Tak tahu apa nak jadi Malaysia ni, warga asing berkeliaran buat sesuka hati

4 pengawal keselamatan kantoi memiliki kad pengenalan palsu

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
LELAKI Filipina yang ditahan dalam Ops Pengawal Keselamatan kerana didapati memeliki kad pengenalan palsu. FOTO ihsan JPN
LELAKI Filipina yang ditahan dalam Ops Pengawal Keselamatan kerana didapati memeliki kad pengenalan palsu. FOTO ihsan JPN
Kuala Lumpur: Empat pengawal keselamatan warga Filipina dicekup kerana didapati memiliki kad pengenalan palsu dalam Ops Pengawal Keselamatan di Brickfields, di sini, kelmarin.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, operasi itu dijalankan susulan risikan selama dua minggu oleh pihaknya.

"Suspek dipercayai menggunakan kad pengenalan berkenaan antara tempoh satu ke 10 tahun sebagai identiti bagi tujuan mendapatkan pekerjaan.

"Mereka memperolehi kad pengenalan tersebut dengan membeli daripada ejen dengan bayaran RM250 hingga RM300," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, keempat-empat suspek lelaki terbabit dipercayai tidak mempunyai hubungan kekeluargaan hanya sebagai rakan sekerja.

Katanya, keempat-empat suspek berusia lingkungan 31 hingga 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan