel dalam serangan Hamas berjumlah 1,200, menurut angka rasmi. - AGENSI

PAS beri isyarat macam kesuntukan waktu

Malaysiakini

Sikap bersungguh-sungguh PAS memujuk Umno agar kembali ke pangkuan mereka akhir-akhir ini lebih banyak menjanjikan tanda tanya berbanding jawapan, kata seorang pemimpin Pemuda Amanah.

Menurut Muaz Abdullah, Pemuda Amanah Kedah menganggap langkah tersebut memberi isyarat bahawa PN sedang mengejar sesuatu dan waktu pula semakin terbatas.

Kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Kedah itu, pihaknya yakin Bersatu juga sangat berharap agar Umno meninggalkan kerajaan perpaduan, namun hasrat itu tidak ditonjolkan dengan begitu ketara.

"Justeru Bersatu berharap tugas menarik Umno itu dijalankan oleh PAS dan bersedia untuk menikmati hasilnya jika usaha memporak-perandakan Umno itu berjaya," katanya.

Beberapa pemimpin kanan PAS kini dilihat memujuk ahli Umno agar memberikan sokongan kepada PN berbanding kerajaan, dan secara tidak langsung meminggirkan presiden mereka, Ahmad Zahid Hamidi.

Usaha itu semakin dipergiat selepas pilihan raya kecil di Kemaman pada 2 Dis lalu yang menyaksikan calon PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, mencatat kemenangan dengan majoriti lebih 37,000 undi.

Antara pemimpin kanan yang meminta Umno meninggalkan kerajaan ialah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor.

Sebelum itu Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang meminta Umno menilai semula sokongan mereka kepada kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun bekas setiausaha agung Umno Ahmad Maslan semalam mengingatkan PAS dan Bersatu pernah menyatakan niat mereka secara terbuka untuk menggantikan Umno sebelum ini.

Muaz berkata dakwaan bahawa akan ada lagi ahli parlimen pembangkang yang sedang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan memang menggusarkan PN.

"Dengan sikap terbaru PAS adalah jelas PN kelihatan sangat terdesak dan seperti sangat kesuntukan waktu atas sebab tertentu," katanya yang juga bekas calon PH untuk kerusi parlimen Padang Terap pada tahun lalu.

Pas dituntut perjelas siapa sebenarnya munafik, Ansar

HarapanDaily.com

AKMAL MANAF 

Dr Abu Hafiz Salleh Huddin membidas Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan artikel Presiden Pas itu bertajuk ‘Cara golongan munafiq menentang Islam diikuti Israel dan Pakatan Harapan’.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, bekas Ketua Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bertanyakan kepada Hadi siapa pihak munafik dan Ansar yang dimaksudkan.

”Saya nak tanya, kalau menggunakan ayat tujuh Surah al-Munafiqun, siapa yang munafiknya? Siapa pula Ansarnya?

“Siapa yang menjadi mangsanya? Anda nak kata diri anda adalah Ansar, parti anda (Pas) adalah Ansar kononnya telah ditekan oleh munafik. Siapa munafiknya? Kerajaan Perpaduan ke?

”Mungkin orang kata, oh, yang ini awak yang kata, bukan dia yang kata. Sebab itu, saya tanya persoalan (bertanya).

“Tulisan-tulisan itu bukan kali pertama, sudah banyak kali,” bidas beliau kepada Ahli Parlimen Marang itu.

Dalam masa sama, Abu Hafiz mengingatkan bahawa kenyataan Hadi itu sangat berbahaya kerana ia merupakan permulaan bibit-bibit menghidupkan semula takfiri di negara ini dan ianya perlu ditentang.

”Saya mohon kepada kerajaan untuk lawan secara berstruktur. Saya berhubung dengan Menteri Agama (Mohd Na’im Mokhtar) dan beliau memberikan komitmennya.

”Saya hargainya dan inilah semangat yang saya perlukan daripada menteri agama,” katanya lagi.

Pada 6 Disember lalu, Hadi dilihat memanipulasi ayat al-Quran sehingga tergamak mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dengan sifat munafik dan rejim Israel.

Menerusi Minda Presiden Pas, antara yang diperkatakan Hadi adalah, sikap memaksa rakyat untuk menyokong dan mendukung apa-apa sahaja ialah amalan purba zaman jahiliah yang turut diamalkan oleh Yahudi Zionis Israel di Palestin.

“Mereka menolak Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) yang menang secara majoriti dalam Pilihan Raya Perundangan Palestin 2006 dahulu dengan membenarkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang menang secara minoriti menubuhkan kerajaan.

“Maka, konsep yang diguna pakai oleh PH menepati demokrasi yang diamalkan oleh Israel terhadap Kerajaan Hamas di Palestin yang memenangi pilihan raya dan mencapai majoriti yang mencukupi.

“Namun, PLO sebagai kumpulan minoriti yang tunduk menjadi boneka Zionis Israel dan Amerika Syarikat pula yang menubuhkan kerajaan dengan mengikuti telunjuk mereka,” tulisnya.

Tulisan Hadi itu didahului dengan petikan ayat tujuh, Surah al-Munafiqun.

Kata Hadi, ayat tersebut menceritakan ucapan golongan munafik pada zaman Nabi Muhammad SAW yang berkempen agar sekatan ekonomi dilakukan supaya golongan Ansar, iaitu orang-orang Madinah yang beriman tidak memberikan sumbangan kewangan kepada orang-orang yang beriman kepada Rasulullah SAW.

Jelasnya, hal demikian supaya mereka yang beriman berada dalam kesusahan kerana tiada perbelanjaan, lalu mereka tidak lagi bersama Rasulullah SAW.

“Begitulah hujah dalam menyekat peruntukan kewangan, royalti petroleum, dan sebagainya kepada negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis.

“Demikian juga kepada wakil-wakil rakyat Pas dan rakan-rakan Perikatan Nasional (PN) yang bersama dengan Pas yang dikuasai oleh Melayu Islam, supaya apabila mereka tidak mempunyai duit nanti, maka rakyat tidak akan menyokong mereka lagi.

“Ini tidak dilakukan kepada parti selain daripada Pas. Apakah kerana wajah Islam pada Pas menyebabkan mereka lakukan sedemikian?” soal Hadi lagi.

Dua bekas Adun Bersatu tidak tertakluk enakmen lompat parti

HarapanDaily.com
Dua bekas Adun Bersatu tidak tertakluk enakmen lompat parti
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengisytiharkan Enakmen AntiLompat Parti negeri itu tidak terpakai ke atas dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dari BERSATU.

Hakim Anand Ponnudurai, dipetik FMT berkata, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (kiri) dan Zolkifly Md Lazim masing-masing kekal sebagai ADUN Bertam dan Telok Bahang antara Mei 2018 hingga Jun lalu.

Susulan itu, kedua-duanya layak menerima bayaran tertunggak sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan.

Menurut Anand, tindakan bertanding menggunakan logo PKR tidak melambangkan mereka adalah ahli parti itu.

Jelasnya, kedua-duanya juga tidak pernah meninggalkan Bersatu, menyebabkan Perkara 14A Perlembagaan Pulau Pinang tidak terpakai ke atas Khaliq Mehtab dan Zolkifly.

Beliau berkata, hal tersebut wajar memandangkan keputusan mengosongkan kerusi mereka dibuat tanpa asas perundangan.

Namun, Anand menerusi penghakiman secara dalam talian menolak tuntutan sama dikemukakan Zulkifli Ibrahim dan Dr Afif Bahardin dengan menyatakan Perkara 14A Perlembagaan Pulau Pinang terpakai ke atas bekas ADUN Sungai Acheh dan Seberang Jaya itu.

Katanya, kedua-dua kerusi DUN itu diisytiharkan kosong memandangkan bekas penyandangnya adalah ahli PKR yang meninggalkan parti itu.

Keempat-empat plaintif yang diwakili peguam Azizan Harun dan Chetan Jethwani, menamakan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang merangkap ADUN Bukit Tambun ketika itu, Datuk Law Choo Kiang dan DUN Pulau Pinang sebagai defendan yang diwakili A Surendra Ananth.

Perkara 14A Perlembagaan Pulau Pinang menyatakan seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih, selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.

Suami isteri mengaku salah buat amang seksual depan remaja bawah umur Amang Seksual

MOHAMAD ATHIR BIN ISMAIL

KLANG: Tindakan pasangan suami isteri membuat amang seksual di hadapan seorang  remaja perempuan berusia 15 tahun dan melakukan perbuatan sama terhadapnya pada bulan lalu mengundang padah apabila diheret ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Pasangan terbabit, Khairul Izwan Kamarudin dan Norehan Abu Kasim masing-masing mengaku bersalah di hadapan Hakim Noridah Adam selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka.

Berdasarkan pertuduhan, pelaku lelaki itu dan isterinya masing-masing berusia 32 dan 35 tahun didakwa secara bersama melakukan amang seksual bukan fizikal di hadapan remaja berkenaan sehingga menyebabkan dia memerhatikan perbuatan tersebut.

Justeru, Khairul Izwan 32 yang bekerja sendiri dan Norehan tidak bekerja didakwa di bawah Seksyen 15(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, dalam prosiding sama, Norehan berdepan pertuduhan berasingan iaitu didakwa melakukan perbuatan sama secara fizikal terhadap remaja tersebut dengan memegang bahagian dadanya bagi tujuan seksual.

Bagi kesalahan itu, wanita yang mengalami sumbing pada bibirnya dituduh Seksyen 14(a) AKSTK 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sementara Khairul Izwan dalam pertuduhan berasingannya didakwa menyimpan video lucah di dalam telefon bimbitnya dan dengan itu boleh dihukum penjara selama tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan pasangan suami isteri itu pada 12 November dan 1 Disember lalu antara pukul 1.13 tengah hari dan 8.45 malam dekat sebuah rumah di Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat dekat sini.

Timbalan Pendakwa Raya Suriantiazila Muhamad tidak menawarkan sebarang jaminan ekoran pasangan tertuduh tersebut tinggal dalam kawasan lot perumahan yang sama dengan keluarga mangsa. 

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya tunduk diam tanpa membuat sebarang rayuan, mahkamah kemudian menetapkan tarikh 5 Januari depan untuk pemberitahuan fakta kes dan menjatuhkan hukuman. – UTUSAN

Kes Zayn: Polis peroleh cap jari, DNA semasa bedah siasat

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis memperolehi beberapa ‘barang kes’ termasuk cap jari dan DNA semasa bedah siasat Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata barang kes berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk memperolehi maklumat forensik.

Beliau berharap keputusan akan diperolehi dalam dua atau tiga hari, bagi membantu polis mengesan individu-individu yang terbabit.

“Keputusan forensik boleh membantu pihak polis untuk mendapatkan ‘details’ yang boleh menjurus ke arah mereka yang terbabit,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.

Sementara itu, Hussein memaklumkan polis menjalankan siasatan dari rumah ke rumah dalam tiga blok sekitar tempat kejadian.

Usaha itu akan diteruskan malam ini dan esok.

“Ada dua fasa siasatan: Pertama adalah berkaitan mencari dan mengumpul keterangan fizikal di tempat kejadian mahupun sekitar kawasan kejadian.

“Kedua, melibatkan dari rumah ke rumah yang mana kawasan ini mempunyai 18 blok membabitkan 2,400 rumah,” katanya.

Zayn, 6, ditemukan tidak bernyawa berdekatan sebatang anak sungai di Damansara Damai, pada Rabu malam, selepas dilaporkan hilang pada Selasa.

Polis merumuskan mayat kanak-kanak autisme itu diletakkan di tempat ia ditemui, berdasarkan siasatan setakat ini.

Peristiwa ini dikelaskan semula sebagai kes bunuh susulan bedah siasat, dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kenapa Pas bersungguh benar sesatkan akidah musuh politiknya?

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Letih kita jelaskan, kita beriman, patuh tuntutan Islam dan rukunnya.

Walaun tetap kata, tidak. Kamu munafik, kamu musuh Islam, kamu Islam Liberal.

Sepatutnya dipelihara iman mukmin lain, tetapi Pas sibuk menghakimi untuk disesatkan.

Kalau ada yang cuba keluar dari Islam pun, kita diajar untuk pulihkan akidah dengan dialog, disuruh taubat dan lain-lain.

Kalau zahir nampak ada kecelaruan, bukan boleh terus hukum. Mesti dipanggil, minta dijelaskan, ditegakkan hujah.

Kenapa ghairah sangat nak tonjolkan mukmin lain telah sesat akidahnya? Nak islah atau nak undi?

Nabi SAW susah payah mengIslamkan, Pas susah payah nak kumpul segala bukti nak kafirkan. Parti Islam ke Parti Khawarij ni?

Pas konon berjuang pertahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan. Tapi sibuk buat jenayah takfiri yang jadi kesalahan dalam Kanun tu. Hipokrit.

Jika ada pemimpin bercakap dan berhujah dengan pertahan akidah sesat, itu hal lain. Tapi yang banyaknya takwilan Pas.

Walaun sibuk kumpul segala gambar dan bukti untuk buktikan orang beriman itu dah sesat. Lepas tu kamu dapat apa?

Rasa puas hati dapat buktikan mukmin atau manusia lain sesat dan akan ke neraka? Itu kan kerja syaitan.

Atau Pas nak tunjuk pada orang ramai, merekalah yang lebih beriman dengan cara downdgrade iman lawan politik mereka? Itu kan perbuatan keji?

Hadi curah ‘minyak ke api’ buat perbandingan melampau

HarapanDaily.com

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, adalah keterlaluan bagi seorang ahli politik veteran seperti Tan Sri Abdul Hadi Awang terus mencurahkan ‘minyak ke api’ dengan melabel dan membuat perbandingan melampau kepada lawan politik.

Tegasnya, lebih teruk lagi apabila Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mensasarkan pemimpin yang sedang mentadbir negara dan sentiasa berusaha memakmurkan negara.

“Menyamakan sikap munafik dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya menyekat dan tidak menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri di bawah pimpinan partinya adalah satu pemesongan fakta yang nyata.

“Ini kerana peruntukan kepada kerajaan negeri pembangkang disediakan dalam pelbagai bentuk dan saluran.

“Hal ini boleh dirujuk peruntukan yang telah disalurkan kepada Negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam Belanjawan 2024,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Hadi menyamakan Pakatan Harapan (PH) dengan sifat munafik dan rejim Israel dengan memanipulasi petikan ayat tujuh, Surah al-Munafiqun.

Menerusi Minda Presiden Pas bertajuk, “Cara Golongan Munafiq Menentang Islam Diikuti Israel dan Pakatan Harapan”, Hadi menyamakan pendekatan pemerintahan Kerajaan Perpaduan-MADANI seperti pendekatan golongan munafik.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, tuduhan Hadi sebenarnya sama seperti ‘menepuk air di dulang, terkena ke muka sendiri’ kerana perkara yang sama pernah dilakukan kerajaan terdahulu yang turut disertai Pas.

“Ternyata kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu boleh menyebabkan banyak salah faham dan penuh dengan sikap menunggang dalil agama untuk kepentingan politik dan meraih keuntungan dunia semata-mata.

Dalam masa yang sama, katanya YADIM ingin menasihati seluruh pihak untuk tidak mengelirukan rakyat dengan menggunakan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah dengan memetik tanpa merujuk kepada asbabul nuzul dan konteks yang benar dan tepat.

“Islam menyeru kepada keharmonian dan keamanan sejagat. Islam bukanlah agama milik individu atau kelompok tertentu, tetapi agama daripada Allah SWT sebagai panduan penyelesaian kepada seluruh umat manusia. Kembalilah kepada ‘agama itu satu nasihat,” kata Hasanuddin lagi.

Orang hanyut' dah naik junjung

Yusri Abd Malek

Dulu, kedatangan pelarian Rohingya ke negara ini disambut atas ihsan dan prihatin masyarakat tempatan yang terkesan mendengar rintihan dan penderitaan dialami mereka.

Namun, kini selepas dibenarkan tinggal atas dasar kemanusiaan, mereka mula menunjuk 'belang' hingga menimbulkan rasa kurang senang dan menyampah masyarakat tempatan.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), ada 182,990 pelarian dan pemohon suaka terdiri dari 59 negara berada di negara ini setakat Disember tahun lalu.

Daripada jumlah itu, majoritinya etnik Rohingya, Myanmar iaitu 106,129 orang.

Banteras 'bermusim'
Selain Rohingya, ada pelarian dan pemohon suaka dari Pakistan iaitu 6,750, 3,750 dari Yaman, 3,230 dari Somalia, 2,860 dari Afghanistan, 1,640 dari Sri Lanka dan lain-lain negara.

Kehadiran mereka boleh dilihat di mana-mana seolah-olah seperti negara sendiri terutama yang memiliki kad UNHCR dan mula biadap dengan warga tempatan.

Boleh dikatakan 'orang hanyut' dibantu dulu sudah umpama 'kaduk naik junjung'.

Mereka bebas berniaga dan berbisnes sesuka hati selain melanggar peraturan jalan raya dengan menunggang motosikal atau memandu tanpa lesen.

Pihak penguat kuasa yang diharap dapat menangani masalah pelarian ini pula seolah-olah tutup sebelah mata walaupun sebenarnya tugas adalah dipertanggungjawabkan ke atas bahu mereka.

Andai penguat kuasa tegas termasuk menolak rasuah, Insya-Allah, negara kita dapat dijaga dengan baik.

Yang terbaru, kehadiran lebih 1,000 pelarian etnik ini di Indonesia bulan lalu menggunakan beberapa bot di Aceh. Kedatangan mereka ini disambut dingin rakyat tempatan, malah tidak dibenarkan dan dihalau dari mendarat di pantai. Namun, akhirnya mereka berjaya juga menjejakkan kaki ke bumi Indonesia.

Dianggarkan, ada 13,000 etnik berkenaan di negara itu sejak 2009 ditempatkan dalam satu penempatan khas sementara menunggu penghantaran mereka ke negara ketiga yang sudi menerima.

Dalam temu bual dengan pelarian terbabit, mereka memilih untuk lari dari Kem Pelarian Terbesar Dunia di Cox's Bazar, Bangladesh demi mencari kehidupan yang lebih baik. Kedatangan mereka juga diurus ejen atau tekong darat pada kadar RM4,000 sekeluarga.

Walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967 namun kerajaan tetap menyediakan bantuan kemanusiaan sewajarnya kepada pelarian etnik Rohingya ini.

Ia juga tidak mengikat Malaysia atau mana-mana negara untuk menerima pelarian ini sebagai warganegara atau menjadi rakyat sah.

Hakikatnya, kita tidak lagi mampu atau dapat menampung lebih ramai pelarian kerana sumber dan kapasitinya sudah mencapai hadnya, ditambah pula dengan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Jika kita menandatangani protokol itu, negara diikat dan terpaksa sediakan perkhidmatan kesihatan, perumahan, pendidikan dan sosial kepada pelarian sedangkan masih ramai warga tempatan terabai.

Pelarian Rohingya ini pula berselindung di sebalik kad UNHCR yang kononnya satu dokumen bertujuan mengiktiraf status pelarian dan pemohon suaka serta memerlukan perlindungan antarabangsa sedangkan pengeluaran kad berkenaan diragui dan terdapat kes pemalsuan.

Sekali pun berat untuk menerima pelarian Rohingya ini, tetapi sesuatu perlu dilakukan terutama dalam kalangan negara Asean terutama Malaysia, Indonesia dan Thailand untuk mendesak Myanmar menerima rakyat mereka ini pulang ke tanah air.

Kebanjiran pelarian ini jika tidak ditangani segera boleh menimbulkan konflik yang teruk kepada negara, terutama kesan ditanggung oleh kerajaan dari sudut kesihatan dan kewangan.

Etnik ini juga pernah merusuh ketika ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Kedah, tahun lalu dan mula 'besar kepala' apabila turut menuntut tanah daripada kerajaan sebagai hak mereka.

Kehadiran mereka tidak sedikit pun membawa kebaikan ekonomi kepada negara sebaliknya mereka termasuk juga pelarian lain hanya menyebabkan rakyat tempatan terpaksa bersaing bagi mendapatkan barangan kawalan bersubsidi seperti minyak masak, petrol, diesel, gula, beras, tepung dan telur.

Subsidi RM77.7 bilion diunjurkan kerajaan tahun ini yang juga hampir 1/3 belanjawan kerajaan turut dinikmati pelarian dan pendatang asing tanpa izin ini.

Selain pelarian Rohingya, fikiran kita juga 'semak' dengan lambakan warga Bangladesh dan Pakistan yang kini semakin ramai terbabit dalam bidang perniagaan.

Malah, ada dalam kalangan warga asing ini berkahwin dengan wanita tempatan terutama dari Pakistan yang memang hasrat mereka untuk bermastautin di negara ini.

Bangunlah, pihak berkuasa buatlah sesuatu bagi menjamin masa depan anak cucu kita.

Andai perlu disediakan kem, buatlah sekarang, mereka makin melampau dan jika berpeluang, hantar pulang ke negara asal.

Bagi warga asing yang memasuki negara ini secara haram pula, kenakan hukuman sebat. Ini sudah pastikan akan menakutkan mereka dan hukuman sama perlu dikenakan juga kepada majikan atau ejen yang terbabit dalam pemerdagangan manusia.

Hanya hukuman berat dapat melindungi rakyat tempatan dan ia perlu dibuat segera. Lambakan mereka ini juga menjadi beban kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedangkan ejen yang mengurus mereka hidup kaya-raya bak kata Jamal Lempoyang dalam cerita Tiga Abdul...lebih baik berniaga manusia daripada berniaga unta

Iran, Rusia desak hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

Bernama

Iran dan Rusia mendesak agar perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan Tebing Barat dihentikan segera, kata Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian pada Jumaat.

Gesaan itu dibuat susulan lawatan sehari Presiden Iran Ebrahim Raisi ke Moscow dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin di Kremlin, lapor Agensi Berita IRNA.

Amirabdollahian berkata sebahagian besar rundingan tertumpu kepada isu Palestin dan Rusia sedang mempertimbangkan inisiatif untuk Gaza.

Beliau berkata selain menekankan mengenai perlunya menghentikan segera pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan Tebing Barat, kedua-dua pihak juga mendesak agar berhenti mengusir penduduk Gaza dan membuka segera sempadan Rafah untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan.

Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu dua hala dan bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam beberapa sektor utama, antaranya monetari dan perbankan, pengangkutan, tenaga, sains dan teknologi serta kerjasama serantau dan antarabangsa.

- Bernama

Jangan main isu akidah dalam politik sebab itu kerja Khawarij

HarapanDaily.com

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu klip kuliahnya yang tersebar di media sosial melarang isu akidah dimainkan dalam politik.

Menurutnya, gejala itu amat berbahaya seperti yang telah berlaku dalam sejarah kemunculan Khawarij yang berpolitik menggunakan nama agama dengan mengkafirkan atau menganggap sebagai musuh Islam pihak yang tidak menyokong mereka.

Jelasnya, alasan puak Khawarij kononnya hendak menegakkan ‘hukum Islam’ mengikut tafsiran mereka.

Akibatnya, Dr Asri yang juga dikenal sebagai Dr MAZA itu berkata, sepanjang sejarah puak Khawarij telah berperang sesama Muslim.

“Jangan main isu akidah dalam politik. Ini bahaya. Khawarij dia main politik. Politik antara Ali dan Muawiyah.

“Khawarij tak puas hati dengan Ali dan Muawiyah. Apa slogan Khawarij? Tidak ada hukum melainkan Allah, sesiapa yang tidak berhukum dengan Allah, maka dia orang kafir.

“Mereka telah kafirkan Ali, Uthman, Muawiyah kerana bagi mereka tidak menjalankan hukum Allah menurut takrifan mereka.

“Mereka ambil ayat al-Quran yang diturunkan kepada kuffar, turunkan kepada orang Mukminin,” katanya.

Dr MAZA kemudiannya mengimbas kembali perjuangan Sayyiduna Ali bin Abi Talib dan para sahabat Nabi SAW dalam memerangi kelompok Khawarij yang sesat ini.

“Ali suruh Ibnu Abbas berhujah dengan Khawarij pasal Khawarij ini yang ada lekuk di pipi kerana kuat solat malam tapi siang kafirkan anak-anak orang Islam, memerangi orang Islam di atas dasar di atas dasar sesiapa yang tidak berhukum Allah, mereka orang kafir.

“Kata Ali dalam riwayat yang masyhur, jika kamu nak keras kepala juga, aku kafir dan sesat, aku minta tolonglah, jangan pergi kafirkan seluruh umat Muhammad dengan dosa dan kesalahanku.

“Kamu tahu bahawa Nabi memotong tangan pencuri tetapi dia beri harta pusaka. Nabi menghukum orang berzina, tetapi dia menyembahyangkan jenazahnya.

“Bagi orang Khawarij siapa buat dosa besar maka dia lawan Tuhan, maka dia kafir,” kata ilmuwan itu lagi.

Peringatan Dr MAZA itu tersebar ketika banyak pihak gusar dengan kenyataan melampau batas Pas yang menyamakan pendekatan pemerintahan Kerajaan Perpaduan-MADANI seperti pendekatan golongan munafik.

Kelmarin, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi Minda Presiden Pas tergamak mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dengan sifat munafik dan rejim Israel.

Dakwa Hadi, sikap memaksa rakyat untuk menyokong dan mendukung apa-apa sahaja ialah amalan purba zaman jahiliah yang turut diamalkan oleh Yahudi Zionis Israel di Palestin.

Chegubard, pegawai di J-KOM kena saman

HarapanDaily.com

ARIF ATAN  

Staf di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mengambil tindakan mahkamah terhadap beberapa pihak termasuk Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM.

Peguam mewakili Wahab, Faizal Rahman, memaklumkan surat tuntutan saman sudah dihantar kepada dua pihak iaitu ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin dan pengarah bahagian di J-KOM, Hakim Ramlee.

“Tuntutan itu berhubung penularan video perbualan lucah individu mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Wahab.

“Setakat ini, arahan diberikan (Wahab) adalah keluarkan surat tuntutan saman kepada dua individu ini berhubung penularan video lucah,” dipetik BH.

Berkenaan dalang konspirasi itu yang dikenali Mr H, Faizal memaklumkan pendedahan identiti individu itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“No (tiada) komen, cuma pada saya, pihak polis sewajarnya dedahkan (identiti Mr H) bagi menunjukkan pentadbiran yang tidak memihak,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak 17 November, berikutan terdapat individu mirip Mohammad Agus bersama seorang lelaki.

Ekoran itu, Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Pada sidang media khas berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu iaitu Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.

Pemandu Bezza tular dikejar polis dipenjara sebulan, denda RM10,000

Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my
B Anbarasan (kiri) dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memandu secara melulu dan menghalang tugas penjawat awam. - NSTP/ FARIS FUAD
B Anbarasan (kiri) dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memandu secara melulu dan menghalang tugas penjawat awam. - NSTP/ FARIS FUAD
PETALING JAYA: Pemandu Perodua Bezza dalam video tular dikejar 28 kereta peronda polis (MPV) dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan memandu secara melulu dan menghalang tugas penjawat awam.

Hukuman ke atas B Anbarasan, 27, diputuskan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha, selepas tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku salah atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh yang diarah menjalani hukuman penjara mulai hari ini turut hilang kelayakan untuk memandu selama lima tahun dan akan dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Anbarasan didapati memandu Perodua Bezza dengan melulu yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan pengguna kenderaan lain di Jalan Utara, di sini, jam 1.30 pagi, Selasa lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Lelaki itu juga berdepan tuduhan menghalang penjawat awam iaitu anggota polis, Koperal Mohd Faizal Sulong daripada menjalankan tugasnya di tempat, waktu dan hari sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara hingga dua tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Anbarasan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum atas alasan menjadi penanggung utama keluarga termasuk seorang anak berusia setahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal, bagaimanapun memohon hukuman wajar dan setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam, apatah lagi menghalang tugas penjawat awam kesalahan serius dan memandu kereta dengan memecut laju membahayakan orang awam.

Dalam pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen, Anbarasan dan isteri, M Rishlani, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin, atas tuduhan memiliki senjata berbahaya.

Kedua-dua mereka didapati memiliki sebilah pisau tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, pada waktu dan hari sama.

Kesalahan didakwa mengikut 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hakim membenarkan pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin RM5,000 serta syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan iaitu perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan hingga kes selesai.

Hakim menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan pemandu Perodua Bezza yang melarikan diri sebelum dikejar 28 MPV sejauh kira-kira 50 kilometer (km), memiliki 11 rekod lampau.

Selain enam rekod kes jenayah, empat lagi berkaitan dadah dan satu rekod masih dikehendaki bersabit kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata.

Polis turut menemui pisau, gunting, sarung tangan, topi keledar, kad pengenalan individu lain dan kad debit dalam kereta ketika membuat pemeriksaan lanjut selepas kenderaan itu ditahan di Bulatan Taman Tasik, Cyberjaya.

Ada saksi beri maklumat mengenai Zayn Rayyan

TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI

PETALING JAYA – “Kita telah panggil beberapa individu yang mampu membantu siasatan”.

Demikian kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika ditemui pemberita di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, hari ini.

“Kita (polis) akan sentiasa berulang ke kawasan ini untuk mencari bukti yang mampu membantu siasatan.

“Sesiapa yang ada apa-apa keterangan untuk membantu polis boleh hubungi IPD Petaling Jaya atau Pegawai Penyiasat.

“Kita minta juga maklumat daripada masyarakat, sekecil-kecil maklumat membantu untuk ‘follow up’ seterusnya,”jelasnya.

Menurut Fakhrudin, kes ini dijangka mengambil masa susulan hasil bedah siasat baru sahaja didedahkan semalam.

“Ia akan ambil masa sebab hasil bedah siasat baru dapat semalam,”tambahnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

“Semua masih dalam siasatan. Kita tidak boleh berkongsi apa-apa maklumat setakat ini,”katanya. -KOSMO! ONLINE.

Serangan ke atas Asyraf Wajdi lagi bukti Pas bersikap khawarij

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Walaun Pas mengkritik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memetik ayat dari al-Baqarah 216.

Mesej Dr Asyraf, walaupun awalnya ahli UMNO benci kerjasama dengan DAP, mungkin sebenarnya baik untuk kita ibrah dari ayat ini.

Ayatnya “boleh jadi kamu benci pada sesuatu, ianya baik untuk kamu. Boleh jadi kamu sukakan sesuatu, ianya buruk bagi kamu”.

Beramai-ramai hentam Dr Asyraf kononnya ayat itu dalam konteks perang, bukan mewajarkan kerjasama DAP yang PAS fatwakan haram.

Pertama, ibrah dari ayat itu, bukan semata-mata untuk perang kerana pengajaran diambil dari lafaznya yang umum bukan dari sebab nuzul yang khusus.

العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب

Bahkan At-Tabari semasa tafsir ayat ini nukilkan, Nabi SAW sebut pada Ibn Abbas “redholah dengan takdir Allah, walaupun bertentangan dengan keinginanmu. Sesungguhnya itu disebut dalam Al-Quran.”

Ibn Abbas tanya di mana ayatnya? Baginda bacakan ayat 2:216 ini.

Jadi, tidaklah salah, dalam apa jua hal sama ada hal kerja, rumahtangga, politik ambil pengajaran dari ayat ini. Tidak semestinya hal perang sahaja.

Iaitu kita terima qada dan qadar Allah kerana mesti ada hikmah di sebaliknya.

Kedua, jika Dr Asyraf dituduh tunggang agama gunakan nas ini untuk halalkan hubungan DAP, Pas jauh lebih awal buat hal yang sama semasa Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat.

Pelbagai nas, sirah, dalil semua diguna untuk halalkan, bahkan dulu Pas wajibkan undi DAP.

Cumanya, sekarang Pas fatwakan haram dengan pelbagai dalil. Pas paksakan fatwa sesatnya pada orang lain.

Ini barulah penunggang agama sebenar. Malah, inilah perangai Khawarij yang anggap tafsiran agama mereka sahaja yang betul.

Munafik?: Amanah ingatkan pendirian PAS terhadap Israel semasa dalam k'jaan

Malaysiakini

Amanah hari ini mengingatkan bagaimana kerajaan PN yang mentadbir Malaysia pernah menyertai expo antarabangsa yang disertai Israel walaupun didedak agar menarik diri seperti langkah diambil Palestin.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Raja Bahrin Shah Raja Ahmad berkata PAS juga sekadar mengikut tanpa dan tidak mempersoalkan dasar yang dibuat Putrajaya ketika mereka berada dalam kerajaan selama 33 bulan.

Pada masa sama, kata Raja Bahrin, ketika Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menjadi perdana menteri dia turut menyokong penyelesaian dua negara (two state solusion) bagi menamatkan krisis Palestin dan Israel.

"Ia dinyatakan perdana menteri ketika itu ketika Israel giat merobohkan rumah rakyat Palestin serta merampas tanah mereka untuk dijadikan bandar baru Yahudi.

"Satu dunia sudah tahu rakyat Palestin ketiadaan tanah untuk tinggal pada ketika itu.

"Itulah omong kosong Muhyiddin, dan PAS sepatah pun tidak bersuara sama di parlimen atau melalui duta khas Timur Tengah yang bertaraf menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Raja Bahrin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Presiden PAS Abdul Hadi Awang beberapa hari lalu yang menuduh kerajaan, khususnya PH, bersikap munafik dalam isu Palestin.

Untuk rekod duta khas Timur Tengah yang dirujuk Raja Bahrin itu ialah Abdul Hadi Awang yang dilantik menggalas jawatan berkenaan selepas terbentuknya kerajaan PN pada 2020.

Kata Raja Bahrin selain gagal bersuara lantang membela Palestin, PAS juga menyokong kuat langkah kerajaan PN menyertai Expo Dubai 2020 walaupun Israel menjadi salah seorang pesertanya.

Bahkan, katanya, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim, yang ketika itu menjadi timbalan menteri dalam kabinet Muhyiddin secara terbuka menyokong tindakan berkenaan.

"Ahmad Amzad menganggap penyertaan Malaysia dalam expo itu sangat penting dalam rangka hubungan multilateral dan perdagangan antarabangsa Malaysia," katanya lagi.

Tambah Raja Bahrin, Ahmad Amzad mendakwa expo tersebut disertai Palestin sedangkan hakikatnya negara terbabit menarik diri sebagai langkah memprotes kehadiran Israel.
"Tidak memadai dengan kenyataan bersemangat itu, Ahmad Amzad dengan bangganya mendirikan billboard (papan iklan besar) di Kuala Terengganu dengan memaparkan gambar beliau sendiri," katanya.

Pada masa sama, katanya, PH sentiasa konsisten membela nasib dan hak Palestin sama ada ketika menjadi kerajaan atau pembangkang.

Sebaliknya, kata Raja Bahrin, ahli parlimen PAS berbangga mempromosikan ekspo yang disertai Israel selain berdiam diri dengan dasar kerajaan PN.

“Siapakah PAS untuk menuduh PH munafik jika sikap mereka terhadap Israel sendiri tidak konsisten?” katanya.

Abai anak hingga mati, polis tahan suami isteri

Bernama

KUALA LUMPUR: Polis menahan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Tunku Azizah, di sini Sabtu lepas, dipercayai akibat didera dan diabaikan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata pasangan suami isteri yang berusia 30-an itu direman hingga 13 Dis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak

“Bapa kanak-kanak berkenaan bekerja sebagai rider p-hailing, manakala ibunya seorang suri rumah. Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak berumur tiga dan tujuh tahun yang berada dalam keadaan sihat dan kedua-duanya telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk jagaan sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Aidi Ismail.

Sabtu lepas seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Azizah, dipercayai akibat didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak.

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu menghadapi beberapa masalah kesihatan berikutan dilahirkan pramatang, dan meninggal dunia disebabkan kekurangan nutrisi.

Sementara itu mengulas mengenai perlawanan final Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) malam ini, Allaudeen menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan untuk tidak membuat kecoh sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Beliau berkata tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mana-mana penyokong yang mencetuskan kekecohan malam ini.

Mayat seorang penuntut kolej swasta ditemui sudah berbau busuk

Nurul Hidayah Bahaudin dan Suharmin Yusuf
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mayat seorang penuntut kolej swasta ditemui di atas katil dan sudah berbau busuk di rumah sewanya di sebuah apartmen di Jalan Metro Pudu 2, di sini, semalam.

Mayat lelaki warga Yaman berusia 24 tahun berkenaan ditemui kira-kira jam 5 petang, semalam, selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mayat berkenaan dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Proses bedah siasat terhadap mayat lelaki berkenaan akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.

"Setakat ini, kita mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut (SDR)," katanya ketika ditemui di Balai Polis Setiawangsa, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Aidi Ismail hadir pada Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa.

Mengulas mengenai kawalan keselamatan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ), malam ini, Allaudeen berkata, pihaknya berharap tiada insiden tidak diingini berlaku.

"Kami memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan provokasi sepanjang perlawanan itu berlangsung nanti.

"Orang ramai dinasihatkan supaya mengikuti arahan pihak berkuasa di lapangan bagi mengelakkan kesesakan," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan seramai 1,400 anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kawalan keselamatan SNBJ yang akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia.

Selain perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Terengganu FC, turut berlangsung Program Setahun Bersama Madani' yang bermula hari ini hingga Ahad ini di perkarangan SNBJ.

Selepas lebih 60 hari mengganas, anak menteri Israel mati di Gaza

HarapanDaily.com
Selepas lebih 60 hari mengganas, anak menteri Israel mati di Gaza
Selepas lebih 60 hari Israel mengganas, anak menteri Kabinet Israel dan bekas ketua tentera, Gadi Eizenkot terbunuh dalam genosid dilakukan rejim itu di Gaza semalam.

Berita yang menyedihkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu itu dimaklumkan pemimpin Parti Perpaduan Nasional, Benny Gantz.

Eizenkot dan Gantz, juga bekas ketua tentera, menyertai kerajaan penjenayah Netanyahu sejurus selepas serangan Hamas pada 7 Oktober yang mendorong pengeboman bertalu-talu antara paling dahsyat dalam sejarah moden manusia.

Walau bagaimanapun, tentera teroris Israel tidak memberikan butiran tepat mengenai kematian Gal Meir Eisenkot, 25.

Hanya dimaklumkan dia terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza yang dilabel wilayah itu oleh tentera Israel sebagai pusat organisasi ‘keganasan’ Hamas.

“Bersama-sama dengan seluruh Israel, saya menghantar sokongan saya kepada Gadi dan kepada seluruh,” kata Gantz dalam satu kenyataan.

Dalam ucapan takziahnya, Netanyahu berkata dia sedih dengan kejadian itu.

Rancangan jahat Israel mengusir rakyat Palestin menyaksikan pembunuhan lebih kejam selepas gencatan senjata apabila sengaja menyerang kenderaan pasukan penyelamat dan ambulans.

Bertopengkan alasan mahu menghapuskan kumpulan Hamas, motif Israel sudah terang lagi bersuluh mahu membunuh rakyat Palestin seramai mungkin apabila mengebom kawasan kediaman atau sesebuah rumah berkali-kali walaupun jelas ia telah musnah.

‘Nakba Gaza’ menyaksikan lebih 17,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 43,000 cedera, mengikut Kementerian Kesihatan.

Sejumlah 1.9 juta penduduk Palestin diusir manakala 223,000 kediaman musnah. Turut ranap dibedil bom pengganas Israel ialah 74 masjid dan 320 sekolah.

Caj gunting rambut RM120, pemilik kedai didenda

Malaysiakini

Seorang pemilik kedai gunting rambut yang tular di media sosial kerana mengenakan caj gunting rambut RM120 kepada pelancong asing, hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah gagal memaparkan senarai caj perkhidmatan dandanan rambut.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Jannah Abdullah, 52, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Wanita itu didakwa gagal memaparkan senarai perkhidmatan yang ditawarkan dan tidak memaparkan caj bagi perkhidmatan dandanan rambut di premis itu di Jalan Bukit Bintang di sini pada 12.26 tengah hari, 11 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Perintah 5(a) perintah sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul'Ain Shafie daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memohon supaya OKS dikenakan hukuman berbentuk pencegahan sebagai memberi pengajaran kepadanya selain mengambil kira kesalahan serius dilakukannya.

"Dalam kes ini, pelanggan yang merupakan pasangan pelancong asing telah mempersoalkan harga yang dikenakan terhadap mereka mahal dan tidak masuk akal selain menganggap tiada kawalan harga oleh kerajaan bagi urusan niaga bagi barangan dan perkhidmatan. 

Situasi itu turut menjejaskan sektor pelancongan negara apatah lagi kes tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat umum," katanya.

Nurul Jannah yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menghidap penyakit kanser tahap satu serta menanggung keluarga. 

"Saya tidak boleh melakukan kerja-kerja berat, malah rahim saya juga telah dibuang. Saya mempunyai seorang ibu berusia 80 tahun yang sakit di kampung," katanya dalam nada sebak.

- Bernama

Lapan tahun hilang, Siti Mariah akan pulang

JAMLIAH ABDULLAH
Siti Mariah yang hilang sejak lapan tahun lalu.
KUALA NERANG – Tiada yang menggembirakan bagi sepasang suami isteri dari Kampung Sireh, Naka di sini apabila mendapat khabar anak yang menghilangkan diri sejak lapan tahun lalu akhirnya akan pulang ke pangkuan mereka.

Hamzah Said, 65, dan isterinya, Che Safuan Abd Rahman, 61, menerima khabar gembira tentang anak sulung mereka itu, Siti Mariah, 39, daripada Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar semalam.

Menurut Hamzah, mereka dimaklumkan bahawa Siti Mariah kini berada di Labu, Negeri Sembilan dan dalam keadaan sihat.

“Tiada perasaan yang dapat kami gambarkan melainkan gembira kerana akhirnya anak yang kami rindui ditemui semula. Kami sempat membuat panggilan video juga semalam, Allah sahaja yang tahu, setelah begitu lama kami bersua muka juga.

“Isteri paling sedih dan sayu sehingga mengalirkan air mata semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bercerita lanjut kata Hamzah, Siti Mariah dijangka pulang ke rumah pada Sabtu ini.

“Kami semua paling tidak sabar untuk menyambutnya nanti. Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis yang bertindak pantas mengesan anak saya dan media yang menyiarkan  berita ini.

“Hanya Tuhan dapat membalas jasa mereka semua,” ujarnya.

Mulkiaman memeluk Hamzah bagi ketika memaklumkan tentang penemuan Siti Mariah di Kampung Sireh, Naka pada semalam.
Dalam pada itu, Mulkiaman berkata, pihaknya berbesar hati mengunjungi keluarga tersebut semalam untuk memaklumkan berita gembira tersebut.

“Dengan bantuan Ketua Balai Polis Labu, Negeri Sembilan kita berjaya mengesan Siti Mariah yang menetap di sana. Saya sendiri menyampaikan berita gembira ini semalam dan diharapkan terungkai kerinduan keluarga itu kepada anak mereka,” katanya.

Kosmo! pada 21 November lalu melaporkan tentang rayuan seorang ibu kepada anak sulungnya supaya segera pulang selepas lapan tahun menghilangkan diri tanpa berita.

Che Safuan Abd. Rahman, 61, berkata, anak sulungnya, Siti Mariah hilang selepas bekerja di sebuah bank secara kontrak di ibu negara.

Katanya, Siti Mariah merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang kaunseling. – KOSMO! ONLINE

Hadi Awang pelopor pemikiran ghuluw

HarapanDaily.com

AKMAL MANAF 

Pengarah Komunikasi AMANAH Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar menyifatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai pelopor pemikiran ghuluw atau ekstrem. Ghuluw ialah perkataan bahasa Arab untuk keterlaluan.

“Kalau orang bertanya, mana bukti Haji Hadi dan Pas itu ekstrem? Itulah buktinya (kenyataan daripada Hadi).

“Kenyataan itu mengesahkan bahawa Haji Hadi adalah pelopor pemikiran ghuluw. Dalam tulisannya itu, Haji Hadi telah berbohong dan memfitnah apabila menyatakan peruntukan Kerajaan Pusat tidak diberikan, royalti minyak tidak diberikan kepada Perlis dan Kedah, itu dia bohong dan fitnah.

“Dia fitnah Kerajaan Persekutuan tidak sampaikan peruntukan, dia berbohong hakikat yang sebenar,” dakwa beliau ketika dihubungi Harapan Daily hari ini.

Ia susulan dakwaan dikeluarkan Abdul Hadi menerusi satu artikel yang bertajuk ‘Cara Golongan Munafiq Menentang Islam Diikuti Israel dan Pakatan Harapan’ di dalam ruangan Minda Presiden dalam akhbar Pas, Harakah Daily yang turut diterbitkan di dalam laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, Ridzwan turut mengambil contoh Terengganu dan mempersoal pembentangan belanjawan di negeri Pantai Timur itu.

“Macam Terengganu, belanjawan mereka jika tanpa peruntukan Kerajaan Pusat termasuk royalti, mereka tidak boleh bentang bajet sehingga hampir RM2 bilion (untuk Belanjawan 2024).

“Daripada mana sumber itu kalau bukan pemberian royalti dan juga peruntukan (kerajaan Pusat) kerana hasil cukai Terengganu tidak lebih daripada RM250 juta,” bidasnya.

Dakwaan Hadi
Semalam, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa bahawa sikap memaksa rakyat untuk menyokong dan mendukung apa-apa sahaja ialah amalan purba zaman jahiliah yang turut diamalkan oleh Yahudi Zionis Israel di Palestin.

“Mereka menolak Hamas yang menang secara majoriti dalam pilihan raya perundangan Palestin 2006 dahulu dengan membenarkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang menang secara minoriti menubuhkan kerajaan.

“Maka, konsep yang diguna pakai oleh Pakatan Harapan (PH) menepati demokrasi yang diamalkan oleh Israel terhadap Kerajaan Hamas di Palestin yang memenangi pilihan raya dan mencapai majoriti yang mencukupi.

“Namun, PLO sebagai kumpulan minoriti yang tunduk menjadi boneka Zionis Israel dan Amerika Syarikat pula yang menubuhkan kerajaan dengan mengikuti telunjuk mereka,” tulisnya.

Untuk rekod Presiden Mahmoud Abbas yang merupakan pemimpin paling kanan Palestin adalah dari kumpulan Fatah.

Hadi turut menyifatkan PKR di dalam kerajaan perpaduan sebagai parti minoriti yang memimpin “kerajaan boneka pragmatik liberal” seperti mana PLO dan mengambil pendekatan munafik.

“Pendekatan pemerintahan mereka sama seperti pendekatan golongan munafik pada zaman Rasulullah SAW terhadap mereka yang beriman supaya menyekat peruntukan kepada pihak lawan,” katanya lagi.