Peniaga rugi jual ayaq pun, bayar gaji, inikan pula MB Kedah

Harapandaily

Seorang wanita yang bercakap dalam loghat Kedah menasihatkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar menyelesaikan isu gaji pekerja anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, Kedah Agro Holdings Berhad yang tidak dibayar gaji selama sembilan bulan.

Wanita tersebut berkata bahawa para peniaga pun membayar gaji kakitangan meskipun berdepan kerugian.

“Sepatutnya Sanusi bab berniaga itu asing. Tapi bab staf Kedah Agro selagi ada perjanjian perkhidmatan di antara staf Kedah Agro, Kedah Agro dan MBI, kita kena bayar gaji.

“Tanyalah siapa-siapa pun, orang meniaga kalau rugi pun kena bayar gaji kat staf. Meniaga ayaq di bazar Ramadan pun, hari tu hujan, ayaq tak laku pun kena bayar gaji dekat staf. Sama juga dengan staf Kedah Agro, Sanusi.

“Tolonglah bayaq gaji depa. Tapi Sanusi kena ingat. satu hari Sanusi tak jadi menteri besar, orang lain jadi menteri besar, dia akan ambil alih semua GLC di bawah Sanusi dulu. Kira tak bolehlah salahkan Sanusi.

Wanita tersebut tanggungjawab membayar gaji tersebut akan dipikul juga oleh menteri besar seterusnya pasca Sanusi.

“Sanusi dah cuba buat yang terbaik dah untuk meniaga. Tapi mesti ada juga yang rugi. Sapa-sapa jadi Menteri Besar lepas Sanusi pulak, dia pun kena bersedia bertanggungjawab terima apa saja perniagaan sama ada untung atau pun rugi.

“Kalau dulu dah tau rugi, kenapa tak tutup awal? Kenapa tunggu sembilan bulan, baru rasa nak tutup?

“Tak boleh macam tu, Sanusi. Bayaqlah gaji depa. Janganlah zalimi depan di bulan puasa. Kesianlah anak-anak mereka.”

Perkara ini dikemukakan menerusi laman TikTok Malaysia Forward.

Tiga hari yang lalu, Sanusi mengibaratkan Kedah Agro sebagai lintah darat yang tidak menghasilkan keuntungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan